Dah lama rasanya tak review novel melayu. Lately ni asyik baca novel english je. Maka dengan itu, hari ni nak share tentang sebuah novel yang Chipmunk dah habis baca. Salah satu novel yang Chipmunk borong masa pergi Pesta Buku Antarabangsa hari tu.
Cinta Bunga Tulip
Laila Kamilia
Berkawan
sejak kecil, Adrian dan Puteri Sara Ibrani berkongsi segala suka dan
duka. Puteri Sara, gadis yang kuat merajuk namun Adrian ada cara terbaik
untuk memujuk. Hadiahkan bunga tulip... seluruh hati Puteri Sara cepat
saja cair!
Mereka hanya sayang -menyayangi. Istilah cinta tidak terpahat dalam sanubari. Namun bohonglah kalau tidak ada sekelumit cinta!
Dalam
geram menunggu luahan Adrian, Puteri Sara ingin mencapai satu impian.
Dia ingin pulang ke Malaysia, merungkai rahsia yang dipendam oleh
papanya selama 21 tahun. Dia perlukan pertolongan Adrian untuk
meyakinkan papanya yang dia sudah cukup dewasa untuk pulang ke kampung
halaman.
Adrian resah. Perlukah dia melepaskan gadis yang dicintai itu pergi meninggalkannya?
Sudah
cukup kuatkah dia untuk berhadapan dengan papa Puteri Sara agar
melepaskan anak gadisnya pulang ke Malaysia? Dia juga nekad. Dia harus
sampaikan kata-kata ini kepada Puteri Sara :
Ich Liebe Dich!
______________________________
Baca novel ni rasa macam berada di Europe je. Makin gatal pulak rasa kaki ni nak ke benua 4 musim tu. Chipmunk tak reti nak komen novel ni. Tapi boleh lah untuk dijadikan bahan bacaan masa lapang. Banyak konflik jugak keluarga Puteri Sara ni cuma konflik tu disampaikan kepada pembaca melalui jalan cerita yang santai. Jadi, tak lah terasa berat ceritanya.
Ini baru satu novel. Ada lagi yang dah selesai dibaca dan masih ada lagi yang belum dibaca. Agak-agak ada berapa novel eh semuanya? ;)
p/s : Suka bunga Tulip. Cantik. Rasa mendamaikan je. Hehe
24 comments
rjn bc novel..hehe sy semenjak 2 ni jrg sgt bc novel..comic je..adeii-.-
macam menarik kisahnya :)
Bestnya ada novel baru
mls nak baca novel..nnt mata cepat layu..haha
baca novel mana2 pon tetap best! feeling seolah2 kita berada di tempat tu..hee
hmm, take note untuk beli!
amboi. tajuk novel diaaa... bunga-bunga lagi tau. haha
Dah lama tak baca novel..
Macam best jer citer ni...
salam
mcm menarik jalan cerita tu.. ^_^
lama dah sik baca novel.
semuanya koleksi aunty punya sudah habis dbaca.hehehe ..
best juak ow kisah novel tok :)
rajinnya membaca.. :D
@Mime MF
tak minat la komik2 ni.. huhu.. sy ni pun dah lame jugak tak bace novel melayu.. huhu
@puteri kasih
boleh la sis.. feeling2 oversea gitu! haha
@Isabel Diaz
beli rah pesta buku hari ya.. hehe
@azizah :)
tau takpe kak. sebab tu lah lagi suka baca novel dr tengok movie. hehe
@Nur Atiqah Mohd Zaki
sila take note ye. hehe
@Elie Lily
bunga2 takpe lagi. jgn tiba2 buah durian pulak. haha
@LiLy @ MaMaQiStInA
boleh tahan lah kak.. hehe
@Cik Yaya
boleh lah utk dibaca di masa lapang. hehe
@michelle De hunny
nyuroh beli novel baru lah ya.. =P
@Normi Nieza
haha.. sy tgk jugak, kalau cerita bosan tu sy akan skip pages je.. tp takle smpai ttido.. hehe
@Mizz Aiza
rjin membaca utk tambah pengetahuan katanya.. hehe
Terima kasih krn sudi mbaca.
@laila kamilia
sama2.. =)