30/05/2013

Review : KIL

Baru lepas tengok movie KIL uolls! Btw, maaf lah ye. I menyepi beberapa hari dek kerana pop assignments (lebih kurang macam pop quiz lah). Dapat assignment hari ini, menggoreng dalam 4-5 muka surat dan hantar keesokan harinya. Nasib lah dapat sorang lecturer untuk banyak subjek. Berdouble triple lah assignment jadinya. Padahal satu subjek satu assignment je pun. 

Maaf, maaf. Sudah menjadi kebiasaan. Mukadimah haruslah panjang lebar. Dalam entri INI, I ada cakap I nak tengok movie KIL. Sebab I tengok cerita tu lain dari yang lain. Bukan pasal rempit, bukan juga pasal gangster mahupun cerita hantu yang tak mampu dicerna oleh akal.


Disebabkan I pernah buat entri mengenai movie ini yang disertakan dengan sinopsis dan trailer, boleh la rujuk entri INI ye. Malas pulak rasa nak menuang coffee copy dan merebus pasta paste semula.

Dalam banyak-banyak movie melayu yang I pernah tengok kat cinema, yang ini memang lain dari yang lain. Memetik kata-kata Joe Hassan "KIL is Awesome". Indeed! Cuma permulaan tu agak slow sikit. Tapi I suka lakonan dalam movie ni. Bersahaja, sempoi dan tak nampak fake malah berjenaka pun comel-comel saje. Suka chemistry di antara Redza Minhat dan Christina Suzanne dalam movie ini. Cuma jalan ceritanya agak predictable sikit lah. But it's okay, overall puas hati.


Selain Christina Suzanne dan Redza Minhat, pelakon-pelakon antaranya ialah Harun Salim Bachik, Dira Abu Zahar, Hasnul Rahmat dengan penampilan khas Julianna Evans, Ella dan juga Atilia tak lupa Sati a.k.a Chong si Kucing yang extra gemok dan extra montel. Btw, Christina Suzanne dalam cerita ini super duper cute dengan Redza Minhat yang sangat handsome itu.


Bila ditanya En. Barney, komennya dia tak reti nak ulas movie ni. Yang ada hanyalah movie ini sangat lain sehinggakan tak pandai nak komen apa-apa. Memandangkan movie ni baru je keluar hari ini, boleh lah weekend ni uolls pergi tengok. Bagi I, overall movie ni 4/5. 

Tahniah buat Pengarah, Nik Amir Mustapha kerana mampu melahirkan movie yang sebegini. Sesungguhnya industri filem negara kita ni memang sangat-sangat memerlukan idea yang fresh macam ni. 

12 comments

5/30/2013 09:40:00 pm

kawan ckp no bad best
http://www.kucinghitam.net/

5/30/2013 10:02:00 pm

macam besttttt, mok tga juakkk rasa ;D

5/30/2013 11:31:00 pm

ni yg makin berkobar-kobar nk tgk ni!heee

5/31/2013 06:59:00 am

owhhhh...
besh ke..?umm tkot nak tgok muvie malay ni..kalo bg tgok free bole la..lau x,nti bzir.huuu tp xleh nak ckap selagi xtgok kan cik aisya..hehe ;p

5/31/2013 10:04:00 am

harus terjah! sy pun suka movie2 cmni..

5/31/2013 04:13:00 pm

laaa citer melayu rupanya..heee

5/31/2013 11:25:00 pm

suka tgk hero tue. hensem. ^_^

5/31/2013 11:53:00 pm

erghhh.. makin taksabar cikna nak tengok. lambat sgt keluar astro first. grrrr.. sweetnya redza minhat. hikhik..

6/01/2013 01:39:00 am

ada masa nanti nak juga gi tengok..sebab something different kan

6/01/2013 02:01:00 pm

wahhh. terasa nak tgk :D

6/03/2013 10:09:00 am

best tak citer ni?

macam best jer ..

http://www.mhakimfaiz.my/

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...