16/10/2014

E-Day Part III : DIY Bunga Crepe untuk hiasan hantaran


Seperti di dalam entri yang lepas, I janji nak story tentang Bunga Crepe. Biar I define dulu apa itu bunga crepe. Takut nanti ada yang confused kata bunga crepe dengan durian crepe adalah benda yang sama dan boleh dimakan. Actually nama crepe tu datangnya dari jenis kertas yang digunakan, iaitu kertas crepe. Bermula dari kertas crepe, kita jadikan pulak kertas itu seperti bunga. Dari situ lah datangnya nama Bunga Crepe. I tak sure lah kalau ada nama timang-timangan lain untuk bunga ni. 

I kan memang plan hantaran itu biar lah yang paling simple. Tabur bunga sana sikit, situ sikit. Dah siap. Tapi kenapa I pilih bunga crepe? Kenapa tak guna bunga plastik or fresh flowers? Sebab guna bunga crepe nampak lebih sweet. Bunga plastik macam banyak lagi nak kena fikir macam mana nak hias. Fresh flowers pulak kaching-kaching gitu, membazir je. Bukan tahan pun. Cuma yang tak best nya Crepe Flower memerlukan usaha yang gigih dan juga tahap kerajinan yang tinggi. 


I tempoh hari memang dah lipat siap-siap bunga crepe. Sesi melipat tu ambik masa dalam sebulan jugak lah. Sambil tengok drama korea, lipat-lipat bunga crepe. Tanpa sedar dah buat banyak. Siap lipat masukkan dalam kotak kasut. Dah sampai Sarawak baru kembangkan macam dalam gambar di atas. Nampak cantik je kan?

Suka gambar ini sebab bunga crepe nampak cantik

Disebabkan I hari tu dah kesuntukan masa. Jadi tak kuasa lah nak snap macam tu dan snap macam ni step by step macam mana nak buat bunga crepe. So I share tutorial paling simple dan paling senang faham yang I follow. Kot-kot lah uolls pun nak try buat bunga crepe jugak untuk mengisi masa lapang sambil tengok drama tv petang-petang.

Tutorial DIY Bunga Crepe

Tutorial siap dengan GIF image lagi bagi senang nak follow, senang nak faham. Kadang-kadang kalau baca saja tak dapat gambaran yang jelas. Nak tengok kat youtube pulak, internet siput ni kirim salam je lah nak tengok video dengan jayanya. Apapun thank you Cik Fluffy sebab bagi Iolls idea letak bunga crepe untuk hias hantaran. Menjimatkan pulak. 

Oh ya bagi yang tertanya-tanya mana nak cari Crepe Paper ni, no worries. Uolls pergi Popular atau MPH mesti ada.  Nak cari yang murah sikit cari di Pustaka Rakyat. Dengan harga 90 sen je uolls dah boleh buat banyak bunga. Modal dalam berapa ringgit je iuolls boleh dapat lebih dari banyak bunga crepe untuk dijadikan hiasan hantaran, I punya hari tu pun ada banyak lagi lebihan crepe paper. Fikir nak buat bunga crepe banyak-banyak lepas tu hias work station ala-ala tema dalam taman gitu. Ingat wedding je ada tema garden wedding? 

p/s : kalau rajin memang semua jadi lah. Tapi kalau dah malas, satu apa pun tak jadi. 

11 comments:

  1. Alahaiii rajinnya Aisya. Kita tangan tak berseni. Memang kalau buat , jawab dia koyak rabak je.

    ReplyDelete
  2. ummi saya pun buat bunga ni masa wedding dia dulu ^^, memang simple yet menarik..

    ReplyDelete
  3. Susah nak molah bagi owg x kreatif macam kamek.

    ReplyDelete
  4. boleh wat jugk utk mjls yaya nti nih..heeee ;p

    ReplyDelete
  5. Sy suka tgk, buat xreti.. Xpnh jd belajarnya

    ReplyDelete
  6. oh ini rupanya bunga crepe.. hehe.. baru tahu.. :p

    ReplyDelete
  7. sis pun suka buat flowers sambil tengok tv..akhirnya dengar je tv tu...mata ke bunga...hehe

    ReplyDelete
  8. Salam, bagusnya buat sendiri.. btw, tahniah dear..')

    Bila nak langsung?

    ReplyDelete
  9. Cantik..Rajin & kreatif Aisya ni..^^

    ReplyDelete