27/10/2014

Mini Gathering dan Nasi Kerabuuuuu

Sabtu lepas macam yang I story dalam entri INI, ramai-ramai serbu rumah Blogger Sally untuk makan nasi kerabu. Dan juga macaroni untuk yang tak makan nasi kerabu macam Iolls. Semuanya bermula sebab Blogger Niesa yang terbang dari Bintulu ke KL request nak nasi kerabu kat group whatsapp. Dah orang jauh jarang-jarang terbang ke sini, alang-alang tu kita buat lah mini gathering katanya kan di rumah Sally. 

Disebabkan I dan Blogger Qila sampai paling awal, boleh la pilih doorgift dari tuan rumah lama-lama sikit. Siap ada doorgift lagi tu tau. Thank you Sally, sayang lebih!

Shawl dari Sally, thank you!

Bila dah sampai awal tu, tunggu lah yang lain-lain sampai baru lah best sikit nak ke meja makan, melantak sambil menyembang. Tunggu punya tunggu, ada jugak yang tak sabar nak jamah nasi kerabu rupanya. 

Dengan harapan yang menggunung nak makan nasi kerabu. 

Tapi kalau dah Blogger Nurie a.k.a Che Ta yang hobinya makan tu dah sampai, tak ada masa nak tunggu-tunggu lagi dah. Menyerbu nasi kerabu juga endingnya. Nurie nak tunggu makanan tu memang tak mungkin lah, makanan dah memang tersedia yang menunggu retis. 

Sempat snap ini je. Nasi warna CnBlue tak ada lah pulak

Oh, yang ini yummy. I like!

Masa tengah sedap melantak, siap refill dua tiga kali baru lah yang lain-lain sampai, Niesa, Bella dan juga Nad. Dan biar tak habis makan lagi ni, dok kunyah-kunyah lagi tetap gigih cari monopod untuk tujuan nan satu yang telah lama diketahui itu. Selfie jom! Gambar ehsan kamera orang lain, thank you.


Tak cukup di meja makan, kita sambung di ruang tamu pulak. Bagi chance Asha Hana dan Kak Lieya Von Jay yang baru tiba. Tapi ada orang tu tengah makan pun pantang tengok yang lain angkat monopod tetinggi, tetap jugak dia menyelit dan berselfie juga. 





Oh sebelum balik tu nak sempat juga bergambar dengan Pak Janggut. Kalau Wak Doyok ada misai, Pak Janggut pula ada misai juga. Tapi highlight lebih pada janggut nya. 

Hai Pak Janggut, ikut saya balik nak?

Oh, nak jugak selit gambar ini sekeping. Hiks.

Dapat shawl dari tuan rumah, dapat kad jemputan dari blogger retis. Ikutkan hati nak je ambik sekor anak kucing Sally masuk dalam beg. Kecik untuk I, sebab I suka yang itu. Oyen bagi Nurie, Carrot pulak Hana ambik. Boleh tak Sally? 

Amboi, pandai-pandai je perempuan ni main ambik dan bagi anak kucing orang kan. 

Oh ya, hampir terlupa. Thank you Qila untuk cookies yang yummy ituuuu. 

p/s : next week baru nak cari baju warna emerald green untuk 8th Nov nanti. Jumpa korang lagi dua minggu ye!

16 comments:

  1. Che Ta habes diri ini. Hahaha. Part pembahagian kucing tu ai like. Hahahaha.

    p.s : eh qila mana cookies akak !!! hahahaha.

    ReplyDelete
  2. nyammm ehh nasik kerabu aik tgn sally..kmk siap tapau..alang2 org dh polah spesel tek nak..rugiiii dtg dr jauh xtapau..hahaha..next gathering tunggu kawen ktk gk k aisya!wink!wink!

    ReplyDelete
  3. pantas gila update oii..hahaha...

    org suh amik kucing bw blk xnak..kan dah melepas :P

    kekeke

    ReplyDelete
  4. syoknya dapat gathering ramai ramai macam nie...

    ReplyDelete
  5. hai Aisya,, ^_^ 1st time jumpa. Aisya Comel sgat ^_^

    ReplyDelete
  6. seronoknye gathering dengan blogger2 lain..siap ada door gift tu...akak kenal Aisya jer kat sini..hehe...comel cat tu.. :)

    ReplyDelete
  7. Comelnye coklat tu...nampak pun dah tau sedap ni.. :)

    ReplyDelete
  8. wah...nampak seronok...mesti riuh + meriah kan???

    ReplyDelete
  9. Salam, wahh seronoknya gathering blogger camni, siap buat kat rumah dan masak sendiri, jimat camtu kan..haha kucing comel nak makan nasi kerabu.. Owh btw igtkan pak janggut tu orang, rupanya kucing..comel gila! Hahah :D

    ReplyDelete
  10. tak tahan tgk kucin kucin tuh....comeillllll..:)

    ReplyDelete
  11. wah bestnyer bergathering, siap ada makanan yang yummy dan kucing yang comel :D

    ReplyDelete
  12. Bestnyer dapat door gift! Moralnya, sila pergi jemputan awal2...ahakss!

    ReplyDelete
  13. Lajunya kak Aisya T.T Lain kali bawak jela Pak Janggut tu balik kak Aisya, macam dah sayang sgt jer tuu hehe. Ehm ehm, gambar last tuu <33

    ReplyDelete
  14. syioknyerr mamam... ^_^
    tomei kucin yg nak makn nsi kerabu jugak tu..hahahaha

    ReplyDelete
  15. akhirnya.. ada pun update pasal gathering kat rumah cik Sally.. hamboi meriah bak hang!! tumpang serunuk ajer la.. huhuhu.. (':

    ReplyDelete
  16. nampak ghatering tu ... gebusnya kucing ... seronok lah ada door gift ...

    ReplyDelete