26/10/2014

E-Day Part V : Coklat Hantaran dari CikNa' Coklat Haven


Mengikut perkiraan ini adalah part yang terakhir. Itu saja yang weolls buat masa hari tunang tempoh hari. Masak-memasak, panggil orang tolong-tolong je. Tak perlu catering. Pelamin pulak, siang-siang I dah say no to pelamin. Door Gift, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Bajet ahli keluarga dan orang-orang penting je yang ada. Sekali, berdozen. 

Okay berbalik pada cerita coklat kita tadi. Rasanya dalam ramai-ramai termasuk kawan baik Iolls, Blogger Chicna adalah orang yang pertama tahu tentang I nak bertunang. Sebabnya Iolls nak order coklat dari Chicna. Booked dulu masa siap-siap, sebab takut Chicna busy pulak. Blogger yang tahu awal jugak adalah Blogger Nurie, kalau dah namanya 'Che Ta' wajib petik nama dia dalam entri. Retis katakan. 


Actually dah banyak kali jugak I repeat order dengan Chicna. Sebab puas hati dengan service dan product CikNa's Coklat Haven. Ini order kali keempat. Kali kedua I order tu untuk hadiah kahwin member. Memandangkan terus hantar kat tuan punya hadiah, jadi tiada gambar dan entri I boleh kongsikan. Yang lain-lain boleh baca entri di bawah


Mula-mula tu rasa macam ragu-ragu jugak. Berjaya sampai dengan selamatnya atau tak? Yela, postage dari Kelantan ke Miri, Sarawak. Selalu pos ke Selangor je. Tapi redha je lah, harap-harap bila sampai, okay lah coklat tu. Dan alhamdulillah, Chicna pos hari ahad. Tengahari isnin tu dah sampai, naik van PosLaju lagi. I takut jugak kalau posmen hantar naik motor je. Cair pulak coklat I nanti kan.


I suruh Chicna buat coklat warna kuning dan purple seiring dengan tema. Thank you so much Chicna! Coklat dari Chicna memang tak pernah tak memuaskan hati. Sebab itu lah sampai berkali-kali repeat order. Yang penting boleh dipercayai. Nak order jugak tapi nak usha-usha dulu coklat cecomel dari Chicna? Boleh follow Instagram dan juga Facebook CikNa's Coklat Haven (CCH) ye.

Nak order boleh whatsapp Chicna di number yang tertera di bawah. I rekomen uolls order coklat orang lidi dari Chicna. Sweet lagi comel pulak. Thanks again Chicna tauke coklat!

Instagram : Chichocolab
Whatsapp011-1612 7210

p/s : Dah lama Chicna senyap sunyi tak update blog. Sobs. 

7 comments:

  1. Dgn gigihnya cikna dtg baca & komen wpun byk rintangan sbb guna tab.. hihi..

    Terharuuu.. sobsob.. rs nk nangis baca.. siap semua details ada..

    Thanks utk aisya jgk sbb jd pelanggan setia & percaya kat cikna.. :))

    -chicNa-

    ReplyDelete
  2. wah, comel sangat coklat dia!

    ReplyDelete
  3. owh.. dari kelantan ye.. kalau mcm tu, bleh order ni.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. comelnyer coklat.. nice color combination =)

    ha'ah lah, saya perasan jgk dah lama chicna tak update blog. ke mana dia? bz ambil tempahan ke?

    ReplyDelete
  5. Alahaiii omeynya cokelat dia. Hehehe. Nape tak kasi cornetto je Aisya.

    p.s : Eh nama iollss ada lagi. :P

    ReplyDelete
  6. coklat cik na mmg sodapp..hehe
    yaya xtau bila nak repeat order lagi..rase bru 2x je..tgu bf someone kot..huuuu kat umah nye coklat ade pon xmakan2.. ;p

    ReplyDelete