Semalam, I keluar date dengan le GFs pulak. Tinggalkan personal bodyguard a.k.a pak supir, duduk diam-diam kat rumah. Dah alang-alang keluar dating bertiga sambil tukar-tukar cerita dan melantak itu ini, haruslah tengok wayang termasuk sekali dalam jadual aktiviti. Punyalah lama berdiskusi depan kaunter tiket wayang di Cathay Cineplex, E-Curve. Setelah mengambil kira faktor cerita dan masa, akhirnya filem Kristy yang dipilih. BFF I nak tengok sebab Ashley Green. Minah mana pulak yang nama Ashley Green ni, memang Iolls tak kenal. BFF lah bagitau, yang berlakon dalam movie Twilight. Oh I tak tengok cerita yang agak mengarut bagi I tu. Maaf ye peminat-peminat Twilight.
Mengisahkan seorang pelajar perempuan, Justine (Haley Bennet) yang tinggal berseorangan di kampus semasa rakan-rakan yang lain semuanya pulang ke pangkuan keluarga masing-masing sempena cuti Thanksgiving. Pada suatu malam, dia bertemu dengan seorang perempuan aneh di Gas Station yang kemudian mengekorinya sehingga ke kampus. Tanpa disedari, dia telah menjadi target oleh perempuan aneh dan rakan-rakannya yang terlibat dengan sebuah kultus ajaran sesat, menjadikan gadis sebagai mangsa buruan mereka.
Dah lama sebenarnya I tak tengok filem bergenre Horror / Thriller seperti ini. Dulu suka jugak. Cuma jangan horror / thriller yang jenis kerat kaki kerat tangan macam Final Destination dan yang sewaktu dengannya. Yang tu I cukup tak suka, sangat, tak menyihatkan minda sungguh. Mula-mula risau jugak Filem Kristy ni jenis yang begitu. Fuh, nasib baik tak. Kalau tak main game Candy Crush je lah jawabnya dalam panggung.
So-so je lah cerita ni. Nak kata best tak ada lah best sangat. Suspens tu tak ada lah jugak. Cuma ada satu part yang mengejutkan. Satu je. Yang lain macam kureng sikit. Biarpun cerita biasa-biasa je, tapi menarik dan tak membosankan. Mata macam melekat je kat skrin panggung sebab eager nak tau apa yang akan terjadi pada Justine. Mati ke nanti di penghujung cerita? Boleh ke Justine melepaskan diri daripada empat orang pembunuh yang sedang memburunya? Movie nak kata best tak adalah, tapi menarik biarpun jalan cerita biasa-biasa je. Bagi I, movie Kristy ni seolah macam movie Horror / Thriller yang santai. I bagi Filem Kristy ini dalam 6.3 / 10.
Bila tengok movie Kristy ni, I teringat zaman study dulu. I pun pernah jugak tinggal sorang-sorang macam ni. Tapi bukan whole campus kosong begini. Masa cuti raya haji selalunya ataupun esoknya hari puasa yang pertama. Orang lain semua balik kampung, I tinggal sorang di kolej kediaman. Sunyi sepi je bila tak ada manusia. Memang tenang tapi malam-malam agak scary jugak. Bila dah tau tinggal sorang, phone memang tak jauh dari tangan. Nak pergi mandi, nak pergi toilet pun bawa juga. Dah save siap-siap number unit keselamatan, kalau ada apa-apa terus call. Lepas tengok movie ni, rasa bersyukur sangat-sangat tak ada apa-apa yang jadi. Meremang tetiba bila ingat balik. Berani betul lah perempuan ni.
p/s : Kill the Messenger or The Equalizer. Mana lagi best? Hmm
Salam, wah xpernah dgr pun citer ni, tp nice...suka genre camni, 'penjahat' tu lak mcm psycho je pakai2 topeng..kena tgk ni! haha :p
ReplyDeletehaha, sama lah kita. suka thriller tapi kalau macam final destination atau Saw memang tak suka. 6.3 je? Hurm...
ReplyDeleteI tukar url blog..jemput singgah ye blognisalpunya.blogspot.com
cheery pun tingin nk nengok citer ni gak tp takut nk nengok sensorang hahaha
ReplyDeletemacam best jer...akak suka tgk citer mcm ni..hehe..
ReplyDeletenasib baik masa cuti sem, walaupun jarang balik tapi kolej taklah sunyi mana.. warga2 asing & ada juga pelajar dari sabah & sarawak yg tak balik.. so kurang keseraman kat situ.. heee...
ReplyDeletealamak, mmg tak minat genre thriller2 mcm ni cik aisya.. buat sakit dada den jo.. >.<
menarik. terkena pulak dengan situasi sekarang musim cuti mid sem, ramai yang balik..
ReplyDeletecam xbesh je bg rating pon 6lebh je..hehe baru ingt nk g tgok... ^,^
ReplyDeleteHuh, best tok. Rasa macam nak g cinema kinek2 jak. Hahah.
ReplyDelete