Semalam macam biasalah aku dan Chipmunk keluar dating. Planning sebenarnya memang nak tengok wayang cerita lain tapi cerita yang kitorang nak tengok tu tak ada. Jadi aku pilih nak tengok cerita ini. Ini poster Dracula Untold.
Cerita ini mengisahkan Vlad (Luke Evans) yang merupakan seorang pahlawan yang sangat digeruni pada masa dahulu. Dia merupakan seorang yang sangat kejam pada musuh-musuhnya. Setelah dia membina kerajaannya sendiri, Raja Mehmed (Dominic Cooper) memerintahkan Vlad untuk menyerahkan 1000 kanak-kanak serta anak Vlad, Ingeras (Art Parkinson) untuk dijadikan tenteranya.
Vlad cuba untuk mempertahankan kanak-kanak dari kerajaannya daripada Mehmed dengan mencari kuasa Vampire. Bagaimana Vlad daripada seorang manusia biasa bertukar menjadi Vampire? Adakah dia berjaya mempertahankan kanak-kanak serta anaknya daripada menjadi tentera Mehmed? Dan apakah yang terjadi kepada Vlad selepas dia menjadi Vampire?
Bagi aku cerita ini plot dia biasa-biasa saja. Kebanyakan vampire ini cerita dia lebih kurang saja. Kelemahan dia adalah barangan daripada perak, terbakar bila terkena cahaya matahari dan sebagainya. Lagipun, dalam cerita ini menampakkan Islam itu sendiri sebagai orang yang suka menyeksa orang lain dan menjadikan kanak-kanak sebagai sasaran. Jadi, bahagian cerita itu membuatkan cerita ini tak berapa best nak tengok. Part dia berlawan itu biasa-biasa jugak. Aku bagi rating cerita ini 5.5/10.
jalan2 disini :)
ReplyDeletesinggah2 ye :) http://arenamuslimah.blogspot.com/2014/10/rewards-for-yourself.html
Baru2 ni plan nk tengok citer ni..tapi bila hubby baca review tentang citer ni ramai yg kata tak best..terus cancel..huhu..
ReplyDeletetak rasa nak tgk citer ni kat cinema. kawan pun kata biasa2 aje.
ReplyDeleteyaya dah tgok jgk...em...antra movie yg mnimbulkan kontrovsi sbb ada unsur keagamaan yang mhina Islam disitu...jadi no komen utk movie ni huuuu
ReplyDeleteLama dah tak tgok wyggg. Tq review awak. So tgok kt cd je la kalau cite bese2 ni
ReplyDeleteBok pernah dengar cerita tok. Kelak carik mun da masa. Heheh.
ReplyDelete