Bulan november memang bulan kenduri, bulan ni saja ada 5 jemputan dan satu yang tak dapat I attend. Minta maaf sangat-sangat. Minggu depan ke Perak, lagi dua minggu nak ke Melaka dan pada hari yang sama ada kenduri di Johor. Nasib baik dua lagi area Selangor / Kuala Lumpur. Tu lah merengek lagi nak bercuti, last-last cuti-cuti Malaysia attend wedding member-member.
Wedding belum kunjung tiba kita tak payah story dulu. Kita cerita tentang wedding semalam. Excited sungguh dapat jemputan dari Blogger Retis yang sorang ni. I pergi wedding 'Che Ta' uolls, kau ada? Ehem. I tak tau lah dari celah mana datangnya Che Ta tu, tapi yang penting blogger ini memang Blogger Retis pun, siapa lagi kalau bukan Blogger Nuriesya Nadia tu ha.
Awal-awal dulu memasing excited, janji nak pakai baju warna sama. Dan I tak ingat siapa punya idea pakai baju warna emerald green. Yang sampai ke garisan penamat, berapa kerat je. Yang lain, sebab hujan lah, tak ada transport lah. Penuh cabaran dan kekangan. Blogger Sally memang dah sedia maklum dengan rancangan realiti instagramnya, #KeKoreaKeSally. Have fun di Jeju Island ya adik!
Suka tengok stamp tu. Nanti nak buat jugak lah. Tak banyak kerja, Stamp aje.
Gemuk ! Ini semua salah baju. Eh eh.
Tengok gambar sendiri rasa macam nak turun naik tangga kat office dari Ground Floor sampai Level 4 sepuluh kali sehari. Hakikatnya memang I turun naik tangga 2-3 level hari-hari sampai juga sepuluh kali. Makin hujung tahun banyak case pulak nak kena investigate. Oh ini bukan kisah Crime Scene Investigation tapi Complaint Investigation. Grrrr!
Blogger Husna Tauke Roti Jala jeling-jeling kita pulak. Hiks.
Baju tak adalah nak emerald green sangat pun. Gara-gara I kesian tengok tunang sendiri dah pening kepala teman I cari baju. Last rembat je warna hijau yang nampak cantik.
Dah la nampak makin gemuk, pucat pulak tu. Apa lah.
Before ke tempat kejadian semalam ambik Blogger Asha Hana di stesen LRT berdekatan. Dah sampai, nampak Blogger Nad dengan Encik Abang dia. Baru je duduk, nampak Blogger Husna ke hulur-hilir cari husband dia yang entah di mana. Tak sempat nak menyembang panjang, sampai pun dah lewat biarpun asalnya janji pukul 1 tengahari.
Tahniah Husna kerana kesan effect khas anda berjaya menghilangkan wajah pengantin dari radar dan gambar.
Orang depan memang pesen tak reti duduk diam.
Buat pengantin baru yang tak adalah nak baru sangat tapi boleh kira baru lagi lah, Selamat Pengantin Baru. Nurie memang Che Ta sangat tau! Wedding dress pun gorgeous macam yang memakainya jugak. Dan pelamin yang bombastic ala-ala Fairy Tale gitu. Tahniah once again buat Nurie dan Wan. Jom lah buat trip pergi Nilai nak makan Mee Ketam. Oh ini serius punya ajak ni. Bawa bebudak ni sekali. Hiks.
p/s : Demi blogger kesayangan yang sorang ini, I tolak mentah-mentah event Nuffnang. Harus suruh belanja Mee Ketam bermangkuk-mangkuk ni.
tahniah pengantin
ReplyDeletesalam ziarah
ReplyDeletecantiknya pelamin Nad..Asya pun cantik jugak.Mana ada gemuk.tu semua salah kamera.haha
ReplyDeletegoodies bag nya comel. sukanya wedding kaler biruu
ReplyDeleteMemang famous stamp2 ni skrang kan. Baru ni akak saya kahwin pun pakai konsep and goodies bag yg sama.. ^_^
ReplyDeleteWah huntunglah, dapat buat reunion jumpa blogger lain jugekss.. ^_^
tahniah.. meriahnya blogger ni. asha pun ada..
ReplyDeleteSalam singgah pagi dik....comel2 semuanya....
ReplyDeletelagi2 musim cuti sekolah nani mesti banyak dpt jemputan kawinkan..
ReplyDeletebulan ni dengan bulan depan memang musim kenduri...hehe
ReplyDeletewahh retis.. ^,^
ReplyDeletecongrate to pengantin..moga kekal akhr hyt hndaknya... ^_^
tahniah kak nurie.. :)
ReplyDeleteseronoknya berkenduri kendara.. cikna bulan 12 baru banyak jemputan tp memang tak dapat nak attend semua sebab kena berkampung kat kampus untuk practical class.. huhu..
ReplyDeleteTahniah dekat blogger Nad
ReplyDeleteHamboiii sangat retis blogger tu ye ! Biasa sangatttt. Hahaha. Thank you Aisya for coming. Mana mana yang kurang tu kita minta maaflah ye. Hehehe.
ReplyDeletep.s : mee ketam ? bile ? hahaha. :P
@Nuriesya Nadia
ReplyDeletebile2 free tp bulan 12 baru free sikit.
@Nuriesya Nadia
ReplyDeletebile2 free tp bulan 12 baru free sikit.