09/11/2014

Kenduri Sana Sini : #NadiaWanWedding

Bulan november memang bulan kenduri, bulan ni saja ada 5 jemputan dan satu yang tak dapat I attend. Minta maaf sangat-sangat. Minggu depan ke Perak, lagi dua minggu nak ke Melaka dan pada hari yang sama ada kenduri di Johor. Nasib baik dua lagi area Selangor / Kuala Lumpur. Tu lah merengek lagi nak bercuti, last-last cuti-cuti Malaysia attend wedding member-member. 

Wedding belum kunjung tiba kita tak payah story dulu. Kita cerita tentang wedding semalam. Excited sungguh dapat jemputan dari Blogger Retis yang sorang ni. I pergi wedding 'Che Ta' uolls, kau ada? Ehem. I tak tau lah dari celah mana datangnya Che Ta tu, tapi yang penting blogger ini memang Blogger Retis pun, siapa lagi kalau bukan Blogger Nuriesya Nadia tu ha. 

Awal-awal dulu memasing excited, janji nak pakai baju warna sama. Dan I tak ingat siapa punya idea pakai baju warna emerald green. Yang sampai ke garisan penamat, berapa kerat je. Yang lain, sebab hujan lah, tak ada transport lah. Penuh cabaran dan kekangan. Blogger Sally memang dah sedia maklum dengan rancangan realiti instagramnya, #KeKoreaKeSally. Have fun di Jeju Island ya adik!

Suka tengok stamp tu. Nanti nak buat jugak lah. Tak banyak kerja, Stamp aje.

Gemuk ! Ini semua salah baju. Eh eh.

Tengok gambar sendiri rasa macam nak turun naik tangga kat office dari Ground Floor sampai Level 4 sepuluh kali sehari. Hakikatnya memang I turun naik tangga 2-3 level hari-hari sampai juga sepuluh kali. Makin hujung tahun banyak case pulak nak kena investigate. Oh ini bukan kisah Crime Scene Investigation tapi Complaint Investigation. Grrrr!

Blogger Husna Tauke Roti Jala jeling-jeling kita pulak. Hiks.

Baju tak adalah nak emerald green sangat pun. Gara-gara I kesian tengok tunang sendiri dah pening kepala teman I cari baju. Last rembat je warna hijau yang nampak cantik. 

Dah la nampak makin gemuk, pucat pulak tu. Apa lah. 

Before ke tempat kejadian semalam ambik Blogger Asha Hana di stesen LRT berdekatan. Dah sampai, nampak Blogger Nad dengan Encik Abang dia. Baru je duduk, nampak Blogger Husna ke hulur-hilir cari husband dia yang entah di mana. Tak sempat nak menyembang panjang, sampai pun dah lewat biarpun asalnya janji pukul 1 tengahari.


Tahniah Husna kerana kesan effect khas anda berjaya menghilangkan wajah pengantin dari radar dan gambar. 

Orang depan memang pesen tak reti duduk diam.

Buat pengantin baru yang tak adalah nak baru sangat tapi boleh kira baru lagi lah, Selamat Pengantin Baru. Nurie memang Che Ta sangat tau! Wedding dress pun gorgeous macam yang memakainya jugak. Dan pelamin yang bombastic ala-ala Fairy Tale gitu. Tahniah once again buat Nurie dan Wan. Jom lah buat trip pergi Nilai nak makan Mee Ketam. Oh ini serius punya ajak ni. Bawa bebudak ni sekali. Hiks. 

p/s : Demi blogger kesayangan yang sorang ini, I tolak mentah-mentah event Nuffnang. Harus suruh belanja Mee Ketam bermangkuk-mangkuk ni. 

16 comments

11/09/2014 10:27:00 am

tahniah pengantin

11/09/2014 10:35:00 am

salam ziarah

11/09/2014 12:16:00 pm

cantiknya pelamin Nad..Asya pun cantik jugak.Mana ada gemuk.tu semua salah kamera.haha

11/09/2014 12:32:00 pm

goodies bag nya comel. sukanya wedding kaler biruu

11/09/2014 02:58:00 pm

Memang famous stamp2 ni skrang kan. Baru ni akak saya kahwin pun pakai konsep and goodies bag yg sama.. ^_^

Wah huntunglah, dapat buat reunion jumpa blogger lain jugekss.. ^_^

11/09/2014 08:44:00 pm

tahniah.. meriahnya blogger ni. asha pun ada..

11/10/2014 08:13:00 am

Salam singgah pagi dik....comel2 semuanya....

11/10/2014 09:42:00 am

lagi2 musim cuti sekolah nani mesti banyak dpt jemputan kawinkan..

11/10/2014 04:33:00 pm

bulan ni dengan bulan depan memang musim kenduri...hehe

11/10/2014 11:26:00 pm

wahh retis.. ^,^
congrate to pengantin..moga kekal akhr hyt hndaknya... ^_^

11/11/2014 07:31:00 am

tahniah kak nurie.. :)

11/11/2014 09:52:00 am

seronoknya berkenduri kendara.. cikna bulan 12 baru banyak jemputan tp memang tak dapat nak attend semua sebab kena berkampung kat kampus untuk practical class.. huhu..

11/12/2014 08:48:00 am

Tahniah dekat blogger Nad

11/12/2014 09:55:00 am

Hamboiii sangat retis blogger tu ye ! Biasa sangatttt. Hahaha. Thank you Aisya for coming. Mana mana yang kurang tu kita minta maaflah ye. Hehehe.

p.s : mee ketam ? bile ? hahaha. :P

11/12/2014 10:00:00 pm

@Nuriesya Nadia

bile2 free tp bulan 12 baru free sikit.

11/12/2014 10:01:00 pm

@Nuriesya Nadia

bile2 free tp bulan 12 baru free sikit.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...