30/09/2012

Jawapan Teka Gambar dan Review Part III

First of all, sorry sebab kurang sikit blogwalking sekarang ni. Busy sikit. Tapi tak tau la busy apa padahal assignment tak ada lagi pun. Dengan tak berapa sihat lagi. Dah elok demam, sakit kepala dan batuk-batuk pun dah kurang, sekarang ni sakit gusi pulak. Rasanya wisdom tooth nak tumbuh tu. Dah tumbuh satu dulu, ni yang kedua pulak. Nak mengunyah pun seksa. Kalau makin teruk ni memang kena makan bubur la jawabnya.

Malas Chipmunk nak taip panjang-panjang, Chipmunk nak reveal jawapan untuk Teka Gambar dan Review Part III. Before tu Chipmunk nak minta maaf kepada mereka yang jawab selepas tempoh yang Chipmunk bagi tu, tak dapat la nak terima jawapan tu. Sorry sangat-sangat ye.


Ramai yang dapat teka ni fail. Hehe. Tapi Chipmunk lagi suka jawapan yang lebih spesifik. Bak kata Cikgu Biology masa Form 5 dulu, jawapan yang baik adalah jawapan yang disertakan dengan contoh. Tapi yang ni teka gambar je pun kan? Jadi siapa yang teka fail sahaja tu insyaAllah Chipmunk akan review jugak tapi short review lah ye. Yang teka siap explain detail lagi Chipmunk review macam biasa sama macam untuk Teka Gambar dan Review Part I dan Part II. Boleh kan? 

Sebenarnya ni fail Chipmunk bawa pergi kuliah. Malas nak bawa buku nota banyak-banyak jadi nota-nota untuk 6 subjek semester ni semua campak dalam fail tu je. Pergi kelas bawa fail ni je, tak payah nak serabut-serabut carik buku nota subjek ni la, itu lah. Macam ni lagi mudah dan tak banyak kerja. Kalau kelam kabut sangat tu just capai je fail terus gerak pergi kuliah. Ha, kan senang.


Buku sebenarnya tak buka lagi tau. Biasalah, suka eching lebih. Masih serabut nak cari tajuk tesis ni. Rasa baru semalam pergi jilidkan tesis degree. Sekarang nak cari tajuk tesis master pulak. Nak buat apa lah agaknya. Oh ya, tunggu tau siapa yang kena review nanti. Sebab Chipmunk tak boleh nak janji bila. Tengok buku tu cantik lagi belum dibaca. Kena soal nanti nak jawab apa?

p/s : Dah pergi Malaysian Chocolate Fair?

28/09/2012

Makan Sunquick untuk sihat.

Semalam, tak buka blog langsung. Maaf la ye. Jawapan untuk Teka Gambar dan Review Part III pun Chipmunk tak bagitau lagi. Tahap kesihatan kebelakangan ni memang macam Chipsmore. Kejap baik, kejap tak. Elok je lepas Chipmunk bagi tips mengenai sakit tekak hari tu. Badan start panas-panas. Petanda nak demam. Tapi demam ni main-main pulak. Kejap panas, kejap tak. Boleh lagi buka blog reply jejak, komen-komen dan blogwalking sikit. Elok je panas badan kurang sikit, datang pulak sakit kepala. Bila dah sakit kepala tu yang Chipmunk tak larat. Nak baring dan tido je. Itu belum batuk lagi. 

Bila tengok Chipmunk asyik tak sihat je. Kejap demam, sakit tekak, batuk jadi sorang coursemate Chipmunk ni bagi lah petua. Makan 2 sudu Sunquick. Bukan yang campur air tu tau. Yang pure tak campur air, tak campur gula. Sebabnya Sunquick ni tinggi dengan kandungan Vitamin C.


Orang kata kalau nak cepat sihat kena makan makanan yang kaya dengan Vitamin C. Mungkin perlu diperbetulkan sikit kot persepsi tu. Sebenarnya, orang sakit ni sistem imun lebih lemah berbanding dengan orang-orang yang sihat. Bila sistem imun lemah, seseorang tu kurang daya tahan untuk melawan penyakit dan seterusnya mudah untuk dijangkiti penyakit. Vitamin C ini lah yang membantu untuk menguatkan lagi sistem imun kita.

Vitamin C ni dikategorikan sebagai vitamin yang water-soluble ataupun larut air. Bila larut air (bukan larut malam tau), Vitamin C yang berlebihan akan disingkirkan dari badan melalui urine. Lagipun badan kita sendiri tak boleh nak produce Vitamin C. Jadi kita kena ambik vitamin C ini contohnya yang paling senang melalui pemakanan kita. Selalunya yang kaya dengan Vitamin C ni buah-buahan kan? Ini Chipmunk senaraikan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi Vitamin C.

  • buahan citrus seperti oren, lemon
  • buahan beri seperti strawberries, blueberries, raspberries, cranberries
  • betik, nanas, tembikai, kiwi
  • sawi, kobis dan sayuran hijau yang lain
  • brokoli
  • tomato
 Buahan citrus (sumber : Google)

Ada banyak lagi sumber Vitamin C. Contohnya macam Sunquick Oren. Kalau kita tengok kandungan Vitamin C pada maklumat nutrien dekat label botol Sunquick tu, ada dinyatakan kandungan Vitamin C adalah 9.0 mg dalam setiap 100 ml selepas dicairkan ataupun bersamaan dengan 15% Nilai Rujukan Nutrien. Nak tau apa NRN ni boleh lah tanya pakcik Google terus. Chipmunk malas pulak nak buka balik lecture notes. Nak terang lagi satu hal. Chipmunk bagi satu contoh ni je tau. Ada lagi yang lain-lain kita boleh jumpa.


Chipmunk sekarang dalam proses mencuba petua coursemate Chipmunk ni. So far okay. Bukan nak cakap makan 2 sudu Sunquick ni terus sihat cuma makin okay kalau nak dibandingkan dengan sebelum ni. Memang elok sangat lah untuk orang-orang yang bermusuh ketat dengan ubat macam Chipmunk. Kalau dah haus tu boleh bancuh untuk minum biasa-biasa pulak. Ibu-ibu yang mengalami masalah nak suruh anak makan tablet Vitamin C tu mungkin boleh jugak try cara ni kot. At least budak-budak tak pandang Sunquick ni sebagai ubat kan, sedap pun sedap. Boleh jugak diamalkan setiap hari. Tak semestinya masa sakit baru tergedik-gedik nak carik Sunquick. Kononnya nak baik la kan. Sunquick ni bukannya ubat pun cuma sebagai sumber Vitamin C yang diperlukan khususnya untuk menguatkan lagi sistem imun kita di samping ada banyak lagi fungsi-fungsi lain.

eching je lebih ni sebenarnya

Chipmunk ni menaip based on apa yang Chipmunk belajar masa kuliah dan jugak sumber seperti INI. Kalau ada salah bagitau la ye. Boleh Chipmunk perbetulkan. =)

26/09/2012

Wordless Wednesday : ♥ Sanggar Citra Part II


Tahun kedua sambut birthday bersama. Thanks sayangs sekalian! Happy Birthday jugak Elya.
♥ Sanggar Citra Part I
*updated* Tak lupa buat Sis Puteri Kasih. Happy Birthday! 

p/s: Joe, pinjam gambar ye. Hehe.

25/09/2012

Teka Gambar dan Review Part III


Syarat-syarat
  1. Teka gambar di atas. (Lagi spesifik lagi bagus. Hehe.)
  2. Komen jawapan anda pada entry ini.
  3. Masa : 12.00 am (25/09/12) sehingga 12.00 am (26/09/12)
  4. Hint : Kertas *update : lupa pulak nak bagi hint. Sorry*
Seperti Teka Gambar dan Review Part I dan Part II, Chipmunk akan review blog blogger yang dapat jawab dengan tepat.

24/09/2012

Kain

Semalam tak sempat pulak nak online and blogwalking. Kan ada bagitau yang Chipmunk nak keluar dengan En. Barney pergi carik kain nak buat baju baru untuk konvo. Gedik sangat nak baju baru jugak macam tu lah. Pakai je baju raya baru sudah. Malam tu ada meeting dengan pelajar-pelajar baru yang join Kelab Tarian Sanggar Citra pulak.

Semalam masa carik kain tu, sempat pulak tengok orang kejar pencuri dan tangkap pencuri secara live. Menakutkan. Nasib baik bukan pergi sorang-sorang. Alhamdulillah pencuri tu dapat ditangkap. Tak tau cerita detail biarpun saksi yang tengok orang tu mencuri tengah bercerita dari A sampai Z. Malas nak sesak-sesak semata-mata nak dengar cerita.

Chipmunk google je gambar ni.

Raya yang akan datang dah cadangkan kat mak, nak kain cotton sulam warna lebih sama macam dalam gambar tu. Sebab semalam sedih tak jumpa warna macam tu yang berkenan di hati. Mak dah ajak carik dah masa family datang untuk konvo nanti. Awal kan shopping untuk next raya? Selalu macam tu lah, datang KL semata-mata nak shopping untuk raya. Nak shopping kat Miri? Jangan harap lah. Semua benda mahal.

Lupa pulak nak bagitau. Tunggu Teka Gambar dan Review part III pukul 12.00 tengah malam ni. Sama macam dalam Teka Gambar dan Review Part I dan Part II. Hanya perlu komen je. Siapa yang dapat jawab dengan tepat Chipmunk akan review blog beliau. Senang je kan? Tunggu ye.

23/09/2012

Sakit Tekak dan Tips-tips nya.. versi saya.

Chipmunk sekarang tengah sakit tekak. Batuk-batuk punya pasal. Sampai hilang suara. Dah tu makin suka pulak En. Barney mengusik. Dah la kita ni tak ada suara. Kita diam dia usik, kita balas dia gelak. Mulut je membebel tapi suara bukan keluar pun. Dari yang kurang minum air, sekarang ni mineral water sentiasa ada kat tepi katil ni.


Bila sakit tekak ni kan, ada beberapa cara atau tips la perkataan mudahnya yang Chipmunk guna untuk melegakan sakit tekak. Yang ni ikut keselesaan Chipmunk lah ye. Orang lain, mungkin lain caranya. Cuma ada jugak yang Chipmunk google. Kot-kot la boleh try ke.

  1. Elak makan benda yang sejuk-sejuk. Sekarang ni Cool Blog, Ice Cream dan yang sewaktu dengannya di banned buat sementara waktu. En. Barney, jangan menggedik ajak orang beli Cool Blog la, belikan Ice Cream la. No no no... tapi ada yang Chipmunk baca makanan sejuk pun boleh jugak legakan sakit tekak. Sebab sama je kaedahnya dengan minuman panas. Tapi Chipmunk tak rasa macam tu. Lagi lambat elok adalah. 
  2. Elak makanan yang pedas. Ni memang sepanjang masa sebab Chipmunk jenis yang tak tahan pedas. Tapi bila sakit tekak ni extra careful. Takut terambik makanan yang pedas. Selalu makanan ni Chipmunk akan makan yang berkuah.
  3. Elak makan benda-benda manis. Nasib baik paket-paket Kinder Bueno yang En. Barney bagi hari tu dah habis kena telan. Kalau tak, memang menangis lah nak makan jugak. Tapi Chipmunk ada baca jugak, madu elok untuk melegakan sakit tekak. Tak pernah try la pulak.
  4. Minum minuman panas. Sama lah macam makan makanan berkuah tu tadi. Sakit tekak ni, Chipmunk suka order Teh O Limau. Of course la yang panas. Rasa lega sangat. Yang ni Chipmunk ada jugak terbaca yang minum teh tu elok. Tak sure lah betul atau tak. Tapi minum Teh O Limau ni, lagi-lagi yang panas tu memang lega!
  5. Tak pun Chipmunk ambik Dequadin. Memang melegakan. Dulu ada sekali gatal-gatal tekak sampai rasa nak termuntah. Dequadin ni lah yang Chipmunk ambik. Strepsil atau Fisherman's Friend memang tak jalan. Nak makan ubat batuk nanti mengantuk. Dah la time tu Chipmunk busy dengan training tarian untuk Pertandingan Tarian Tari Ekspresi Diri FSSK
  6. Yang ni Chipmunk jumpa kat google. Nak legakan sakit tekak kumur dengan air garam. Campur 1/2 sudu teh garam dalam air suam dan kumur. Yang ni kalau untuk ulser Chipmunk suka buat. Untuk sakit tekak ni tak tau lah pulak macam mana.

Number 1 hingga 5 tu memang Chipmunk selalu praktikkan kalau sakit tekak ataupun gatal-gatal tekak ni. Number 6 tu teringin pulak nak try sekarang ni. Ada lagi tak tips-tips lain macam mana nak melegakan sakit tekak ni? Boleh lah kongsi-kongsi. Tak sanggup lah hilang suara lama-lama ni. Asyik kena buli je dengan En. Barney.  

Tapi dalam banyak-banyak ni, tips yang paling berkesan adalah banyakkan minum air masak atau air suam. Kan kan kan?

sumber : INI dan INI.

p/s: Nak buat Segmen Teka Gambar dan Review lagi macam INI dan INI. Nak tak?

21/09/2012

Baju tanpa kain? Maksudnya.....

Alhamdulillah, insyaAllah bulan oktober ni Chipmunk akan konvo, untuk peringkat ijazah sarjana muda. Macam biasa, kalau nak konvo ni mesti nak pakai cantik-cantik, grand-grand kan. Bukan selalu dapat konvo ni. Ni lah first time, insyaAllah tahun depan konvo untuk peringkat sarjana pulak. Doakan tau agar Chipmunk boleh habiskan master dalam masa setahun. 

Jadi ahad ni plan nak keluar dengan En. Barney nak cari kain pasang buat baju kurung untuk nikah, eh untuk konvo nanti. Tengah fikir-fikirkan idea nak carik kain baju yang macam mana ni. Disebabkan Chipmunk banyak baju kurung purple, dan jubah konvo nanti pun warna purple jadi sah-sah tak kan carik warna purple. Nak carik yang sama warna dengan blog lah, baru matching kan.

Bila cakap pasal kain nak buat baju ni, ada benda yang Chipmunk nak kongsi. Zaman sekarang ni, macam-macam kita boleh jumpa. Dan macam-macam kita boleh guna untuk buat baju. Yang tak cukup kain ada, dan yang tak pakai kain pun ada. Macam gambar-gambar di bawah ni....

 Balloon Dress yang diperbuat daripada balloon

Clothespin Dress yang diperbuat daripada penyepit baju

Garbage Bag Dress yang diperbuat daripada plastik sampah?

Grass Dress. Sudah terang lagi bersuluh daripada rumput. Erk?

Matchstick Dress. Gigih buat baju daripada mancis

Newspaper Dress. Newspaper pun boleh!

Paper Dress. Errr, macam mana lah agaknya kan?

Rubber band Dress. Tak ada benda lain ke selain daripada gelang getah?

 Sprinkle Dress. Silalah tanam pokok durian sekali. Kalau berbuah boleh jugak dimakan.

Toilet paper dress. Speechless, tak tau nak komen apa.

Umbrella Dress. Kononnya waterproof lah?

Chipmunk tak boleh bayangkan kalau tengok orang yang pakai dress macam ni depan mata. Automatik akan buat muka pelik. Bukan Chipmunk sorang rasanya tapi semua.

sumber : INI dan INI.

20/09/2012

Pecah Masuk Bilik Sendiri?

Dah lama Chipmunk tak story-story pasal Ken Si Otai kan? Asyik Cik TengTeng dan Baby E'el je. Bagi yang tak tau Ken Si Otai ni kura-kura. Nak tau kenapa Chipmunk panggil dia Ken Si Otai boleh baca kat SINI. Tapi sekarang dah hilang dah sifat ke'otai'an Ken sebab kura-kura yang lagi dua ekor dah nak sama besar dah dengan dia. 


Malam semalam, Chipmunk rasa tak berapa sihat sikit. Pening kepala. Maybe sebab cuaca panas kot. Puteri Lilin yang sorang ni bukannya boleh berpanas sangat. Nak tido awal, bekas Ken tak basuh lagi. Bekas Ken tu Chipmunk memang basuh tiap-tiap hari. Kalau follow dari awal blog ni dulu, mesti perasan bekas Ken dah banyak kali tukar. Sebab kura-kura tiga ekor tu dah membesar! Selalunya lepas bagi mereka bertiga makan, Chipmunk lepas je Ken dan anak-anak dalam bilik. Ikut suka la nak jalan pergi mana-mana. Lagipun sekarang Chipmunk duduk bilik single, sorang-sorang je jadi senang sikit. Tapi dengan syarat semua kawasan yang susah nak ambik kalau siapa-siapa antara mereka ni sembunyi kat tempat tu, semua Chipmunk tutup. Kalau tak, tunggu lah sampai tahun depan baru dia keluar dari tempat persembunyian tu.

Ada masa mereka bertiga pandai keluar dari bekas ni. Jadi tak berani nak ambik risiko letak bekas atas meja. Jadi letak je lah atas lantai.

Jadi dalam pukul 9.00 malam macam tu, dengan gigih la Chipmunk bawa bekas besar tu pergi bilik air. Basuh punya basuh nak balik bilik, cari dulu mana Chipmunk letak kunci. Dalam poket seluar tak ada, atas sinki tu pun tak ada. Positif, maybe tertinggal dalam toilet sebab before tu ada masuk toilet jugak. Sekali tengok tak ada. Memang sah Chipmunk keluar bilik tak bawak kunci! Positif lagi, mungkin Chipmunk keluar bilik tadi tak kunci pintu kot. Berdebar-debar Chipmunk pulas tombol pintu. Sah kuasa dua, Chipmunk terkunci dari luar. Kunci ada dalam bilik, pintu terkunci dan Chipmunk nak masuk bilik macam mana? 

Terus ketuk pintu bilik kawan kat sebelah, nak pinjam phone. Nak call En. Barney. Masa awal-awal dapat kunci tu, Chipmunk dan En. Barney dah buat kunci spare siap-siap. Kunci spare Chipmunk ada kat En. Barney. Tapi yang paling bestnya time tu En. Barney kat luar, kerja part-time. Tak kan nak tunggu En. Barney balik pukul 12 tengah malam kot. 

Sebenarnya kunci tu cantik je tergantung kat sini. Sekali dengan kunci kereta.

Berbekalkan pengalaman kawan Chipmunk pernah terkunci dari luar jugak, kitorang pun try la cara-cara yang kitorang tau macam mana nak pecah masuk bilik sendiri ni. Chipmunk ulang, pecah masuk bilik sendiri! Ambik card yang tak guna dah dan senang nak bend dan cucuk kat area tombol pintu tu. Dalam setengah jam jugak mencuba, datang sorang kakak kat bilik hujung ni tolong. Dia pun ada jugak pengalaman pecah masuk bilik sendiri ni. Kes-kes macam ni memang dah biasa bagi budak-budak yang duduk bilik single. Tapi tak tau kenapa pintu bilik Chipmunk macam payah sikit. Kemudian datang sorang junior Chipmunk ni, tapi Chipmunk panggil kakak sebab lagi tua dari Chipmunk. Kebetulan yang tolong Chipmunk tu kawan dia. Entah macam mana diorang buat, lepas sejam terkunci kat luar finally dapat jugak masuk bilik. Terima kasih buat mereka bertiga yang sudi menolong. Kalau mereka ni tak ada memang kena tunggu sampai pukul 12 tengah malam la jawabnya.

Masuk bilik terus bebel-bebel kat kura-kura, kenapa tak tolong bukakan pintu.

Chipmunk rasa, habis belajar ni bukan setakat dapat Master Environmental Management tapi master dalam pecah-memecah masuk bilik sendiri!

p/s: Elok je Chipmunk terkunci malam semalam, siang tadi En. Barney pulak yang kena. Tapi yang ni lagi dahsyat. Selak pintu terkunci dari dalam.

Spontaneous Thursday : Sayang

Sedangkan kucing lagi saling sayang menyayangi, ini kan pulak manusia.

E'el lepas kena marah

Mak : Tadi pagi E'el kena marah dengan mak
Chipmunk : Dah kenapa pulak?
Mak : Membuang merata, tak sempat nak ke toilet. Kena marah la jawabnya.
Chipmunk : Lepas tu?
Mak : TengTeng datang duduk sebelah, kononnya nak pujuk yang kena marah tu.

Sesi pujuk-memujuk

19/09/2012

Wordless Wednesday : Birthday = Cakes!









p/s: 23 dan sehari. =)

18/09/2012

Residet Evil : Retribution

Since dengan En. Barney ni, rutin setiap kali nak sambut birthday mesti pergi tengok movie. Tak tau lah kenapa. Maybe sebab masa terhad kot kalau nak plan benda lain. Memandangkan esok busy dengan kelas, terpaksa lah sambut sehari awal. Untuk tahun ni, En. Barney bawa pergi tengok Resident Evil : Retribution pulak. Actually tak follow sangat pun Resident Evil ni. Yang Chipmunk tengok pun Resident Evil : After Life. Tu pun gara-gara cousin ajak. Dan satu lagi, Chipmunk ni kalau movie pasal zombie-zombie ni memang cukup pantang. Ngeri! Dan jugak movie ala-ala Final Destination. Tahun lepas birthday Chipmunk, En. Barney belikan tiket movie Final Destination, 3D pulak tu! Memang main angry bird dalam panggung wayang la jawabnya. Before beli tiket movie ni ada jugak Chipmunk baca-baca review. Ada yang cakap best, ada yang cakap tak best. Nyaris-nyaris lagi tak beli. Dah la terpaksa tukar hall pulak. Selalu kitorang beli tiket online je, malas nak beratur panjang. Jadi sampai-sampai tengok hall yang kitorang nak tu ada masalah teknikal pulak. Tak dapat la seat yang kitorang nak. Nasib baik bagi seat yang best.

Eh baru perasan, panjang pulak intro ni kan. Out of topic pulak dah. Tapi kalau nak suruh Chipmunk cerita details pasal movie yang ni Chipmunk tak reti pulak. Tak follow dari awal. Itu pun Chipmunk sikit-sikit tanya En. Barney. Yang ni apa, itu dah kenapa pulak bla bla bla. Sampai En. Barney cakap dia tak boleh fokus tengok Resident Evil. Sorryyyyy.


Actually kan, Chipmunk mengharapkan lebih lagi untuk movie ni. Macam tak memberi impak sangat terhadap emosi penonton. Harap sound effect je lebih. Action pun tak berapa best macam yang before ni. Yang first two movies tu Chipmunk tak tengok jadi tak boleh nak compare dengan kedua-dua tu. Untuk yang ni just tengok macam mana Alice tu nak escape dari tempat tu dan kalahkan Red Queen. Part yang last-last tu pun banyak persoalan yang Chipmunk boleh timbulkan. Contoh macam part Alice bertarung last tu, jantung macam dah berhenti berdenyut sebab impak dari tumbukan atau whatsoever la dari lawan dia tapi elok pulak boleh jalan, bercakap. Tak tau lah, mungkin ada term atau apa-apa yang Chipmunk tak paham kot kat part tu. Kalau ikut Chipmunk dalam 3.5 bintang kot. Nak kata tak best, best je. Tapi kurang best lah.

Tak sabar pulak nak tunggu next movie. Yang lepas ni movie yang last eh? Macam mana lah agaknya Alice nak pertahankan bangsa manusia ni ye?

p/s: mata dah mengantuk. Ada kelas pagi la pulak. Nasib pukul 10.

17/09/2012

Penemuan spesies 'Belut' berwarna oren keemasan.

Ini kisah mengenai belut celup, bukan belut yang original. Nak kata hybrid pun bukan, mutant pun bukan. Chipmunk pernah buat entry pasal 'belut' ni dulu. Boleh rujuk SINI. Sebelum tu, Chipmunk nak minta maaf sebab lambat pulak reveal 'penemuan' baru ni. Sorry ye....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Cak! Saya lah Belut Oren tuuuu..

Ini lah E'el yang bermaksud belut (eel). Actually, nama E'el tu bapa yang bagi dan tak ada kaitan dengan belut pun. Tapi perangaiiiiiii, sebijik belut! Lincah bukan main. Dah memang baby kucing umur 3 bulan setengah ni hyperactive kot. Lari sana, lari sini. Lompat sana, lompat sini. Tak kisah lah tinggi mana pun, tetap akan lompat jugak. Bak kata adik, motto hidup E'el adalah... Nothing is impossible! Kita yang takut tengok dia bermain. Kalau dah berlari satu rumah tu, dia akan langgar semua benda yang menghalang larian dia. Kononnya nak lawan Watson Nyambek lah. Tapi tak sedar kaki tu ada empat, pendek-pendek pulak kaki tu. Dah habis bermain tu, tido lah. Tapi E'el ni sangat senang nak tido. Macam nak tidokan baby manusia pulak. Tepuk-tepuk sikit dah tak sedar dunia luar. Sebab tu cukup susah nak ambik gambar dia dengan mata yang terbuka. Buka mata je, confirm terus main. Recently, E'el terperangkap dalam peti sejuk. Nasib baik bukan tempat freezer tu. Adalah dalam kurang dari 10 minit. Nasib baik mak buka peti sejuk nak ambik something, baru perasan E'el ada dalam tu. Mampu geleng kepala je lah. 




Ada yang rindu Cik TengTeng tak? Ni ada gambar latest kucing debab tu.



15/09/2012

Korean Drama The Innocent Man

Anda suka tengok ni...
.
.
.
.

Jadi, anda mungkin kenal siapa ini....
.
.
.
.

ataupun ini...
.
.
.
.

Okay-okay. Bukan nak cakap pasal Running Man, nanti ada yang salah faham pulak. Sebenarnya, Chipmunk ada follow satu drama korea terbaru ni. Baru tengok dua episod. Memang boleh download 2 episod je pun. Tapi drama ni kalau tak silap ada 20 episod semuanya. Dan pelakon-pelakon drama tu pulak, yang dua wajah di atas ni. Dan drama yang Chipmunk maksudkan adalah ini...



Sebab drama ni baru lagi jadi Chipmunk tak pandai pulak nak ulas panjang-panjang. Sebab baru tengok 2 episod kan. Yang boleh Chipmunk cakap setakat ni jalan cerita drama ni agak berat lah jugak. Lagi berat dari drama Five Fingers. Apa yang Chipmunk boleh cakap, dalam drama ni kehidupan masa sekarang dihantui oleh masa silam dan penuh dengan dendam. Kenapa Chipmunk cakap macam tu? Kang Ma Roo (Song Joong Ki) seorang medical student, kira top student lah tapi kemudian dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan membunuh, yang dia tak buat pun. Ha, dari sini lah life dia berubah. Agak kesian jugak lah tengok watak Joong Ki ni. After six years, dia dah dibebaskan, macam-macam pulak yang jadi. Ibarat jatuh ditimpa tangga lah. Semua peristiwa ni, semuanya bersangkut-paut dengan Han Jae Hee (Park Si Yeon) dan bertambah teruk bila Seo Eun-Gi (Moon Chae Won) masuk campur. Siapa mereka ni, susah pulak Chipmunk nak cerita detail. Kena tengok sendiri.

So far yang Chipmunk tengok, watak Park Jae Gil (Lee Kwang Soo) dalam drama ni sama je dengan Lee Kwang Soo dalam Running Man. Memang tu lah penyeri dalam drama ni. Setakat ni best jugak lah untuk ditonton sementara belum ada assignments dan tesis sarjana belum memenuhkan masa yang free ni. Tapi kalau jenis orang yang prefer drama yang santai, yang komedi mungkin akan rasa drama ni bosan kot. Kalau Chipmunk, tak berapa sangat drama-drama yang macam tu. Lebih prefer drama-drama yang bermain dengan emosi. Ceh, ayat bukan main!

Jadi kalau siapa-siapa nak tengok drama ni bolehlah download kat SINI, subtitles pulak anda boleh carik kat SINI.

14/09/2012

GiveAway : Saya Mau Novel dari Onenie

First of all, thanks Cik Lily sebab tag and thanks jugak buat tuan punya blog yang ada menjemput untuk join satu giveaway ni.


Nak join jugak? Klik je gambar novel a.k.a banner di atas ataupun klik je SINI.

Nak baca sinopsis novel tersebut ataupun nak tengok syarat-syarat yang dikenakan klik je la banner tu. Macam biasa lah ada beberapa syarat, tapi syarat simple-simple je. 1-2 minit dah settle. Dan hadiah pulak, mengikut bilangan peserta yang join. Lagi ramai lagi banyak lah hadiahnya. Nak tau lebih lanjut, klik banner di atas ataupun klik SINI ye.

Kali ni Chipmunk nak tag....


Tarikh Tutup : 21 September 2012

13/09/2012

Tak mustahil untuk tido sambil berenang

Dalam beberapa  hari ni asyik hujan je kat Bangi. Then Chipmunk pun perasan, ada jugak Chipmunk baca blogger-blogger lain update pasal hujan, tak kurang yang buat status kat FB mahupun tweet-tweet di twitter. Di mana mereka berada tu Chipmunk pun tak tau lah. Mungkin sekarang ni musim hujan kot. Hujan di mana-mana. Kipas dalam bilik pun Chipmunk letak yang paling slow sekali. Tak tahan sejuk sangat.

Sejuk-sejuk ni memang best lah kalau dapat tido, nasib baik lah kelas Chipmunk tak start lagi. Kalau dah mula pun kelas semua tengahari. Jadi tak ada masalah kalau terlewat bangun. Tambah pulak fakulti dekat je.

Cakap pasal time sejuk-sejuk adalah time yang paling best untuk tido, Chipmunk ada jumpa something yang Chipmunk nak share kat semua. Macam mana kalau katil kita tu dalam air? Mesti ada yang terfikir, kalau dalam katil dalam air nak tido macam mana? Betul tak? Ni, Chipmunk nak tunjuk. Macam ni sebenarnya. 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Ni orang panggil Aquarium Bed. Macam best je kan? Kita tengok pun nampak macam sejuk dan nyaman je. Buka mata je nampak ikan. Jangan buka-buka mata je nampak shark sudah!
 
sumber : INI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...