31/08/2015

Cek Nuffnang Tak Sampai, Tiket Pun Nuffnang Tak Reply. Grrr!

Ingat lagi kisah cek nuffnang Iolls yang tak sampai-sampai lepas dua bulan cashout? Tak ingat or tak tahu? Klik lah sini, Lebih 2 Bulan Dah, Kenapa Cek Nuffnang Tak Sampai-Sampai Lagi Ni??

Ini sambungannya.

Menurut Nuffnang, Cek Iolls mungkin sesat dan hilang arah semasa dalam perjalanan. Pihak Nuffnang ada juga minta alamat dari I untuk verify sama ada mailing address dalam sistem diorang sama dengan yang I bagi and memang sama pun. Pihak Nuffnang akan issue balik cek dan hantar semula kat I. Makan masa dua minggu baru I dapat. 

Lepas dua minggu! Cek tak sampai-sampai. 

Bila tak sampai, I pun inform lah Pihak Nuffnang. Plus dalam reply diorang pun kalau cek tak sampai jugak dalam tempoh dua minggu, inform diorang balik. 

Tapi sayang. Lepas 5 hari bekerja, still tak dapat apa-apa feedback dan balasan daripada Nuffnang. Ni yang rasa macam nak hangin ni. 

So I submit je lah tiket baru dengan harapan yang ini diorang reply. 


I baru nak puji tau. Sekali tarik balik lah. Tak reply pun email Iolls. 

Sebelum ni ada tukar alamat. Dulu guna alamat rumah kat Sarawak, ini tukar guna alamat rumah sendiri lah pulak. Takkan lah sebab kawasan rumah I ni kawasan kejiranan baru so abang posmen tak jumpa-jumpa? Sama je address yang I guna dengan address yang tertera atas bil air dan bil elektrik. Musykil, ke mana hilangnya cek tu. Hmm.

p/s : Kalau setakat puluh-puluh tak apa lah jugak. Sobs.

30/08/2015

Kenduri Kahwin, Hospital Seremban dan MMA Santai Corner. Penat!

Sekarang ni mood malas nak mengupdate, malas menaip dan malas bercerita semakin menular. Fikir nak letak title apa pun makan masa 20 minit. Mungkin disebabkan kepenatan tak surut-surut lagi agaknya? Kemudian menyebabkan slogan "minda cerdas, badan cergas" tidak mampu untuk dituruti. Haish, tak produktif sungguh lah begini.  

Semalam, keluar rumah seawal pagi. By the way tak ada lah pagi pun, dekat pukul 12.00 tengahari. Itu dah seawal tengahari dah. 

Masuk kereta terus gerak ke kenduri kahwin member satu universiti dulu. Antara member rapat I masa kat universiti dulu dan merangkap coursemate En. Barney. Mulanya nak pergi sekali dengan sorang lagi member ni tapi apakan daya dia tak boleh nak keluar rumah. Rumah di tengah-tengah kota raya. Uolls faham-faham lah sendiri ye. 

Dari Shah Alam ke Cheras. Kenduri pulak dalam markas. Sampai tempat kenduri, toleh kanan toleh kiri, tak nampak pulak orang yang dikenali. En. Barney pun tercari-cari jugak coursemate yang lain. Pun tak jumpa jugak. Mungkin ramai yang balik kampung bersempena dengan weekend yang panjang sikit ni. 

Sayangnya tak menyempat nak bergambar dengan pengantin. Jam dah hampir dua petang, pukul 3.00 petang En. Barney dah kena ada di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban. Maka berangkat lah weolls dari Cheras ke Seremban. 

Singgah sebentar mencari sesuatu untuk menghilangkan kehausan. Kalau part singgah menyinggah begini, serahkan aje kepada En. Barney, Iolls duduk dalam kereta je lah. 

"Nak air apa?"
"100 Plus. Nak yang Berry, kalau tak ada yang biasa je lah."

And finally! Jumpa 100 plus Berry di Petrol Station Shell di Seremban. Puas Iolls cari tau. Dari bulan puasa tempoh hari. Baru sekarang ku temui. 


Lewat berapa minit sampai di Hospital Tuanku Ja'afar. Parking di parkir bertingkat. Terus tolong En. Barney sorong troli yang sarat dengan segala tools dia tu. Iolls tak tolong pun sorong troli, tolong bawa yang hand carry aje. 

Berbekalkan dua buah novel. Macam biasalah, Iolls kan tunang mithali. Menunggu di ruangan menunggu. Kalau di Hospital Seremban ni Iolls suka sikit. ada aircond and ada TV. Tak lah bosan sangat. Kalau di HKL, memang I tak mampu lah nak menunggu. Later I story kisah kelmarin. Nasib baik I tak tunggu, dengar cerita En. Barney pun dah meremang oi! 

Dari pukul 3.00 petang, almost 9.00 pm. Dah habis baca novel pertama, dah masuk novel kedua baru lah kerja En. Barney siap and MMA Santai Corner, here we come!

Ada apa di MMA Santai Corner? Apa lagi nak melantak Mee Ketam di situ lah. Iolls pernah jugak buat entri Mee Ketam and Mee Udang di sini tempoh hari. Rujuk [D'Laila Mee Udang, MMA Santai Corner].

Mee Udang for En. Barney

Semestinya Mee Ketam untuk I!

Kali ini tak berapa nak pedas lah pulak. Iolls boleh makan dengan bongkaknya tanpa meneguk air. Kalau tak, kemam ais batu memanjang. Nak hilang pedas punya pasal. 

Tapi harga dah naik RM2.00 lah. Tapi kalau dah sedap begini, naik dua ringgit pun rasa berbaloi. Yummy yummy!

Dah puas melantak kan? Terus balik lah jawabnya. 

p/s : Sampai rumah, hampir pukul 12.00 pagi jugak lah. 

29/08/2015

Recharge

Penat semalam tak surut lagi.
Bangun pukul 5.00 pagi.
Pukul 6.00 pagi dah terpacak kat office.
Dan sampai office client pukul 7.00 pagi.
Tunggu kafe buka,
Mee goreng sepinggan,
Teh tarik secawan.


Pukul 9.00 pagi sampai pukul 3 petang,
berdiri dengan kasut wedges tiga inci,
tak duduk langsung.
Lunch tak sempat, minum air pun tak sempat.

Badan dah lemau,
kaki dah lembik.
Rasa macam agar-agar jeli pulak diri sendiri.


Still recharging. 
Semalam sakit kaki, rasa macam nak patah. 
Hari ni sakit belakang pulak dah. 

p/s: Payah betul mengheret kipas berkaki ni. Hangin je rasa.

28/08/2015

Chicken Cornish For Breakfast

Kelmarin sebelum balik, officemate offer siapa nak Chicken Cornish for breakfast esoknya. Cecepat angkat tangan. Orang dah offer nak buatkan, apa lagi? Memang tak lah menolak kan. 

Dan esoknya.

Tada!!

Seketul Chicken Cornish untuk dimakan. Eh, seketul ke? Maaf lah pinggannya tak menyempat nak capai, perut dah bergolak dulu. Letak atas tisu, terus snap. Tipikal manusia sekarang. Hiks. 

Terima kasih Kakak PA yang baik hati sebab buatkan breakfast yummy untuk adik-adik sekalian alam. Sedapnyaaa. Nak lagi please. 

p/s : Satu hari tak masuk office. Tak payah nak bersuka ria sangat lah kerja luar perempuan oi. Tengok selasa nanti haru tak haru settle kan kerja. 

27/08/2015

Shopping Online Barangan Dari China

Zaman moden macam sekarang ni, nak beli apa je semua main klik je. Online je memanjang. Nasib baik Iolls ni tak kemaruk nak bershopping sakan. Tak kisah lah shopping cara konvensional mengukur kedai / shopping complexes et cetera mahupun online shopping. Baik simpan duit beli novel biar pun sekarang memang langsung tiada masa untuk membaca. 

Bila masuk cerita tentang shopping online ni, satu-satunya masa untuk Iolls membeli adalah bila I rasa benda tu penting. Kalau saja nak habiskan duit memang tak lah kot. 

Ada tapinya jugak. 

Kakak-kakak, adik-adik di office ni pulak jenis yang shopping online aje kan. Tipu lah kata Iolls tak terjebak langsung. Terjebak jugak usha sana usha sini sikit. Kot ada yang perlu dibeli. 

Dan nak dijadikan cerita lebih kurang sebulan dua bulan yang lepas, manusia-manusia penghuni office yang sama kemaruk pulak bershopping barang-barang yang direct dari China. Itu sebelum nilai ringgit jatuh macam nangka busuk jadi 4 flat lah.  Sekarang bila 1 USD pun dah berpinar-pinar bijik mata tengok angka, terasa macam lupakan lah saja nak shopping di situ. 

By the way dari tadi asyik kata shopping online, shopping online tapi terlupa pulak nak bagitau kat mana weolls bershopping sakan tu. 

Kat mana lagi kalau bukan di AliExpress at; www.aliexpress.com


Disebabkan barang-barang memang dari China, price yang ditunjukkan pun dalan USD. Then uolls pandai-pandai la convert sendiri. I? Selalu rujuk BNM Converter je. Sebab kat office pun selalu guna yang itu.

Lebih kurang macam Zalora, Lazada, Groupon dan tang sewaktu dengannya jugak. Rambang mata jugak lah memilih.

Contoh macam jam tangan. Banyak sungguh yang cecantik dengan harga kurang dari RM10. Yang biasa kita tengok orang jual RM20 - RM30 tu. 

Payment method? Iolls ada lah beli satu barang tempoh hari. Debit Card or Credit Card pun boleh guna. Cuma kalau CIMB Bank Debit Card macam tak boleh pakai je. Balik-balik payment unsuccessful. Tapi try guna Debit Card Bank Islam okay je. Member pun mengalami masalah yang sama jugak bila guna CIMB Debit Card. 


Setelah hampir setengah bulan, akhirnya sampai jugak. Bab-bab mengepos ni lambat la sikit. Sebab import dari jauh tu. Estimated 2-3 weeks gitu lah. Ini pun Iolls beli penghujung july kot kalau tak silap. 

Dah dapat login website Ali Express and klik "Confirm Good Received". Settle. 

Tapi sekarang ni nak shopping di AliExpress kena hold dulu lah. Macam rugi je. Sobs.

p/s : agak-agak apa dalam parcel? Hiks

26/08/2015

Wordless Wednesday : Vacation Countdown


25/08/2015

Time Off !!

**Sambil tiup wisel dua kali tiga kali.

Breaking point and I need some time off.

Pesan singa kepada kucing,
Tunggu.
Sabar.
Biarkan menjauh.
Biarkan pergi.


Breakdown stage and all burned-out.
Mencari arah angin yang berbeza. 
Mudah sungguh matanya basah ye perempuan?


Di mana letaknya anda?

p/s : Di mana-mana pun politik berleluasa dan bermaharajalela. 

24/08/2015

'Keretapi' Facebook Telah Meninggalkan Daku

Zaman sekarang.
Kad jemputan majlis perkahwinan semakin kurang relevan.

Sebab musabab,
Facebook kan ada!

Tapi kan, Iolls dah berkurun tak berjinak-jinak dengan Facebook.
Nak reply komen pun tak reti kau!
Apatah lagi nak pos gambar.

Tanya En. Barney,
"Nak reply komen macam mana ni?"

Whatsapp kawan,
"Weh tolong invite, friendlist ada berapa kerat aje"
Check balik friendlist, cukup cukup seratus agaknya.

Noob sungguh rasanya diri.
Makcik dan makcik, pakcik dan pakcik,
Lebih hebat dan profesional nampaknya.

Mana wall, mana newsfeed pun tak pandai nak beza.
Teruk betul lah perempuan ni.
Ketinggalan keretapi!


Terima kasih daun keladi, 
Wahai sahabat ku Izzati
Kerana sungguh memahami, 
Tolong meng'invite' bagi pihak diri ini. 

p/s : Last status update, tahun 2013. Ini tahun 2015 kot!

23/08/2015

Permohonan Nikah Secara Online Melalui E-Munakahat Jabatan Agama Islam Sarawak

Kurang dari sebulan. Semak checklist. Apa lagi yang belum dibuat. Tick sana, tick sini. Tapi kalau yang lain-lain dah settle, borang permohonan nikah tak diisi lagi pun tak ada guna jugak kan? Takkan benda paling penting dilupakan pulak ye. Hiks. 

I pun baru je minggu lepas settle kan borang sendiri. Mula-mula tu tertanya-tanya jugak lah macam mana I nak isi dan hantar borang nikah ni? Nak kena ambik borang di Pejabat Agama Bahagian ke? Jauh tu. Tuan punya badan di Shah Alam nak ambik borang di Miri, Sarawak. Nak suruh family pos atau macam mana? Dokumen-dokumen lampiran lagi untuk dicop and sign. Okay pening. 

Nasib baik zaman sekarang ni cukup memudahkan. Semuanya dihujung jari. Search website Jabatan Agama Islam Sarawak, jumpa tatacara permohonan nikah.



Apa yang Iolls buat first sekali adalah semak dokumen-dokumen lampiran yang diperlukan untuk permohonan nikah. Download mana yang perlu seperti Pengesahan Status Perkahwinan oleh Ketua Masyarakat / Majikan dan Persetujuan Wali. Emailkan borang kepada family, minta tolong bapa isikan kedua-duanya memandangkan Iolls jauh lah nak balik untuk settle kan yang dua ini dan kemudian scan and email kepada I semula. 

Dokumen lampiran dah settle baru lah kita boleh memulakan sesi mengisi borang pulak. 



Peraturan Am Permohonan Nikah Secara Online
  1. Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan secara online dengan menggunakan akses internet.
  2. Hendaklah mengisi butiran dalam borang online menggunakan HURUF BESAR
  3. Mengenalpasti jenis permohonan berkahwin (Permohonan Nikah Dalam Bahagian dan Luar Sarawak, Permohonan Nikah Antara Bahagian, Permohonan Nikah Kenyataan Pendaftar)
Bila uolls klik Permohonan Nikah dan isikan jenis permohonan, uolls akan lihat paparan seperti di bawah. Untuk jenis permohonan, gerakkan cursor di atas text. Seperti contoh, gerakkan cursor di atas perkataan "Dalam Bahagian", akan muncul satu box kecik yang kononnya explaination supaya pemohon dapat mengenalpasti jenis permohonan masing-masing. Tapi kalau nak betul-betul confirm boleh jugak call Pejabat Agama Islam Bahagian masing-masing.

Klik untuk lebih jelas

Oh by the way, I tunjuk sekerat aje borangnya. Ada banyak lagi yang perlu diisi untuk Maklumat Pemohon Lelaki. Sebagai contoh, sediakan alamat office uolls siap-siap. Untuk pengantin perempuan pun sama. 

Dah settle isi maklumat pemohon lelaki, isikan Maklumat Pemohon Perempuan

Klik untuk lebih jelas

Sama jugak lah macam maklumat pemohon lelaki, Iolls tunjuk sekerat aje tapi maklumat yang diperlukan untuk kedua-dua pemohonan sama je. Dokumen lampiran yang perlu, gambar ukuran passport untuk kedua-dua pemohon

Klik seterusnya, Maklumat Wali pula.

Klik untuk lebih jelas


Antara dokumen lampiran yang dikehendaki bagi maklumat wali adalah, Surat Asal Perakuan Nikah Ibubapa Perempuan (sekiranya masih berkahwin) atau Surat Cerai Ibubapa Perempuan (sekiranya telah bercerai).

Klik untuk lebih jelas

Seterusnya untuk maklumat akad nikah pula. Isikan mana petak wajib yang bertanda *.

Untuk jurunikah, boleh lihat senarai jurunikah melalui e-munakahat portal. Cuma prosedur untuk ini I is tak berapa nak sure lah. Macam I, bapa call sendiri jurunikah. Nyatakan tarikh dan masa. Bila jurunikah kata confirm tarikh dan masa tersebut so boleh lah proceed. 

Ada jugak satu kes tempoh hari masa I di Pejabat Agama Bahagian, pemohon datang ke Pejabat Agama untuk bertanya tentang jurunikah. Staff just bagi nombor telefon jurunikah then advise pemohon untuk contact direct jurunikah. Confirm kan sama ada jurunikah available untuk tarikh dan masa yang pemohon nak. 

Bila uolls klik "Seterusnya" lepas isi Maklumat Akad Nikah, akan keluar paparan Ringkasan Pendaftaran. Semua yang uolls dah isi tadi tu lah. Ini I tak tunjuk lah eh. Hiks. Simpan dan cetak ringkasan tersebut. Dan pastikan jugak maklumat yang diisi adalah betul. 

Klik untuk lebih jelas.

Last step adalah Lampiran. Ada beberapa tips untuk pemohon bila sampai part Lampiran Maklumat Akad Nikah ni;
  1. Total saiz untuk semua dokumen adalah tidak melebihi 2MB. Ulang balik, semua ya. Bukannya setiap satu kurang dari 2MB. 
  2. Boleh langkau step memuat turun dokumen dalam mengisi borang secara online. Akan tetapi, uolls tetap kena hantar dokumen tersebut ke Pejabat Agama Islam Bahagian. Sama ada hantar terus ke pejabat ataupun melalui e-mail. 

Macam Iolls tempoh hari, sangkut kat saiz dokumen lah! Ingatkan satu dokumen tak lebih dari 2MB. Rupa-rupanya semua. Nasib baik I nak balik Miri untuk hantar barang jugak. Boleh lah singgah Pejabat Agama sekejap. So print semua dan hantar terus.

So untuk Lampiran Akad Nikah ni, I rasa better uolls skip je. Tak payah upload melalui online. Lepas klik "Simpan Dan Hantar", uolls akan dapat email berserta Slip Hadir Ke Pejabat seperti ini;

Klik untuk lebih jelas

Dokumen lampiran yang diperlukan tu lebih kurang sama je. Tapi make sure dokumen semua complete sebelum uolls jejak kaki di Pejabat Agama ye. Nanti tak memasal kena datang balik untuk melengkapkan borang permohonan.

Dah settle hantar borang, dah settle juga bayar RM25. Resit pembayaran jangan buang ye sebab seminggu atau dua minggu lepas akad nikah kena datang balik Pejabat Agama untuk ambik kad nikah pulak. 

p/s : Settle yang ini. Boleh tarik nafas lega 5%. 

sumber : E-munakahat Portal Jabatan Agama Islam Sarawak.

22/08/2015

[Korean Drama] Yong Pal

Stock drama korea, ada banyak dalam laptop tapi tak berkesempatan nak klik play and tengok. Konon-konon busy woman. Memang busy woman pun bila mana pergi kerja awal sejam, balik pun lewat sejam. Sigh. 

Stress dengan kerja, stress dengan hal kahwin yang tak settle maka mari lah ber'detox' dengan drama korea.


Sinopsis Yong Pal

Kim Tae-Hyun (Joo Won) is an excellent surgeon, but he is constantly harassed by debt collectors due to his younger sister. His younger sister requires expensive kidney dialysis. To make more money, he goes to see patients privately for a high fee. He doesn't care whether these patients are criminals as long as they can pay him.

Tae Hyun becomes a pawn in the chief’s priority of catering to VIP patients within the hospital. But his life changes when he meets Han Yeo Jin (Kim Tae-Hee), a chaebol heiress, who has been in a coma for three years.Tae Hyun helps Yeo Jin to wake from her sleep.

I excited nak tengok drama ni sebab Kim Tae Hee, pelakon korea paling favourite kita tu. Tambah pulak heronya Joo Won. Sinopsis pun macam menarik juga. 

Yong Pal a.k.a Kim Tae Hyun (Joo Won)

Taking illegal house call, merawat gangster, penyamun, penyangak bagai, itu Yong Pal. Kim Tae Hyun pulak seorang doctor di Hanshin Medical Centre yang konon-kononnya one of the most prestigious hospital lah. 

Han Yeo Jin a.k.a Miss Yong Ae (Kim Tae Hee)

Han Yeo Jin, koma selama tiga tahun. Selepas satu kejadian tragis yang mengorbankan nyawa kekasihnya. Warded di restricted area Level 12, VIP Floor dan hanya orang-orang tertentu sahaja yang mempunyai akses terhadap restricted area tersebut.

Tapi ada kisah sebenarnya kenapa dia masih lagi koma. Kisah itu lah yang cuba untuk dirungkaikan oleh Kim Tae Hyun. Dan cerita tu jugak lah yang I tak sabar nak tahu. 

Kim Tae Hyun. Daripada illegal house call, kemudiannya menjadi salah seorang doktor yang merawat pesakit-pesakit VIP di Level 12. Selepas itu dapat pulak masuk kawasan restricted dan akhirnya memantau keadaan Han Yeo Jin. Ada yang cuba disembunyikan di sebalik keadaan Han Yeo Jin tapi apa sebenarnya? 

Okay tak sabar nak tengok next episod. Hiks. 

Tonton Online Yong Pal 

Baru satu drama korea ni, ada lagi banyak yang tak start tengok lagi. Tak menyempat lah. Sobs

p/s : Tengah berkira-kira nak pasang Unifi kat rumah. Senang I nak maraton drama korea. Shhh, jangan bagitau En. Barney pulak, nanti dia tak bagi. 

21/08/2015

Cendol Bakar Pak Dollah @ Pasar Lutong, Miri.

Ini kisah last week lah. Kan last weekend Iolls balik Miri sekejap selama tiga hari dua malam sebab ada urusan rasmi yang perlu diuruskan. Plus I nak bawa barang-barang untuk majlis nanti jugak. Dah alang-alang balik Sarawak tu, ajak lah best friend lepak kejap. Sambil-sambil tu boleh lah pass kad jemputan jugak.

Memandangkan si BFF ni teringin nak makan cendol bakar gara-gara tengok post orang lain kat FB maka bertunjangkan cendol bakar lah kaedahnya pertemuan kami ini. Amboi bukan main akar tunjang akar serabut bagai. Lagipun kalau di sini, definisi melepak tu lain sikit. Bukan lepak minum di kedai mamak tapi lepak di kedai cendol yang biasanya aktiviti di siang hari especially hari minggu cuma. 


Kalau dulu port lepak dan 'mencendol' every time balik Miri di kedai cendol berdekatan dengan Petronas area SK Jalan Bintang tapi kali ini cuba tempat baru pulak, Cendol Bakar Pak Dollah. 

I dengar-dengar tempat ni memang baru buka. Member-member ramai jugak yang belum berkesempatan mencuba. Kali ini biar orang jauh yang rasmi dulu. 


Cendol Bakar Ais Krim, itu pilihan I. Pilih salah satu daripada pilihan cendol di atas kemudian uolls harus memilih sama ada nak letak santan atau susu sebagai satu lagi ramuannya. Dan I? Haruslah pilih susu. Santan? Next time pulak. 

Sedap tak Cendol Bakar Pak Dollah? Jawapannya Like Sepuluh Kali Lah! Yummy yummy. Tambah pulak kalau serbu time cuaca panas. 


Rojak Sotong satu pinggan, Rojak Buah satu pinggan dan Rojak Cucur (di semenanjung dikenali sebagai pasembur, bak kata En. Barney) satu pinggan. Dengan harga RM 5 sepinggan. 

Cendol Bakar like sepuluh kali, Rojak pun Iolls like sepuluh kali jugak. Rojak memang super duper sedap lah. Kuahnya itu, alahai. Om nom nom. 


Oh Iolls heret En. Barney lepak sekali. I kan memang suka ajak En. Barney join sekali kalau keluar dengan member-member. So that dia kenal member-member I and biar dia biasakan dengan kawan-kawan baik si buah hati. Tak nak lah jadi macam, bila dah ada buah hati kawan baik campak macam tu je. No no no. Tak baik, tak baik. 

Okay berbalik pada cerita cendol tadi kan, di mana letaknya Cendol Bakar Pak Dollah? Lutong tu tak besar mana lah. Dulu time kecik-kecik siap jalan kaki pusing kawasan Lutong lagi. Yang besar, kawasan loji minyak aje yang sah-sah uolls takkan masuk punya. So kalau nak cari Cendol Bakar Pak Dollah just pergi je Pasar Lama Lutong. Area Tamu Lutong and Flora Bakery, confirm jumpa. Jangan pulak cari di kawasan shop lot baru depan MYY Mall and Bangunan Shell, yang itu dah jauh sikit lah tapi kalau jalan kaki pun tak sampai 10 minit jugak. 

Tapi kat sini tak ada menu lain lah eh. Ada variasi cendol dan rojak aje. 

p/s : Teringin nak try aiskrim gula apong lah. Kat Miri ada tak eh?

20/08/2015

Weekend With Travel 3Sixty°

AirAsia flight AK 5646, berlepas ke Miri dari Kuala Lumpur. Terpaksa pulang sekejap untuk menguruskan hal-hal yang perlu diuruskan. Itu pasal blog pun cuti dua hari pada weekend lepas sebab tak menyempat nak menaip langsung. Even entri autopublish pun tak terjumpa pulak masanya. 

Balik kali ini bukan seorang tapi Iolls heret En. Barney sekali. Bagasi sampai dua, kotak ada tiga. Kudrat seorang perempuan memang confirm tak mampu lah nak bawa barang sebanyak itu. Iolls lupa pulak nak ambik gambar timbunan kotak tu. Konon sebagai bukti lah kan. Alah tapinya eching je kotak bertimbun tapi dua tiga je pun. 


Flight pukul 4.00 petang. Tapi awal pulak sampai di airport. Makan-makan, shopping-shopping. Borong Sticky Candy sebalang dua, seperti yang dipesan. 

Sebelum berlepas

Masuk 'belon', capai magazine Travel 3Sixty° dari seat pocket dan baca. Macam biasalah, perjalanan yang mengambil masa 2 jam 15 minit, dihabiskan dengan membaca novel. Sesekali ada jugak terlentok terlelap. Tapi bila toleh sebelah, bukan main lagi orang sebelah bantai tidur. 


Flight ke Miri pada masa ini dipenuhi dengan foreigners. Satu row dengan I dan En. Barney, gayanya macam tourist dari Thailand. Barisan belakang pulak, famili Arab. Anak dia mak aih, bukan main lagi tak berhenti bercakap. Tak tau lah macam mana En. Barney boleh nyenyak tidur dengar suara nyaring bersembang dan bercerita dari seat belakang. 

Dah nak sampai. Yeay!

Penerokaan hutan bagi memberi ruang kepada penanaman pokok-pokok kelapa sawit. Hmm

Sunset

Sampai ke destinasi yang dituju, masa menghampiri ke jam 7.00 malam. Atau lebih kurang 6.30 petang. Bertuah badan boleh tengok sunset dari dalam kapal terbang. Baru je pagi hari tersebut Iolls buat entri tentang tengok sunrise kan. Petang tu dah tengok sunset pulak. Hiks. 

p/s : See you again next month Miri!

19/08/2015

Wordless Wednesday : Magnum White Chocolate Almond


18/08/2015

Bebola Bulus Lemak Berkrim



Tensi sungguh.
Itu dan ini belum selesai.
Sampai kan termimpi.
Baju kahwin minta warna lain dapat warna lain.
Demand minta jahitkan warna yang dikehendaki jugak.

Rasa nak menangis pun ada lah.
Tapi,
Nasib ada bebola Bulus yang berlemak.
Boleh dibuli menghilangkan tekanan.
Kesian Cik TengTeng. Hiks.

15/08/2015

Sunrise, sunrise

ehsan Pakcik Google

Anda tahu tak, 
Di mana tempat paling cantik di dunia nak tengok sunrise?
Dalam kapal terbang. 
Hiks.


Sunrise
 Norah Jones

Sunrise, sunrise
Looks like mornin' in your eyes
But the clocks held 9:15 for hours
Sunrise, sunrise
Couldn't tempt us if it tried
'Cause the afternoon's already come and gone

And I said hoo...
To you

Surprise, surprise
Couldn't find it in your eyes
But I'm sure it's written all over my face
Surprise, surprise
Never something I could hide
When I see we made it through another day

And I said hoo...
To you

Now good night
Throw its cover down
On me again
Ooh and if I'm right
It's the only way
To bring me back

Hoo...
To you
Hoo...

p/s : Paling suka ambik first flight pagi-pagi lepas subuh. Boleh tengok sunrise dalam kapal terbang. 

Giveaway Wallet By Opzzpinky


12 Aug - 12 Sept

Klik SINI untuk join.

14/08/2015

Celebrate Aidilfitri Di Office Pulak Lah

Cerita isnin lepas yang Iolls rasa malas sungguh nak menaip kisahnya. Memanjang aje malas kan. Bila entah nak rajin.

By the way sebelum I kembali malas untuk menaip, isnin  lepas office Iolls mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri bagi tahun 2015. Sambutan hari raya ni merupakan salah satu acara tahunan lah. Tak ada raya celebration, tak complete katanya. 

Tapi kali ini berbeza sedikit dengan majlis-majlis sebelumnya. Tak kira lah sambutan raya, chinese new year or hari natal sekali pun. Sebabnya ada pertukaran venue. Bunyi macam gah aje tukar-tukar venue. Macam lah sambut raya kat hotel 10 bintang. Padahal building yang sama jugak. 

Sebelum ni apa-apa sambutan, majlis or celebration akan diadakan di Corporate Level. Tapi kali ini sebab staff dah makin ramai, jadinya tak ada ruang kosong pulak untuk buat makan-makan biarpun buffet style. Setiap pelosok ruang dipenuhi dengan work station, partition bagai. 

Kali ini beralih angin, majlis di ground floor pulak. At least ruang sangat besar. Cuma panas lah tak ada aircond. Hiks.

Opening speech oleh GM

Culik gambar dari FB Kakak PA

Oh ye, sekiranya anda tercari-cari gambar makanan memang tak jumpa lah ye. Gambar wefie banyak lah. Iolls belanja gambar dulu baru belanja cerita kenapa tak ada gambar makanan. Eh.

We call ourselves, The Blender. Tapi kekurangan seorang pulak. 



Tak ada monopod yang stick tu, kita guna monopod asli terbaik dari ladang.


Mata mana mata? Tak nampak pun, ada mata ke tidak?

Berbalik kepada persoalan tadi. Mana gambar makanan? Sebabnya makanan tak berapa nak mencukupi dan sebabnya lagi dah kebulur sebab lambat sangat. 

Nak dijadikan cerita, weolls ni berbaris agak penghujung benua jugak. Kekononnya nak bagi ruang lah untuk orang lain especially yang bekerja di bahagian customer service. Tapi itu lah baik hati sangat. Sampai turn sendiri pinggan dah tak ada. Yang ada cuma piring polisterin yang kecik. Katanya pinggan yang caterer sediakan cukup-cukup dengan headcount, staff yang berbaris di depan pulak sorang ambik 2-3 tiga pinggan. Itu pasal sampai turn weolls terpaksa lah mengemis belas ehsan. Hoi sadis betul bunyinya.

Tapi kan, nasib baik makanan sedap. Hiks.

p/s : Dulu senang lah majlis kat level sendiri. Sambil tunggu turn ambik makanan, boleh reply email satu dua round. 

13/08/2015

[Korean Drama] My Beautiful Bride

Makin hari dah makin busy tapi bukan busy dengan preparation kahwin tapi busy dengan audit preparation. Memang betul lah agaknya kes boss mimpi baju kahwin tak muat tempoh hari adalah seiring dengan cuti, "nak-bagi-ke-tak-nak". Sekalinya audit betul-betul sebelum Iolls cuti. Dengan banyak lagi yang tak settle nya. Mintak nyawa, mintak nyawa!

Tapi sibuk-sibuk pun drama korea tetap layan sambil tangan bekerja menyiapkan bunga telur.  Dan kali ini Iolls dah tersangkut dengan drama korea yang satu ini. Tak boleh klik stop oi!



Sinopsis My Beautiful Bride

This drama is about a husband, Kim Do Hyung (Kim Moo Yul) who desperately searches for his wife, Yoon Joo Young (Go Sung Hee) who suddenly disappears.

Meanwhile, Cha Yoon Mi (Lee Si Young) is the detective on the case who helps him along the way.

“My soon-to-be bride all of sudden disappeared. And I turned into a monster to find her”. The drama depicts the heartbreaking, pure hearted love by a man, who drives himself to the extreme situation in order to find his only love, his bride.

Cerita ni bagi Iolls sangat best. Tajuk je kekonon drama love story tangkap leleh yang tak bagi kering mata sebab asyik nangis nangis nangis. Okay, over. 

Tapi eching je tu. Padahal cerita nak cari missing girfriend je. Hilang atau melarikan diri? Diculik ataupun bersembunyi. Masih hidup atau sudah tiada?


Macam Iolls cakap tadi ini bukan drama love story kosong punya lah. Maksud kosong di sini pure jalan cerita cintan cintun aje. Tapi ini, love story ada, cerita polis-polis and investigation, mafia and loan sharks bagai. Jual organ lagi. Alamak tercerita pulak. Tapi jangan risau lah semuanya bersangkut paut antara satu sama lain. Hiks. 

So bila macam tu rasa macam seimbang dan mencapai equilibrium. Eh? 


Drama banyak rempah begini memang menyeronokkan. Tak bosan. Tapi I baca review, ramai yang kutuk lakonan Go Sung Hee. Tapi bagai I at least ada lah improvement daripada drama SPY tempoh hari. 

Untuk dua lagi watak utama? Yang itu memang best untuk ditonton. 

Watch Online My Beautiful Bride

Payah lah bila banyak stock drama korea begini. Kebarangkalian untuk menjaga Jaga shift malam dan siang tu sangat lah tinggi. Especially kalau cerita yang best begini. 

p/s: Penat ohhhh. Kerja banyak lagi. Sobs. Ini betul tercungap cungap nak cari masa. Eleh alasan je sebenarnya pun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...