31/01/2015

KFC Golden Yolk Crunch

Kalau tahun lepas, ada KFC Golden Wrap Chicken bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba pertengahan bulan depan. Tahun ini, Golden Yolk Crunch pula. I kalau tak dengar radio pergi dan balik kerja memang tak tahu menahu lah pasal menu baru . So beberapa hari lepas, balik kerja terus serbu Giant Seksyen 13 Shah Alam. Pergi KFC nak try menu baru. Sambil-sambil beli Quaker Fruit Bites untuk bekalan lunch. 


Untuk Combo Set Golden Egg Crunch boleh pilih sama ada nak nasi ataupun fries. Dan seharusnya I pilih fries. Sekarang kan dalam misi untuk mengurangkan pengambilan nasi. Sebab bila I stress tendency nak ambik nasi menimbun tu sangat tinggi. Lepas tu mula lah rasa bersalah sebab ambil nasi banyak sangat. Nak tak nak kena habiskan jugak. Tak elok membazir kan. Yang tak berkemampuan nak cari nasi sesuap pun bukan main payah. Yang nasi menimbun, dibazir-bazirkan pulak.


Bagi I, rasa macam lebih kurang je dengan Hot & Spicy. Part isi dalam tu memang confirm lah sama je, tak ada beza pun. Tapi untuk Golden Yolk Crunch ni kan katanya bersalut dengan telur kuning. Tapi tak ada rasa sangat pun bagi I. 


Penderaan visual sebentar ulang tayang gambar ayam gebu gebas. Antara Hot & Spicy dan Golden Yolk Crunch, I prefer Hot & Spicy lagi. Tapi itu tak bermaksud boleh conclude as tak sedap tau. Nak tau sedap tak, kena try sendiri. Tapi nak kata tak sedap, tak jugak. Okay-okay je. 

p/s : Cabaran officemate, "Kita tengok sampai bila diet tu nanti." Er, weekdays je diet. 

30/01/2015

Sesi Diet bersama Quaker Fruit Bites

Dah masuk minggu ketiga, Iolss tak keluar lunch. Mula-mula sebab kerja berlambak. Tak menyempat lah nak keluar lunch. Bila masuk minggu kedua, kononnya terasa seluar dah makin longgar padahal permainan minda je semua tu. Mula la fikir, elok jugak kalau tak keluar lunch. Boleh diet oi! Sambil-sambil siapkan kerja. 

Memandangkan I is tak keluar lunch so try lah makan something yang tak heavy tapi boleh kata mengenyangkan. Yang terlintas di fikiran adalah Oats. Masa merayau-rayau mencari Quaker Oats biasa di Giant, mata ni ternampak something yang macam menarik pulak. Quaker Fruit Bites!


Kalau tak silap ada 4 perisa semuanya. Ini yang pandang dengan mata kasar nan jelas lah. Tak sure lah kalau ada flavour yang lain lagi. 
Original
Chocolate
Strawberries & Blueberries
Apples, Pecans & Raisins
Tapi I pilih dua perisa je. Yang lain-lain tu macam kurang berminat sedikit. Dalam satu kotak ada 6 paket semuanya dengan range harga RM6.50 sehingga RM7.00 macam tu lah. 

Apples, Pecans and Raisins

Ini cubaan pertama, biasalah agak nan hado lah sikit. Sebab I tak suka manis so I tak tambah gula langsung pun. Bak kata Sally, mungkin banyak sangat air kot. Itu sengaja sebenarnya plus malas nak baca description kat belakang nak kena letak berapa ml air. 

Next day, I letak satu sudu teh gula dan juga dua sudu makan krimer. Baru rasa heavy sikit. Untuk packaging yang warna hijau ni I suka part kunyah-kunyah kacang pecans. Tapi yang paling signifikan, haruslah kismis tu kan. Rasa yang outstanding katanya. 

Strawberries & Blueberries

Strawberries & Blueberries, memang sedap! Biar lama sikit, warna yang putih sedikit demi sedikit berubah mengikut warna blueberries. Purple biru gitu. Dengan rasa masam masam manis pulak. Yummy. 

So konklusinya, kenyang atau tak makan ini je time lunch? So far kenyang lah. Tapi satu hari tu perlu mengunyah dengan kerap jugak lah. Harus diet sebabnya kalau keluar dengan En. Barney, boleh lah melantak tanpa perasaan serba salah. Biarpun definisi melantak Iolls ni still lagi orang consider as diet sebab portion sikit je. Nak buat macam mana kalau dah ruang perut memang kecik. Tak boleh nak sumbat dah. 

p/s : Jangan lah compare portion dalam pinggan kita dengan pinggan Nurie, bagai bumi dan matahari dah jadinya tu. Eh, termensi pulak si mak budak ni. 

29/01/2015

Spontaneous Thursday : Tak Macam Neelofa Pun!

Tempat Kejadian : Surau Office
Masa : Selepas solat Zohor

Sorang kakak office bawa beberapa helai Naelofar Hijab.
Konon jual dekat kengkawan satu office. 
Kakak yang sorang lagi, capai satu terus cuba. 
Atur sana situ sikit, sambil berdiri depan cermin. 
Dan berkata, 
"Aku pakai tudung ni tak ada rupa Neelofa pun?"

Sumber google

p/s : Masa break solat kejap je sempat menyembang. Itu pun sembang pasal kerja jugak. Bukan doktor je yang 'pegang' nyawa orang ni.

28/01/2015

Wordless Wednesday : [Keyword] Gambar Yong Hwa Comel


p/s : Salah blog tu dik, patut cari di blog Sally. Blog Iolls ni cerita pasal drama lakonan Yong Hwa adalah. 

27/01/2015

Makan-Makan @ Restoran Ayam Penyet-Ap, KL Festival City

KL Festival City. Oh tu memang port dating. Eh eh. Dulu lah mungkin, sebab tak ramai orang. Cari parking tengahari buta nak bolot dua petak parking pun no hal lah. Tengok wayang? Pun still sesuka hati lagi pilih seat biarpun beli on the spot, tak perlu nak beli online sehari dua awal. Tapi sekarang? Dah mula jenuh pusing 1-2 round, panjangkan leher tercari-cari kereta mana yang nampak cahaya putih tanda nak reverse. 

Kejap. Tadi I nak story pasal makan-makan rasanya tapi boleh terlupa pulak. 

Anyway, kadang-kadang kalau ke sini boleh pening kepala fikir nak makan di mana. Padahal banyak je choice rasanya. Boleh kata tak sampai seru lagi lah. Cuma Nando's je lah mungkin tidak akan menjadi destinasi makan-makan. Pernah makan sekali masa training kat office dan balik je rumah habis merah-merah satu badan nampak macam ruam. Mungkin adalah tu I termakan sesuatu yang I tak boleh makan. Dua minggu gatal-gatal, taubat. Tak nak makan dah. 

Eh kejap. Tengok menyimpang lagi!

Okay, kali ini betul-betul tak menyimpang punya lah. Sebenarnya I dan En. Barney tak pernah try dan tak pernah teringin nak makan-makan di Ayam Penyet AP ni. Mungkin sebab dah bosan agaknya balik-balik Sushi King, The Chicken Rice Shop, Subway, Seoul Garden dan apa-apa lagi lah tempat makan merepek-merepek di KL Festival City tu. Jadi apa kata kita try makan di Restoran Ayam Penyet AP pulak. Macam senang je jumpa restoran ni di mana-mana tapi tak pernah jejak kaki pun. 


Kalau dah nama pun Restoran Ayam Penyet memang tak lah nak cari Ayam KFC kat sini kan? Memandangkan time tu dah hampir pukul 3 petang, otak dan akal tak mampu berfungsi, kekurangan makanan dan tenaga kaedahnya jadi kita order je apa yang nampak dek mata. AYAM PENYET!


Cuma kat sini tak ada lah satu set ayam penyet sekali dengan nasi. Ayam Penyet order lain, nasi putih pulak order lain. Alah, main conteng-conteng number atas kertas ala-ala di Old Time White Coffee tu. Ha, pendekatan yang sama. 

Ayam, so far so good. Kalau sambal tu pulak, I adalah manusia yang tak tahan pedas so confirm I akan cakap benda tu sangat pedas. Tapi menurut En. Barney, kepedasan itu masih lagi tidak mampu untuk melawan kepedasan sambal di Wong Solo. 

Telur, Tempe & Tauhu Penyet

I order yang ini sebab dah sedia maklum yang En. Barney ni pencinta tempe orangnya. So, bagi lah dia makan lebih sikit. I pulak ambik tender habiskan tauhu. Nak buat macam mana kalau dah si tunang tak reti nak makan tauhu kan. Nak biar membazir pulak. 



Boleh rujuk gambar di atas kalau nak tahu menu apa lagi yang boleh didapati di sini. Air Iolls tak sempat pulak snap. I order chocolate dan En. Barney pulak mango. Siap ada pearl lagi tu tau. Sayang pulak tak ada gambar. Sebabnya En. Barney dah tadah tangan baca doa. Petanda manusia lapar. 

Bila I tanya En. Barney puas hati tak makan di sini, dia angguk. So lain kali boleh datang lagi. Sebab I teringin pulak nak try Bakso di sini. Macam yummy je. 

p/s : Tapi part yang paling I suka adalah Crispy Bits. Bertemankan ayam sedap yang dimakan panas-panas pulak. Alahai. 

26/01/2015

[Korean Drama] Kill Me, Heal Me

Macam biasa, hari ahad adalah hari Iolls ber'koreanthon'. Maksudnya, seharian menghabiskan drama korea. Dari satu episod ke episod yang seterusnya. Memandangkan semalam I dah habiskan saki baki episod drama Pinocchio dan Pride and Prejudice, so tiba lah masanya untuk klik Episod 1 untuk drama baru pulak. Oh currently dalam stok Iolls ada dua drama baru. Cuma baru sempat untuk tengok drama yang ini. 


Sinopsis Kill Me, Heal Me

Kisah romantik komedi di antara Cha Do Hyun (Ji Sung), generasi ketiga keluarga billionaire yang menghidap Dissociative Identity Disorder (DID) dan Oh Ri Jin (Hwang Jung Eum), pelajar psikiatrik tahun pertama yang secara rahsia telah menjadi doktor psikiatri peribadinya. 
                                                                           
Cha Do Hyun mengalami masalah daya ingatan dan mempunyai 7 personaliti berbeza, berpunca daripada pengalaman zaman kanak-kanak yang meninggalkan kesan trauma. Dia cuba untuk mengawal dirinya dan menyekat kemunculan personaliti-personaliti yang lain. Khusus personaliti jahat bernama Shin Se Gi.
Apa yang menarik perhatian Iolls dengan drama ni bila baca sinopsis yang watak utama ada 7 personaliti. 7 manusia yang kononnya berbeza tapi berkongsi satu badan. Macam menarik je. Selalunya cerita love story yang plain macam tu aje. Tapi yang ini, bila salah satu personaliti tu dah jatuh cinta. Nak dijadikan cerita, personaliti yang jahat pulak tu. 

Shin Se Gi / Cha Do Hyun

Setakat ni dah tengok dalam 5-6 episod rasa macam so-so je lah. Tak adalah nak "Wow!" sangat pun. Tapi nak kata tak best tak jugak. Bagi Iolls lebih kepada menarik. Elok-elok keluar dating, tetiba berubah menjadi orang lain. Eh, itu contoh eh. 


Salute lah dengan hero utama dalam drama ni. Mampu untuk memegang 7 watak berbeza dalam satu drama. Cuma I geram sangat nak tahu, apa yang menyebabkan Cha Do Hyun ni mempunyai multiple personality? Oh soalan tu memang tunggu dah tengok sampai habis baru dapat jawapan. 

Download Korean Drama Kill Me, Heal Me

Tonton Online Korean Drama Kill Me, Heal Me

p/s : Ada satu lagi drama yang lebih kurang je dengan yang ini. Tapi tak start tengok lagi. 

25/01/2015

From Sabah with ❤

Minggu lepas, En. Barney outstation ke Kota Kinabalu. Itu pun last minute tau, and on the spot pergi. Selalu kalau En. Barney outstation area selatan tanah air, kebiasaannya I memang takkan pesan belikan apa-apa. Sebab I is tak tahu nak suruh dia belikan apa. Tapi kali ini, I tetiba teringin pulak nak makan amplang bila dengar je dia mention Sabah. Dulu masa study di Labuan selama setahun selalu jugak mengunyah amplang sambil-sambil baca notes. Habis satu chapter bersamaan dengan habis satu paket keropok amplang. 

Sumber Google

So pesan lah dekat En. Barney kalau ada jumpa keropok ikan bulat-bulat comel yang orang panggil amplang, tolong belikan. Tapi I memang sedia maklum, kalau dah namanya outstation tu jadual En. Barney memang agak pack pun. 3 hari outstation maka 3 hari jugak lah dia berkampung di hospital. 

Dan seperti yang I jangkakan, memang tak menyempat lah dia pergi pusing-pusing bandar Kota Kinabalu. Plus katanya hotel quite far jugak dengan bandar. Habis kerja pukul 10-11 malam, nak jalan-jalan pun nak ke mana aje? Tak apa lah, save untuk lepas kahwin nanti ye. Boleh naik kereta dari Miri ke Kota Kinabalu. Naik kereta sendiri lagi syok. Tak gitu?


Disebabkan dia tak menyempat nak carikan keropok amplang yang I pesan, En. Barney gantikan dengan Teh Sabah. Tapi tak pernah pulak try Tea with Geranium ni. In fact first time dengar. En. Barney kata ada beberapa jenis lagi macam Serai, Halia, Cinnamon, tapi dia ambik yang ini sebab nampak macam tak pernah dengar so sure punya I teringin try. Tengok packaging comel sangat rasa sayang pulak nak buka. 

p/s : I yang dekat dengan Sabah pun tak jejak lagi, selalu potong que tau En. Barney ni. 

24/01/2015

Pernah Renew Road Tax dan Insurance Melalui MyEG?

Actually sekarang ni masih lagi menahan kesabaran supaya tidak melimpah melebihi paras takungan. Sekarang ni Iolls tengah dalam misi untuk renew road tax dan insurance Si Merah. Due awal bulan depan. Daripada cara convensional yang quite hassle dan time costing sikit, tahun ini apa kata kita bergerak seiring dengan arus kemodenan di zaman semua di hujung jari, makanya online sahaja. 

Buat yang tak tahu, uolls boleh renew road tax and insurance melalui MyEG. Bukan itu sahaja, driving license pun boleh renew online. So kononnya convenient, I tahun ni buat lah segala renewal untuk Si Merah melalui MyEG. Tapi since malam tadi masa nak buat insurance renewal, sangkut bab payment! 


Disebabkan I bayar melalui CIMB Clicks so kena pilih FPX payment method. Bila dah select bank and then click agree, I perlu tunggu at least 20 minit. Pandang kosong page di atas, Transaction Is In Progress. 20 minit okay at least. 

20 minit kemudian...

Ini memang ayam percik sungguh lah. Lama kot tunggu

Bukan sekali dua. Tapi everytime macam ni, Kenapa eh? Sebab Iolls pun first timer nak renew apa-apa melalui MyEG ni. Mungkin ada yang I tak tahu. Sebab bank offline ke? Tak ada pulak state offline masa select bank tu. Cuma kalau tengah malam tu I tahu la rata-rata tak boleh nak buat online transaction due to system maintenance. Atau mungkin sebab internet connection lembab? Nak kata I block pop up, I dah tukar setting siap-siap dah sebelum payment. 

End up I tak boleh nak renew apa-apa, proceed to payment segala. Musykil, kenapa eh I tak boleh proceed dengan payment? 

p /s :Please click [PAY] to try again. Tahu tak betapa gigihnya I klik PAY dari malam tadi?

23/01/2015

Photo Card GiveAway



Tarikh Tamat : 26th January 2015 (11.59 pm)

22/01/2015

Spontaneous Thursday : Jammed Sana Sini

Bila sesi persekolahan dah bermula
Jangan harap jalan clear pepagi buta
Lebih menyesakkan hati dan minda
Masa itu juga lah lori-lori merangkak di jalan raya.
Duduk tepi jalan bagi signal dua.
Lori rosak sebiji dua. 
Itu belum lagi, pemandu terlebih ajar yang terkejar masa. 


Bagus jugak idea ni kan. (sumber google)

p/s : Jammed atas bukit itu lah keseronokan yang maksima. Lagi-lagi kalau bawa kereta manual. Memang exercise pergelangan kaki yang paling mujarab sekali. Pfft!

21/01/2015

Wordless Wednesday : Allah Knows..


20/01/2015

Target Jangka Pendek vs Target Jangka Panjang

Ini entri kasi semangat buat diri sendiri sebenarnya. Peringatan, buat diri sendiri jangan sakan sangat berfoya sampai lupa diri, lupa masa akan datang. Oh lagi satu, kononnya membakar semangat kentalkan diri berdepan dengan client dan customer yang 'hebat-hebat' belaka, membongkak mentang-mentang kerja company besar, international lagi. Astaghfirullah perempuan ni, bersangka baik lah sikit. Mungkin silapnya pada diri sendiri. 

Actually I sendiri pun tak berapa pasti mana hala tuju entri ini. Lagi satu entri kemerepekan. Tadi bukan main kata nak bagi semangat. Tapi hentian terakhir kelaut agaknya.

sumber : google

Oh ya, dalam entri INI I ada story sikit-sikit pasal wishlist kekononnya. Tahun lepas tak boleh nak melengkapkan sangat wishlistnya tu, tahun ini cuba sehabis baik! Merujuk kepada gambar di atas, idea (dalam erti kata lain - keinginan) perlu kita coret supaya ianya menjadi matlamat atau target. So sekarang ni daripada wishlist kita tukar kepada target pulak. Alah, rasionalnya mudah je sebenarnya. Untuk mengelakkan kita dari menyimpang dari target yang asal. Betul tak?

Sekarang ini, I nak bercakap tentang matlamat yang lebih bersifat materialistik. Biarpun matlamat utama untuk tahun ini adalah 'Officially Yours' yang mana korang faham-faham lah sendiri maksudnya sebab I is malu nak elaborate further. Eh eh. 

Bila cakap pasal perkara-perkara materialistik begini, ada satu lagi perkara yang punya hubungkait yang sangat rapat. Mutualism kaedahnya. Apa lagi kalau bukan, DUIT! Sekarang ni memang sangat gigih mengumpul. Gaji tiap bulan bahagi empat. Yang pertama, duit kahwin. Kedua, saving untuk dapatkan abang handsome yang INI. Ketiga, saving untuk masa depan. Dan yang keempat, perbelanjaan harian - duit sewa, makan, bil api air, hulur sikit kat adik dan apa-apa lagi benda-benda merepek yang lain-lain. Hoi kadang-kadang fikir boleh ke survive begini? InsyaAllah boleh! Janji harus keep track dengan perbelanjaan uolls. Sekarang ni mudah je. Ada banyak sangat aplikasi yang uolls boleh install dalam telefon pintar masing-masing. Tapi Iolls, masih memilih cara konvensional yang menjadi bahan gelak En. Barney. 

En. Barney gelak sebab I masih guna buku 555 (buku tiga lima) di zaman moden ini.

Setiap kali di awal minggu, bukan main lagi buat belanjawan. Apa ingat negara je ada belanjawan, seorang perempuan bernama Aisya pun ada jugak lah. So tendency nak terguna duit ke arah benda-benda merepek yang duniawi semata-mata mampu dikurangkan. Nak beli apa, dah siap tertulis dengan anggaran harga sekali. Oh, Iolls memang begini. Sangat particular, sebab itu En. Barney selalu pening dengan perangai dan ragam I. Nasib awak lah kan. Satu sebab yang best bila buat kaedah sebegini adalah boleh mengelakkan dari amalan pembaziran yang berleluasa dan yang kedua, membeli mengikut nafsu yang bermaharajalela boleh kita tepis. Actually tepis sikit je, tak adalah jauh mana pun sebab still perempuan dan shopping tak mampu dipisahkan. Yang paling utama, mental kena kuat. 

Target jangka panjang. InsyaAllah!

Perempuan yang sangat particular lagi cerewet, harus start survey dari sekarang. Eh, bukan survey tapi memang aim yang ini pun. Ha, ada siapa yang nak teka, kereta apa yang menjadi idaman kalbu Iolls? Bila dah aim dari sekarang, so biarlah makin berkobar-kobar nak kumpul duit ribu riban. Bukan bila nak beli baru terduduk terbaring kumpul duit. Harus kumpul dari sekarang biarpun untuk kegunaan bertahun lagi. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Kan kan kan?

Harap-harap Si Kancil Merah empat roda tak baca blog I. Nanti pening kepala pulak Iolls melayan dia merajuk. Lagi-lagi kalau dia tahu dia hendak diduakan. Dah lah makin berumur ni makin cepat sentap. 

p/s : Er, perempuan ni ingat kereta tu macam manusia celik huruf reti membaca?

19/01/2015

Anugerah Juara Lagu 29

Mesti ramai yang tengok Anugerah Juara Lagu yang ke 29 malam tadi kan? Ha, Iolls lah tu diantaranya. I ni sebenarnya bukan jenis yang suka tengok TV pun, tengok drama korea depan laptop tu selalu lah. Tapi kalau dah Anugerah Juara Lagu ni, siapa yang nak ketinggalan kan? So seawal pukul 9.00 malam, I dan housemate dah duduk depan TV. Sebelum tu buat teh secawan dulu siap-siap. 


Kali ini bertemakan Gema Dalam Muzik, seperti biasa menampilkan 12 lagu untuk dipertandingkan. Semuanya hebat-hebat, semuanya best-best tapi hanya tiga lagu sahaja yang dinobatkan sebagai Juara, Naib Juara dan pemenang tempat ketiga. Tahniah diucapkan.

Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu 29

Juara AJL 29
Lagu : Apa Khabar
Komposer : Sona One
Penulis Lirik : Joe Flizzow
Penyanyi : Joe Flizzow & Sona One

Naib Juara AJL 29
Lagu : Masih Aku Cinta
Komposer : Shila Amzah
Penulis Lirik : Shila Amzah
Penyanyi : Shila Amzah

Tempat Ketiga AJL 29
Lagu : Di Pintu Syurga
Komposer : Tam Spider
Penulis Lirik : Iman Imran
Penyanyi : Dayang Nurfaizah

Persembahan Terbaik
Mojo & Caliph Buskers (Romancinta)

Vokal Terbaik
Dayang Nurfaizah (Di Pintu Syurga)

So macam mana? Adakah ramalan uolls tepat belaka? Puas hati dengan senarai pemenang di atas? Atau ada yang lebih layak untuk memenangi trofi-trofi di atas menurut pendapat uolls? Oh lagu number satu dan number tiga tu memang ada dalam list pemenang yang I predict. Cuma lagu number dua tu tak terjangkakan lah pulak. Hiks.

p/s : Sebenarnya tak ada idea nak taip entri. Maka kita story-story lah hal AJL. 

18/01/2015

Soalan Cepumas

Semalam, secara rasminya I dan En. Barney memulakan semula sesi jelajah kenduri kahwin yang telah berehat sebentar pertengahan bulan lepas. Kali ini ke Bidor pulak, kenduri kahwin cousin En. Barney so pergi dengan family En. Barney sekali lah. Masa on the way tu, I dapat satu perkhabaran yang menggembirakan hati dari Si Comel Aqilah di group whatsapp. Tengah ngantok-ngantok dalam kereta, segar bugar terus mata bila tengok gambar. 


Big Bad Wolf Fire Sale
Date : 2nd February - 9th February
Time : 10.00 am - 12.00 pm
Venue : MIECC, Mines

Punya lah excited dalam kereta terus cerita dekat En. Barney sambil tengok kalendar. Weolls ada kenduri 7hb February nanti so sekali harung boleh pergi terus. Bukan main lagi cantik planning. Sekali En. Barney tanya satu soalan cepumas

"Novel beli masa Big Bad Wolf bulan lepas dah habis baca belum?"

Krik-krik.

p/s : Okay sambung sesi pujuk memujuk ajak Pak Supir terjah MIECC untuk tarikh di atas. 

17/01/2015

[English Novel] The Cradle Will Fall - Mary Higgins Clark

Dalam entri INI Iolls ada mention dalam nota kaki, "Novel yang I baca sekarang ni kan, tiap kali pandang tajuk mesti rasa macam nak nyanyi Rock-A-Bye Baby". Ha ini lah novel nya. Bukan sebab mengantuk ke apa. Tapi tajuk tu lah. Automatik mulut akan ber'nursery rhyme' pulak kan. 

Rock-a-bye baby, on the treetop,
When the wind blows, the cradle will rock,
When the bough breaks, the cradle will fall,
And down will come baby, cradle and all.


The Cradle Will Fall
Mary Higgins Clark

Sinopsis The Cradle Will Fall

County prosecutor Katie DeMaio lands in hospital after a minor car accident. During the night, she sleepily watches car through the window as a man loads a woman's body into the boot of a car. It is just a medicated nightmare, or is the scene horrifyingly real?

Back at work, a suspicious suicide investigation leads Katie into acquaintance with Dr. Richard Carroll, a medical examiner whose concerns about brilliant fertility specialist Dr Edgar Highley begin to entwine with her own findings. Dr Highley's pioneering work 'curing' infertile women is controversial and potentially dangerous - and Dr. Carroll is determined to prove it. 

But Katie's treatment for the car crash has already begun,  and to Dr Carroll's horror he finds she is under the care of the man he is investigating. Soon enough, as his own discoveries and the scene she cross paths, Katie's life is placed in terrible danger...

Sebenarnya impress dengan diri sendiri. I berjaya habiskan novel ni dalam masa kurang dua minggu. Mungkin seminggu sehari dua. Actually in first time I baca karya Mary Higgins Clark. Masa Big Bad Wolf tempoh hari, I tengok kali ini banyak pulak karya beliau. So apa salahnya, I capai satu novel. Falls under genre I suka pulak cerita-ceritanya. 

Novel ni kan, I rasa sangat straight forward. Tak ada simpang siur mana-mana, lencongan mana-mana. Dari awal novel lagi kita dah tau siapa pembunuh. Cuma yang jadi persoalan, bila 'tupai' itu akan jatuh ke tanah. Novel yang menarik dan best. Basically tentang pregnant women dan their treating doctor. Fertility doctor yang membantu wanita yang mengalami kesukaran untuk mengandung. Dah nama pun Fertility Specialist yang bergelumang dengan prenatal research pasti tahu cara untuk membantu wanita-wanita ini. Tapi sayangnya kaedah yang dilakukan adalah illegal iaitu dengan cara implantasi fetus di dalam rahim ibu tumpang. Senang cerita, one person buat abortion dan another person jadi ibu tumpang kepada fetus yang digugurkan itu tapi ini semua tanpa pengetahuan mereka sendiri. Itu yang jadi persoalan dalam novel ni bila mak ayah mata coklat tapi anak tetiba mata hijau. 

Tahu akan apa yang dibuatnya adalah illegal, Doctor Highley cuba untuk menyembunyikan rahsia itu sebaik mungkin. Belum tiba masa untuk dia mengumumkan kejayaannya di mata dunia. Tapi semuanya seakan tidak menjadi pada malam Katie DeMaio melihat dia memasukkan mayat pesakitnya di dalam boot kereta. Ancaman seperti ini perlu diketepikan secepat mungkin!

Novel ni memang best! Sebab itu I boleh habiskan dalam masa yang singkat. Rasa macam tak nak berhenti je selak helaian muka surat. Mungkin salah satu factor lagi sebab ceritanya yang straight forward dan tak perlu nak pening-pening berfikir. 

p/s : Mary Higgins Clark ni best jugak eh. Boleh try baca novel dia lagi. Okay next, novel Stephen King pulak. 

16/01/2015

Mari Merepek di Hari Jumaat. Friday Blues kan?

Alhamdulillah, Jumaat lah sudah. Salam Jumaat wahai anda dan anda sekalian. Bagaimana hari-hari anda minggu ini? Indah-indah belaka? Good! At least tak macam I. Minggu yang sungguh tidak menenangkan jiwa dan raga. Stress Iolls. Hoi setiap hari begini selama sebulan dua mahu depression jadinya. Hari-hari melayan ragam patient yang depression minta simpang jangan berjangkit dekat I pulak. Oh by the way, I'm not a doctor. Sebab pertama, doctor rawat patient tapi I cuma melayan ragam patient. Sebab kedua, doctor biasanya kerja di hospital atau klinik tapi I office biasa-biasa cuma.

Tetiba teringat. Ada orang tanya En. Barney tu doctor ke? Dia pun bukan doctor jugak. Cuma kerja je yang memerlukan dia hidup sebagai manusia nomad yang merempat dari satu hospital ke hospital yang lain. Kebetulan pulak weolls dua-dua kerja dalam medical field. Iye lah dulu berangan nak jadi doctor tapi tak menjadi at least field yang sama pun okay lah. Nak pujuk hati sendiri, konon tercapai lah jugak cita-cita tu kan. 

Stress layan customer dan stress layan patient tu lain levelnya. Bayangkan bila patient itu adalah customer dan customer itu adalah patient. Lagi double triple stress. Er, I baca ayat sendiri pun nampak kestressannya di situ. 

So nak hilangkan stress sebelum ianya melarat dan sebelum I pulak yang terpaksa jumpa doktor di office sendiri, cecepat I google apa yang boleh memberikan sinaran cahaya kepada kehidupan yang kelam dan kelibut. Funny Animal Pictures! Alah, google images je senang.











Betul lah orang kata, haiwan ni penawar stress. Especially haiwan peliharaan seperti kucing. Tengok gambar pun kita boleh senyum-senyum, sengih-sengih. Tapi kalau binatang macam lipas tu lain cerita lah. Menambahkan stress adalah lah. 

Okay, baik berhenti sekarang. Perempuan ni makin dia stress, makin menjadi dia merepek. Kalau tak berhenti nanti timbul lah pulak cerita tenggelamnya kapal Titanic. Ha, nampak tak betapa jauhnya lencongan itu?

p/s : Esok weekend kot. Nak stress apa lagi kan? Hiks

15/01/2015

Spontaneous Thursday : Wishlist dan wishlist

Tahun ni ada banyak sangat wishlist sebenarnya. 
Er, tak ada lah banyak sangat pun. 
Satu, dua, tiga dan empat. 
Alamak, nombor seterusnya kira sendiri lah. 

Ada orang,
Buah hati tolong complete kan.
Oh buah hati sendiri?
Jangan cakap.
Kalau nak, harus usaha, berdikari, dan cari sendiri.
Kalau minta, memang tak akan lah nak dapat.

Hai handsome, see you soon! 

p/s : Target jangka panjang, dalam masa dua tahun nak beli buah hati empat roda yang handsome itu. Bagi chance Si Merah duduk rumah. Nak jual, sentimental value tinggi kot. 

14/01/2015

Wordless Wednesday : Enough Said


p/s : Banyak hal banyak ragam haih. 

13/01/2015

Customer Service yang ... (oh lengkapkan lah sendiri)

Setiap orang mesti pernah berurusan dengan bahagian khidmat pelanggan kan? Tak kisah lah dekat Jusco ke, Customer Service Celcom, atau mana-mana customer service lah. Oh, I bukan nak tujukan khas kepada mana-mana customer service pun. Random talk kekononnya. 

Tapi bila sentuh tentang Customer Service, confirm manusia akan ingat yang buruk-buruk saja kan. Yang manis-manis? Er, perkara yang tak akan dikenang mungkin. Yang manis sini contohnya, bantu uolls yang sedang dalam kesusahan. Walaupun tak adalah payah mana pun sebenarnya. Alah, manusia akan fikir benda tu remeh je. Cuba kalau Customer Service kurang ajar, bertahun-tahun uolls ingat. Betul tak?


Kerja sebagai Customer Service agent ni sebenarnya sangat mencabar. Kalau silap cakap, ha dah sudah kena complaint. Silap nada dan intonasi katanya kurang ajar pulak. Sebab tu lah gaji Customer Service ni macam masyuk jugak, cuma kena tadah telinga tetiap hari kena maki. Tengok kat office sendiri sudah lah, kereta besar-besar, memahal sikit tu tahu lah tuannya kerja department mana. Tak macam Iolls pakai kancil umur 18 tahun je mampu. 

Apa yang I perhatikan, sebenarnya bergantung dengan ragam kita / customer sendiri juga sebenarnya. Kita call terus maki-maki tu pun kurang ajar jugak sebenarnya tapi Customer is Always Right kan? Sama macam masuk rumah orang tanpa bagi salam, menonong je buka selipar, buka pintu, ambik remote control dan tengok TV sambil makan kuaci. Apa uolls rasa kalau tetiba ada makhluk yang tak dikenali begini masuk rumah uolls? Mahunya kena hempuk dengan mop dan penyapu. Macam tu jugak lah Customer Service. Cuba cerita dulu elok-elok apa issue dan masalahnya, insyaAllah lebih mudah untuk diselesaikan. 

Biarpun I bukan lah kerja Customer Service tapi still servicing customer jugak. Tapi bila complaint naik, nak investigate itu dan ini. Nak handle customer yang tengah berapi macam cacing kepanasan. Okay lagi kalau handle customer yang cuba terang elok-elok apa masalah tapi kalau jenis customer yang siapa dia jumpa terus maki hamun tanpa mengenal bangsa agama dan budaya mahupun rasa, warna dan bau itu agak tricky. Jawab satu tambah satu adalah dua pun dia cakap salah jugak. Kita eja ayam as A-Y-A-M tetap juga dia kata kita eja itik. Ha, macam mana tu? 


Konklusi, mudah je sebenarnya. Macam mana kita as a customer nak deal dengan Customer Service so that problem cepat settle. Customer Service agent tu pun manusia jugak. Macam mana dia cuba bersabar melayan karenah kita, macam itu jugak lah kita kena bersabar untuk explain betul-betul tanpa memikirkan perasaan marah. Bersabar untuk ketepikan rasa amarah yang mencunak-cunak tu. Tapi cuba share your problem macam uolls share dengan kawan-kawan uolls dekat kedai mamak sambil hirup nescafe panas. Kalau problem ambik masa lama sikit, sentiasa update dengan agent berkenaan. Bahagian Customer Service bukan handle satu dua kes. Dalam satu hari sampai berpuluh. Sebagai manusia yang tak perfect, memang akan ada yang terlepas pandang. Cuma jangan la nak harap  pejam mata je terus problem solved. 

Tapi I memang cukup hangin kalau kita dah cakap elok tapi Customer Service yang buat muka masam marah tak tentu pasal. Lepas tu hari ni cakap lain, esok cakap lain. Itu kalau uolls nak tembak berdas-das pun memang dialu-alukan. 

Oh, ada siapa-siapa nak share pengalaman pahit manis? Mesti ada banyak kan, lagi-lagi Customer Service pulak. Tempat rujukan senang cerita. Tempat complaint pun iye jugak. 

p/s ; Penat melayan ragam manusia ni. Kekadang tanya soalan macam tak ada common sense je. Rasa macam kita yang nak hantuk kepala sendiri kat dinding sambil tanya, "wujud jugak ke orang begini?"

12/01/2015

[English Novel] Promises, Promises - Erica James

Dalam sibuk-sibuk siap report itu ini, sempat lagi I culik masa untuk baca novel. Before start kerja pepagi, I wajib baca novel satu bab at least. Kalau tak, nanti stress. Bila stress macam mana nak buat kerja. Tak gitu? Baca novel ni kan adalah terapi stress bagi Iolls. Point utama kenapa perlu datang sejam awal kat office, sempat baca novel sikit. 

Oh novel kali ini I beli masa Big Bad Wolf bulan lepas. So settle satu novel, sekarang pulak dah baca half novel kedua. Masih ada 8 untuk dihabiskan. Target, kalau boleh sebelum bulan March. Paling-paling pun bulan May.

Okay berbalik semula kepada novel Promises, promises. Actually I tak baca pun sinopsis novel ni masa di BBW tempoh hari. Sebab I tengok penulisnya Erica James. I dah baca a few jugak lah novel beliau dan bagi I karya-karya Erica James semua I boleh hadam dengan berseleranya. 


Promises, Promises
Erica James

Sinopsis Promises, Promises

Ella promises never to let her heart rule her head again, after seven years of failing to win over the daughter of the man she loved. 

Maggie promises she will stand up for herself. Married to a man with as much sex-appeal as Mr. Blobby, she dreams of a life straight from the pages of a romantic novel.

And Ethan is determined to stop turning to other women to distract him from the sham of his marriage. But is this a promise he can keep... ?
Basically cerita ni pasal watak bertiga itu aje lah. Ella, Maggie and Ethan. Tapi I suka cara penulis mengolah hubung kait antara tiga watak ini. Tiga watak, tiga karakter, tiga kisah tapi satu jalan cerita. Masa baca novel ni, rasa macam tak nak stop je. Nak baca dan baca lagi. Tapi apakan daya. Masa itu memang kaki jealous tau. Biarpun tak menyempat macam mana pun, sehari at least baca dua chapter. Satu chapter pagi, before office hour mula ataupun bila bangun tidur time weekend dan juga malam sebelum tidur. Tapi Promises, Promises I berjaya habiskan dengan pantas sebab ceritanya best!

I paling suka cerita Ella dan Ethan. Eager nak tau apa kesudahan kisah mereka berdua. Seorang married man, dan seorang lagi divorcee yang mana nak kembali semula kepada ex-husbandnya. Eh kejap, bukan husband actually tapi boyfriend. Lifestyle orang putehs faham-faham aje la kan. Dan Maggie pula cuba untuk meloloskan diri dari married life yang dull dan boring dengan ibu mertua yang sentiasa berusaha mencari kesilapan Maggie.

Actually apa kaitan mereka bertiga ni sebenarnya? Ceritanya bermula bila mereka bertiga berubah dari kehidupan rutin biasa, cuba untuk membuat anjakan paradigma kononnya. Berjanji, tak akan mengulangi lagi kesilapan-kesilapan lalu yang memakan diri sendiri. 

Siapa yang suka karya-karya Cecelia Ahern, rasanya mesti akan suka juga novel-novel Erica James. Dapat rasa aura yang sama. Hiks. 

p/s : Novel yang I baca sekarang ni kan, tiap kali pandang tajuk mesti rasa macam nak nyanyi Rock-A-Bye Baby.

11/01/2015

Review : Taken 3

Semalam kitorang kebosanan sampai tak tahu nak buat apa. Jadi pergilah tengok wayang kat Encorp Strand Mall, Damansara. Best sikit pergi sana sebab tak ramai orang. Bawah ini poster Taken 3.




Cerita ini mengisahkan Bryan Mills (Liam Neeson) yang terperangkap oleh muslihat seseorang kerana tuduhan membunuh bekas isterinya, Lenore St. John (Famke Janssen). Jadi, Frank Dotzler (Forest Whitaker) mengambil alih kes ini untuk menyelesaikannya. Tetapi beliau menempuh juga pelbagai kesulitan ketika menyelesaikan kes ini. Siapakah yang membunuh Lenore ini? Apakah yang terjadi pada Bryan Mills dan anaknya, Kim Mills (Maggie Grace)? Jawapannya ada dalam cerita ini..


Review tentang cerita ini bagi aku jalan ceritanya agak twist-twist. Kemudian jalan cerita ada turun naiknya walaupun tak banyak. Agak slow sikit lah jalan cerita dia. Cuma part Lenore kena bunuh tu unexpected sikit. Kalau diikutkan jalan cerita Taken & Taken 2 lagi banyak aksi dan lagi mantap. Rating aku bagi untuk cerita ini 6/10.








Sumber : IMDb dan Google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...