30/11/2013

Hujan

Tempat I saat entri ni ditulis memang cuaca panas terik je. Kat tempat uolls pulak macam mana? Hujan? Ini sebenarnya bukan entri laporan cuaca untuk seluruh Malaysia. Bukan, bukan. Hujan adalah tajuk sebuah lagu yang I baru tau. Banyak kali jugak dengar lagu ni dimainkan oleh Era.FM Sarawak. Lagu berjudul Hujan yang dinyanyikan oleh Melissa Francis

Melissa Francis

Siapa Melissa Francis? Melissa Francis merupakan seorang penyanyi kelahiran negeri Sarawak. Quite famous jugak lah di Sarawak ni. Antara penyanyi Iban yang famous amos. I tak dengar sangat lagu-lagu Iban tapi kadang-kadang layan jugak sebab ada certain lagu tu best. Bahasa Iban tak jadi masalah sangat sebab memang faham. Nak bercakap dalam Bahasa Iban pun boleh. Nak kata sebijik macam Bahasa Melayu Sarawak memang tak sama jugak lah. Yang ini orang selalu confused. Bahasa Melayu Sarawak dan Bahasa Iban tu berbeza ya. 

Balik ke topik yang asal. I tak tau pun Melissa Francis ni ada lagu melayu. Almaklumlah, jarang dengar radio. I cari juga lagu Hujan ni kat youtube nak share kat uolls tapi tak jumpa pulak. Yang ada cuma promo ni je. Kalau di Era.FM Sarawak memang selalu lagu ni diputarkan. 


Hujan
Melissa Franciss

Oh ya, Melissa Francis pernah memenangi Anugerah Kategori Online ABPBH 2012 untuk Anugerah Wanita Stailo. Bersaing dengan artis-artis lain seperti Stacy, Nora Danish, Lisa Surihani dan Yana Samsudin. Memang terbaik lah. Lagu pun best. Hopefully Melissa Francis akan semakin dikenali bukan sahaja di Sarawak tapi seluruh Malaysia, sebaris dengan nama-nama besar yang lain. 

p/s : entri autopublish lagi. 

29/11/2013

Blognovela Episod 7

Sambung balik entri blognovela ni. Episod 1 hingga 6 dah settle. Dah tiba masa untuk episod 7 pulak. Yang tak follow episod 1 hingga 6 boleh terjah episod 1 kalau nak tau apa sebenarnya blognovela ala-ala telenovela yang hajatnya konon nak mengalahkan telenovela Rosalinda? Ceh.


Tujuh dah selesai dan untuk episod ini ada 4 lagi yang I nak promote blog diorang kat uolls semua. Kali ini ada blogger famous amos jugak. I pun segan sebenarnya tapi apa salahnya promote blog-blog tersebut especially kepada blogger-blogger baru. 



Tengok header terus teringin nak makan nutella. Owner nya muda lagi. Sangat-sangat muda. Baru berumur 14 tahun. Nama diberi Nizam Erul. Nak tau lebih lanjut tentang tuan tanah boleh klik SINI. Blog yang sangat comel. Masuk blog ni terus rasa macam nak pergi cari roti, sapu nutella dan makan sambil selongkar-selongkar blog cap nutella. Eh.


Blog dah comel dah. Suka, suka. Cuma tak ada blog archive je. Agak susah jugak lah nak selongkar entri-entri lama. Kena klik older post satu-satu pulak. Ke benda tu ada sebenarnya cuma I je yang tak nampak?



Blogger Famous Amos number 1. Mungkin ramai yang mengenali Shida Radzuan. I haruslah panggil Kak Shida memandangkan Kak Shida tua beberapa tahun dari I. Blogger yang sangat peramah cuma lately ni I perasan Kak Shida macam agak busy sedikit. 


Antara blogger yang patut menjadi rujukan blogger-blogger baru. Yang bertahun macam I ni pun selalu rujuk blog ni. Tutorial dan tips Nuffnang semua I follow yang Kak Shida bagi. Alhamdulillah, sangat membantu. Terima kasih!



Seorang guru yang diberi nama Mohd Helmi Ahmad. Tengok je kat sidebar boleh nampak beliau memang aktif menulis. Info pengenalan diri uolls boleh baca kat sidebar jugak. 


Cikgu, saya juga mengalami nasib yang sama. Pening macam mana nak susun buku yang semakin menimbun. Oh ya, sebelum terlupa. Untuk Arkib Blog mungkin perlu letak scrollbox kot. Nampak lebih kemas dan lebih menjimatkan ruang. 



Blogger Famous Amos number 2. Honestly I tak sure nak panggil Sis Yumida Huda ni macam mana. Er, kakak kot? Macam kamek nunggah kitak kakak jak, bena sik? Hiks. Baru beberapa bulan jugak lah agak aktif berbalas komen. Mula-mula dulu rasa macam kelakar pulak bila teringat yang masing-masing bukan main lagi cantik susun ayat berbalas komen dalam BM. Padahal tak payah nak susah-susah, pening kepala nak translate bagai, cakap je bahasa sarawak terus. 


Blog yang cantik macam tuannya yang cantik jugak. Cuma tab menu kat atas tu macam tak berfungsi je. Kamek klik sigek-sigek, masih kat home juak. Dan satu lagi, kalau nak tau tentang drama-drama Melayu atau rancangan televisyen yang terbaru boleh selongkar blog Sis Yumida. Ada macam-macam info yang ada. 

p/s : Entri autopublish. Tinggal lagi 8 orang ni. Diharapkan sabar menanti. 

28/11/2013

Spontaneous Thursday : Memberi dan Menerima

Jangan hanya pandai menerima,
Harus tahu juga cara untuk memberi.

Sekadar gambar hiasan.

Spontaneous Thursday : Jangan Lupa

(credit : John O'neill)

Dimanjakan.
Menyelesaikan masalah tanpa perlu memerah keringat minda.
Nah, semua dah tersedia.
Gunakan saja.

Takkan kenal erti penat.
Mengusung bagasi berat,
setengah dari berat sendiri.
Melompat dari satu hentian ke hentian yang lain.
Dan akhirnya tiba di hentian burung besi.
Tanpa ada yang menemani.
Pulang ke tempat yang menanti. 

Kaki roda hanya perlu digerakkan.
Tanpa perlu mengeluarkan satu helai pun kertas berharga.
Baru dan cantik.
Sedangkan yang itu buruk dan uzur.
Hasil simpanan sendiri. 

Jangan sampai lupa definisi usaha. 
Jangan sampai lupa mana asalnya. 

p/s : Autopublish

27/11/2013

Lasagna Lagi

Patutnya buat entri ni minggu lepas lagi. Tapi asyik hold je sebab ada benda lain yang lagi excited nak share maka I simpan lah dulu. Biasanya kalau adik perempuan I ada kat rumah ataupun sebaliknya , benda wajib dia minta adalah "Kak, tolong buatkan lasagna." Lagipun kalau dia ada best sikit nak masak macam-macam. At least ada jugak yang tolong makan. 

Bila dah ada permintaan ni, maka haruslah ditunaikan. Selalunya dia tolong jugak kakak dia ni sikit-sikit. Dah selesai bertukang di dapur, time panas-panas memang sedap dimakan. 

Panas-panas lagi ni. Alahai sedapnya. 

Tak sure pulak pernah share atau tak resipi lasagna ni. Macam pernah tapi tak jumpa pulak entri yang mana. Buat yang simple je. I bagi resipi secara kasar je lah ni. Kalau uolls nak ikut, modify lah ikut keselesaan dan kehendak masing-masing. 

Untuk inti perlu seulas bawang putih dan bawang merah, daging kisar, cendawan butang, setengah botol kecik sos spagetti tradisional (yang kimball tu sudah) dan chilli sauce untuk rasa pedas sikit (Satu family tak makan pedas jadi sos cili sikit dah memadai). Nak tambah capsicum pun boleh jugak. 

Untuk sos putih pulak, 2 sudu makan butter, tambah sedikit tepung gandum, 3 3/4 cawan susu segar dan last sekali 125 g keju (I selalu beli cheese yang 250 g tu. Half untuk sos dan half lagi untuk tabur). 

Last sekali, susun kepingan lasagna dalam acuan yang disapu dengan mentega. Masukkan inti dan tuang sos putih. Ulang proses ni lagi dua kali. Dan last sekali tabur cheese yang dah diparut. I suka tabur cheese kat setiap layer atas sos putih tu. Lagi yummy rasanya. Bakar dengan api atas bawah pada suhu 180 celcius selama 30 minit. 

Close up sikit. 

Ingat lagi entri INI?

Disebabkan I buat entri wordless wednesday jadi ramai juga yang tanya apa benda ni. Ni bukan lasagna tapi makaroni bakar. Siapa yang nak resipi boleh terjah entri INI

p/s : entri autopublish

26/11/2013

Peppermint Tea

Sekarang ni online guna phone je. Taip entri dan balas jejak. Tapi cuma mampu balas kunjungan mereka yang meninggalkan komen. Buat masa sekarang ni I tak mampu lah membalas jejak yang ditinggalkan di kotak jerit. Yang di ruangan komen tu pun agak 'kesiputan' sekejap. Kesiputan itu asalnya dari kata dasar siput. Perempuan ini ikut suka hati dia je buat perkataan sendiri.

Nak share cerita pagi tadi. Semalam kami sekeluarga bermalam di Sarikei. Pagi tadi bangun awal nak gerak ke kampung pulak. Cari kedai makan yang berhampiran dengan hotel. Nampak Kedai Makan 1 Malaysia. 

Order breakfast yang biasa-biasa cuma I teringin nak try Peppermint Tea. So order lah Hot Peppermint Tea satu.


Jatuh hati dengan Peppermint Tea. Minum pagi-pagi terus rasa fresh! Rasa peppermint tu lebih kuat. Selama ni tak terdetik pun nak try. Lain kali nak order peppermint tea lagi lah. 

P/s : petang tadi pergi kebun pakcik ambik rambutan berguni-guni. Ada peluang nanti I story panjang-panjang. 



Bekalan


Bekalan pulang ke kampung. Ingatkan nak bawa je Sherlock Holmes tapi terlampau tebal pulak. Harap-harap bekalan mencukupi. 

p/s : entri autopublish

25/11/2013

Pesta Dabai

Alhamdulillah dah sampai Bandar Sarikei pukul 4.30 petang tadi. Gerak dari rumah nenek dalam pukul 9.

Sampai-sampai terus check in hotel. Lepas tu bapa terus cari buah dabai. Nak borong buah dabai dan pos ke Miri guna bas.


Satu kotak RM6. Buah durian 50 sen sebiji okay! Siapa hantu durian tu memang syok lah. 

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 


Jom dapatkannya sekarang...

Official Websitewww.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.

Jom Nyanyi Lagu Balik Kampung!

Ini adalah entri autopublish sebenarnya. Sama ada I masih kecoh-kecoh lagi nak susun barang dalam kereta ataupun roda Alza Silver milik Bapa telah selamat berpusing-pusing di atas jalan raya. Setahun sekali memang akan balik kampung Bapa. Dah lama jugak I tak ikut balik kampung, last bulan June lepas. Itupun nak hantar adik masuk Politeknik Kuching. Jejak kaki tak sampai dua hari. Boleh kata sempat singgah untuk makan dan tidur je. Tak sempat nak jumpa dan berborak panjang dengan orang-orang kampung. Selebihnya, dihabiskan duduk dalam kereta menempuhi perjalanan berbatu-batu jauhnya. 

Excited nak naik feri. (Rujuk entri INI)

Plan singgah bermalam di Sarikei. Bapa cakap nak borong Buah Dabai bawa balik kampung. Lepas tu terus ke kampung. Janganlah memborong durian sekali. Mahu pengsan 10 hari agaknya. 

Sunrise

Betul-betul depan rumah makcik kat kampung. Kalau dulu, kat tepi jalan ni lah I bertenggek kalau on the phone dengan En. Barney. Lori lalu cepat-cepat lari macam lipas kudung. Nasib baik sekarang ni dah okay. Tak perlu lagi susah-susah macam dulu. Time emergency terpaksa panjat pokok kelapa tinggi-tinggi. Oh, ini kisah benar ya. Memang ada dibuat orang. 

Tak sure pulak balik ni berapa lama. Maybe around 2 minggu kot. Doakan I dan family selamat sampai ke destinasi yang dituju ya dan selamat kembali. Ada masa, ada peluang nanti I singgah-singgah blog uolls ye. Terima kasih. 

p/s : sempat taip beberapa entri autopublish untuk uolls.

24/11/2013

Weekend

Bila dah tiba waktu cuti sekolah ni, aktiviti-aktiviti weekend semakin padat. Satu sebab utama, kenduri kahwin. Awal pagi tadi, Mak ajak ke kenduri dua pupu. Memandangkan Bapa pun ada kenduri lain yang perlu dihadiri jadi I pun terpaksa merajinkan diri untuk drive. Nak drive pun malas, padahal Miri ni bukan macam KL pun. Terpaksa redah jammed bagai. 

Destinasi pertama, rumah nenek. Rumah pengantin dekat je dengan rumah nenek jadi park kereta kat rumah nenek dan kemudian exercise sikit jalan kaki 2-3 minit. Sampai kat rumah nenek, haruslah sempat lagi nak snap-snap gambar.

 Mak dan anaknya yang perasan kanak-kanak ribena

Dah mula dah operasi menyembang mak dan sepupunya

pelamin

Pengantin

Majlis dah selesai. "Bah, mupok lah kita"

Nasib baik rumah dekat. Tak payah pening-pening kepala nak park kereta kat mana. Dengan jalan sempit lagi. Jalan kaki lagi bagus, boleh exercise. Tak gitu? Hiks.

p/s : Packing. Sigh

Blognovela Episod 6

First of all nak ucap terima kasih sekali lagi buat Kakak Cantik yang telah mengilhamkan terma blognovela. Dah sampai episod yang ke 6 dah. Sebelum tu, macam biasa kita recap dulu episod-episod yang sebelum ini. 


Dah settle dah slot untuk yang meneka dengan tepat dan penyertaan terbanyak. Kali ini, nak buat review buat peserta-peserta yang lain pulak. Untuk kali ini, I pilih 4 orang dulu. Untuk yang lain, tunggu entri seterusnya ya. 



Bride-to-be dari Johor. Sekarang ni Cik Ayut sedang sibuk membuat persediaan untuk hari bahagia beliau bulan depan. Masih berbaki lebih kurang 3 minggu lagi (tengok daisypath kat sidebar). Ni I share sikit entri-entri Cik Ayut tentang persiapan untuk majlis nanti. 


Nak komen tentang blog pulak, dah okay dah tu. Nak kata berat, tak pun. Tengok ada 2-3 jugak bloglist kat sidebar tu. Mungkin boleh letak tabber widget kot. (Boleh follow tutorial INI). Dan lagi satu, iklan Nuffnang untuk Large Rectangle tu macam bawah sangat lah. Kalau boleh letak in between post yang pertama dan yang kedua.



Nama panggilan tuan rumah, Cik Itah. Berumur 22 tahun dan berasal dari Sabah. Jiran sebelah negeri I ni. Hiks. Muda beberapa tahun je dari I, congak-congak boleh lah agak umur I berapa. Kan? Sebelum tu tak terlewat rasanya kalau nak ucap tahniah sebab dapat kerja baru awal bulan ni. Dan ini, beberapa entri yang I rasa uolls patut terjah.


Secara personal, suka tengok blog ni. Salah satu sebab ialah warnanya. Yela, lebih kurang sama warna dengan blog I jugak. Cuma di bahagian kiri dan kanan macam nampak kosong sangat lah. Mungkin patut besarkan lagi width blog tu. Tak sure pulak apa term yang digunakan, body eh? Jadi tak ada lah nampak macam kosong sangat pulak bahagian kiri dan kanan. 



Tahu tentang kewujudan blog ni gara-gara blognovela Episod pertama lah. Bila tuan rumah datang meneka jumlah mukasurat novel tersebut. So I ada selongkar-selongkar sikit. Banyak jugak entri yang menarik.


Ada banyak lagi sebenarnya. Especially tentang Villa Nabila yang tengah hot sekarang tu. Anyway, apa yang I tengok, blog ni macam plain sangat pulak. Dengan background warna kelabu. Tunggu jugak lama sikit kot-kot lah background tu tak habis loading ke. Tapi tetap macam tu jugak. Mungkin perlu tambah sikit warna kot supaya blog tu nampak lebih menarik lagi. 



Tuan rumah dikenali sebagai Lily @ MamaQistina yang I panggil Kak Lily. Kanak-kanak comel dalam header tu adalah Qistina. Boleh kira dah lama jugak mengenali Kak Lily di alam maya ni. Dan merupakan salah seorang blogger yang I teringin nak jumpa, bertemu empat mata dan ditambah lagi sepasang mata comel milik Qistina. Sebab geram tengok Qis ni comel sangat. Pandai pulak posing tu. Dan macam yang lain jugak, ini di antara entri wajib terjah yang uolls perlu baca.


Blog Kak Lily memang tiptop. Tambah pulak dengan gambar dan kisah ragam Qistina yang comel tu. Apa-apapun semoga Qistina membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah dan bijak pandai yang sentiasa menjadi matahari menyinari kedua ibubapanya. 

p/s : Ada 3 episod lagi ni. Boleh rujuk Episod 2 untuk peserta-peserta yang sedang menunggu giliran. Yang tiada dalam senarai tu, kena tunggu I buat lagi segmen yang macam ni lah. Hiks

23/11/2013

Scrambled Egg with Cheese

Ini kisah petang semalam. Baru balik dari pergi bank bayar yuran pengajian adik, tiba-tiba rasa lapar pulak. Tak tau nak makan apa. Nak makan yang berat-berat macam, rasa bersalah pulak kat diri sendiri. Jadi adik offer nak masakkan Scrambled Egg with Cheese yang simple je. 

Bahan-bahannya cuma ini.


Pecahkan telur dalam mangkuk dan carikkan cheese slice kecik-kecik jadi macam ni. Panaskan butter dalam frying pan dan siap untuk digoreng. Kalau guna minyak jadi tak sedap pulak. Jangan biarkan lama sangat pulak. Bila cheese dah cair cantik je, telur dah masak, terus padamkan api. Tak payah tunggu-tunggu dah. 

 
Tabur sikit serbuk black pepper. 

Sebiji telur je dah cukup makan seorang. Dah cukup mengenyangkan. Cheese dan butter, tak boleh makan banyak sangat. Cepat muak. Adik I cakap, kalau nak menggemukkan badan boleh lah makan Scrambled Egg with Cheese ni hari-hari. Memang cukup 'menyihatkan' badan. 

Unconditionally

Baca title sendiri, tak dapat tangkap secara kasar apa yang cuba disampaikan. Tajuk lagu sebenarnya tu. Tapi sebelum ke lagunya, biasalah I dengan mukadimah yang panjang lebar dan melencong dari tajuk yang asal. 

Kalau I share lagu kat blog, I pun perasan jugak semuanya lagu evergreen gitu. Lagu Datuk Sharifah Aini lah, Datuk Khatijah Ibrahim lah. Even lagu Rahimah Rahim pun ada. Kali ini angin mengarah ke barat pulak sebentar. 

Kalau ke arah barat ni, I minat Katy Perry dan Taylor Swift. Tapi paling I suka Katy Perry lah. Suka dengar lagu-lagu Katy Perry. Kalau dalam kereta, En. Barney dah tau dah. Time lagu Katy Perry tengah berkumandang, jangan lah nak ajak menyembang. 

Anyway, berapa hari ni memang sangkut dengar satu lagu ni. Asyik tekan replay je. Bukan setakat dengar, tapi sangkut tengok music video nya jugak. Katy Perry nampak sangat gorgeous dalam mv lagu Unconditionally ni. 


Unconditionally
Katy Perry
Oh no, did I get too close?
Oh, did I almost see
What's really on the inside?
All your insecurities
All the dirty laundry
Never made me blink one time

Unconditional, unconditionally
I will love you unconditionally
There is no fear now
Let go and just be free
I will love you unconditionally

So come just as you are to me
Don't need apologies
Know that you are all worthy
I'll take your bad days with your good
Walk through the storm I would
I do it all because I love you
I love you l love you

Unconditional, unconditionally
I will love you unconditionally
There is no fear now
Let go and just be free
I will love you unconditionally

So open up your heart and just let it begin
Open up your heart and just let it begin
Open up your heart and just let it begin
Open up your heart

Acceptance is the key to be
To be truly free
Will you do the same for me?

Unconditional, unconditionally
I will love you unconditionally
And there is no fear now
Let go and just be free
'Cause I will love you unconditionally (oh yeah)

I will love you
I will love you
I will love you unconditionally
so i will love you unconditionally

Suka lirik lagu ni. Sweet. Menyayangi atau mencintai seseorang tanpa sebarang syarat pun. Ada phrases yang I suka. Nak sayang seseorang tu kita bukan pandang dari side yang baik-baik je. Terima kelemahan seseorang tu sama macam kita terima kelebihan dia jugak. Tak kisah masa senang atau susah sekalipun sentiasa ada bersama-sama. Bila kita mampu untuk terima seseorang tu seadanya, automatik wujud lah segala macam sifat percaya dan yang seangkatan dengannya. Seseorang tu boleh jadi siapa-siapa pun. Kawan mahupun family. Tak semestinya buah hati pengarang jantung intan payung je kan. 

p/s : Asyik tekan replay je, kesian pulak Katy Perry tak berhenti menyanyi. Hiks

22/11/2013

Fresh Start

Ehsan Pakcik Google

Silap. 
Seawal garisan permulaan.
Patah balik,
dan mula semula.
Dari langkah pertama.

Mulakan dengan langkahan kaki kanan.
Kosong dan kosong.
Isi semula.
Buang yang keruh dan ambik yang jernih.
Mungkin route nya lebih mudah.

Nanti lihat,
garisan penamat.
Pantas dan selamat. 

Blog Review : S.K.A Blogspot

Nak sambung semula siri blognovela Sherlock Holmes yang tergendala. Sebelum kita meneruskan langkah untuk ke episod yang ke 5, kita recap dulu episod-episod yang sebelumnya. Siapa-siapa yang tertinggal tak tahu hujung pangkal tu, nak senang rujuk je Episod 1.


Memandangkan dah habis dah sesi untuk blogger yang menjawab soalan dengan tepat, kali ini khas buat blogger yang paling rajin pulak. Paling rajin singgah dan meninggalkan jawapan. Tembak angka-angka di ruangan komen, kot-kot lah ada yang mengena. Tapi sayang, dalam 8 jawapan, satu pun tak ada yang mengena. Nevermind lah, I buat slot untuk blogger yang paling rajin pulak. Senang cerita. 



Kalau uolls nak kenal tuan rumah dengan lebih lanjut, tak perlu lah I story panjang lebar kat sini. Blogger Fais-SKA dah tinggalkan ruangan Biodata Fais-SKA untuk uolls baca. (Klik SINI). Nak tengok gambar, umur berapa, asal mana and apa-apa lagi lah semuanya ada di situ. Tinggal uolls nak klik link yang diberikan dan baca je. 

Walaupun warna background agak gelap tapi penampilan blog tu masih lagi selesa untuk dipandang dan dibaca. Sebab ada certain blog yang I singgah, guna warna background yang gelap seperti hitam ni membuatkan blog tu nampak kusam dan suram. Mood nak baca dan komen pun jadi takut, masing-masing terjun ke laut menghilangkan diri. Eh, termerepek kejap. Tapi untuk blog ini, ada cahayanya yang tersendiri. Rasa selesa untuk membaca, tak payah sakit-sakit mata. Tak serabut dan nampak agak kemas. Ringan pun ringan. 

And last sekali, nak share entri-entri Blogger Fais-SKA yang I rasa memang patut dibaca. Especially di ruangan Santapan Rohani


Ada banyak lagi sebenarnya. Memang macam-macam uolls jumpa. Asalkan rajin selongkar je. Dah lama jugak Blogger Fais-SKA ni menyepi tanpa sebarang entri. Dalam entri yang paling latest (INI), Blogger Fais-SKA ada mention tentang masalah pada mata. Apa-apapun, kita doakan agar Blogger Fais-SKA cepat-cepat lah sembuh dan kembali menulis seperti biasa. Pasti ramai yang menanti entri terbaru tu. 

p/s : Baki dalam 4-5 episod je lagi.

21/11/2013

The Hunger Games : Catching Fire

Seawal jam 10.30 pagi, ajak adik-adik tengok wayang. Nak tengok movie The Hunger Games : Catching Fire yang baru keluar hari ini. Memang tunggu pun movie ni. Kalau tahun lepas, dapat tiket free daripada Mr. Nuffnang (rujuk entri INI). Tahun ini tak boleh pulak sebab I jauh di seberang laut. Tengok first movie pada hari pertama tayangan pun jadi lah. 

Kalau tahun lepas, Katniss Everdeen (Jennifer Lawrence) dan Peeta Mellark (Josh Hutcherson) telah diangkat sebagai juara 74th Hunger Games. Presiden Snow (Donald Sutherland) yang berang dengan tindakan Katniss dan Peeta dalam Hunger Games yang lepas berusaha untuk menghapuskan Katniss. Katniss dianggap sebagai harapan oleh penduduk Panem khususnya penduduk di District 11 dan 12 yang agak mundur berbanding District lain seterusnya menjadi pemangkin kepada mereka untuk memberontak. Bagi meredakan pemberontakan, Presiden Snow memutuskan bahawa 75th Hunger Games, dipanggil Quarter Quell yang mana pemenang-pemenang The Hunger Games sebelum ini perlu bertarung sesama sendiri bagi menentukan siapa yang akan menjadi juara di antara juara-juara. Ini sebenarnya bertujuan untuk menghapuskan Katniss dan menghentikan pemberontakan yang semakin berleluasa di Panem. 


Masa awal-awal cerita tadi, kitorang macam tengok movie mute je. Masalah teknikal, audio tak dengar. Visual semata-mata. Tapi nasib baik untuk 5 minit macam tu. Secara peribadi, The Hunger Games : Catching Fire ni lebih best dari movie yang sebelumnya. Kalau dulu, jalan cerita hanya fokus Hunger Games itu je. Tapi kali ini, ada tambah rempah ratus sikit dalam story line bagi rasa sedap lagi. Tak ada nak komen sangat pun. Bagi yang dah baca novel The Hunger Games mungkin dah tau ceritanya macam mana. Untuk movie nya pulak, almost perfect. Suka sangat dengan arena The Hunger Games kali ini dan 'The Clock' tu.


Konklusinya, I bagi movie ni 8/10. Memang minat movie yang genre seperti ini. Nak suruh I tengok movie komedi atau yang rempit-rempit mahupun yang menyumbang kepada gejala gangsterism memang kureng lah. Anyway, persoalannya boleh ke Katniss dan Peeta survive dalam 75th Hunger Games sama macam The Hunger Games tahun sebelumnya? Rancangan Presiden Snow pulak macam mana? Berjaya ke? Ha, yang tu kena tengok sendiri lah. Nak suruh I beritahu, jangan harap lah. Hiks.  

p/s : Nak cari lah novel The Hunger Games. Ini kes tak sabar nak tahu ending punya pasal. 

Spontaneous Thursday : 50 sen

Ehsan Pakcik Google

Ada orang suka hulur 50 sen.
Terima seadanya. 
Menunjuk?
Membantu?
Mengingatkan?
Itulah, 
Balik semula ke pangkal jalan.
Positif!

Senang.
Yang menghulur harus ikhlas,
yang menerima perlu positif.

p/s : 50 sen bukan sekadar duit yang bernilai 50 sen.

20/11/2013

Wordless Wednesday : Bukan Hazelnut


Wordless Wednesday : Buah Kemunting


19/11/2013

Pekan Bekenu dan Buah Terap

Pagi tadi seawal jam 7 pagi, mak bagitau nak pergi ke Pekan Bekenu. Memandangkan sekarang ni cuti sekolah, Mak, Bapa dan adik-adik semua dah cuti, jadi saja lah Bapa bawa jalan-jalan cuci mata jauh sikit. Siap-siap, masuk kereta dan singgah rumah nenek dulu. Nak ajak nenek pergi sekali. 

Ada apa di Pekan Bekenu? Kalau musim buah, Bapa memang suka ajak ke sini. Semuanya fresh. Nak cari kat Bandar Miri memang jangan harap lah, konkrit semata-mata. Harga pun lebih mahal. Pekan Bekenu agak jauh sedikit dari Bandar Miri. Dalam sejam kot, tapi macam tak sampai je. 

Memandangkan dah nak musim buah sekarang ni, Bapa ajak lah tengok kalau ada apa-apa yang menarik di Pekan Bekenu. Tapi tadi tak ada apa sangat pun. Buah Dabai still mahal lagi. Dalam RM25 sekilo. Dengar-dengar di Sarikei, Buah Dabai RM6 je per kg. Durian pun dah ada cuma biasalah awal-awal ni mahal lagi dan tak banyak. Yang kat tempat Nenek tanya tadi dalam RM 8 per kg. Tu pun ada dua biji je. Tak gigih nak pergi tempat orang jual durian. Kejap lagi ada jugak I pengsan. Bau durian adalah musuh ketat. Pernah mabuk bau durian sampai sehari semalam tak bangun dari katil. 

 Buah terap yang belum masak.

Cuma beli buah terap sebiji dengan harga RM5. Buah terap ni sama macam buah durian. Baunya sangat kuat! Tapi bagi I, bau buah terap ni lebih wangi. Buah durian pulak lebih memeningkan. Tapi ada jugak orang yang tak boleh tahan dengan bau buah terap. Macam I alergik dengan bau durian jugak lah. 


Tengok gambar ni masih terasa lagi kemanisan buah terap tadi. Dah selamat dimakan oleh rakyat-rakyat jelata. Lemak, manis dan juicy. Yummy. 


On the way tadi, pandang luar jendela nampak banyak pokok terap dan pokok durian yang sarat dengan buah. Menunggu masa nak gugur. 

Oh ya, dah alang-alang bercerita ni I nak promote sikit lah. Mari Melawat Miri kononnya. Kalau uolls datang Miri, singgah lah ke Bekenu. Time musim buah paling best. Fresh dan lebih murah. Dan kalau uolls ke Bekenu, tempat wajib lawat adalah Pantai Bungai. I dah lama tak ke Pantai Bungai, tak ingat dah last pergi bila. Tapi Pantai Bungai memang terkenal dengan keindahannya. Tadi ada jugak ternampak signboard homestay di sana. Nak lari daripada hiruk pikuk kota, ini lah tempat yang paling sesuai!


Nak tau lebih lanjut mengenai Pantai Bungai ni boleh klik gambar di atas. I dah link entri tuan punya gambar tentang Pantai Bungai. Cerita sedikit sebanyak tentang Pantai Bungai dan lebih banyak gambar!

p/s : On the way balik sempat singgah kebun nenek. Petik segenggam buah favourite I. Buah apa tunggu entri seterusnya. Hiks. 

Hai, Nama Saya Boboy.

Tak habis-habis cerita pasal kucing. Tapi kali ini bukan Cik TengTeng yang gemuk mahupun Abang E'el yang kuat tidur. Bagi peluang Si Boboy yang garang pulak.


Ini bukan kucing I, tapi paksu I yang punya. Sangat garang. Baru-baru ini, Boboy cakar tangan nenek sampaikan terpaksa bawa nenek ke klinik. Mula-mula dapat berita nenek kena gigit Boboy ingatkan kena gigit biasa-biasa je. Agak teruk jugak lah. Ada 2-3 cakaran yang panjangnya setengah hingga sejengkal dan agak dalam jugak. Bengkak sebelah tangan Nenek. Boboy ni kalau dah menggigit orang, dia gigit sepuas hati. Tak nak lepas pulak tu. 

Entri INI

Dah semakin hilang parut dicakar Boboy bulan lepas. Gara-gara kejutkan Boboy yang tengah sedap tidur. Padan muka sendiri cari nahas. 


Seganas-ganas Boboy pun tak tentu arah kalau dengar bunyi mercun dan bunga api. Berlari naik turun tangga. Ketakutan. Kalau tengah tengok movie yang ada bunyi tembak-tembak pun tak boleh. Fobia dengan bunyi-bunyi yang kuat macam tu mungkin. Time macam ni kalau nak parut free dari Boboy boleh lah cuba sentuh dia. 

p/s : Boboy boleh berdiri dua kaki. Sayang pulak tak minta gambar tu dari cousin. Kalau tak boleh tunjuk kat uolls. Sekali tengok macam tupai pun ada. 

18/11/2013

The Button Giveaway 2013


Tag

Tarikh Tutup : 18 Disember 2013

Bersengkang Mata

Dah lama tak bersengkang mata semata-mata nak tengok bola ataupun formula 1. Dulu selalu jugak buat. Sanggup tidur awal, set alarm pukul 2-3 pagi dan tahan mata yang mengantuk sampai pukul 4-5 pagi. 

So awal pagi tadi, bangun lah pukul 3 pagi nak tengok boyfriend number 2. Jangan salah faham pulak. I bukan bersengkang mata semata-mata nak tengok boyfriend number 2 tapi memang nak tengok Formula 1. Follow sukan Formula 1 ni since tahun 2000 lagi. Cuma 2-3 tahun kebelakangan ini je I senyap sikit, tak follow sangat.

US Grand Prix

Gambar kononnya I kat sana lah? Padahal depan TV je pun. Pagi-pagi buta waktu Malaysia. Sambil ditemani oleh seekor kucing gemuk. 

Setia menemani bila-bila masa, di mana jua

Aik, Cik TengTengok pun minat Formula 1 jugak ke? Tak berkelip langsung mata tu tengok TV. Kita yang geram tengok dia. 

Boyfriend number 2

Well, boyfriend number 2 haruslah menang lagi. Dia dah pun menang Drivers' Championship untuk tahun ini dengan berbaki berapa race lagi buat tahun keempat berturut-turut. Menang 8 perlumbaan berturut-turut untuk musim ini. Tinggal satu lagi untuk menjadikan angka itu 9. Bangga kejap padahal bukan boyfriend betul pun. Berangan!

Ini semua gambar berangan depan TV je. 

Tinggal satu perlumbaan lagi untuk musim 2013. Ini pun memerlukan I untuk bersengkang mata juga memandangkan yang terakhir adalah Brazil Grand Prix. Minggu depan. Berangan je lebih perempuan ni. Haish.

p/s : Bila lah hasrat nak tengok live depan mata sendiri ni kesampaian. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...