Kalau tengok tajuk entri mesti ramai yang nganga sambil garu kepala. Apa lah agaknya yang perempuan ni nak sampaikan. Lainlah kalau anda graduan Sains Biologi macam Cik Iedya Abdullah. Tak main lah bahasa-bahasa pasar ni, semua nama scientific saja. Jangan marah eh Dayah. Dah lama tak bergurau senda. Hiks.
Parkia speciosa ni sebenarnya nama saintifik untuk Petai. Jadi main point kita pada hari ini adalah petai ye murid-murid. Siapa suka makan petai sila angkat laptop masing-masing. Kalau yang guna PC tu sila lah angkat PC anda sekali. Tapi mesti ada jugak yang tak suka makan petai kan? Main reason, busuk. Tahukah anda, anda telah kehilangan nikmat dunia yang ke 5? Number tu main petik je. Jangan percaya. Macam Iolls lah, tak makan durian so hilang jugak nikmat dunia yang 'sila isi sendiri number berapa yang uolls nak'.
Sambal petai Mak adalah yang terbaik!
Kalau Mak buat sambal petai memang I surrender. Diet lah macam mana pun, kerana sambal petai boleh punah semuanya. Tambah nasi sampai berpinggan-pinggan. Tak payah lauk lain, sambal petai cuma sudah mencukupi. Lagi best kalau sambal petai udang, double triple sedap! Tapi apakan daya kalau udang I tak boleh makan.
Ehsan Pakcik Google
Petai jeruk pun I suka ratah macam tu je. Sambil tengok bola lagi best! Kalau petai jeruk pulak, yang nenek buat memang superb! Sedap sehingga menjilat jari tu. Kalah ayam KFC.
Ramai yang tahu petai ni memang sedap. Tapi uolls tahu tak yang petai banyak khasiatnya? So I buat lah carian dan bacaan sikit. Boleh lah share bersama. Ilmu baru perlu dikongsi, bukan untuk simpan dalam kotak minda macam simpan harta karun.
Kemurungan. Menurut kajian yang dilakukan oleh MIND (Medical Investigation Neurodevelopmental Disorders), individu yang mempunyai masalah kemurungan berasa lebih baik selepas memakan petai. Ini kerana petai mengandungi tryptophan iaitu protein yang ditukarkan oleh badan kepada serotonin. Seterusnya membantu anda untuk berasa lebih relax, meningkatkan mood dan membuat anda lebih selesa.
PMS (Premenstrual Syndrome). So ladies lepas ni tak payah ambil pil dah, makan petai je ya. Ini kerana vitamin B6 yang terkandung di dalam petai membantu untuk mengawal paras gula dalam darah seterusnya memberi kesan terhadap mood anda.
Anemia. Kaya dengan zat besi menyebabkan petai boleh menggalakkan pembentukan hemoglobin dalam darah.
Tekanan darah. Sarat dengan kalium dan rendah kandungan garam. Membantu mengawal tekanan darah.
Membantu proses pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa buah-buahan yang kaya dengan kalium membantu proses pembelajaran, menjadikan pelajar lebih peka di samping menguatkan ingatan.
Sembelit. Hal ini kerana petai kaya dengan serat. Membantu untuk memulihkan tindakan usus supaya kembali normal.
Membantu untuk berhenti merokok. Kandungan vitamin B6, vitamin B12, kalium dan magnesium membantu badan mengatasi kesan nicotine withdrawal.
Ehsan Pakcik Google
Ada banyak lagi khasiat petai ni sebenarnya. Tapi kalau list semua uolls malas nak membaca, I pun malas nak menaip. Jadi bagi sesiapa yang nak tahu lebih lanjut mengenai khasiat petai boleh lah baca di SINI dan juga SINI.
p/s : Salam Maal Hijrah dan selamat bercuti.
sumber : INI.
45 comments
suka sangat makan petai....penyedap rasa..
menabung chipsmore
dah lama tak makan petai..
tudia petai..nyum2
akak suka makan petai sambal tumis tu.. kalau mentah tak suka.. terliur tengok sambal tumis tu.. banyak juga khasiat petai ni ya..
salam cik aisya...
adoi..petai ke..mmg xleh masuk la yaya ni..huhu bru ggt sikit je da kuakan balik cmne nk makan ..;p
*salam maal hjrh jg cik aisya =)*
wahhh banyak khasiat rupanya si petai ni yek. tp tak dinafikan even busuk tapi sedappppp! hahahaa... plus petai jeruk tu, my febreto tuh..kekekkee.
Byk khasoat rupanya petai ni..mmg suka makan..tp dgn nasi panas2 baru masak tu..cicah BUDUU..Fuyyooo sodapp..tak pun cicah poyok durian..buat sambal pun sedap..tp ada ketikanya kena hindari..takut mulut berbau nak bercakap dgn customer..bukan main busuk lg mulut..
akk minat ye makan petai,,saya tak suka hehe..tapi selamat la saya still boleh makan durian...
Sambal petang udang memang favourite sis..tak perlu ada lauk lain dah. Tapi baru tau yang petai ni ada banyak khasiatnya.
WOAHH! peberet kot! :P
Assalamualaikum.
hhoooho, mula2 nampak tajuk ni kat list..lana ingt nama tmpt kat sepanyol ke apa.. apa2 jela yg relate dgn amerika latin,hahaha
Petai rupanya.. T__T
Lana nak kata favourite, biasa2 je. Kalau ada makan lah. Tapi tak nafikan la, bila mak masak tu, memang bau nya menyelerakan! >_<
Salam Maal Hijrah, sweets!
Petai!! My favourite yaw! Bila makan petai nang rasa sik penah kenyang2 do. HAHA. Pelik. Adohh, ngidam petai dah tok ><
Ya Alla sambal petai tuuuu. Ish3. Nikmat sungguh :D
Sahizatul Sahimi
sedap tu petai jeruk.. dulu selalu la makan nenek buat.. sekarang nenek da takde.. sobsob..
Sambal petai nang nyamannnnnn ;D
Akak tak suka...tapi hubby paaaaling suka..huhu..p pasar mesti tak ketinggalan beli petai..
aku antara yg x minat mkn petai. tp kdg2 aku mkn je, kalo tiba2 nak rasa.
buat sambal udang petai sedapp.. tp jijah xmakan petai..petai taruk tepi.. hahaha
hana makan petai sambal. memang daebak rasa dia. tp kalau petai jeruk tu hana tak pernah cuba lg. sedap ke? huhu
Sik pande mewk makey petai. Nangga owg makan pun rasa semacam jark.
@Noor Mala Binti Shahar
betul. hehe
@Mia Liana
sama lah kak.. sekali dapat.. berpinggan2 nasi. hehe
@Montana
favourite! hehe
@Mizz Aiza (Dunia Kecil)
mentah mcm kelat2 sikit rasanya kan.. tapi rangup.. hehe
@Cik Yaya
sygnyaaa.. huhu
@jaakechik
baca komen kak jaa ni sambil telan air liur.haha!
@Mieza Jhaa K
makan petai mmg kena habiskan mentos byk2.. nak hilangkan bau.. haha!
@ezyra daniel
sebab ape? busuk? hehe
@puteri kasih
mmg tak perlu lauk lain dah.. kalau ada lauk lain pun tak pandang pun.. hehe
@puteri kasih
mmg tak perlu lauk lain dah.. kalau ada lauk lain pun tak pandang pun.. hehe
@Sally Samsaiman
yummyyy!
@Tinta Lana
mmg menggoda habis lah.. hehe
@Vee Lea
bena ya.. nang sik pande kenyang!
@sahizatul sahimi
hahah.. kannnn!
@Ayie Abas
yg negatif org pndg yg positif org tak peduli.. hehe.. tapi yg penting petai sedap!
@Chic Na
huhuhu.. tu la cikna, kita buat sendiri pun mesti tak sesedap itu kan.. :(
@Sally Yatiey
betullll! hehe
@LiLy @ MaMaQiStInA
petai sedapppp.. lagi2 sambal petai.. hehe
@aswadz
rugi2.. hehe.. :P
@asha hana
nk explain rasanya tak reti plak tp mmg sedap! hehe..
@Isabel Diaz
tapi ya lah yg nyaman. berkhasiat juak..
ada meh jeruk petai...bru tahu ni aisaya...adehhh...ayut klu besar mmg xtertelan la...kna bg kecik2x bru boleh.hee
@ayut
ada lah.. sedap lagi tu! hehe
ahahah petai rupanya hehehheheehhe
qila takmakan :P
tapi tak benci hihihih
@Akeyla Azmi
kenapa tak makan? rugi2. hehe