Beberapa hari yang lepas, tapi rasa macam minggu lepas je. Chipmunk tolong adik-adik Sanggar Citra buka gerai. Tak tolong banyak pun, jadi driver untuk beli barang dan teman diorang jaga gerai sikit-sikit la. Nak dipendekkan cerita, kat gerai diorang ni ada jual Marshmallow Chocolate. Sedap tau, letakkan marshmallow tu dalam cup. Lepas tu letak cooking chocolate yang dah dicairkan. Bila Chipmunk suruh boyfriend Chipmunk a.k.a En. Barney yang sangatlah innocent tu belikan untuk Chipmunk. En. Barney boleh tanya "Macam mana korang buat marshmallow ni? Nak kena rebus dulu ke.. bla.. bla.. bla.."
lebih kurang macam ni la yang diorang ni jual. Tapi less chocolate
Mak aihhhh....
Boyfriend siapa la yang innocent sangat ni ye? Cik Abang Sayang oi, ni orang nak cerita ni.
Marshmallow ni kan, asalnya orang dulu-dulu guna untuk tujuan perubatan je. Macam vanilla jugak, marshmallow ni pun datang dari tumbuhan jugak, dari pokok marshmallow atau nama saintifiknya Althaea officinalis. Dan digunakan untuk mengubati sakit tekak. Tapi kemudiannya marshmallow ni jadi pemanis mulut pulak sejak zaman mesir purba. Dan sekarang kita boleh tengok kat kedai-kedai, pasaraya-pasaraya dan yang sewaktu dengannya marshmallow sekarang boleh didapati dalam pelbagai bentuk, warna dan even rasa sekalipun.
Pokok Marshmallow