30/06/2015

Membeli di Bazaar Ramadhan? Buat Sendiri Je Lah.

Bazaar Ramadhan. Puasa tahun ni baru jejak kaki sekali je. Tu pun selepas bertahun tak jejak kaki di bazaar or pasar malam dan yang sewaktu dengannya. Sekali pergi rasa macam keluar gua. Rambang mata nak memilih. Kalau ikut zaman study dulu, pergi bazaar ramadhan selalunya beli nasi sebungkus dan pencuci mulut seringgit dua. Puding, agar-agar dan yang sama species. 

Sekarang ni mencari jugak pencuci mulut lepas berbuka. Tapi dah jarang ke bazaar biarpun antara bazaar ramadhan yang terbesar di Selangor ni cuma berapa kali pusingan roda je dari office. Lagipun seeloknya elak lah daripada menjejakkan kaki ke bazaar. Bila singgah bazaar, jadi rambang mata maka nanti berlaku lah pembaziran bila membeli ikut sedap mata, bukannya ukur makanan di perut sendiri. Oh satu lagi, paling penting tak payah lah nak bersesak-sesak dengan orang ramai kalau tak jejak kaki kat bazaar. Kan kan kan?

Solution senang je. Kalau dah tak membeli, kita buat sendiri je lah kan. So yang paling cepat dan pantas nak dibuat is dadih. Plus, letak dalam satu-satu bekas. Buat banyak-banyak. Masa berbuka makan satu, esok makan satu lagi. Tahan lama. 


Kalau buat banyak ni pun 2 minggu pun entah habis entah tidak. Ini pun I buat ahad minggu-minggu lepas. Dan sekarang dalam fridge I ada stock untuk seminggu lagi. Tu sebab time bulan puasa, Kalau bukan bulan puasa agaknya dah habis lama kot. 

Nak tunggu stock dadih habis dulu, weekend boleh lah try buat benda lain pulak. Itupun kalau tak busy berkejaran ke sana ke mari settle itu ini. 


Sebab kat rumah tak ada oven then google lah no-bake recipe. Jumpa beberapa, kita tengok lah nanti jadi ke tak nak membuat nya or saja je cakap-cakap. Ehem. 


Brownies ni menarik. Selalu buat yang memang perlu sesi baking-baking jugak. InsyaAllah kalau I teringat nak buat ni nanti, ada lah tu kan. Kalau lupa memang jadi angan-angan je lah. 

29/06/2015

#CountingDays : Oh Jangan Tanya Mana Kad Sebabnya Kad Tak Siap Lagi Woi!

Masalah orang dah bertunang on the way nak kahwin. Masing-masing dah menyoal, bila nak kahwin. Rasa macam nak aje tampal tarikh kat dahi so orang tak perlu buang tenaga untuk bercakap dan menyoal. Jawapan dah ada depan mata. Masalah orang yang majlisnya lagi dua tiga bulan pulak, tadah telinga orang tanya mana kad pulak. Alahai wrong timing lah pulak. Cuba tanya time kad dah siap, on the spot I distribute. Nah ambik, pergi main jauh-jauh. Nanti jumpa time majlis ye. 

Bila masing-masing dah menyoal ni, baik lah kita pergi settle hal kad kahwin. Sebenarnya I dan En. Barney dah booking masa pergi wedding fair bulan Disember tahun lepas lagi. Konon nak dapat harga murah lah kan. Tapi tak ada lah murah sangat pun bila plan begini dan begitu, orang tua kata baik jangan begini dan begitu. Oh turutkan saja lah labu. 


Belek-belek kad, nak tengok yang mana. Cari mana yang simple, menarik dan nampak kemas. Belek punya belek sekali orang sebelah tu bersuara, "Ingat saya pesan apa. Jangan melampau sangat cerewet tu.

Okay fine. Kena lagi setepek. 


Memang sangat memahami lah staff kedai kad ni. Bagi I satu list kod warna lagi. Kejap lagi tak kena dengan warna pilihan hati, tak pasal-pasal kena draft banyak-banyak kali. 

Nasib baik jugak sebenarnya weolls pergi settle kan kad cepat walaupun macam dah lewat jugak lah. Kedai ni pulak cuti raya dua minggu. Harap-harap sempat siap macam yang dijanjikan. Katanya confirm draft seminggu before raya, then seminggu lepas raya baru start printing bagai. Ambik masa dalam dua minggu lagi. 

Dah risau jugak sebenarnya ni. Itupun orang tua nak begini nak begitu pulak. Memang tak sempat lah nak buat kad kahwin yang mengikut adat sangat tu kan. Kad kahwin pun kena beradat jugak tau. Oh pening kepala. Masa dah suntuk, kos pun mesti dah naik enam tujuk level dah. Kalau demand itu ini hulur sekali dengan kaching-kaching tak apa jugak ye. 


Ikutkan hati nak buat begini je. Letak nama, bubuh tarikh, senang. Tak ada kerawang sana kerawang sini. Tak ada bunga-bunga cinta di mana-mana. Sedap mata memandang. Tapi kan, nanti panas telinga lah dengan orang-orang tua membebel. Mana map, mana nama itu, mana nama ini. Kenapa ini tak ada, kenapa itu tak ada. Kalau boleh kad kahwin tu buat 100 mukasurat, memang I buat. Baru semua puas hati. 

p/s : Takut jugak jumpa orang-orang yang suka cari kekurangan sana sini ni. Bukan risau apa, risau tangan ni jadi ringan pulak nak sumbat kertas bagi senyap. Tapi kan, orang-orang macam ni memang tak boleh avoid lah. Tak jemput nanti sentap pulak. Lagi-lagi kalau dah saudara mara tu kan. Mengata sebab tak dijemput lagi. Ish, banyak bunyi lah. 

28/06/2015

Tips Minum Air Secukupnya di Bulan Puasa

Bukan bulan puasa pun dah liat minum air masak, kalau bulan puasa apatah lagi. Itu merujuk kepada diri sendiri lah tu. Kononnya azam I sebelum bulan puasa nak minum air masak secukupnya itupun dengan bantuan aplikasi water reminder, Plant Nanny. Rujuk entri INI

Menerusi aplikasi Plant Nanny, I buat reminder every 2 hours. Nak mengingatkan lah kaedahnya jangan lupa minum air kan. Tapi kalau bulan puasa ni, memang tak boleh lah nak follow reminder aplikasi tu. Puasa kan?

Siang dah sah-sah tak boleh nak minum air, except for those yang tengah cuti bulanan tu lah kan. Jadi macam mana nak minum air secukupnya dalam masa sehari?


1. Satu gelas selepas azan maghrib
2. Satu gelas selepas solat maghrib
3, Satu gelas selepas makan
4. Satu gelas selepas solat isyak
5. Satu gelas selepas solat terawih
6. Satu gelas sebelum tidur
7. Satu gelas selepas bangun sahur
8. Satu gelas selepas sahur

Cukup 8 gelas dalam masa sehari dan tak perlu bimbang badan kekurangan air di bulan puasa. Tapi kebiasaannya, lepas azan je terus bantai 3-4 gelas air. Tapi bukan lah air masak, air putih tapi jus tembikai, jus oren, cendol bagai. Siap ada yang berbuka dengan 3-4 gelas Coke pulak. So lepas ni, sedikit demi sedikit kita try at least secawan air masak masa berbuka tu. 

p/s : Semalam first time pergi bazaar ramadhan untuk puasa kali ni. Jadi rambang mata pulak. Bahaya sungguh. 

Raya Giveaway by Erza


CLICK BANNER TO JOIN

1. Wajib follow blog ERZA dan google+ follower


2. Wajib like fanpage Zaf's Outlet 

3. Buat satu entri bertajuk "Raya Giveaway by Erza"


4. Tinggalkan URL entri korang di SINI

5. Siap dan good luck friends!!!




5 langkah mudah sahaja !!!


Hadiah - hadiah yang bakal dimenangi:-
1 x dress raya
2 x RM10 duit raya
10 x voucher Magic Art Museum 3D

Jom Laaaa Join...ajak kengkawan ramai2!!!

27/06/2015

[English Novel] Murder On The Orient Express - Agatha Christie

Bulan ramadhan ni rancak sikit membaca. Setengah jam lunch hour di hari bekerja I guna sebaiknya untuk membaca. Orang lain mungkin dah berasak-asak ke surau. Tidur setengah jam pun dah cukup menyegarkan badan dan mata. Memang kalau bulan puasa ni time lunch hour surau memang fully occupied lah. Oh surau office kita kecik je. Nak tidur kat surau on first come first serve basis. Tapi I ni dah memang jenis yang tak tidur siang, bergelumang dengan novel lah jawabnya dan finally dapat habiskan satu novel yang lagi. 


Dah baca 8 buah novel untuk bulan ni. Stock pun dah semakin. Novel BI tinggal satu dua lagi. Tetiba termenyesal tak berkesempata ke BBW Box Sale tempoh hari. Sobs


Murder On The Orient Express
Agatha Christie
Sinopsis Murder on the Orient Express

Just after midnight, Orient Express is stopped in its tracks by a snowdrift. By morning, the millionaire Samuel Edward Ratchett lies dead in his compartment, stabbed a dozen times, his door locked from the inside. One of his fellow passengers must be the murderers. 

Isolated by the storm, detective Hercule Poirot, must find the killer among a dozen of the dead man's enemies, before the murderer decides to strike again.
Apa motif pembunuhan dan siapa pembunuhnya? Perjalanan yang mengambil masa 3 hari cuma kemudian dipanjangkan lagi apabila Orient Express terkandas disebabkan oleh snowdrift.So dalam masa Orient Express ni terkandas, Hercule Poirot mengambil peluang untuk menyiasat kes tersebut. Ratchett dibunuh sebelum Orient Express berhenti tapi oleh siapa dan kenapa.  

Rupa-rupanya ada kisah disebalik identiti sebenar Ratchett. Dan kisah itu lah yang menyebabkan dia diburu.  Keterangan penumpang diambil, luggage di check dan compart diteliti. Dan apa yang disimpulkan oleh Poirot di penghujungnya ada twist sedikit. Oh begini rupanya, patutlah. 

Apa kesimpulannya tu, kena baca sendiri lah kan sebab bagi I novel ni memang best! Rugi tak baca oh. Lagi-lagi yang minat genre yang begini. So setiap kali I baca novel ni time lunch hour, memang akan terasa macam "Alah lunch hour dah nak habis ke? Kan best boleh extend lagi setengah jam nak habiskan next chapter."

p/s :Amboi amboi, banyak cantik nak extend time lunch hour. 

26/06/2015

Laman Sosial Yang Semakin Tenat

Laman sosial. Macam cendawan tumbuh selepas hujan dan dah macam tikus membiak di kotaraya aje. Oh by the way, kalau uolls free weekend tu boleh lah pergi tangkap tikus. Harga seekor katanya nak up jadi RM3 tu. Kot lah boleh jana pendapatan sampingan. Lagipun peruntukan RM50K DBKL tiap tahun tak pernah mencapai sasaran pun. (sumber : bhonline)

Eh, termelencong sekejap. Kononnya nak bercerita tentang laman sosial kan. Facebook, Twitter, Instagram, Blog dan banyak lagi lah yang sewaktu dengannya. Sekarang kan macam-macam laman sosial muncul. Itu pasal I samakan dengan rate pembiakan tikus tadi tu. Eh eh. 


Kalau kita ambik dari sudut yang positif, cerah dan ceria, tak dinafikan laman sosial ni memang ada baiknya. Contoh macam menghubungkan semula silaturrahim yang sekian lama terputus, berkongsi tips, petua, resipi dan ada jugak yang menjadikan laman sosial sebagai medium mencari jodoh. 


Tapi lama-kelamaan I tengok laman sosial, Facebook khususnya semakin menyedihkan. Boleh pulak dijadikan sebagai medium pertengkaran. Bila dengan mudahnya orang berkongsi sesuatu, dan dengan ringannya jari menaip komen tanpa menghiraukan sensitiviti. 

Tahu lah masyarakat majmuk di negara kita ni mempunyai kebebasan untuk bersuara dan menyampaikan pendapat masing-masing tapi komen tu beringat-ingat lah. Apa yang I perhatikan, bila bertekak di ruangan komen, banyak sungguh komen-komen yang berbaur perkauman, kenegerian dan sehingga menyentuh hal-hal keagamaan. Sedih.

Bila mana yang menegur masih lagi merangkak tapi berkata-kata seolah-olah mampu berlari mengalahkan Usain Bolt. Yang ini lagi sadis. Menegur tak salah, tapi biarlah teguran tu mengambil kira diri sendiri juga. Tiada siapa yang sempurna jadi sama-sama lah kita berpimpin tangan ke arah yang lebih baik. Elak diri daripada menjadi ketam yang mengajar anak-anaknya berjalan dan sama-sama kita berusaha untuk memperbetulkan apa yang kurang betul. 

Perbezaan pendapat? Itu pun tidak salah jugak. Nak berdebat? Itu memang hak masing-masing. Tapi biarlah berdebat seperti orang yang berilmu. Jangan carutan je yang panjang lebar tapi macam tin kosong. Ini namanya nazak, lagi tenat daripada tenat. 

Bak kata artis Syafinaz Selamat, rata-rata komen di laman sosial ni bersifat keanak-anakan (sumber : bhonline). Itu menurut pemerhatian ada jugak benarnya. Tak kisah lah umur dari setahun jagung atau setua kura-kura pun, komen lebih kurang je. Tak menampakkan kematangan diri. Kemudian mula lah salahkan budak sekolah, katanya budak-budak baru nak up. Biasalah tu. Kesian. Orang lain yang buat dajal, orang lain yang terpalit lumpur. 

Buang semua cas negatif, campak semua persepsi yang kurang enak. Bikin malu je bergaduh di laman sosial. Lagi-lagi yang sedap bergaduh di ruangan komen retis-retis ni. Orang lain baca drama free sambil makan popcorn. Dah menampakkan keburukan dan kebodohan sendiri kat situ. 

Note to self. Hidup dalam komuniti masyarakat majmuk ni kena pandai menjaga deria. Jangan sampai terguris perasaan orang lain. 

p/s : Yang mana salah silap tu tegur lah tapi jangan lah sampai menghentam. 

25/06/2015

Kuku Palsu untuk Si Kucing

Makin hari makin tak sabar pulak nak raya. Oh jangan salah faham pulak. Iolls bukan lah tak sabar nak meraikan aidilfitri tapi tak sabar nak pulang ke kampung halaman. Jumpa keluarga, jumpa kucing dan jumpa sahabat handai. Almost setahun jugak tak balik. So bila makin dekat hari nak terbang balik kampung, harus lah level ketidaksabaran itu memuncak-muncak. 

Bila jarang-jarang ni, setiap kali terbang pulang haruslah ada buah tangan yang dibawa bersama. Lagi-lagi hari raya ni kan. Untuk family ada, dan untuk si bulus Cik TengTeng dan Abang E'el pun ada jugak.


Nail caps for cat or bahasa mudahnya kuku palsu. Officemate I lah yang memperkenalkan benda alah ni. Satu plastik ni ada dua set, meaning total ada dua puluh kuku palsu dengan harga RM15. Tapi jangan tanya Iolls mana nak beli sebab I is tidak tahu jugak lah. Ini pun officemate yang order kan. 

Contohnya begini lah.

Motif nak pakaikan si bulus kuku palsu begini? Yang pertama untuk mengelakkan excessive scratching. Tak ada lah si manja uolls tu luka sana sini kat badan sebab melampau sangat scratching tu. Yang kedua, selamat jugak lah perabot uolls. Ehem.


Dikhabarkan benda ni tak menganggu gugat aktiviti harian si kucing. Sebab nail caps senang kata macam getah lah tapi mempunyai fungsi yang sama dengan kuku kucing yang sebenarnya cuma kurang tajam. 

Kawan I lah yang ajar, potong kuku kucing tu sikit and then letak gam sedikit dan baru lah pasang kuku warna warni tersebut. Tapi yang ini pasangkan di kuku bahagian kaki depan je. Kaki belakang jangan pulak uolls letak sama. 

Nanti bila kuku kucing dah panjang, pandai lah benda ni tanggal sendiri. So tak lah risau kot-kot lah benda ni permanently attached di kuku kucing. Masak lah kalau begitu kan. Kesian si bulus. Kuku palsu tak tanggal-tanggal. Hiks

Untuk Abang E'el dan Cik TengTeng, kena tunggu Iolls balik dulu lah baru pakai kuku liplap warna warni. Kuku raya tuuuu. 

p/s : Bulu panjang takut tenggelam je kuku tu nanti. 

24/06/2015

Mak Masak Apa-Apapun Lah Tetap Sedap Jugak!

Berbuka sorang diri,
Tanpa ditemani, 
Masak sendiri, 
Makan pun sendiri,
Saban hari. 

Orang lain? 
Masing-masing ada famili.
Ramadhan katanya,
nikmat bila berbuka bersama-sama keluarga. 

Telan nasi rasa pasir, 
Telan air rasa payau. 
Rasa macam, 
seronoknya kalau berbuka dengan masakan mak. 

Mak goreng telur mata sebiji dua, 
nasi tambah berpinggan-pinggan. 
Mak masak nasi goreng terlebih garam,
Menjilat jari jugak sedapnya
Pendek cerita, 
mak masak lah apa-apa, 
sentiasa sedap di tekak dan di lidah.
Terbaik di dunia.

Rindu bertalu-talu, 
Nanti disampaikan dan diberitahu, 
Susah hati pulak orang tua tu. 


p/s : Cepat lah Raya, nak balik suruh mak masak banyak, banyak dan banyak! 

23/06/2015

#CountingDays : Wedding Shoes

Kisah sabtu lepas. Seharian berjalan ke sana dan ke mari dan ganjarannya on the way balik rumah, kena bebel itu ini dengan En. Barney. Alkisahnya I dan En. Barney memang dah plan dah awal-awal sabtu tu nak keluar cari wedding shoes. So nanti masa fitting baju boleh lah berangan kejap dengan kasut tu kan. 

Sebenarnya dah start survey dah dulu. Masa jalan-jalan cuci mata di Setia City Mall dua tiga minggu lepas rasanya, I berkenan kat satu kasut ni. Nak dijadikan cerita, gara-gara kasut tu lah jugak terciptanya entri INI

Dah nasib badan tak ada rezeki nak pakai kasut yang itu, bila I datang balik kasut tu dah tak ada! Dengan pasrah lah masuk satu kedai ke satu kedai. Setia City Mall? Tak ada yang berkenan pulak. Fikir lah kat mana lah pulak nak cari kasut kahwin ni. Midvalley? En. Barney memang tak mahu lah jawabnya kalau ke situ. Sunway Pyramid, taubat cari parking owh. Daripada kena bebel dengan En. Barney, mari lah kita serbu Times Square pulak. 

Pusing dari aras paling bawah sehingga lah level yang atas-atas. Ada satu kasut yang Iolls jumpa hampir sama dengan kasut dalam entri Wedding Shoes I tempoh hari. Dan memang tepat jugak lah sangkaan I, perempuan ni memang adik beradik dengan Cinderella! Sekecil-kecil saiz kasut pun still besar jugak. Bayangkan satu Times Square tu I pusing tapi kasut yang I berkenan semuanya tak ada saiz. Paling kecik semua saiz 5, kaki I pulak jenis yang muat kasut saiz 4.

 Puas En. Barney pujuk, tu namanya tak ada rezeki cik kak. 

Memandangkan dah hampir waktu berbuka, makanya balik lah ke rumah En. Barney. Bakal mak mertua dah tunggu anak menantu balik bawa barang-barang untuk sesi masak-masak juadah berbuka puasa.

Malam tu before En. Barney hantar Iolls balik, memang hajat hati nak singgah uptown Danau Kota. Dah alang-alang tu singgah la KL Festival City sebentar. Kot lah jumpa kasut yang I berkenan kan. 

And at last... Jumpa jugak kasut yang I suka bersaiz 4. 

teaser kononnya.

Objektif hari sabtu lepas tercapai. Wedding Shoes? Okay, checked. 

Cerita lah kisah susah senang mencari kasut ni dengan kakak office. Sekali dia kenakan pulak Iolls balik. 

"Kaki Aisya tu pesen kaki budak sekolah. Budak sekolah mana pakai kasut kahwin cantik-cantik macam tu."

Kfine. Kena setepek.

p/s : Kesian En. Barney complaint yang tunang dia ni over sangat cerewetnya. Sowieeeee..

22/06/2015

[Novel] Hai, Encik Perfume - Immaz Huda

Target I nak baca lagi satu novel untuk bulan ni kan. Berjaya jugak. Time sahur, belek-belek sikit empat lima pages. Kononnya sebagai peneman bersahur dan penambah selera. Mana taknya sedar-sedar je pinggan dah licin. Kalau tidak, lebih melayan mata yang mengantok, nasi dalam pinggan tak berusik lah jawabnya. Cuma harap-harap tak la terlajak, eh sedar-sedar pukul 6.00 pagi dah tapi tangan menyuap lagi. Hoi mintak simpang. Hiks. 


Masa PBAKL 2015 tempoh hari, I kan borong sampai 13 buah novel. Tu sebab ada beberapa buah yang beli satu percuma satu. Novel ini salah satu novel yang I grab di PBAKL. 


Hai, Encik Perfume
Immaz Huda
Sinopsis Hai, Encik Perfume

Mirr Mediana, peguam muda yang bersemangat tinggi tapi ada masanya, blur. Pertemuan demi pertemuan, tanpa sengaja telah menemukan dia dan Putra Aiqish. Setia kali berjumpa, ada sahaja peristiwa yang terjadi sehingga membangkitkan kemarahan masing-masing.

Kata Mediana, "Cik susu kotak awak panggil saya? Awak tahu tak yang saya tak dapat tidur malam tu disebabkan awak? Mula-mula awak ambil parking saya. Lepas tu, awak ambil susu kotak tu. Kemudian awak langgar kereta saya. Dan disebabkan imej awak, saya tersalah masuk tandas! Lepas tu, awak bertukar kereta dengan saya. Kenapa setiap paksi dunia yang saya toleh, saya harus terserempak dengan awak?"

Dan kata Aiqish pula, "Saya dah tahu perangai sebenar awak. Awak suka membebel, sensitif, cepat melenting, suka berdebat, suka minum susu kotak sebelum tidur dan tak suka orang lain rampas parking awak. Awak seorang yang rabun sebab tak dapat bezakan tandas lelaki dan tandas perempuan. Awak seorang pencuri kereta. Dan akhir sekali, nama kereta kesayangan awak adalah..."

Tanpa dirancang dan hati belum bersedia, mereka ditunangkan. Namun, saat cinta dan sayang mula bercambah, wujud penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Mampukah mereka mempertahankan ikatan suci itu?
Hmmm. Nak cakap apa tentang novel ni eh? Yang sure novel ni I baca dengan pantas dan cepat sebab banyak skip pages. Bukan apa, I rasa macam tak best pulak. Dari awal sampai akhir, asyik putus tunang aje. Dari hero dan heroin yang masing-masing putus tunang sampai lah ke watak sampingan semua nak putus tunang. Rasa macam, er bosannya? 

Cover luar I memang suka sebab cantik tapi isi dalam? Hmm, kureng lah. Tak tau lah kenapa rasa macam karakter watak macam tak solid. Jadi tak best pulak nak membaca. 

Tapi kalau uolls jenis yang mencari unsur humor dalam sesebuah novel, boleh lah try baca novel ni jugak. Kelakar jugak lah di awal pertemuan Aiqish dan Merdiana. Sampai kan I fikir, ada ke perangai orang yang begini di luar sana. Oh sudah semestinya ada, ragam manusia kan. Pelbagai. 

p/s : Novel melayu yang I baca sekarang agak best sikit. Dah habis baca nanti Iolls kongsikan novel yang mana satu. 

21/06/2015

Berbuka Puasa Dengan Roti Jala MR. OS

Semalam, weekend pertama kita berpuasa. Dan nama pun weekend, En. Barney ajaklah berbuka dengan family dia pulak. Kononnya tak dapat berbuka dengan family sendiri, at least berbuka dengan bakal family pun jadi lah. Dapat jugak merasa suasana berbuka dengan family tu kan. Tidak lah balik-balik berbuka sorang or dengan member-member. Tak thrill langsung. Cewah. 

Siang tu, I heret dulu En. Barney ke sana dan ke mari mencari sesuatu untuk wedding nanti lah. Yang ini nanti Iolls story. Sekali nya tak jumpa pulak yang dicari. Gave up and ambik keputusan terus balik rumah En. Barney je lah. Lagipun dah petang. Nak prepare untuk berbuka lagi. 

Disebabkan rumah si encik tunang ni dah dekat sangat dengan gerai roti jala Blogger Una, I ajak lah singgah. Lagipun tauke roti jala yang sorang ni dah memanggil-manggil di group whatsapp suruh datang kedai dia. 

Sempat jugak snap dari dalam kereta before gerak balik

Gambar roti jala yang dah siap susun cecantik dalam pinggan I tak snap pulak. Oh segan pulak dengan bakal mak mertua. Orang lain lepas susun cantik dalam pinggan, letak bawah tudung saji tunggu masa nak berbuka je. Minah yang sorang ni dah kenapa nak snap-snap gambar lagi. Hiks. 


Semalam beli kari ayam dan daging. Kuah kari tu kan, marvellous sungguh lah. I is suka sebab kuahnya pekat owh. Sayang pulak kari kambing tak ada. Biapun Iolls tak makan kambing pun kan, tapi tunang I ni pulak hantu kambing. Tapi kan, baca facebook Blogger Una, hari ni ada kuah durian jugak. Fine Una, fine! Kalau tak, boleh belikan untuk En. Barney yang hantu durian tu. Oh, durian pun I tak makan jugak. Kesian En. Barney. Favourite dia rata-rata Iolls tak makan. Tapi untung la jugak, boleh dia bolot sorang-sorang. Tak payah gaduh-gaduh sebab berebut. 

Siapa-siapa yang rumah dekat-dekat area Sri Gombak / Taman Bolton whatsoever tu boleh lah terjah beli roti jala satu set dua. Nak buat tempahan untuk event pun boleh jugak. Kot lah nak buat jamuan iftar jemput saudara mara and rakan taulan, boleh lah order Roti Jala Mr. Os sebagai salah satu juadah berbuka. Nak buat tempahan or any enquiry, serbu je Page D'Jala Mr. Os - Roti Jala. Kot lah nak tau location et cetera. 

p/s : En. Barney boleh pulak kata nanti bila-bila boleh lah dia pergi beli roti jala sebab dekat je dengan rumah. Senyap-senyap je tak nak bagitau I sebab takut nanti Iolls jealous. Kurang asamboi sungguh. 

20/06/2015

Big Boss Birthday Celebration

Ini kisah dua hari sebelum raya tempoh hari sebenarnya. Baru sekarang nak up entri. Salah satu acara tahunan selain dari jamuan raya, jamuan chinese new year or jamuan christmas. Sambut birthday big boss tetiap tahun.

Kali kedua I join. Kalau tahun lepas, surprise party katanya. Tapi tahun ni tak boleh nak surprise sangat lah sebab kena pulak orang tua tu ada outside meeting. Itu pun setelah dipaksa masuk office nak sambut birthday. 


Kek yang tak berapa nak menjadi sangat. Bak kata Kakak PA, ni kek pakai coat tapi nampak macam pakai jubah pulak. Ini pun harga bukan main ratus-ratus cantik punya.


Big Boss yang setinggi galah tapi tak reti cakap melayu. Selalu confuse tinggi dan panjang but now okay lah. Bila cakap melayu, bunyi kelakar lebih sikit buat kita sengih-sengih dan kata, "eh, faham pulak boss ni bahasa melayu?". Belas-belas tahun duduk Malaysia mesti lah lama-lama faham kan. 


Over tau mak-mak dara ni, lagi over dari kita yang cecomel ni. Hiks

Tengok rupa sendiri macam orang sakit je. Tak cukup tidur ke kak?


Last sekali! Family group photo biarpun tak semua yang nampak pun. Ramai lagi di belakang tu yang terlindung. Nasib baik lah Iolls kat depan je nampak lah jugak kepala menyelit kat situ. 

By the way, Happy Birthday Big Boss!

p/s : Dengan harapan setinggi gunung next bonus dapat lah banyak sikit. Eh eh? Hiks

Raya Giveaway by Sally Samsaiman


Antara hadiah-hadiahnya:

Duit Raya RM 20 - 7x Pemenang
Kad Raya Design by DayangDeno -  5x Pemenang
Kad Raya Sally - 15x Pemenang

 (Hadiah akan di'update' selalu jika ada penambahan)

Mula : 18 Jun 2015 | Tamat : 3 Julai 2015 (11.59pm)

19/06/2015

Demand Gaji Besar Tapi Kerja Nak Goyang Kaki Aje...

Senarionya begini. Biasalah di tempat kerja. Mungkin kita pun ada terbuat juga.

Senario 1
Office Hours : Pukul 8.30 pagi sampai pukul 6.00 petang

Masuk office, pukul 9.30 pagi. Alasan bangun lewat plus jammed sana sini pulak. Tapi rumah tak jauh mana pun sebenarnya. 

Sampai pukul 9.30 pagi? On je PC dulu. Kerja kejap lagi lah jalan. Sembang sana sini dulu. Reply whatsapp dia dan dia dan dia dulu. Senang cerita mulut banyak bergerak. Bukan berdiskusi tapi berkata perkara-perkara yang tidak berfaedah. "Tahu tak kucing kita sekian sekian." ataupun "Sengal lah kawan kita ni, sekian sekian." Orang sebelah tadah telinga, tadah telinga kanan tapi telinga kiri kanan pun tak mendengar. Sibuk. Oh tangan pun banyak bergerak jugak. Facebook, Whatsapp, Instagram dan semua yang sejenis dengannya. Sejam kemudian, baru meletakkan fokus 25% untuk kerja-kerja office. Itu pun kalau bukan bulan puasa tambah lagi sejam untuk breakfast. Tadi kan bangun lambat, mana nak sempat. Itu baru breakfast, tak buka cerita time lunch lagi. 

Bila masuk part solat? Solat Zuhur setengah jam, solat Asar jugak setengah jam. Total semua sejam. Bukan apa, solat lima minit. Tidur lagi 25 minit. 

Time balik pulak usah cerita. Sebelum pukul 6.00 petang, dah tutup PC. Sharp pukul 6 kalau boleh dah masuk dalam kereta, cuma perlu tunggu roda kereta bergerak je. 

Tapi !!

Bila ada adhoc report, ada task yang urgent. Mulut tak berhenti merungut itu ini. Susahnya begini, susahnya begitu. Macam mana nak buat ni, macam mana nak buat tu. 

Tak tahan, ambik keputusan nak apply kerja lain lah !

**Masuk cerita apply kerja lain, itu dah senario yang berbeza pulak.** 

Senario 2
Expected Salary : RM3,000
Experience : less than 6 months
Qualification : Degree level

Cari kerja company gah-gah yang dah established sebab boleh demand gaji tinggi dengan employee benefits yang cukup menyenangkan. Dengan alasan tak tahan dengan kerja sekarang biarpun skop kerja cuma terhad pada satu. Tak cukup kaki tangan. Beban workload tak tertanggung rasanya. 

Biarpun jari tangan ada sepuluh semuanya. Tapi..

PC ada satu.
Tangan ada dua.
Email dan task ada beribu. 

Hantar CV. Hantar resume. Sana sini. Dengan harapan yang menggunung. 


Yes, indeed. Tapi merujuk kepada Senario 1, andai kata kalau sendiri pun tak ada masa nak kerja. Lebih kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya then how to love your job kan? Kalau tak sehari pun, at least for six hours lah. Duduk depan PC dan fokus. Bukannya whatsapp je lebih. Menyembang je banyak. 

Kalau dah sembang lebih, tak fokus macam mana kerja nak berkurang kan? Bila mana sendiri pun kurang effort untuk siapkan kerja. Sebab apa? Tak suka dengan pekerjaan sekarang?


Tapi itu semua, berbalik kepada sifat tanggungjawab jugak. Part whatsapp? Alah, semua orang sure buat jugak. Curi-curi reply whatsapp, bergelak sakan di group whatsapp masa time bekerja. Itu normal. Bukan lah straight berjam-jam hadap PC. Itu boleh gila namanya. Tapi kalau dah terang-terang tiap masa pegang handphone, depan boss siap sengih-sengih lagi rasanya itu dah di luar norma. Bila kerja banyak mula lah merungut. Bila dah tak tahan, mula lah cari kerja lain. Boleh lah demand gaji tinggi-tinggi sebab kononnya dah ada experience.

Tepuk dada tanya selera lah. Tanya diri sendiri. Ikhlas ke selama ni? Memang ada masa tu merungut juga. Tapi cuba renung-renungkan balik, apa tanggungjawab diri dan bagaimana diri menjalankan tanggungjawab tu. 

Ini kalau merungut je lebih, tapi kerja tak produktif kira bertanggungjawab ke tu? Part gaji pulak, setimpal ke dengan effort dan kerja kita selama ni? 

Wahai diri, renung-renungkan lah. Di mana letaknya anda?

p/s : Mata manusia kita boleh lah tipu, tapi boleh ke diselindungkan dari yang Maha Mengetahui? 

18/06/2015

Salam Ramadhan 2015

Alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan bulan mulia ini. Cepat je masa berlalu. Rasa macam baru semalam je raya puasa. Ini dah puasa balik. Semoga ramadhan kali ini membawa seribu satu pengisian dan pengertian buat kita semua, insyaAllah. 

Selamat berpuasa!



p/s : Rindunya nak sahur dan berbuka di hari pertama puasa dengan family. Ok fine, sebak pulak tetiba.

17/06/2015

Wordless Wednesday : Masalah Orang Kurang Ketinggian



sumber : INI

16/06/2015

[Korean Drama] MASK

Kerana termakan dek pujuk rayu rakan, terpengaruh jugak Iolls dengan drama ni. Alkisahnya suatu petang saja la whatsapp dengan member baik. Bertukar-tukar cerita memasing sampai lah exchange drama korea yang best. Kalau whatsapp dengan member I yang sorang ni memang drama korea je lah topik utamanya. Dan dia kata, drama MASK ni boleh tahan jugak lah. Dia cakap boleh tahan, I pun nak lah tau best atau tak kan.


Sinopsis MASK

Ji-Sook (Soo-Ae) goes through a difficult period, due to her father's private loan. She begins living as Eun-Ha. Eun-Ha is from a wealthy family and looks like Ji-Sook.
                                                                                               
When Min-Woo (Ju Ji-Hoon) was only 7 years old, he became the successor of a large corporation which his family ran. Due to his position, he cannot reveal his feelings. Through his family, he meets Eun-Ha. He notices she is different from other wealthy woman that he has met. Min-Woo has feelings for her.
sumber : asianwiki
Awal cerita? Hmm. Macam biasa je lah I tengok. Tak ada apa yang menarik sangat pun. Yang buat Iolls tertanya-tanya kisak Byun Ji Sook dan Seo Eun Ha je. Dua manusia yang saling tidak mengenali dengan latar belakang yang jauh berbeza tapi mempunyai raut wajah yang sama.

Seo Eun Ha Vs Byun Ji Sook

Byun Ji Sook menyamar menjadi Seo Eun Ha. So mana Seo Eun Ha yang asalnya? Tak pasal-pasal Ji Sook yang terpaksa berkahwin dengan tunang Eun Ha, Choi Min Woo.


Bagi I awal-awal ni macam agak bosan je. Tak tau lah episod yang akan datang. I pun baru sempat tengok sampai episod 4. Nak kata bosan sangat pun tak ada jugak, still tertarik lagi nak tahu cerita selanjutnya tapi kalau nak kata best sangat pun, hmmm so-so je lah kot. 

I excited nak tengok next episod pun sebab nak tau apa yang terjadi dengan Ji Sook yang menyamar jadi Seo Eun Ha tu. 

Tonton Online MASK

p/s : On the way nak tengok satu drama lagi, judul lebih kurang sama jugak.

15/06/2015

#CountingDays : Busana Pengantin

Ehem. Bukan main lagi perkataan bombastik busana pengantin. Bahasa pasar orang panggil baju kahwin je. Tak ada maknanya tatabusana dan tatarias segala bagai. Dulu masa aktif dengan aktiviti-aktiviti kesenian, berkecimpung dengan tarian dan teater je tatarias dan tatabusana ni memang sangat dititikberatkan.

Ok fine. Jangan melencong, pesan mulut pada jari. Tapi kekadang jari ni tak mendengar. Almaklumlah telinga tak ada. Eh merapu apa ini?

By the way. Tinggal kurang dari 100 hari. Kalau tanya En. Barney jawab dia satu aje. Nervous katanya. Kalau I pulak yang ditanya, oh better jangan tanya. Kejap lagi stress itu ini menjelma. Mula lah jadi macam cacing kepanasan minta dipayung dan dikipas.  

Bila makin dekat ni makin stress oi! Nasib baik sabtu lepas boleh kata settle lah satu benda. Cuma serahkan pada butik dan tunggu je hasilnya. Baju kahwin lah. 


Baju kahwin nanti design baru tapi design pun tiada kaedahnya. Sebab apa? Bila sesi mengoogle jadi rambang mata dan pening tengok semua cecantik je. Last-last pergi butik, kita mintak lah nasihat yang pakar. So butik came up with few designs. So kita pilih je lah mana yang berkenan. 

Ini gambar hiasan je pun. (ehsan pakcik google)

Dah pilih design yang mana and then bagitau warna nak apa, beading bagai tu pun nak bagaimana dan et cetera. Bila sampai part warna, kakak butik tu bagitau. Warna yang weolls pilih agak susah jugak nak mencari sebenarnya. Baju yang sedia ada kat butik tu pun cuma ada satu je warna yang itu. Warna apa? Ha yang tu nanti-nanti lah dikhabarkan. Nak meneka pun boleh jugak. Hiks.

Cantik! Ala-ala princess gitu. Tapi bukan yang begini jugak.
(ehsan pakcik google)

Hal butik dah siap. Next, kad kahwin pulak. Sekarang ni weekend memang full lah ke sana ke mari nak settle itu ini. Kekadang susah jugak bila majlis dan family di seberang laut. Tuan punya badan pulak jarang balik. Tambah pulak time bulan puasa berkejaran ke sana ke mari. Bright side, thrill apa. 

p/s : Awal bulan July pilih baju untuk bertandang pulak. Sekarang pun dah pening, berapa lama perempuan ni nak berkampung kat butik tu nanti?

14/06/2015

Cik TengTeng dan Abang E'el Bergaduh Lagi!

Alkisah di suatu pagi. Ada seekor kucing bulus gebus yang nakal telah menumbangkan bakul kosong untuk dijadikan tempat tidur tanpa sebarang gangguan anasir-anasir luar. Siapa lagi kalau bukan Cik TengTeng gemok mok mok. 

Mari cari kucing yang tersembunyi

Tak lama kemudian datang lagi seekor kucing gebus gemuk gedempol yang pendengki. Cik TengTeng nampak begitu selesa berhotelkan bakul bertaraf tujuh bintang. Ah, tak boleh jadi ni, dia pun nak jugak!


Si Bulus Cerah Vs Si Bulus Gelap. Dah bergaduh kotak tempoh hari (baca SINI), bergaduh bakul pulak. Mengelakkan daripada bulus-bulus ini bercakaran, maka diletaklah satu lagi bakul di atas bakul Cik TengTeng. Kononnya apartment.


Si Gelap dalam bakul biru, Si Cerah dalam bakul merah. Yang cerah nampak cerah, yang gelap memang tak nampak apa! Yang penting dua-dua ekor puas hati.



Kata Cik TengTeng, pantang tengok dia syok tidur. Mesti Abang E'el yang dengki tu nak bolot jugak. 

Ini bukan budak kecik je harus diberi pembahagian yang sama rata. Kucing pun sama. Apa yang Cik TengTeng ada, Abang E'el harus ada jugak. Kalau tak nanti bergaduh bercakaran la jawabnya.

p/s : alahai kucing, kucing.

13/06/2015

[English Novel] Drowning Rose - Marika Cobbold

Second quarter tahun 2015. Yes, capai target lagi! Enam buah novel dalam masa tiga bulan. Memandangkan ada baki lebih kurang setengah bulan lagi so nak up target harus habiskan sebuah lagi novel. InsyaAllah sempat kot.


Novel nombor 6, Drowning Rose. Melengkapkan target Iolls untuk tiga bulan ni. Ingatkan tak sempat nak habiskan 6 buah novel dalam masa tiga bulan. Tapi akhirnya berjaya jugak.


Drowning Rose
Marika Cobbold
Sinopsis Drowning Rose

What do you say to a man whose life you destroyed?

Eliza Cummings, a ceramics restorer at the V&A museum, is leaving work when she received a phone call from a voice that draws her back twenty-five years - to the tragic death of her best friend. But why does Rose's father want her to visit him? And why is he killing her with kindness when they both know he blames her for what happened.

Grief and guilt cast terrible shadows, but as the scene shifts from London to the Swedish countryside - and back in time to Eliza's school days - we learn that generosity and friendship can smooth over even the most broken lives, and that some secrets are destined to resurface.
Dari awal tertanya-tanya, Rose mati macam mana sebenarnya? Dan kenapa? Dah last baru tahu, sama ada dia dibunuh atau kematian itu secara tidak sengaja. Dan sepanjang 25 tahun itu jugak lah Eliza menyalahkan diri sendiri atas kematian Rose. Kalau lah dia tidak meninggalkan Rose pada malam itu. 

Apa sebenarnya kisah di sebalik apa yang berlaku masa itu? Dan semuanya terbongkar dalam sebuah buku Autobiography. 

That was the tragedy of Rose and the tragedy of every life cut short.
The rest; well, it should be silence.
Yet mercifully for me, it was not.
Because finally, and a little help from my neighbours, 
I had begun to look around me and to ask, 
not 'What If,' but 'What Now?'
- Eliza -

p/s : Terasa terpukul jugak dengan ayat terakhir di muka surat terakhir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...