30/09/2014

Memborong Kek Lapis Sarawak di Habibi Cake Shop, Miri

I ni dah macam tourist di bumi sendiri je.  Bukan main lagi title entri memborong kek lapis. Tapi betul lah tu. I balik Sarawak sekejap weekend lepas. Flight tengahari Jumaat dan balik KL semula petang ahad. Nak buat sendiri kek lapis memang tak sempat lah. Makanya beli sahaja option yang ada. I ni kalau terbang dari Sarawak tak bawa kek lapis balik semenanjung memang tak sah. 

Bila dah membeli ni harus pandai cari tempat atau kedai yang jual kek lapis Sarawak yang nyummy! Kalau di Kuching, boleh pejam mata je cari kat mana kedai Kek Lapis Sarawak yang best. Ada banyak option. Dan salah satunya, famous dengan ayat begini "Oh, kedai kek lapis yang di seberang sungai tu ye?". Itu tempat paling best nak borong Kek Lapis Sarawak di Kuching. Itu kalau di Kuching. Sekarang persoalannya pulak kat mana nak beli Kek Lapis Sarawak yang sedap di Miri?

I tahu di mana. Nak cari Kek Lapis Sarawak yang sedap-sedap di Miri, sila lah cari di mana letaknya Habibi Cake Shop. Later di penghujung entri I share di mana location Habibi Cake Shop di Miri ye


Even I dan family pun suka memborong Kek Lapis Sarawak kat sini. Kalau dah tak sempat sangat nak buat sendiri kan. Sebab itu lah kalau member-member semenanjung yang pertama kali jejak kaki di Bandaraya Miri, I akan rekomen Habibi Cake Shop untuk sesi memborong Kek Lapis Sarawak. Memang terbaik. 

So weekend lepas, dalam kelam kabut sempat juga bawa En. Barney dan family untuk singgah di Habibi Cake Shop. Biarpun En. Barney tak tanya mana nak beli kek lapis. Sebenarnya I pun nak menyelam jugak, sambil-sambil tu minum air sikit. 


Hasil dari sesi borong memborong, I bawa 8 box kecik Kek Lapis Sarawak. Total semua around RM160 - RM170. Actually I pilih 7 box je. Tapi disebabkan exceed RM150, I dapat free gift satu box dan juga kad keahlian seumur hidup. Dengan menggunakan kad keahliaan tersebut, setiap pembelian di Habibi Cake Shop akan dapat 5% diskaun. Staff di Habibi Cake Shop bagitau, time hari raya aidilfitri lagi banyak faedahnya ada member card tersebut. 


Jadi kat mana nak cari Habibi Cake Shop di Miri? Ada tiga kedai sebenarnya. Yang pertama terletak berhadapan dengan Dewan Suarah Miri. Memang senang sangat nak cari, betul-betul berhadapan dengan Dewan Suarah. Yang kedua pulak di Bandar Baru Permyjaya, cawangan yang fresh baru dibuka. Berdekatan dengan Permy Mall. Dekat juga dengan rumah I. Bajet macam semua orang tahu rumah dia kat mana kan. Dan yang paling penting sekali di cawangan di Airport Miri. Kalau dah betul-betul tengah kejar flight, tak sempat nak singgah di Habibi Cake Shop di bandar ataupun Permyjaya, option paling best adalah di airport sendiri. Even kalau uolls just transit di Airport Miri saja pun masih boleh lagi nak borong-borong Kek Lapis. Jangan risau, jangan gusar. Mesti sempat je nak melakukan aktiviti borong-memborong ni. 

Habibi Cake Shop
Address : Lot 791, Bintang Commercial Centre, 98000, Miri
Contact Number : 085-410393
Branch : Ground Floor, Public Concourse 05, 98000, Miri Airport

Buat masa sekarang Habibi Cake Shop hanya ada di Miri sahaja. Dan I diberitahu yang insyaAllah coming soon, akan dibuka cawangan Habibi Cake Shop di Bintulu pulak. Senang sikit kalau boss ajak outstation ke Bintulu, tahu juga tempat mana nak cari kek lapis Sarawak yang sedap.

p/s : Bila boss nak ajak outstation balik Miri ni? Orang lain outstation jauh-jauh. I pulak outstation dalam erti kata lain balik kampung. Bunyi macam tak mencabar langsung. Even office client pun celah gigi je dengan rumah. 

29/09/2014

Engagement Lah Sangat !

Yang follow IG, yang friends di FB mungkin sedar tak sedar. Life event katanya. Alhamdulillah, last saturday dah upgrade status dari single ke engaged pulak. Biarpun majlis I rasa macam tak adalah berjalan dengan lancar dan bukan lah seperti yang I impikan pun. Boleh kata, jauh sekali lah. 

So-called dream engagement day kononnya nak simple saja. Tak perlu buat majlis. I jenis yang old school, bukan macam trend majlis pertunanganan orang zaman sekarang. Siap pelamin gah, persalinan macam nak pergi nikah dah. Oh tidak, awal-awal lagi I dah reject cara yang sebegitu. Orang lain nak meriah-meriah, I prefer yang lebih tertutup. 

One day before hari kejadian, I dah tawar hati sebenarnya. Petang sebelum hari tu, I dapat tahu family jemput sekampung setaman rupanya. Biarpun awal-awal dulu I dah bagitau, I tak nak majlis, cukup lah ahli keluarga terdekat dan orang kuat majlis. I tak sangka pulak orang kuat majlis tu sampai berpuluh orang. Bila tau rasa macam kena hempuk dengan batu satu tan. Terus rasa down gila-gila. Apa yang akan jadi, kalau diizinkan oleh Allah hanya sekali dalam seumur hidup. Mesti lah kita nak sehabis baik ikut apa yang kita impikan. 

I pernah terbaca, kalau diikutkan dari sisi agamanya sesuatu majlis pertunangan itu tak perlu lah dihebohkan kepada orang ramai. Cukup lah sekadar yang simple saja. Tapi itu bukan lah bermaksud kita merahsiakan sesebuah pertunangan tersebut. Kan? Betulkan I kalau I salah ya. Tapi nak buat macam mana, niat I untuk ke arah itu terpaksa diketepikan kerana kehendak keluarga yang lebih mementingkan adat. Takut nanti bila tak follow adat orang mengata pulak kan. Katanya memang adat untuk memeriahkan majlis pertunangan. Dan katanya lagi I yang tak faham adat. Yes, memang I tak faham pun tapi at least I cuba untuk mengutamakan apa yang lebih penting dari adat. 

Even perkara dah lepas pun, bila I ingat hari pertunangan sendiri automatik rasa sebak. Sedih dan terkilan. Ini bukan apa yang I nak. Hari kejadian pun I rasa macam sambil lewa. Tiada lagi excitement. Malas nak tangkap gambar, malas nak buat itu dan malas nak buat ini. Senyum rasa plastik. Lagi lah I rasa macam sedih terover. Nak taip entri ini pun dah berlinangan air mata. Orang lain ingat hari pertunangan bukan main lagi happy, I terbalik. Menangis pulak. Kadang-kadang I pun rasa macam I ni pelik sangat dari orang lain. Sekarang ni, memang I taknak ingat pun e-day sendiri. Cukup lah I sedar diri yang sekarang ni En. Barney bukan lagi boyfriend I yang gemuk  tapi tunang I yang dalam usaha untuk menguruskan diri dek kerana cincin tunang hampir tak muat. Hiks


Disebabkan niat I taknak menghebohkan majlis pertunangan, even kawan-kawan baik I sendiri pun I tak jemput. Sekali tengok parents dah jemput jiran belakang rumah, kiri kanan sekali. At least kalau majlis tertutup I ada jawapan yang solid lagi kenapa even BFFs sendiri pun tak jemput. Kalau dah tetamu majlis lebih dua dozen, I sendiri yang kena menahan perasaan. Sampai hati kawan baik sendiri pun tak jemput. Padahal itu majlis I kot. Bukannya sekadar open house raya. 

p/s : Dari sudut positifnya, at least I dah jadi tunang orang. Ehem

28/09/2014

Sushi King 2015 Member Card !

Entri autopublish

Beberapa hari lepas masa I check keyword Nuffnang, terpandang satu keyword "Mana nak beli Sushi King card?". Tak sempat pulak Iolls nak printscreen keyword tu Ini mesti gara-gara Sushi Bonanza yang berlangsung dari 22th September sehingga 25th September 2014. Kalau ada yang tak tahu lagi, nak khabar-khabarkan lah ni. During Sushi Bonanza di mana semua plate di atas belt berharga RM3 semuanya, hanya Sushi King member card holder sahaja yang dibenarkan masuk. Maksud I, kalau uolls pergi as one group at least sorang kena ada card Sushi King. Kalau semua tak ada member card, er agak susah jugak lah di situ. 

Story-story pasal Sushi King member card, nak hebahkan kepada semua especially pemegang card Sushi King 2014 yang Sushi King 2015 Member Card sudah boleh didapati di outlet-outlet Sushi King berhampiran anda

Sushi King 2014 card (bawah) and Sushi King 2015 card (atas)

Dengan bayaran sebanyak RM20, I dah dapat dah card baru Sushi King. Pergi Sushi Bonanza last tuesday terus bayar untuk card baru sekali. Bayar RM20, dapat voucher RM20. Sama lah maksudnya dengan uolls tak perlu bayar apa-apa. Perlu singgah outlet Sushi King dan makan. Tapi kalau tengok pada design, I lebih prefer design tahun 2014. Nampak macam smart je compare dengan yang baru tu. Bak kata En. Barney, mungkin tema card tahun ini bercirikan klasik. Sebab tu bila tengok design card nampak macam old school je. 

p/s ; Sushi bonanza kali banyak sangat udang. Sadis, dah lah tak boleh makan.

27/09/2014

27th September 2014



 p/s : Thank you En. Barney untuk hadiah birthday yang paling best di dunia. Hiks

26/09/2014

Weekend Getaway Katanya....

Ini adalah entri autopublish. Masa uolls baca entri ni, I mungkin sedang berada di dalam perut pesawat. Atau mungkin juga dalam perjalanan ke airport atau mungkin sudah sampai di destinasi yang dituju. 

Minggu ini masuk office tiga hari cuma. Isnin I ambik mc sebab migrain. Tak cukup tidur dan stress punya pasal. Dan hari ini pulak, hujung bulan lepas lagi I dah apply cuti. Boss I tu kalau apply cuti even seminggu awal pun uolls dah sakan berjimba, balik cuti baru cuti approved.

Pergi mana tu nanti-nanti lah I story. Busy. Super duper busy!

Siapa bijak tahu ini dimana. (Sumber google)

p/s : Cuti sekejap berapa hari. 

25/09/2014

Selamat Hari Lahir Kakak Cantik Kesayangan Hamba !

I is super duper busy sebenarnya beberapa hari ini dan nasib baik lah tak terlepas birthday Kakak Cantik I yang sorang ni. Kalau tak habislah Kakak Cantik merajuk dekat I. Nanti pening pulak kepala fikir macam mana nak pujuk. Tak pasal-pasal kena pecut ke Seremban sambil bawa kek birthday kan. Hiks. 

Siapa Kakak Cantik yang dimaksudkan tu sebenarnya? Siapa lagi kalau bukan kakak blogger kesayangan hamba, Puteri Kasih

Happy birthday diucapkan buat Sis Puteri. Semoga sentiasa happy hendaknya. Tak lupa semoga Kakak Cantik terus sukses dalam apa jua yang dilakukan. Oh ya, permintaan Sis tempoh hari tu kan, insyaAllah akan ditunaikan. Cuma jangan tanya bila lah eh. Tunguuuu...


Birthday Cake dunia maya buat Sis. Siap ada Si Tiny lagi kat atas kek tu. Nasib baik bukan kek yang betul-betul kan, kalau tak Tiny yang original pun akan lompat naik atas kek tu jugak agaknya. 

p/s : Masih lagi menanti bilakah waktunya boleh berjumpa dengan Kakak Cantik ni. 

24/09/2014

Wordless Wednesday : Vanilla Oreo Pocket Sandwich


23/09/2014

Motorsikal Klasik

Beberapa entri yang lepas aku ada kongsi pasal kereta klasik kan? Kali ini pula aku nak kongsi pasal motorsikal klasik. Memang ada yang menarik minat aku tapi itu lah. Hanya mampu melihat dan sekadar berkongsi. Korang tengoklah gambar-gambar kat bawah ini. Mana tahu pernah nampak kat Malaysia ke (Karut je aku ni).

Tahun : 1926
Model : Coventry Eagle 908cc Flying
Harga : $ 85,000

Tahun : 1939
Model : HRD Vincent Series A Rapide
Harga : $ 110,000

Tahun : 1952
Model : HRD Vincent Series C Black Lightning
Harga : $ 160,000

Tahun : 1924
Model : BMW R32
Harga : $ 165,000

Tahun : 1940
Model : Crocker (Big Tank)
Harga : $ 230,000

Tahun : 1939
Model : Brough Superior SS100
Harga : $ 300,000

Tahun : 1907
Model : Harley Davidson 'Strap Tank' Single
Harga : $ 352,000

Tahun : 1939
Model : BMW Type 255 Kompressor
Harga : $ 400,000

Tahun : 1915
Model : Cyclone
Harga : $ 520,000

Tahun : 1910
Model : Winchester
Harga : $ 580,000

p/s : Amacam? Cukup klasik tak?


Sumber : myinfopie

22/09/2014

Review : Maze Runner

Sabtu hari itu aku dan Chipmunk pergi lah Encorp Strand Mall di Damansara. Sebabnya nak pergi tengok cerita ini lah dan sambut birthday Chipmunk. Encorp Strand Mall ini menjadi pilihan kerana memang tak ramai orang lagi sebab baru lagi. Ini posternya.



Cerita ini mengisahkan sekumpulan manusia yang diculik oleh penyelidik dan diletakkan di suatu tempat yang ada Jalan Sesat (Maze). Mereka ini memang dihilangkan ingatan supaya mereka tak ingat apa-apa selain daripada nama mereka sendiri. Setiap hari, sebelum malam menjelma, pintu Maze itu akan ditutup. Sesiapa yang masih dalam Maze tersebut, pasti tidak akan terselamat sebab kewujudan makluk Griever yang menakutkan. 

Thomas (Dylan O'Brien) dan Minho (Ki Hong Lee) cuba mencari jalan keluar dan menempuh pelbagai halangan. Setiap hari pula, pasti ada perkara buruk yang berlaku pada sekumpulan manusia ini. Adakah mereka berjaya keluar daripada Maze tersebut? Dan apakah motif penyelidik ini berbuat demikian kepada mereka?


Review aku tentang cerita ini memang jalan cerita dia menarik. Pelbagai aksi terkejut. Chipmunk siap ready lagi kalau dia rasa part yang nak terkejut itu sampai. Lepas itu, konflik cerita ini juga pelbagai dan menjadi cerita ini tak bosan. Cerita ini penuh dengan persoalan. Jadi jangan miss satu part pun dalam cerita ini. Nanti pening kalau tak paham cerita. Jadi secara keseluruhan rating cerita ini aku bagi 7.0/10.











Sumber : IMDb dan Google

21/09/2014

Tiket Murah Setiap Hari di TGV Cinemas !

Perempuan yang ketinggalan memang selalunya ketinggalan. Selalu je pergi tengok wayang, er tak adalah selalu pun. Satu, kalau ada cerita best. Dua, sebab dapat tiket free dari Mr. Nuffnang. Tiga, bila rasa macam nak tengok movie baru yang cakap-cakap orang ceritanya best dan ratingnya tinggi. Yang number tiga ni agak jarang jugak berlaku. Kot. Even selalu yang tak adalah selalu pun, I dan En. Barney baru tahu tentang promotion Maybank bersama TGV semalam. Semalam ye, padahal promotion bermula dari January. Orang lain dah tahu lama, Iolls baru tahu. Ketinggalan lah anda ni makcik!

Semalam naik Si Merah Junior milik En. Barney yang fresh dari oven ke Encorp Strand Mall untuk tengok movie. Oh biarpun Merah Junior En. Barney lagi besar saiznya dari Si Merah Iolls, tetap nak panggil Junior jugak sebab baby lagi baru berapa hari berbanding Merah I yang dah boleh ambik SPM tahun ni. Eh, sebelum termelencong entah ke mana-mana ada baiknya I teruskan cerita sebenarnya. Nak cerita pasal tiket wayang, jangan melencong ke point yang lain pulak. 

Disebabkan Encorp Strand Mall tak ramai sangat orang, jadi tak kisah lah nak beli terus tiket dari counter. Tak payah berbaris lagi tu. Kalau macam One Utama atau E-curve sila lah beratur dengan gigihnya. Especially weekend macam ni. Masa beli tiket semalam, staff kat counter tu tanya, "Ada kad Maybank tak?". Katanya kalau guna Maybank Card boleh dapat harga RM10 seorang setiap hari sebelum pukul 6.00 pm. Selama ni beli via online ticketing je. Sebab malas nak beratur dan lagi satu taknak duduk seat yang depan-depan gara-gara panggung penuh jadi memang tak tahu lah tentang perkara ni. Bukan saja dapat tiket RM10 seorang, tapi dapat diskaun 10% di concession counter


Semalam, harga sebenar tiket adalah RM14 seorang. Bila guna Maybank Card dapat RM10, jadi jimat RM8 untuk dua tiket di situ. Itu belum lagi 10% diskaun kalau nak beli popcorn bagai untuk kunyah-kunyah sambil tengok movie. 

Macam dalam poster di atas tu, ada juga promotion Buy 1 Free 1. Kalau uolls pun jenis ketinggalan macam Iolls ni, nak tahu terms and regulations untuk promotion di TGV Cinemas bersama Maybank boleh lah baca di SINI (TGV - Maybank Promotion).Tapi dengan syarat uolls kena ada Maybank Card lah. Kalau tak ada, sila lah heret member uolls yang ada card Maybank ke TGV Cinemas. Boleh lah enjoy the promotions kan. Ehem.

p/s : Movie apa yang weolls tengok semalam nanti I suruh En. Barney buat review. 

20/09/2014

Variasi

Gambar hiasan

Everybody is different.
Do not get in the habit of comparing yourself to other people. 

p/s : Tiada yang serupa, semuanya beza. Jangan samakan.

19/09/2014

Terima Kasih! Terima Kasih!

Tak habis lagi dengan entri birthday kan. Biasalah kanak-kanak riang memang begini hendaknya. First and foremost, cewah ayat macam dalam formal email kat tempat kerja tiap-tiap hari, syukur alhamdulillah kerana telah dipinjamkan another one year lagi untuk terus bernafas hingga kini. Orang putih cakap "A year older, a year wiser". InsyaAllah. 

Apapun yang wish semalam tak kisah lah di instagram, blog mahupun whatsapp, terima kasih sangat-sangat. Oh disebabkan I sekarang tak aktif FB seolah-olah seperti gunung berapi pendam dan ditambahkan pulak dengan Friends yang cukup-cukup 100 lebih sikit jadinya FB bukan medium untuk saling berbalas ucapan birthday dan terima kasih.

Semalam pagi-pagi boss dah panggil minta siapkan tiga report dengan tempoh dari January sampai August. Nganga kejap sambil fikir macam mana nak settle before audit next month. Stress di pagi hari ulangtahun kelahiran. Dan terima kasih sekali lagi buat anda dan anda kerana telah menceriakan hari Iolls yang sedikit stress itu. 

#BFF #Kesayangans


Thanks uolls. Siap tukar subject group whatsapp lagi. Oh, nama Sally special sikit seperti yang di request oleh tuan punya badan. Terharu tak Sally? Sampai sekarang tak tukar-tukar lagi ye. Harap maklum.


Sebenarnya ini I ambik sekerat je. Panjang lagi di bawah tu. Thank you Si Comel Aqilah! Dan terima kasih kerana warna-warni hati tu menghilangkan sekejap rasa lapar sebelum munculnya lunch hour. Hiks.

Dan buat yang siap termensi di sini dan juga yang tak tersenarai terima kasih. Nah, ambiklah gambar dibawah untuk tatapan uolls sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan dari si perasan yang forever sweet 16 ini. 

Muka mintak penumbuk je I tengok. 

Sumber : Google

Oh malam tadi En. Barney datang sambil bawa kotak Secret Recipe yang isinya satu slice Strawberry Vanilla seperti kat atas tu. Nasib baik satu slice. Itupun gigih habiskan sebab muak. Rembat gambar dari Pakcik Google je sebab tak menyempat nak snap-snap. Terima kasih Pakcik Gemuk dengan harapan cepatlah anda kurus sebab datang jauh-jauh dari Kluang semata-mata nak bagi kita so-called birthday cake. Actually propa je lebih datang dari jauh padahal dekat je pun tapi disebabkan baru balik dari outstation makanya jauh lah jugak tu. 

p/s : Tak sabar nak dapat hadiah birthday, tak sabar nak naik kereta baru. Eh eh eh!

18/09/2014

Tambah Lagi Setahun Pada Umurnya!

Excitement yang tenggelam timbul. Itu description yang paling tepat. Kejap I rasa excited tahap langit ke tujuh. Sekejap lagi I rasa stress sebab umur dah meningkat lagi setahun. Mungkin ini yang dikatakan krisis identiti yang melanda kanak-kanak ribena yang tak perasan yang dia sebenarnya adalah kanak-kanak yang lanjut usia?

Well, I kan adik Peter Pan. Cuma lain mak lain ayah je. Oh bukan Peter Pan penyanyi sebarang sana tu ye. Tapi Peter Pan kartun favourite Iolls masa kecik-kecik, a boy who never grows up katanya. Ha, begitu lah Iolls. Forever Sweet 16!

By the way, nak clarify entri Wordless Wednesday semalam sebelum ramai buat konklusi yang bukan-bukan. Countdown birthday lah. Bukan countdown benda lain. Do not speculate. *Gaya ala-ala reporter sikit. Ehem* 

Sumber Google

Tiada celebration, tiada cake mahupun hadiah. Eh, tak adalah celebrate mana pun sebab every year sama saja and I boleh define as keluar date macam hari-hari lain? Buat benda yang sama, pergi tempat yang sama dengan orang yang sama. Lebih kurang. Tiada yang extraordinary. Cuma umur makin tua. That's it. Bukan ada siapa pun yang nak sambut birthday kita. Dapat hadiah jauh sekali. Touching kejap. Minta simpati dengan harapan ada orang nak bagi kita hadiah. 

Tahun ini lagi lah. So-called celebration yang tak adalah birthday celebration sangat pun tunda weekend sebab En. Barney outstation pergi Johor. Minggu ini outstation, minggu depan pun macam dia ada cakap pergi outstation jugak. Hadiah birthday pulak kena tunggu lagi seminggu. Tapi hadiah birthday tahun ni special sikit biarpun tak adalah suprise mana sebab I dah tahu lama. Thank you in advance wahai Pakcik Gemuk yang bila entah nak kurus tu. 


En. Barney I nak kek macam ni boleh? Dengan letter A for Aisya kat atas siap ada ribbon warna merah di sana dan di situ. Tapi kan, I tengok macam warna pink je, bukan merah. 

Thank you Kakak Cantik yang tak pernah miss buat entri special untuk kita tiap tahun! Terharu! BACA SINI

p/s : Biasa saja harinya tiada yang istimewa. 

17/09/2014

Wordless Wednesday : September, I'm In Love!



p/s : Title bukan main over lagi. Propa je lebih. 

16/09/2014

Siti & Sally The Sisters Closet Dress Giveaway!

Sempena pembukaan butik online yang dijalankan oleh Sally dan juga kakak, kami dah sepakat untuk menghadiahkan sehelai dress yang akan dipilih secara rawak untuk pembaca blog Sally..So, girls...what you waiting for..?


  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, Follow Instagram Sally (Kalau ada + optional) dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sisters Closet
  2. Tolong klik SITI - SALLY - THE - SISTERS - CLOSET - DRESS - GIVEAWAY
  3. Buat satu entry bertajuk Siti & Sally The Sisters Closet Dress Giveaway!
  4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish.
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
  6. Sally akan gunakan khidmat Uncle Random.org untuk pilih ye...Hanya SEORANG PESERTA yang akan dapat sehelai dress.
  7. Giveaway akan berlangsung daripada 16th September 2014 - 19th September 2014
Credit : Mialiana.com

p/s : Menang tak menang Iolls tetap nak birthday gift dari Sally. :P

Selamat Hari Malaysia

by Lee Yee Run (Doodle for Google Grand Prize Winner)

"Many of us may have been caught up in the hustle and bustle of life, missing out the beauty of our country. Let's step out of the box, travel to attractive spots, discover and embrace the true and unique colours of Malaysia. Malaysia to me/you is surely a beautiful place to stay." 
Lee Yee Run, Sekinchan, Selangor

p/s : Rasa macam nak cuti-cuti Malaysia je lah. 
sumber : Google

15/09/2014

Korean Drama : The Three Musketeers

Tamat Gunman in Joseon, I start tengok The Three Musketeers pulak. Actually ini semua pengaruh Blogger Sally. Dari blog ke instagram, I tengok muka Park Dal Hyang dia. Plus baca sinopsis pun macam best. Dengan pelakon pun handsome apa salahnya I tambah list drama korea yang I tengok kan? Hiks. 



Sinopsis The Three Musketeers

Berdasarkan sebuah novel Perancis The Three Musketeers, drama ini mengisahkan Park Dal Hyang (Jung Yong Hwa) yang meninggalkan kampung halamannya untuk menduduki peperiksaan ketenteraan di Hanyang. Dia bertemu dengan tiga jejaka yang menggelarkan diri mereka The Three Musketeers. Tanpa Park Dal Hyang sedari, Three Musketeers yang baru dijumpainya itu merupakan Putera Mahkota, Crown Prince Sohyeon (Lee Jin Wook) bersama dengan dua orang pengiringnya, Heo Seung Po (Yang Dong Geun) dan Ahn Min Seo (Jung Hae In). 

Drama era Joseon yang agak kelakar sikit berbanding yang lain. Selalunya kalau drama lama-lama ni serius dan berat sikit kan. Tapi yang ini lebih kepada comedy. Permulaan drama pun dah kelakar. Buat I rasa macam tak sabar je nak klik next episode. 


Pertemuan empat watak ini merupakan turning point yang sangat penting dalam hidup Park Dal Hyang. Tapi dari satu episod ke satu episod nampak macam jalan cerita makin lama makin tegang. Tapi surprisingly, tetap chill and relax je tengok. Tak ada stress-stress sampai keluar ayat 'kambing betul lah watak sekian-sekian. Rasa macam nak lempang-lempang je.' Oh belum sampai tahap itu lagi. Mungkin next episode?

Park Dal Hyang

Nah, eye candy buat buah hati dan cinta hati Jung Yong Hwa di luar sana. Tak dinafikan dia memang handsome pun. Apapun drama ini memang best lah untuk ditonton, sebab ada kelainannya dengan drama-drama era joseon yang lain. 

Watch online The Three Musketeers

Download The Three Musketeers

p/s : Nak tengok drama baru Lee Dong Wook dan Shin Se Kyung pulak. Macam best jugak. 

14/09/2014

Thanks Mr. Nuffnang : RMK Autumn / Winter 2014 Collection

Hujung minggu begini, dengan keadaan cuaca di luar yang mendung dan nyaman untuk tarik selimut, automatik buat I rasa malas je nak buka blog. Settle kan sesuatu yang due date lagi tinggal satu minggu sambil tengok drama korea. Tapi gigih jugak lah buka Nuffnang sesaja nak check earning. Biasalah, kaching katakan. Tengok-tengok ada CPUV baru lah. 


RMK Autum / Winter 2014 Collection

Orang lain sibuk up entri last few days, Iolls baru nak gegediks taip entri hari ini. Biasalah orang ketinggalan keretapi memang begini. Apa-apapun thank you Mr. Nuffnang dan  juga RMK sebab bagi Iolls CPUV baru. Alhamdulillah.

Actually tak pernah pun dengar pasal RMK whatsoever ni. Biasalah, sekali lagi ketinggalan. Bila tengok iklan macam brand cosmetics. Dan sememangnya RMK adalah satu brand kosmetik dan kecantikan dari Jepun. Ada siapa-siapa yang pernah try any produk dari RMK? Kalau pernah atau memang menggunakan produk RMK, boleh la story-story sikit. Kot-kot ada yang berkenan nak try jugak ke.

p/s : Nampak macam ada satu lagi CPUV baru. Thanks Nuffnang. 

13/09/2014

BOH Seri Songket Collection Flavoured Tea : Lime and Ginger

Coffee addict atau mereka yang ketagih coffee mungkin biasa kita dengar. Tapi bagi I yang pening dan berat mata bila minum kopi, maka teh la pilihannya. Green Tea, Peppermint Tea, English Breakfast Tea dan seterusnya semua I try. Sebab itu lah teringin nak jejak kaki masuk TWG Tea yang nampak gah je tu.

Anyway, Seri Songket Collection dari BOH. Serius rasa macam first time dengar dan nampak. Bila dah jumpa dan terserempak kat pasaraya tu, I pun ambiklah sekotak. Lagipun I kan memang suka try benda-benda pelik macam ni. 


Masa tu ada beberapa perisa. Dilema jugak nak try yang mana satu. Last-last, I ambik perisa Limau Nipis dan Halia. I memang suka buah-buahan citrus dan I pun suka halia jugak. Lagi-lagi sambal halia. Bagi I nasi je dah cukup. 


Apa rasa teh berperisa limau nipis dan halia? I pun tak reti nak describe macam mana. Rasa kedua-dua nya macam sama rata. Tak boleh sangat nak distinguish mana satu rasa halia, dan mana satu rasa limau nipis. Mungkin disebabkan rasa kedua-dua nya kuat, jadi bila blend together, rasa limau nipis dan halia saling melengkapi antara satu sama lain. Memang quite refreshing jugak lah. Cuma tak adalah macam Peppermint Tea.


Lime and Ginger Tea ni rasanya sedap tak? Kalau tanya I, I akan jawab teh mana yang tak sedap? So haruslah ini pun sedap jugak. Kalau jenis yang macam I ni memang akan try dan mungkin akan suka akan rasanya. Tapi kalau jenis macam En. Barney yang memang tak suka halia, awal-awal lagi dia dah tolak, cakap tak nak dan tak sedap. 

Oh kalau uolls taknak Lime and Ginger flavoured tea boleh try perisa lain yang ada dalam Seri Songket Collection ni, Contohnya macam perisa Mango, Lychee Rose, Lemon Mandarin, Passion Fruit dan kalau tak silap ada lagi beberapa perisa lain

Kat mana nak beli Seri Songket Collection Tea? Kalau cari di pasaraya-pasaraya besar macam Giant, Aeon, Tesco dan yang sewaktu dengannya mungkin uolls akan jumpa. Macam I hari tu, beli dekat Tesco Ara Damansara. Ada dalam 2-3 flavour jugak lah time tu. Harga untuk sekotak yang berisi 20 uncang teh, not more than RM10. I beli tempoh hari dalam  RM8++ kalau tak silap. 

Ada banyak pilihan dan haruslah dengan rasa yang berbeza. Kalau tak minat yang ada halia, dan nak something yang floral sikit boleh try Lychee Rose, atau yang gemarkan teh berperisa buah-buahan boleh lah try Passion Fruit atau Mango. Tapi kalau I, ikutkan hati semuanya I nak try. Ehem.

p/s : Lepas habis satu kotak ni nak try perisa lain pulak lah. 

12/09/2014

Kereta Klasik Termahal

Pasti ada antara kita yang minat kereta klasik ini kan? Kalau tak dapat memiliki kereta itu pun, dapat tengok pun jadi lah. Kalau aku memang tak mampu le nak beli. Hanya suka tengok-tengok je. Kali ini aku nak kongsi pasal kereta klasik termahal. Korang tengoklah gambar-gambar lat bawah ini. Mana tau ada yang berkenan.

Model : Ford GT 40
Tahun : 1968
Harga Lelongan : $ 11 juta 

Model : Ferrari 250 GT California LWB Competizione Spider
Tahun : 1960
Harga Lelongan : $ 11,275 juta

Model : Ferrari 250 GT SWB California Spider
Tahun : 1961
Harga Lelongan : $ 10,894 juta

Model : Mercedes-Benz 540k Spezial Roadster
Tahun : 1936
Harga Lelongan : $ 11,770 juta

Model : Ferrari 250 Testa Rossa
Tahun : 1957
Harga Lelongan : $ 13,272 juta

Model : Bugatti Royale Berline De Voyage
Tahun : 1931
Harga Lelongan : $ 13,613 juta

Model : Bugatti Royale Kellner Coupe
Tahun : 1931
Harga Lelongan : $ 19,803 juta

Model : Ferrari 275 GTB Spider
Tahun : 1967
Harga Lelongan : $ 27,500 juta

Model : Mercedes-Benz W196
Tahun : 1954
Harga Lelongan : $ 29,607 juta

p/s : Ada yang berkenan?


Sumber : insidermonkey
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...