31/05/2011

Hari minggu dan kereta Chipmunk!

nak tengok tak kereta chipmunk yang comel ni?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

En Barney, nak ni satu boleh?

Ok. Tipu. Bukan yang kat atas ni, tapi yang kat bawah ni.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Nampak benda kecik warna merah disebalik daun-daun tu? Kecik-kecik pun bersyukurlah ada jugak kemudahan nak pergi mana-mana kan?

Actually kan, nak cerita pasal last weekend yang sangat padat dengan aktiviti merayau-rayau. Teman En. Barney cari monitor baru beliau dan malamnya pergi tengok Pirates of the Caribbean : On Stranger Tides. The next day pulak plan nak basuh kereta Chipmunk dan motor En Barney, if tak hujan la kan. 

Nak story pasal basuh kereta ni la. En. Barney pulak tak jadi nak basuh motor. Kira first time la basuh kereta sama-sama. Before ni, pergi kedai je la. Sebab-sebab masing-masing xda masa dan malas. Punya la excited nak pergi basuh kereta ni kan. Pukul 5.30 dah turun kat tepi padang UKM nak basuh kereta.

Part yang lawak adalah masa kitorang nak balik. Masa tu Chipmunk nak buka boot kereta dan bagitau la  En. Barney ni tak pandai. (Nampak sangat jarang bawa kereta sendiri kan). Sebab En. Barney tak dengar Chipmunk merengek kat depan minta dia tolong buka kan (dia boleh biar macam tu je kan), last sekali tak boleh nak keluarkan kunci tu (Kereta lama memang la kena buka secara manual). Dah la time tu ada 2 orang Pak Arab ni nak basuh kereta jugak. Kitorang tak boleh nak alihkan kereta memandangkan tak boleh nak keluarkan kunci dari tempat kunci tu. Nak tak nak, En. Barney pergi minta tolong Pak Arab dua orang tu keluarkan kunci yang dah tersekat kat tempat kunci tu. Sampai azan maghrib baru boleh keluarkan kunci tu. Penat je lari naik tangga balik kolej just nak ambik kunci spare. Sikit lagi nak kena kejar dengan anak anjing. Kalau kena kejar anjing, memang menangis la nak lari turun bawah balik. 


En. Barney memang suka melayan perangai mengada Chipmunk ni.. (^_^)

p/s : tiba-tiba dengar suara chipmunk memang betul macam chipmunk! Eh?

29/05/2011

Review --> Pirate of the Caribbean : The Stranger Tides




Semalam kitorang pergi tengok citer nie kat Alamanda, Putrajaya. Kira midnight movie la. Hehe.. Si chipmunk nie yang excited sangat nak tengok citer nie. Maklumlah dia kan peminat Johnny Deep. (Opss.. terkantoi pulak aku nie taw dia nie peminat Johnny Deep) ^^ Seperti entry yang lepas, [baca SINI kalau tak tahu] hari nie aku nak review sikit pasal cerita nie. Walaupun aku tak pandai nak buat preview, but i do my best. ^^

Ok. First of all, nie trailer Pirate of the Caribbean : The Stranger Tides





Watak-watak utama dalam citer nie :

Johnny Deep sebagai Jack Sparrow

Penelope Cruz
sebagai Angelica Malon

Kavin McNally
sebagai Gibbs

Sam Claflin
sebagai Phillip

Astrid Berges-Frisbey
sebagai Syrena

Ian McShane
sebagai BlackBeard








Cerita nie sangat jelas motif dia. Maksud aku, dari awal cerita nie berpegang pada satu motif je iaitu nak pergi ke 'Telaga Awet Muda'. Dalam Pirate of the Caribbean : The Stranger Tides nie jugak, banyak komedi yang tak disangka. Terutamanya watak utama cerita nie, Johnny Deep. Kalau tak percaya korang pergi tengok sendiri. Haha.. Lawak la cerita nie. Tapi kalau part serius tu, memang serius la. Banyak jugak unsur-unsur suspen yang diterapkan.








Aku rasa kalau korang memang tak ikut jalan cerita Pirate of the Caribbean yang lepas, korang tetap boleh paham. Pada pandangan aku la. Secara overall cerita nie tersangat la best. Hehe.. Aku bagi rating 8.0 la. Aku rasa korang memang tak rugi la kalau nak tengok cerita nie. Jadi kepada sesiapa yang tak tengok lagi, pergi la tengok cepat2. Kalau korang nak tahu, cerita Pirate of the Caribbean : The Stranger Tides nie dilanjutkan tayangan di pawagam selama seminggu lagi.




Johnny Deep




Angelica Molan




Syrena




Phillip dan Syrena




28/05/2011

seperti KETAM mengajar anaknya berjalan.. KETAM ye, KETAM!

Highlight kat situ ye, KETAM.. Before tu, kita tengok dulu gambar-gambar di bawah ni. (Semua gambar dibawah adalah ehsan dari Mr. Google.
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Baru perasan, Chipmunk suka tulis entry pasal makanan kan. Nasi ayam, Cheezy wedges, dan cupcakes pun ada. Memang motif utama nak buat korang terliur dan rasa lapar bila tengok gambar-gambar macam yang diatas ni. Termasuk la orang yang tengah menaip ni. Tengok entry sendiri tengah malam, rasa lapar dan boleh la drive thru McD dan buat En Barney makin bulat. Eh?

Okay, berhenti merepek. Semalam, pergi makan malam dengan roommate chipmunk yang tersayang selepas seminggu beliau tinggalkan roommate beliau yang comel ni untuk pergi ke Sabah. Of course la En. Barney a.k.a driver peribadi chipmunk comel ni ikut sekali. Dan tak lupa jugak, Cik Puan dari bilik sebelah. Ayat simple, kitorang berempat la. Tak ingat la macam mana boleh terbuka cerita pasal ketam. Specifically, warna ketam. Ketam warna merah la, warna biru la. Cik Roommate cakap beliau tak pernah tengok ketam warna apa entah. Tak ingat la pulak.

Wahai Cik Roommate yang tersayang, kat bawah ni chipmunk si comel ada letak gambar-gambar ketam yang kita cakap-cakap hari tu. Warna ketam tu beza-beza kan? (Haihh, of course la. Dah jenis pun lain-lain).






p/s : malas nak google nama-nama ketam ni. Sebab excited nak pergi tengok Captain Jack Sparrow dengan En Barney.

26/05/2011

Haihh~~ Ohh.. Petrol...


(klik untuk besarkan)

PUTRAJAYA 25 Mei - Orang ramai kini boleh menarik nafas lega apabila Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) buat masa sekarang. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dibuat selepas kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan tetap akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi berikutan peningkatan harga bahan bakar itu di pasaran global. "Sebelum keputusan ini dibuat, kerajaan telah mengambil kira semua sudut termasuk keluhan rakyat supaya tidak menaikkan harga minyak.

"Namun, jangka masa berapa lama harga ini akan dikekalkan tidak ditetapkan tapi buat masa sekarang keputusan kerajaan ialah mengekalkan pemberian subsidi (sebanyak RM18 bilion) terhadap bahan bakar ini," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. "Pengekalan harga bahan bakar itu tiada kena mengena dengan desakan pembangkang ataupun bagi menarik sokongan rakyat dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

"Kerajaan yang ada hari ini ialah kerajaan yang prihatin pada nasib rakyat selaras dengan gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," katanya. Mengulas mengenai pemansuhan pemberian subsidi diesel super kepada beberapa sektor pengangkutan, beliau menjelaskan, pemberian subsidi seharusnya disalurkan kepada golongan yang memerlukan saja dan bukannya untuk semua pihak.

"Sebelum ini lori pengangkut pun kita bagi, tapi lepas ini kita hanya beri kepada yang memerlukan sahaja seperti kenderaan awam, bot-bot kecil dan teksi. "Hasil daripada penarikan balik subsidi ini, kita berjaya buat penjimatan sebanyak RM700 juta iaitu untuk lori dan bot," katanya.

(klik untuk besarkan)

Ok. Petrol Ron 95 kekal. Aku dengar berita nie pepagi buta kat HOT FM. Memang sangat bagus la sebab aku tahu memang ramai pengguna Petrol Ron 95 kat Malaysia nie. Tapi macam mana pula dengan Petrol Ron 97?? Takkan harganya nak naik je. Ye. Aku memang pengguna Petrol Ron 97 nie. Bukan aku nak bising sangat pasal Petrol Ron 97 nie selalu naik ke tak. Masalahnya kalau naik harga pun, bukan nak main SENYAP! Lepas dah naik dekat seminggu baru nak bagitahu rakyat.

Sebelum nak naik tu, bagitahu la awal2. Nie tak, naik harga senyap2 je. Siapa tak bengang kalau camni. Macam hari nie, petrol Ron 95 tak naik harga, bukan main cepat lagi diorang bagitahu kat rakyat. Haihh~~ Kalau macam nie la, aku rasa nak tukar pakai petrol Ron 95 la. Beza Ron 95 dan Ron 97 dah RM1.

(klik untuk besarkan)


(klik untuk besarkan)


p/s : aku cakap pasal hal nie bukan untuk menyebelahi mana2 pihak. Termasuk parti politik. Aku cakap nie untuk kongsi pengetahuan dengan korang je dan untuk diri sendiri. Peace! ^^


Sumber asal : Utusan Online

24/05/2011

Aye Aye CAPTAIN!


Siapa dah pergi tengok cerita Pirates of the Caribbean : On Stranger Tides? Best tak? Nak pergi tengok jugak  tapi belum ada kesempatan masa lagi nak pergi. Nak pergi weekdays, siang praktikal. Nak pergi weekend, nak rehat-rehat plus rasa malas. (Alasan je kan, jauh mana je pun kalau nak tengok kat Alamanda). 

Alah, baru je kot keluar. Lambat-lambat pun tak apa. Bukannya Captain Jack Sparrow tu nak lari pun kan? Padahal dah tunggu movie ni dah lama dah, siap pesan awal-awal kat En. Barney. Nak tengok jugak cerita ni, tak kisah la macam mana pun. Demand kan? Sebenarnya motif utama nak tengok Johnny Depp je pun (Diam-diam sudah, jangan bagitau En. Barney tau.  Nanti dia taknak bawa tengok Johnny Depp!). 

Ok. Tipu.
Takda Johnny Depp pun mesti tengok jugak cerita ni. (Kononnya la kan). Ok, serius. sebab cerita dia menarik. Suka cerita yang pelik-pelik macam ni (Pelik ke? Yela kot). Kebetulan, yang selalu bawa watak pelik-pelik ni Johnny Depp jugak. 




Actually memang minat Johnny Depp pun. Since first time tengok dia berlakon sebagai lelaki yang bertangan gunting. Dah banyak kali tengok cerita tahun 1990 ni. Dan baru je hari tu tengok lagi dengan En. Barney.

p/s : En. Barney nak tengok Nur Kasih the Movie. Tapi chipmunk mana layan cerita tu.

21/05/2011

Nasi + Ayam = Nasi Ayam! Eh?

Tengahari tadi macam biasa, Chipmunk dan En. Barney keluar makan. Biasalah dah stay hostel dan bosan dengan kafe kolej of course la keluar makan kan. Before tu tanya la En. Barney hari ni nak lunch kat mana pulak. Dan macam dalam entry yang ini, everything semua En. Barney yang decide. Bila tanya nak lunch kat mana, jawapan beliau sangat lah tak menjawab soalan, "Tau, rindu kat kakak tu kan? kita makan kat situ la". At first, memang tak paham until En. Barney sebut nasi ayam. (Ceh, dia yang rindu nak makan nasi ayam. Dia cakap kita ni rindu kat kakak yang ambik order tu pulak).

Nasi Ayam Madu Sri Melati

Kitorang selalu makan kat sini. This week saje dah 3 kali. Sampai kakak yang ambik order tu dah tau kitorang nak order air apa. Belum sempat nak cakap, dia dah cakap "Milo ais satu, lagi?" (En. Barney la tak habis-habis dengan milo ais dia tu).

But seriously, nasi ayam tempat ni sedap. Actually, ayam yang sedap. Nasi dan air biasa-biasa je. Kalau datang sini, nak minta nasi lebih boleh, ayam lebih pun boleh, even nasi ayam tambah pun boleh (tak sure apa maksudnya, maybe nasi dan ayam lebih kot, pernah dengar orang order nasi ayam tambah ni).

Tempat ni kira warung la kot, or gerai. Entah la. Ala style yang kampung-kampung tu (almaklumlah, dari kecik sampai besar ni memang stay kat area bandar je. Balik kampung pun setahun sekali. Kalau bab kampung-kampung ni memang fail bukan sikit tapi banyak). 

Kalau student UKM yang dah 3 tahun study kat UKM tapi tak pernah pergi sini memang rugi la. Tempat ni on the way nak pergi MINT (Agensi Nuklear Malaysia), dan right before traffic light nak masuk ke Kg. Teras Jernang (kalau dari UKM la). Kalau siapa-siapa yang berada di area yang berdekatan tu why not try makan kat sini. Nasi ayam kat sini memang sedap la. 

Obvious muka terlebih tido

yang ni pulak muka kelaparan. Bila masa En. Barney ni tak lapar? Oops. Hehe






18/05/2011

'OutiNg'

Sebenarnya bukanlah outing pun. Outing nie istilah budak2 asrama yang guna masa diorang nak keluar dari tempat diorang. Hehe.. Semalam kitorang jalan2 kat tasik nie. Nama tasik nie Tasik Cempaka. Memandangkan kitorang belajar kat UKM, of course la tempat nie kat Bangi jugak. Tasik nie terletak dekat area PKNS Bangi. ^^





Planning kitorang semalam sebenarnya nak basuh kereta. Tapi tak jadi. Pasal petang semalam macam nak hujan je. Tapi tak hujan pun. Mendung je. Jadi macam rugi la pulak kalau basuh kereta kalau hujan nie. Buat penat je. T_T

Kitorang decide nak gi jalan2. Awal2 tu aku tanye
Chipmunk, "nak gi mana nie?" Dia cakap "ikut la". Da biasa dah macam nie. Mane2 nak gi semua aku yang decide. Hehe.. Tengah jalan2 tiba2 pulak lalu kat tasik nie. Pastu dua2 nak gi jalan2 kat situ. Punya la ramai orang semalam. Maklumlah cuti umum kan semalam. Hehe..






Tempat nie sebenarnya memang cantik. Dengan landscape nya, tempat orang beriadah, bawak anak2 yang comel dan main layang2. Tapi tasik nie agak tercemar la. Kalau nak tanya pendapat aku, tempat nie ok la. Sebab kebersihan tasik nie kurang terjaga. Kalau la terjaga, mesti lagi cantik.

Rasa nyaman je kat tasik tu. Yela. Dah banyak pokok dan udara pun takde lah tercemar dengan ekzos kereta. Tapi............ Huhu...
Tercemar jugak! Sebab bau asap rokok. Baru je mention pasal entry hari tu. Kalau yang tak tahu tu, korang boleh baca kat sini.

Bila dah ada orang camni, kitorang pun gi jauh2 dari kelompok yang camtu. Mostly budak2 kot yang smoking dan melepak kat situ. Haihh~~~ Apa lah nak jadi budak zaman sekarang. Kecik lagi kot dah merokok. Aku dulu pun takde lah kecik camtu. Dan besar panjang sikit, baru smoking. lol. Takpe, kitorang gi jauh2 sikit pun nyaman jugak. Hehe..


Nie gambar yang kitorang ambil masa jalan2 kat Tasik Cempaka. Klau yang dekat dengan area bangi nie, ok jugak kalau korang nak gi. Enjoy the pic! ^^





















Macam mana? Ok tak? Kalau nak tahu, better gi sendiri. Tengok dengan mata korang. Hehe.. Experience yourself! ^^

15/05/2011

Say CHEESE!


Siapa suka cheezy wedges? (pinjam gambar dari En. Google jap ye)

Wait!
Patut tukar soalan. Siapa tak suka cheezy wedges? Ada tak ye? Tau tak cheezy wedges tu adalah nikmat dunia yang kedua selepas ice cream vanilla? (okay, tipu).

Sebenarnya nak cerita pasal ni..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ini la cheese. Atau dalam bahasa melayu nya KEJU. Perkataan cheese ni berasal dari perkataan latin, caseus. Pembuatan cheese ni tak tau la bermula dari mana. Sama ada dari Europe, Asia atau middle east. Tapi cheese ni, macam lebih popular di kawasan Europe je kan? Pernah baca, kat Asia cheese tak digunakan sangat dalam masakan due to lactose intolerance orang-orang Asia ni.

Cheese atau keju ni adalah makanan yang mengandungi protein dan lemak dari susu. Biasanya susu lembu, kerbau, kambing atau biri-biri. Keju ni ada macam-macam jenis. Bergantung dengan criteria macam kandungan lemak, tekstur, cara pembuatan atau asal cheese tersebut dan banyak lagi la.

Jom kita tengok a few type of cheese yang ada. (Gambar semua dapat dari En. Google je).






Ada banyak lagi jenis cheese ni. Tak larat la kalau nak list kan satu-satu kan. Banyak sangat. Belum lagi kalau ikut kan negara. Cheese dari Hungary ke, Mauritania ke, Georgia ke, macam-macam ada la. Mana la tau Malaysia pun termasuk dalam senarai jugak kan. Heh? 

Kalau nak tengok types of cheese, boleh la klik SINI, dan kalau nak tengok list of cheese ikut country boleh la klik SINI. Dan kalau nak tau lebih lanjut atau apa-apa info pasal cheese, boleh la pergi ke www.cheese.com.

Strawberry Cheesecake. Tengok je pun dah terliur. Huhu

Chipmunk dan En. Barney kalau makan kat kfc mesti berebut cheezy wedges.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...