31/01/2012

Jangan nak Spontaneous Tuesday sangat!


Sebenarnya Allah nak anugerahkan kita kawan yang lebih baik. (Iedya Abdullah, 2012)

p/s : sangat suka ayat-ayat diatas. Dan itu yang sentiasa ada dalam hati.

30/01/2012

Dah dapat. Anda bila lagi?


Hari ni mesti rata-rata blogger up entry pasal Anugerah Juara Lagu 26 yang semalam kan? Jadi takkan la Chipmunk nak join sekaki nak membosankan pembaca bila asyik-asyik pasal AJL je. Before semua tekan [X] kat atas tu sebab assume Chipmunk pun nak buat entry pasal AJL better Chipmunk stop.

Ni nak tanya semua, dah dapat tak sample Mini Lipice, of course la dari Lipice kan? Chipmunk dah dapat dah kelmarin. Terkejut bila adik Chipmunk bagi sampul surat, ingatkan surat apa la. 


Dan kat dalam tu ada Mini Lipice Strawberry. Nak letak gambar tapi gambar tak jelas pulak. So takpe la, abaikan je. So, bagi yang tak pernah dapat free sample ni, biarla suspens sikit kan? Chipmunk memang pakai Lipice jugak pun. Tapi selalu beli yang perisa lemon tu. Strawberry ni tak pernah try pulak. Jadi bila dapat sample Lipice Strawberry ni baru tau yang ni pun best jugak. Rasa macam nak makan makan je. 

Bagi siapa-siapa yang nak dapat free sample ni, kat sini Chipmunk nak terangkan macam mana. Mula-mula masuk website Lipice Malaysia.


Nampak tak yang tertulis Give Me One atau Get it Here tu? Sila klik yang tu dan akan nampak form yang macam ni.

 
Isi lah form ni. Segala nama, number IC, alamat rumah etc. Dan kemudian tunggu lah sampai Sample Mini Lipice korang sampai. Yang tak pernah pakai Lipice before ni memang digalakkan, atau yang pakai Lipice tapi hanya pakai satu jenis je pun sesuai jugak minta sample ni dan yang memang pakai Lipice ni nak minta sample ni pun boleh jugak. Semuanya free je.

29/01/2012

Contact Lens StyLe!!

Kepada siapa2 yang tak suke pakai spec, mesti lah contact lens jadi pilihan kan? Gambar contact lens kat bawah nie, aku rasa awesome! Korang tengok lah sendiri dan nilai sendiri. ^^


Dah macam mata sharingan dah aku tengok


Nie agak2 macam mata apa ye?


Mata halusinasi (memandai je!)


Mata Spiderman nie.. wakaka!


Jadi, contact lens mana yang menjadi pilihan korang??

sumber asal : melayukini

28/01/2012

Jom main masak-masak : Lasagna Lagi


Salah satu benda yang Chipmunk suka masak untuk adik-adik dan adik-adik pun suka makan. Chipmunk pernah buat entry pasal ni. (Klik SINI). Bukan setakat adik-adik je, En. Barney pun sekali. Suruh Chipmunk import dari Miri ke Gombak naik flight.


Benda ni orang panggil Lasagna. Ni sebenarnya fresh keluar dari oven dan nampak tikus-tikus kelaparan dah terkam dulu. Tak sempat nak ambik gambar time betul-betul fresh dari oven. Masa tikus-tikus sekalian tak sedar lagi pasal benda ni.
 

Tengok gambar ni je dah boleh lapar lagi. Lapar buat kali ke berapa tu tak tau la. Tak sure samada sekarang ni wujud lagi benda ni. Ataupun dah habis dibaham (dibaham pun boleh) oleh rakyat-rakyat yang kelaparan tu.

27/01/2012

Unik tapi still Cantik dan Fantastic!


Chipmunk dan adik perempuan Chipmunk ni kadang-kadang suka tengok rancangan tv yang berkaitan dengan masak-masak. Selalunya pasal cake, atau muffin atau yang sewaktu dengannya la. Sebab kalau makanan yang berat-berat ni tak menjamu mata. Menjamu mata? Nanti Chipmunk terang apa maksud tu. 

Tadi, Chipmunk dan adik perempuan Chipmunk tengok rancangan Cake Boss kat channel Travel and Living kot. Rancangan ni pasal satu kedai kek ni. Dari diorang dapat satu-satu tempahan, pastu macam mana nak design cake yang customers nak dan jugak proses pembuatan kek-kek tersebut. Kenapa Chipmunk cakap rancangan-rancangan macam ni menjamu mata? Contohnya dalam Cake Boss ni, kek yang diorang design semuanya unik dan cantik.

Jadi bila cakap pasal kek yang unik dan cantik ni, Chipmunk pun rajin-rajinkan lah diri men-google gambar-gambar kek yang unik dan cantik ni.









Teringin jugak kan kalau time birthday nanti dapat kek yan design unik macam ni kan. Sebab lain daripada yan lain.

26/01/2012

Masing-masing memborong buku.


Semalam, Chipmunk bawa adik-adik ke kedai buku Popular. Nak beli buku untuk adik-adik guna voucher 1 Malaysia yang Chipmunk dapat tu. MPH takda lagi kat Miri ni dan satu-satunya kedai buku yang terima voucher ni Popular je. Voucher RM200 tu Chipmunk dah bahagikan siap-siap RM50 seorang untuk adik-adik Chipmunk dan RM100 lagi bahagian Chipmunk pulak.

Yang peliknya adik-adik Chipmunk ni, punyalah excited bila dapat voucher RM50 seorang tapi bila dah jejak kaki kat kedai buku masing-masing garu kepala tak tau nak carik buku apa. Bila Chipmunk ugut kalau tak carik buku-buku bernilai RM50 seorang Chipmunk nak tarik balik voucher tu baru la diorang start sesi menjelajah satu kedai buku ni. Dan baru la turn Chipmunk pulak carik apa yang Chipmunk nak.

Tapi sayang, yang Chipmunk carik takda pulak. Dah habis dah. Sebenarnya dari dulu-dulu lagi Chipmunk mengidam (mengidam pun boleh) nak beli A Doctor In the House : The Memoirs of Tun Dr. Mahathir ni, tapi tengok harga memang 'affordable' sangat la bagi student ni. Bila dapat tau pasal voucher ni, En. Barney dah tau dah apa yang Chipmunk nak before Chipmunk sempat cakap apa-apa pun. Tapi apakan daya, jodoh Chipmunk dengan buku tu belum ada lagi. Kena tunggu Chipmunk balik semenanjung balik la jawabnya.



Tengok adik bongsu Chipmunk borong apa. Komik. Sampai 6 buah dia rembat. Dan RM50 tu habis untuk komik ni je. Tapi ini bukan sebarang komik tau. Kalau komik naruto, dragonball bagai tu memang mengamuk la parents Chipmunk. Sebab parents Chipmunk bukan jenis yang bagi anak diorang sentuh komik. Tak berfaedah katanya. Dah parents both cikgu memang takkan la belikan komik untuk kitorang. Tapi yang adik Chipmunk beli ni sangat bagus especially untuk budak-budak (Mak Chipmunk pun dah tersuka dengan komik ni) sebab komik ni komik yang berunsurkan sains. Akan ada beberapa helaian yang akan terangkan tentang sesuatu perkara ni. Kalau budak-budak yang tak suka membaca ni memang elok lah kalau belikan komik yang macam ni. Adik Chipmunk sehari dah habiskan 3-4 komik, kalau buku cerita biasa ni sampai tahun depan la belum tentu bersentuh lagi.

p/s : Fa ada tag untuk join satu GA ni, tapi belum terbuat lagi.

25/01/2012

koMiK #8

Lepas habis exam nie, dan juga isi masa lapang masa cuti2 nie, elok jugak layan komik nie. Komik nie dah jadi komik feveret aku dah nie. Thanks to Miss Morbids. ^^










24/01/2012

Comel sangat, memang tak boleh nak tolak langsung!

Semalam masa Chipmunk tengah online dan blogwalking, Chipmunk nampak something yang menarik perhatian. Adik bongsu Chipmunk yang umur 12 tahun tu punya. So, apa lagi. Chipmunk minta la sikit. Sebab memang benda tu tak boleh ditolak pun. Nak tau apa?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Mini M&M's yang sememangnya mini dan comel. Siapa yang tak tau M&M's dan siapa yang tak tau yang M&M's ni sememangnya tak boleh ditolak. Irresistable sangat! Nasib baik Chipmunk sedar tu adik punya, kalau tak memang habis la Chipmunk kerjakan. Mahu menangis adik. 


Tengok M&M's ni kecik sangat mesti orang ingat tangan Chipmunk yang besar. Padahal tangan kecik je, tangan budak darjah 6 pun lagi besar dari ni. Ni kalau letak kat tapak tangan En. Barney ni memang macam semut je la. Memang satu bekas tu En. Barney boleh habiskan sekali makan je. 

So bangun-bangun pagi tadi, lepas En. Barney call terus on laptop sebab teringat entry hari ni tak buat lagi. Jadi Chipmunk buka la website M&M's. Dan sekali pandang je Chipmunk dah tertarik. Comel sangat!


Ni baru sikit. Ada banyak lagi yang comel-comel. Kalau nak tengok sendiri, boleh klik SINI. Dan yang paling penting. Chipmunk terleka sampai tengahari ni main game yang ada kat website M&M's ni, especially Shmuffleboard. Comel je.


Ni la game Shmuffleboard. Nak main game-game yang ada ni, boleh klik kat Fun & Games dan klik Games. Kat situ da 4-5 games. Pilih la nak main game mana satu. Dan yang bestnya, games tu semua comel-comel. Enjoy!

23/01/2012

Tahniah dan Semoga Berbahagia

Dalam entry INI, Chipmunk ada cakap yang Chipmunk pergi beli hadiah untuk wedding member Chipmunk kan. Entry kali ni pulak pasal wedding tu sendiri. Even dapat tangkap berapa je gambar.

Dalam member-member rapat Chipmunk, Haziqah (Pengantin Perempuan) ni adalah orang yang kedua kahwin, selepas Ezad. Kalau wedding Ezad dulu sangat terkilan tak dapat pergi sebab sibuk dengan program-program kolej kediaman dan universiti. Kebetulan pulak kenduri Zqah ni masa Chipmunk ada kat Miri.



Sebenarnya Chipmunk tak pandai sangat cerita tentang perjalanan majlis ni. Chipmunk pernah pergi kenduri kat semenanjung dan kat sini pun mestilah pernah jugak. Perjalanan majlis berbeza. Kalau kat sini, majlis selalunya pagi-pagi around pukul 10. Lepas tu kalau kat semenanjung, pengantin perempuan dan pengantin lelaki diarak masuk ke rumah, atau mana-mana pelamin tu ada la kan. Tapi semalam pengantin lelaki yang sampai dengan diiringi paluan kompang sementara Pengantin perempuan pulak menunggu di pelamin. Lepas tu baru ada upacara tepung tawar and so on.


Puan Haziqah disamping suaminya, En. Hafiz. Semoga berbahagia dan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Cik Ummie, pengapit pengantin perempuan tu pun classmate/schoolmate kami jugak.


Kami ni makin hari makin sikit bilangannya. Semua dah merantau ke mana-mana, ada yang dah kahwin. Dah la semua sombong, taknak sambung study di Miri. Kerja pun nak jauh-jauh. Dulu senang nak berkumpul ramai-ramai. Sekarang, yang ada pun 4-5 orang je.

22/01/2012

Serius, lagi sedap dari McD!


Semalam, jalan-jalan dengan besties. Nak beli hadiah kahwin member untuk keesokan harinya which is hari ni. Then, before balik kitorang singgah kejap dekat satu gerai burger ni. (Nak kata gerai tak jugak kot. Tak pandai nak describe macam mana). Yang memang famous kat Miri ni.

Kinky Fat Chef Kitchen, atau orang selalu panggil KFCK. Homemade Grilled Burger kat sini seriously sedap sangat-sangat. Orang kat sini tak panggil Grilled Burger, tapi Burger Tunok atau dalam bahasa melayu bermaksud Burger Panggang. Rasanya ni dah kali keempat Chipmunk pergi KFCK ni cari burger.

Budak dua ekor ni dah kelaparan dah.

Grilled Beef Burger with special sauce. RM5.00

Kecik je stall dia. Tapi burger sedap bukan main lagi.

yang ni pulak Fries. RM 4.00

Masa kitorang pergi tu tak adak orang pun. Sebab KFCK ni ramai bila malam selalunya. Sampai tak cukup kerusi meja pun. Ada banyak lagi menu-menu kat sini. Kadang-kadang tu kena cepat sebab takut habis.Siapa yang datang Miri sangat wajib try ni. Dan siapa orang Miri yang tak pergi la 'nang rugi la torang, nyaman lalu jak aie'. Kalau nak pergi boleh la cari alamat ini, Lot 668, Piasau Jaya Lorong 1A, Piasau Phase 1, 98000 Miri, Malaysia.

Tapi KFCK ni susah sikit nak cari,sebab area perumahan. Berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Anchi (Sekolah ni Lorong 1E kalau tak silap) dan dekat-dekat dengan masjid lama Piasau.



21/01/2012

Bulu kucing kerinting. Hantar saloon atau original?


Ada satu hari tu, Chipmunk tengok satu rancangan pasal kucing ni dekat Channel Animal Planet iaitu Cats 101. Rancangan ni tentang breed atau species kucing yang ada. Then, Chipmunk nampak kucing macam ni.


Nampak tak bulu kucing ni ni? Kerinting kan? Rasa-rasa la kan bulu kucing ni memang original atau tuan dia hantar salon suruh orang buat bulu kucing dia sampai jadi macam ni?

Sebenarnya memang bulu kucing ni macam ni. Ni adalah kucing breed Selkirk Rex. Uniknya Selkirk Rex ni kan, kesemua bulunya kerinting termasuklah misai sekali. Mula-mula tengok nampak pelik. Tapi tengok lama-lama nampak comel pulak kucing ni.


Selkirk Rex ni boleh jadi kucing yang berbulu panjang atau pendek. Selkirk Rex ni terjadi apabila terdapat gene LaPerm yang sememangnya dominant, kemudian ada lagi gene Selkirk yang bertindak sebagai incomplete dominant. Jadi ni kemudiannya akan menyebabkan terdapat tiga phenotype (keadaan fizikal) dan genotype yang berbeza. Sebab tu la anak kucing yang lahir ni mungkin ada yang Selkirk Rex dan yang lain lagi anak kucing dengan straight-haired. Eh, macam complicated je Chipmunk terang ni. Rasa macam dah masuk kuliah pulak. 


Dan ini adalah personality kucing Selkirk Rex yang Chipmunk petik dari SINI.

Selkirks are fun-loving, mellow cats with generous measure of love and affection for their human companions. Very people-oriented, they stay playful and kittenish, even as adults. They're very social and don't do well in isolation.


Comel kan kucing ni? Chipmunk macam nak sekor je.

gambar : google

20/01/2012

Nescafe atau Teh. Mana yang boleh hilangkan mengantuk?


Selalu la kan, untuk students atau siapa-siapa yang stay up malam untuk buat kerja mesti akan pilih Nescafe kan untuk hilangkan mengantuk. Tapi kalau Chipmunk, Nescafe tu takda bagi effect langsung. Bagi lagi mengantuk adalah.


Sebab tu kalau Chipmunk dan stay up malam-malam siapkan kerja atau nak habiskan drama korea sampai lewat pagi, Chipmunk akan pilih teh. Malam kelmarin kot Chipmunk bancuh teh, ingatkan nak minum sambil tengok cerita korea. Sekali, effect sampai pukul 7 pagi. Pukul 7 pagi baru boleh tido. Dahsyat kan? Ke ada lagi yang macam ni atau lagi teruk dari Chipmunk?


So, Chipmunk try la google-google sikit kan. Kot-kot la dapat sikit info baru ke. Macam yang kita tau la, yang menyebabkan kita tak mengantuk tu sebenarnya caffeine. Bila Chipmunk baca kat SINI dan kat SINI, teh ni macam coffee jugak. Mengandungi caffeine. Tapi, amount caffeine dalam teh ni depends dengan jenis daun teh yang digunakan dan macam mana sesuatu teh tu disediakan. Ooo, maybe sebab ni la teh boleh hilangkan mengantok jugak kot. Bagi Chipmunk la.

Korang pulak macam mana? Macam mana nak hilangkan rasa mengantuk tu? Sama tak macam Chipmunk, teh untuk hilangkan mengantuk dan bukannya Nescafe?

19/01/2012

Apa ni? Apa ni?


Hal ni jadi masa Chipmunk tengah tengok video-video Maddi Jane. Rasanya semua kenal beliau kot. Ala, budak kecik yang comel dengan suara yang superb tu. Tengah nak tunggu youtube loading ni, start la mata melilau carik Cik TengTeng. Senyap je dari tadi, tak tau mana pergi. Then suddenly, mata ni terpandang something. Puas Chipmunk fikir, apa la benda yang Chipmunk nampak tu. Nak tengok? Ni Chipmunk tunjuk gambar.


Nampak tak kat penjuru bawah skrin laptop tu. Something yang colour kelabu. Seingat Chipmunk kitorang mana ada beg atau apa bersaiz kecik yang nampak macam tu. Korang rasa apa la ni kan? Nak tengok lagi dekat la pulak.


Eh? Apa pulak benda ni kan? Tak boleh jadi ni. Nak tau jugak benda ni apa. Terbantut sekejap nak tengok video yang entah berapa kali diulang. Nak check la, apa yang mak letak kat belakang laptop ni. Tapi rasanya takda siapa-siapa kot yang letak something.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


La, Cik Tengteng rupanya. Tengah sedap tido. Rupa-rupanya yang kita tengok awal-awal tadi ekor Cik Tengteng. Rasanya Chipmunk ada letak something kat tempat Cik Tengteng ni tido tapi satu-persatu dia tolak ke bawah. Memang kucing bertuah.


Ni pulak dari arah depan. (Takda la depan sangat pun). Masa ni Chipmunk dah usik Cik Tengteng ni. Tapi, jangan harap la dia nak bangun. Memang akan tido balik punya la.Nasib baik phone bapa kat tepi sikit. Kalau belakang laptop tu tadi memang terjun ke bawah la jawabnya.


18/01/2012

Ini BUKAN buah kurma tau.


Hari ni dah masuk hari keempat ada kat rumah. Satu yang Chipmunk risaukan bila balik rumah ni adalah makan. Bukan pasal susah nak cari makanan tapi banyak sangat makanan yang sedap-sedap sampai tak boleh nak berhenti makan. Dah mak masak sedap-sedap. Even goreng telur dadar tu je pun boleh jadi sedap sampai nak tambah 3 pinggan nasi tau.

Bila cakap pasal makanan ni kan, ada something yang Chipmunk nak share. Semalam lunch, mak masak makanan yang simple sangat-sangat tapi sangat-sangat limited edition. Sebab Chipmunk tak pernah pulak nampak masa Chipmunk di Semenanjung.


Sekali pandang orang mungkin cakap ni buah kurma, tapi sebenarnya bukan. Ni kitorang panggil buah dabai. Ni la favourite bapa Chipmunk. Mak cakap buah dabai ni macam buah durian, buah bermusim.


Ni gambar lagi dekat. Nak masak buah dabai ni senang je. Rendam dengan air panas, tunggu sampai isinya lembut. Lepas tu boleh la tabur garam secukup rasa. Kalau nak makan dengan kicap pun boleh. Sedap.


Yang sebelah kanan ni biji buah dabai. Isinya sikit je sebenarnya. Dan kalau nak tau yang biji buah dabai ni boleh dimakan jugak. Tapi bukan yang macam dalam gambar ni la. Ada lagi isi dalamnya. Kena pecahkan dulu.


Ni yang Chipmunk dah pecahkan. Sorry la, kualiti gambar tak berapa nak elok. Kamera phone je yang ada. Isi yang kat dalam ni pun sedap. Dulu masa kecik-kecik, Chipmunk sampai menangis-nangis kalau mak taknak pecahkan biji buah dabai ni untuk Chipmunk.


Chipmunk selalu fikir yang buah dabai ni sangat unik dan special. Pernah tak jumpa? Atau rasa ke? Seingat Chipmunk buah dabai ni takda la kot kat semenanjung sebab dulu masa makcik Chipmunk yang tinggal kat subang mengidam buah dabai, sanggup suruh mak Chipmunk kirimkan dari Miri. 

Kalau siapa-siapa yang datang Sarawak dan bernasib baik datang masa musim buah dabai ni haruslah try. Rugi je datang sini kalau tak merasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...