31/10/2014

Makan Angin Tepi Pantai @ Pulau Melayu, Miri

Dah lama I jerukkan gambar-gambar ini dalam folder picture. Lebih sebulan. Kalau setahun simpan jadi jeruk mahu transform jadi jeruk asam boi agaknya. I cakap kalau eh. Ini bukan resepi jeruk asam boi paling simple di dunia nyata tapi resepi jeruk asam boi yang dalam mimpi pun tetap takkan jadi jeruk asam boi jua. Alamak, dah termerepek.

Anyway, masa balik bertunang tempoh hari sempat lah jugak bawa family En. Barney pusing-pusing Bandar Miri. Sebelum sesi borong-memborong Kek Lapis Sarawak di Habibi CakeShop, sempat juga bawa orang jauh untuk hirup udara tepi laut. Bertemankan bunyi ombak yang merdu, di bawah terik cahaya matahari. I tak tau nama tempat ni apa sebenarnya, tapi local people just panggil Pulau Melayu. Disebabkan oleh nama kampung yang berdekatan agaknya. Nak tau lebih tepat kena tanya orang tua-tua. Sebenarnya tempat ni macam tambak atau benteng batu-batu besar. Tak sure panjangnya berapa kilometer. Mungkin 2 hingga 3 kilometer mungkin.  


Masa weolls pergi tu, ramai pulak manusia. Ada Pertandingan Memancing. Kalau tak silap hadiah tempat pertama RM10,000. Disebabkan ramai orang, Bapa malas nak park kereta sampai di kawasan yang paling hujung. Cukup lah dekat-dekat jalan masuk je. Bapa I ni kalau dah nama ikan, laut dan pantai disebut terus lesap. Lagi-lagi bila ada geng. Sanggup jalan kaki tengahari buta nak tengok pertandingan memancing di hujung sana nun. Bila dah ditinggalkan anak-anak dan mak-mak menunggu je lah. Yang anak-anak ni apa lagi, masing-masing bawa keluar phone. Snap sana, snap sini. Snap itu dan snap ini.





Bukan main di sebalik bunga siap effect blur lagi. 

Paling kanan, my own version of Lee Kwang Soo. Perangai pun lebih kurang. 

Tempat lepak dengan kawan-kawan zaman muda mudi dulu. Asal cuti semester, bila masing-masing balik bercuti tempat ini lah port wajib lepak. Duduk atas batu sambil gosip-gosip. Ala-ala lagu Allahyarham Sudirman gitu Tulis Nama Atas Batu. Except part tulis nama tu eching je.


Kaedahnya budak ni suruh ambik gambar dia tengah lompat sambil pegang payung begitu. Dengan badan keding, angin kuat. Bukan dia yang pegang payung tapi payung yang heret dia.  


Pantai kat sini tak best sangat sebab kotor. Kalau perasan dalam gambar ada hitam-hitam di pantai tu kan. Member Iolls cakap sebab orang korek minyak di tengah laut sana. Biasalah bandar minyak pelantar minyak pun sana sini. Kalau nak cari pantai best di Miri harus pergi Luak Esplanade. Tak pun Hawaii Beach cuma I tak sure lah kalau Hawaii Beach tu masih wujud lagi. Tapi orang kata air lautnya biru. Oh susah-susah pergi pantai tepi sekolah Iolls je. Petang weekend boleh tengok orang parasailing, para gliding dan para para sakura. Eh.


p/s : Actually tempat ni terletak di muara sungai. Dan sebenarnya muara sungai miri yang sekarang ini bukan lah muara di kedudukan yang asal. Tetapi dah dialihkan. Adalah tu untuk tujuan development sana-sini tu.

30/10/2014

Spontaneous Thursday : Manusia Tiada Arah

Kadang-kadang, 
kurang faham dengan perangai sesetengah. 

Signal dan kenderaan. 
Juga manusia. 
Ada dua jenis nyata yang berbeza. 

Yang terlebih baik, 
lalu 50 simpang, 
jalannya tetap lurus jua.

Yang terlebih ajar, 
Alpa akan kewujudannya, 
lantas menyusahkan pula. 

Konklusinya, 
Biar berhemah, 
Bukannya tiada arah. 

ehsan : Google

p/s : Kesian Niesa, kerana itu jugak lah pagi-pagi dah jadi superwoman atas jalan raya. Sobs

29/10/2014

Wordless Wednesday : Timbunan Warna dan Warni


p/s : Incomplete. Yang complete lagi scary. 

28/10/2014

Kucing Cantik!

Tengah-tengah aku mencari idea ini untuk buat entri, tiba-tiba pulak teringin nak tengok kucing yang cantik-cantik. Tambah pulak hari itu pergi rumah Sally tengok kucing dia yang bulu kembang. Geram je rasa.

Jadi aku nak kongsikan gambar yang aku jumpa ini. Jom tengok gambar kat bawah ini.









p/s : pilih-pilih yang mana satu korang nak. 

Sumber : buzzfeed

27/10/2014

Mini Gathering dan Nasi Kerabuuuuu

Sabtu lepas macam yang I story dalam entri INI, ramai-ramai serbu rumah Blogger Sally untuk makan nasi kerabu. Dan juga macaroni untuk yang tak makan nasi kerabu macam Iolls. Semuanya bermula sebab Blogger Niesa yang terbang dari Bintulu ke KL request nak nasi kerabu kat group whatsapp. Dah orang jauh jarang-jarang terbang ke sini, alang-alang tu kita buat lah mini gathering katanya kan di rumah Sally. 

Disebabkan I dan Blogger Qila sampai paling awal, boleh la pilih doorgift dari tuan rumah lama-lama sikit. Siap ada doorgift lagi tu tau. Thank you Sally, sayang lebih!

Shawl dari Sally, thank you!

Bila dah sampai awal tu, tunggu lah yang lain-lain sampai baru lah best sikit nak ke meja makan, melantak sambil menyembang. Tunggu punya tunggu, ada jugak yang tak sabar nak jamah nasi kerabu rupanya. 

Dengan harapan yang menggunung nak makan nasi kerabu. 

Tapi kalau dah Blogger Nurie a.k.a Che Ta yang hobinya makan tu dah sampai, tak ada masa nak tunggu-tunggu lagi dah. Menyerbu nasi kerabu juga endingnya. Nurie nak tunggu makanan tu memang tak mungkin lah, makanan dah memang tersedia yang menunggu retis. 

Sempat snap ini je. Nasi warna CnBlue tak ada lah pulak

Oh, yang ini yummy. I like!

Masa tengah sedap melantak, siap refill dua tiga kali baru lah yang lain-lain sampai, Niesa, Bella dan juga Nad. Dan biar tak habis makan lagi ni, dok kunyah-kunyah lagi tetap gigih cari monopod untuk tujuan nan satu yang telah lama diketahui itu. Selfie jom! Gambar ehsan kamera orang lain, thank you.


Tak cukup di meja makan, kita sambung di ruang tamu pulak. Bagi chance Asha Hana dan Kak Lieya Von Jay yang baru tiba. Tapi ada orang tu tengah makan pun pantang tengok yang lain angkat monopod tetinggi, tetap jugak dia menyelit dan berselfie juga. 





Oh sebelum balik tu nak sempat juga bergambar dengan Pak Janggut. Kalau Wak Doyok ada misai, Pak Janggut pula ada misai juga. Tapi highlight lebih pada janggut nya. 

Hai Pak Janggut, ikut saya balik nak?

Oh, nak jugak selit gambar ini sekeping. Hiks.

Dapat shawl dari tuan rumah, dapat kad jemputan dari blogger retis. Ikutkan hati nak je ambik sekor anak kucing Sally masuk dalam beg. Kecik untuk I, sebab I suka yang itu. Oyen bagi Nurie, Carrot pulak Hana ambik. Boleh tak Sally? 

Amboi, pandai-pandai je perempuan ni main ambik dan bagi anak kucing orang kan. 

Oh ya, hampir terlupa. Thank you Qila untuk cookies yang yummy ituuuu. 

p/s : next week baru nak cari baju warna emerald green untuk 8th Nov nanti. Jumpa korang lagi dua minggu ye!

26/10/2014

E-Day Part V : Coklat Hantaran dari CikNa' Coklat Haven


Mengikut perkiraan ini adalah part yang terakhir. Itu saja yang weolls buat masa hari tunang tempoh hari. Masak-memasak, panggil orang tolong-tolong je. Tak perlu catering. Pelamin pulak, siang-siang I dah say no to pelamin. Door Gift, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Bajet ahli keluarga dan orang-orang penting je yang ada. Sekali, berdozen. 

Okay berbalik pada cerita coklat kita tadi. Rasanya dalam ramai-ramai termasuk kawan baik Iolls, Blogger Chicna adalah orang yang pertama tahu tentang I nak bertunang. Sebabnya Iolls nak order coklat dari Chicna. Booked dulu masa siap-siap, sebab takut Chicna busy pulak. Blogger yang tahu awal jugak adalah Blogger Nurie, kalau dah namanya 'Che Ta' wajib petik nama dia dalam entri. Retis katakan. 


Actually dah banyak kali jugak I repeat order dengan Chicna. Sebab puas hati dengan service dan product CikNa's Coklat Haven. Ini order kali keempat. Kali kedua I order tu untuk hadiah kahwin member. Memandangkan terus hantar kat tuan punya hadiah, jadi tiada gambar dan entri I boleh kongsikan. Yang lain-lain boleh baca entri di bawah


Mula-mula tu rasa macam ragu-ragu jugak. Berjaya sampai dengan selamatnya atau tak? Yela, postage dari Kelantan ke Miri, Sarawak. Selalu pos ke Selangor je. Tapi redha je lah, harap-harap bila sampai, okay lah coklat tu. Dan alhamdulillah, Chicna pos hari ahad. Tengahari isnin tu dah sampai, naik van PosLaju lagi. I takut jugak kalau posmen hantar naik motor je. Cair pulak coklat I nanti kan.


I suruh Chicna buat coklat warna kuning dan purple seiring dengan tema. Thank you so much Chicna! Coklat dari Chicna memang tak pernah tak memuaskan hati. Sebab itu lah sampai berkali-kali repeat order. Yang penting boleh dipercayai. Nak order jugak tapi nak usha-usha dulu coklat cecomel dari Chicna? Boleh follow Instagram dan juga Facebook CikNa's Coklat Haven (CCH) ye.

Nak order boleh whatsapp Chicna di number yang tertera di bawah. I rekomen uolls order coklat orang lidi dari Chicna. Sweet lagi comel pulak. Thanks again Chicna tauke coklat!

Instagram : Chichocolab
Whatsapp011-1612 7210

p/s : Dah lama Chicna senyap sunyi tak update blog. Sobs. 

25/10/2014

Mari Serbu Nasi Kerabu @ Rumah Sally Ler, Mana lagi?

Before I story panjang lebar, I nak quote balik ayat Iolls dalam entri INI beberapa hari yang lepas. Rephrase katanya. 

"Weekend ni pulak ada orang tu invite makan nasi kerabu. Biarpun Iolls tak makan nasi kerabu, malam tadi siap whatsapp lagi tanya macaroni makan tak. See you this weekend ye ladies sekalian. Plus tangan pun dah gatal tak sabar nak receive kad jemputan blogger retis yang sorang tu."

Sebelum itu I nak menjawab beberapa persoalan. Yang menjemput tidak lain tidak bukan ialah Blogger Sally a.k.a Cinta Hati Yong Hwa (oh, nama seperti di dalam phone contact Iolls yang tidak pernah ditukar ganti sejak azali). Blogger Retis tu sudah semestinya 'Che Ta'! Siapa 'Che Ta', kita nantikan kemunculannya dalam entri di lain hari. 

Sebelum kita menyerbu, dah janji dengan Blogger Qila. Iolls nak pick up si comel tu dulu before pergi serang tuan rumah. 


Tak sabar nak jumpa geng-geng blogger yang join gathering di Flora Kafe bulan May lepas. Mari kita selfie sampai lebam! 


p/s : Eh, ratu selfie join ke tidak ye?

24/10/2014

E-Day Part IV : DIY Bunga Reben untuk Hiasan Hantaran


Dah almost sebulan tapi entri bersekuel ini tak sudah-sudah. Nak cari masa yang sesuai dan mood yang kunjung tiba untuk diceritakan. Kalau entri lepas I story-story tentang sesi DIY bunga dari crepe paper. Kali ini I story tentang bunga ribbon pulak. Er, bunga reben atau ikat reben. Mana-mana lah, tak sure jugak term mana yang lebih sesuai. 

Untuk buat ribbon untuk hias hantaran tunang tempoh hari I agak fussy sikit. Well, perempuan cerewet mana pernah tak cerewet. Cuba tanya En. Barney. I cakap okay pun tetap akan ada slack situ sana sikit. Ribbon ni I tak nak nampak simple, tak nak complicated sangat. Konklusinya nak nampak cantik tapi tak susah nak buat. 

I search sana sini tutorial ikat reben yang simple dan hasilnya I combine dua tutorial jadi satu. Dan outputnya jadi seperti ini....

Reben di penjuru atas sebelah kiri. 

Nak buat tutorial sendiri I tak reti dan tak ada masa jadi kita berpandukan dua tutorial di bawah. Sebelum I cerita lebih lanjut, kalau uolls nak buat ribbon macam dalam gambar di atas uolls try faham dulu dua tutorial berikut;


Kalau nak senang faham boleh follow tutorial yang pertama. Untuk tutorial yang kedua I kurang jelas dengan instruction yang diberikan. Susah nak follow. Untuk bahan-bahan, boleh follow tutorial yang kedua. Untuk cara-caranya pulak sila follow tutorial yang pertama untuk lebih jelas dan faham. 

Tapi I buat lain sikit dari reben dalam tutorial yang pertama kan? Sebab I guna dua jenis ribbon yang berbeza. Depends kat uolls jugak sama ada nak buat reben saiz lain-lain, jenis lain-lain ataupun warna yang lain-lain. Tapi untuk output yang lebih menarik I suggest guna saiz yang berbeza, 

Reben yang pertama
Guna reben yang lebih kecil saiznya dan bunga reben tu biarlah kecil sikit.

Reben yang kedua
Saiz yang lebih besar. Bukaan bunga reben tu biar lagi lebar dari reben yang pertama. 

Kemudian uolls just satukan kedua-dua reben tersebut mengikut instruction dalam tutorial yang kedua. Reben yang lebih kecil kita letak di atas reben yang lagi satu. Dah settle! Simple je kan?

Oh ya, actually buat benda-benda macam ni tak perlu sebenarnya so-called tangan seni ataupun kekreatifan. Yang perlu cuma tiga kandungan asas. Idea, Usaha dan Kerajinan. Ada tiga-tiga tu tak perlu risau, insyaAllah apa yang kita rasa tak jadi akan jadi punya. Percayalah, I pun jenis tangan kasar yang tak berseni dan bukan kreatif pun. Suruh lukis nan hado, orang lidi pun tak serupa orang lidi. Orang lidi tercekik ikan masin adalah. Tapi atas sebab usaha nak buat yang terbaik dan hati biarlah ikhlas. At least kita dah mencuba. Betul tak?

p/s : Pandai jugak I buat benda-benda macam ni eh. *masuk bakul angkat sendiri* Pfft.

23/10/2014

Segmen Blogger Cergas dan Santai


Dah lama tak join giveaway. Dah lama tak join segmen. Maaflah bagi yang telah menjemput. Iolls tak sempat sebenarnya. Nak join tapi kemudian terlupa. Dah bookmark dan kemudian, bila tengok balik, alamak dah lepas due date. Melepas lah lagi. 

Dan segmen yang ini. Dalam hati tetapkan mesti join. Sebabnya I tertarik untuk menjawab apa yang disoalkan dan menjadi persoalan si penyoal soalan. 

1. Currently , lagu/movie/buku/novel apakah yang menjadi kegemaran korang? Citer lah sikit kenapa you suka benda alah tu.

Mungkin ramai yang pilih movie atau lagu. Jadi biarlah Iolls pilih novel pulak. I sekarang dah jatuh cinta dengan novel How to Fall in Love. Memang tepat sungguh judulnya. Mengajar pembaca untuk fall in love sekali. Tapi bukan dengan manusia atau karakter tapi jatuh cinta dengan jalan ceritanya. Dan juga, I sebenarnya tak suka novel jiwang-jiwang dengan sugar level di paras langit ke tujuh. Tapi novel ini falls under exclusion list. Dalam hati nak capai novel tu lagi dan baca lagi dan lagi dan lagi. 


2. Suggestkan SATU link blog yang kamu suka/selalu lawati. Kenapa? 

Sudah semestinya Kakak Cantik kesayangan hamba. Blogger Puteri Kasih. Honestly dulu I singgah hanya atas sebab membalas kunjungan. Lama-lama jadi kawan di alam maya dan setelah bertahun-tahun sampai sekarang masih lagi saling berbalas kunjungan. Biarpun ada time masing-masing busy dan menyepi buat seketika. 

Thank you Kakak Cantik. Selalu berkongsi entri-entri bermanfaat untuk rakan-rakan blogger yang lain termasuk adikmu yang comel ini. 

3. Dalam banyak-banyak entry yang pernah korang post, pilih entry yang korang rasa "Inilah entry yang memang aku nak setiap orang baca!!!" Share kan link post tersebut.

Subjektif. Satu ribu dua ratus dan tujuh puluh enam posts. I rasa 95% daripadanya adalah entri merapu merepek meraban yang inputnya entah apa-apa atau mungkin tiada. Tapi dalam banyak-banyak I paling suka yang ini... 


I normally don't do sesi luahan perasaan kat blog sendiri. Blog bagi I terlalu mainstream untuk tujuan itu. So untuk tak nampak yang I ni sebenarnya tengah emosi dan juga salah satu cara untuk mengawal perasaan jadi kita lontarkan dalam bentuk kata-kata tanpa ada kata-kata yang kurang enak untuk dibaca. Dalam masa yang sama secara tak langsung sebagai peringatan buat diri sendiri. Oh peringatan juga buat anda sekiranya anda berjaya untuk menangkap maksud yang cuba disampaikan. 

p/s : Jom join secara berjemaah sebelum 1 November ini. 

Asam Pedas dan Mee Bandung @ Restoran Bisik-Bisik, Shah Alam

Jadual weekend lepas memang full. Sabtu date dengan girlfriends dan Ahad pulak turn En. Barney. Dua hari tu memang melantak je kerja. Weekend ni pulak ada orang tu invite makan nasi kerabu. Biarpun Iolls tak makan nasi kerabu, malam tadi siap whatsapp lagi tanya macaroni makan tak. See you this weekend ye ladies sekalian. Plus tangan pun dah gatal tak sabar nak receive kad jemputan blogger retis yang sorang tu. Ehem. 

Oh, kita flashback semula weekend yang lepas. Ahad tu pada asalnya I dan En. Barney nak dinner kat tempat lain. Tapi tak ada rezeki, full house. Nasib baik tak jauh dari rumah Iolls, so tak adalah nak frust menonggeng sangat. Then, tetiba teringat dah lama dah En. Barney request nak try Asam Pedas di Restoran Bisik-Bisik. Pergi dua tiga kali asyik tutup je. So Ahad tu gamble je harap-harap lah buka. And yes, nasib baik orang tu tak kempunan lagi nak merasa Asam Pedas. 


Tengok buku menu terliur pulak nak makan Mee Bandung Udang Galah. Tapi dah kena sound dengan orang sebelah jangan memandai nak makan udang. Kejap lagi ada yang pecut pergi hospital. Kalau alergik makan udang naik gatal-gatal je tak apa. Ni sesak nafas sampai merah muka sebab susah nak bernafas. Terpaksalah lupakan saja hasrat nak melantak udang galah yang cecomel tu. 


En. Barney tenung buku menu tu agak lama jugak. Ni mesti sebab tak boleh decide nak makan apa. Last sekali dia pilih Asam Pedas Ikan Pari. Sekali dengan nasi RM8.90. Rasanya tolak telur dadar sebab I ada dengar staff tanya nak tambah telur dadar tak. 


I tak makan sangat Asam Pedas tapi suka Mee Bandung, so order Mee Bandung je lah. Nak Order Mee Bandung Udang Galah tak boleh, orang tu tak bagi. Mee Bandung Ketam yang harga RM15 pulak feel nak makan ketam tak sampai lagi. Tak apa, nanti one fine day harus try Mee Bandung Ketam!


Side dish untuk dinner malam tu, Sotong Celup Tepung. I actually tak tau apa function sos kat sebelah sebab I ratah sotong je semata-mata. Rangup sangat. Plus tak rasa oily pun. Rasa macam sotong tu kenyal je bila dikunyah-kunyah. 

Licinnnnn!

Disebabkan I tak berapa suka sangat makan Asam Pedas jadi tak tahu lah apa yang sedap sangat. Tak pandai nak describe kesedapan Asam Pedas tu macam mana. Tapi memang betul-betul sedap lah agaknya sampai licin begitu sekali. Mee Bandung yang I order, not bad jugak lah. Sekarang ni target nak rasa Mee Bandung Ketam baru boleh rasa betul-betul sedap atau tak. Alah, eching je lebih. Padahal alasan nak datang lagi sebenarnya. 

Oh dimana letaknya Restoran Bisik-Bisik ni? Tak berapa nak jauh sangat dengan Unisel Shah Alam.Uolls search je kat waze alamat Restoran Bisik-Bisik di bawah ini. Sebab kalau uolls search nama restoran kat waze tak jumpa pulak. Kena search by address. 

Restoran Bisik-Bisik
Alamat : Jalan Zirkon B7/B, Medan Selera Anjung 7, Seksyen 7, Shah Alam

I perasan ramai yang datang makan di sini order Mee Bandung Udang Galah. I tengok Udang Galah besar-besar jugak. Tak nak makan Mee Bandung boleh try Asam Pedas pulak. Asam Pedas sedap, Mee Bandung pun sedap. 

p/s : Selalu baca kat blog Kak Lily tentang Kacang Pol. Ada jugak di sini. Boleh la try nanti. 

22/10/2014

Wordless Wednesday : Cornetto Red Velvet


p/s : En. Barney, nak lagi pleaseeee. 

21/10/2014

[ Korean Drama ] Blade Man

Since tengok Lee Dong Wook berlakon dalam cerita My Girl zaman muda mudi dulu, banyak drama lakonan beliau yang I follow. Cuma Hotel King je lah yang I tak sempat nak tengok lagi. So bila tau Lee Dong Wook ada berlakon drama baru, haruslah I tertunggu-tunggu. Plus, I suka tengok heroin dalam drama terbaru Lee Dong Wook ni. Oh sebenarnya tak ada lah drama baru pun, dah banyak episod jugak. Cuma I baru sempat nak story-story.



Sinopsis Blade Man

Joo Hong Bin (Lee Dong Wook) jejaka tampan dan kaya raya yang hatinya dipenuhi dengan sifat amarah yang memuncak. Dia kemudiannya bertemu dengan Son Se Dong (Shin Se Kyung), seorang gadis yang ceria dan peramah. Pertemuan tersebut kemudian sedikit sebanyak mengubah rentak kehidupan Joo Hong Bin dan melupakan amarah dan kesakitan yang bersarang di dalam hatinya. 


Kelakar. Lee Dong Wook memang nampak kebudak-budakan pulak dalam cerita ni. Tapi kalau dia marah, dah jadi macam The Hulk pulak. Boleh berubah menjadi sesuatu yang sangat bahaya. I baru tengok beberapa episod je sebenarnya, jadi tak tahu lagi apa yang menyebabkan perubahan supernatural itu. Kalau marah je bertukar. Bertukar jadi apa uolls kena tengok sendiri lah. Tapi tetap handsome jugak. 


Episod pertama, agak 'sesat' juga lah tengok cerita ni. Rasa macam, er cerita ni menghala ke mana sebenarnya. Dari mana nak ke mana, agak lost sikit. Episod kedua, nak mula nampak 'lampu jalan' yang samar-samar. Episod ketiga, dah start ke arah yang best.Teringin nak tahu macam mana si heroin boleh mengubah watak hero yang menyampah je tengok. Childish tapi kelakar. 

Tonton Online Blade Man

Download Blade Man

p/s : siapa tengok drama baru Joo Won? Member office kata drama tu pun best jugak

20/10/2014

Review : Dracula Untold

Semalam macam biasalah aku dan Chipmunk keluar dating. Planning sebenarnya memang nak tengok wayang cerita lain tapi cerita yang kitorang nak tengok tu tak ada. Jadi aku pilih nak tengok cerita ini. Ini poster Dracula Untold.


Cerita ini mengisahkan Vlad (Luke Evans) yang merupakan seorang pahlawan yang sangat digeruni pada masa dahulu. Dia merupakan seorang yang sangat kejam pada musuh-musuhnya. Setelah dia membina kerajaannya sendiri, Raja Mehmed (Dominic Cooper) memerintahkan Vlad untuk menyerahkan 1000 kanak-kanak serta anak Vlad, Ingeras (Art Parkinson) untuk dijadikan tenteranya.

Vlad cuba untuk mempertahankan kanak-kanak dari kerajaannya daripada Mehmed dengan mencari kuasa Vampire. Bagaimana Vlad daripada seorang manusia biasa bertukar menjadi Vampire? Adakah dia berjaya mempertahankan kanak-kanak serta anaknya daripada menjadi tentera Mehmed? Dan apakah yang terjadi kepada Vlad selepas dia menjadi Vampire?


Bagi aku cerita ini plot dia biasa-biasa saja. Kebanyakan vampire ini cerita dia lebih kurang saja. Kelemahan dia adalah barangan daripada perak, terbakar bila terkena cahaya matahari dan sebagainya. Lagipun, dalam cerita ini menampakkan Islam itu sendiri sebagai orang yang suka menyeksa orang lain dan menjadikan kanak-kanak sebagai sasaran. Jadi, bahagian cerita itu membuatkan cerita ini tak berapa best nak tengok. Part dia berlawan itu biasa-biasa jugak. Aku bagi rating cerita ini 5.5/10.







Sumber : IMDb dan Google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...