First of all, nak minta maaf sangat-sangat tak sempat lagi nak blogwalking. Ada banyak yang perlu diselesaikan. Nak siapkan assignment and hari selasa ni ada exam lagi, last paper. Banyak cerita I nak story-story dengan uolls ni. Tunggu eh. I cerita satu-satu. Baru best.
Sebenarnya plan semalam nak melangsaikan hutang-hutang membalas jejak ni. Tapi terlupa pulak dah janji dengan BFF untuk keluar dating sama-sama. Sekali dengan En. BF aka En. Barney lah kan. BFF Chipmunk ni baru je sampai Bangi, baru mendaftar untuk menjalani latihan di Petronas Research Centre. Memang tak jauh lah dari UKM.
Destinasi pertama Alamanda Putrajaya. Ada benda yang Chipmunk nak kongsi-kongsi dengan korang tapi kita hold dulu eh. Destinasi kedua kitorang bergerak ke The Mines pulak. Nak tunjuk KTM Serdang katanya, kot-kot Cik Alyn (BFF Chipmunk) nak ke KL guna public transport ataupun nak singgah The Mines nak beli-beli barang. Sebenarnya, hari sebelum tu (Jumaat), Chipmunk dan En. Barney ada ke The Mines jugak. Yang tu next time Chipmunk story-story ye.
Ehem. Orang belanja.
Kisahnya begini, Cik Alyn ni memang peminat tegar Starbucks. Before plan nak keluar sama lagi beliau dah cakap mengidam Starbucks ni, dah lama tak merasa katanya. Dah habis satu Mines, beliau minta tunjukkan Starbucks. Sampai-sampai je....
Cik Alyn : Torang pernah minum aek Starbucks sik? Korang pernah minum air Starbucks tak?
Chipmunk : Sik pernah pun. Tak pernah pun.
Cik Alyn : Mok minum sik? Nak minum tak?
Chipmunk : Ko mok belanja kah? Kau nak belanja ke?
Cik Alyn : Aoklah, ya aku tanyak. Yela, sebab tu aku tanya.
Bila orang dah offer begitu, terima je lah. Nanti apa pulak kata orang kita tak terima ye. Lagipun tak pernah pun pergi Starbucks ni.
Cik Alyn yang sebelah kiri. Yang sebelah lagi coursemate beliau masa di UMS dulu.
Classmate since Darjah 4 sampai lah Tingkatan 5.
After Form 5, Chipmunk dan Cik Alyn sama-sama sambung belajar di Kolej Matrikulasi Labuan. Time tu memang boleh kata tido sebantal, makan sepinggan lah. Habis matrikulasi baru terpisah bila sorang di UKM dan sorang lagi di UMS.
Sila baca betul-betul. Ini muka jakun sebenarnya, bukan muka excited.
Eh, awak pun ada rupanya.
Dua-dua makin membesar. Bila nak diet ni??!
Banyak lagi story lepas ni. Tunggu je. Dan jangan lupa tunggu Chipmunk singgah blog korang pulak. Oh ye, nak jemput siapa-siapa yang tak join GA lagi tu, jom lah join. Tinggal dua hari lagi. Klik
SINI untuk join.
Mode : Terukir di Bintang - Yuna
perasan!