31/12/2012

Boleh gemuk macam ni.... Haihhh!

Dalam entri INI Chipmunk ada bagitau yang Chipmunk pergi somewhere before terkena jangkitan 'virus' baru tu. Tak ada lah somewhere sangat pun kan, cuma teringin nak makan something je. Actually dah lama dah teringin nak makan something tu, cuma nak tak nak je pergi. Tambah pulak minggu busy kan. Tapi lepas baca entri Cik Leeza yang INI, makin membuak-buak pulak keinginan tu kan. 

Mula-mula plan memang nak pergi petang khamis, after En. Barney siap bentang proposal. Tapi En. Barney balik dah pukul 6 petang. Tak syok pulak kalau pergi malam so tangguh lah ke esok petangnya pulak (perempuan ni memang demand pun sebenarnya, padahal boleh je pergi malam tu). Tu yang last minute plan tengok Jack Reacher yang bosan tu. Esoknya last minute pulak ada group discussion, terpaksa cancel lagi plan.

Hari sabtu tu akhirnya tertunai jugak hasrat hati. Sebenarnya, nak pergi Secret Recipe je pun. Bunyi macam nak melancong jauh je.

Boleh je buat sendiri yang kat depan tu, tapi dah duduk hostel nak 'bertukang' macam mana.

Oreo Cheesecake + Vanilla Latte

Chocolate Fudge + Iced Caramel Latte



Jangan jealous uolls! I makan dulu ye. =P

p/s : Lagi banyak study, lagi kuat nafsu makan. En. Barney selalu kata, study guna banyak tenaga. Sebab kena banyak berfikir. Sebenarnya taknak Chipmunk rasa bersalah sebab makan banyak sangat tu. Gemuk I macam ni tau.

30/12/2012

Hati-hati. Virus baru telah dikesan semalam.

Virus ini Chipmunk panggil Virus R. Kenapa panggil Virus R? Sebab virus ini di bawa oleh Kak Ruha. Kesian Kak Ruha, tiba-tiba dipersalahkan pulak. Alkisahnya begini, semalam Chipunk dan En. Barney pergi somewhere, (jangan risau nanti Chipmunk story-story pergi mana) terjumpa pulak something yang mengingatkan Chipmunk dengan Kak Ruha dan Chipmunk pun cerita lah tentang entry Kak Ruha yang INI kat En. Barney. Before ni Chipmunk pernah cakap kat Kak Ruha yang tak pernah pun jumpa benda tu dan kebetulan semalam ternampak pulak. Teringin pulak nak try buat, tengok Kak Ruha buat macam best je.

 Woodcraft Construction

Beli tiga sekaligus. Satu besar, dan dua lagi yang kecik. Tapi Chipmunk buat satu je. Dua lagi En. Barney punya. Sampai-sampai bilik je terus buat.


Comel kan? Tak lama pun pasang benda ni, pasang punya pasang tengok-tengok dah siap. 

Tada!!


Sebenarnya memang minat benda-benda macam ni. Sebab Chipmunk ni bukan jenis yang boleh duduk diam pun. Memang ada je benda yang nak dibuat. Kalau tengah cantumkan Jigsaw Puzzle tu janganlah ganggu. Tak akan dilayan lah.

p/s : Habislah, dah mula minat buat benda ni.

29/12/2012

Handphone atau Smartphone?

Zaman sekarang ni kalau cakap pasal handphone, kalau boleh budak-budak yang umur 4-5 tahun pun wajib ada phone jugak. Bukan sebarang handphone tau, smartphone dah sekarang. Handphone yang biasa-biasa ni tak pandang pun. 

Chipmunk teringat lagi kata-kata Kak Liyana Zahim kt FB suatu ketika dulu. Cewah, suatu ketika dulu tu, padahal bukan lama mana pun. Budak-budak sekarang, dapat straight A's tak kira lah UPSR atau PMR...

"Ayah, nak SIII sebijik. Paling kurang pun Blackberry lah. Boleh kita BBM dengan kawan-kawan kita.

Cuba cakap macam tu dengan bapa Chipmunk, nak tau jawapan dia apa? 

"Belajar rajin-rajin. Nanti dah besar dapat kerja bagus-bagus kau nak beli telefon harga 10k pun boleh. Aku tak kisah."

Sadis bukan? Kalau nak compare dengan zaman sekarang lah. Tapi zaman sekarang memang tak boleh nak dibandingkan dengan time kita dulu-dulu pun. Maka dengan itu, Chipmunk jadi terlatih untuk tak minta apa-apa andai kata dapat result 30 A sekalipun. Apatah lagi nak minta handphone sebijik. Even dah dapat degree, and dapat sambung master pun. Tak adanya dapat soalan begini...

"Kakak nak hadiah apa dah grad ni?

ataupun begini 

"Kakak nak hadiah apa sempena dapat sambung belajar ni? Sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya katakan"

Oooooh... beruntunglah kalau dapat soalan-soalan macam tu ye. Rasanya dalam mimpi pun belum tentu dapat dengar soalan-soalan begitu. Okay, berbalik kepada topik asal. Jangan nak menggedik melencong ke tempat lain pulak.

Chipmunk dulu nak dapat handphone punya lah payah. Parent jenis yang strict dengan anak-anak. Dan Alhamdulillah, sebab itu lah boleh berjaya sampai ke tahap sekarang ni. No phone, no TV, no computer. Tengok TV, ada masa-masa tertentu yang dah ditetapkan. Nak online pun sama. Itupun mak wajib ada di belakang. Nak pantau anak dia lah tu. Handphone? Habis SPM baru dapat tau, dalam penghujung tahun 2006. Itupun handphone secondhand. Warisan turun temurun dari mak. Nak tau phone apa? Ha, ini.....


Motorola C390. Model tahun 2004 kalau tak silap. Chipmunk pakai tahun 2007. Time tu kan sibuk dengan phone yang ada kamera, infrared dan bluetooth dan walkman bagai tu kira paling canggih lah tapi phone yang ni, satu pun tak ada. Nak dijadikan cerita, phone ni uzur dan rosak pulak. Maka, beli phone baru dan itu pun dengan duit sendiri jugak.


Nokia 3110c. Chipmunk beli tahun 2007 jugak untuk gantikan phone yang dah rosak tu. Dan dalam banyak-banyak phone. Phone ini lah yang paling lama bertahan. Sampai tahun 2010 Chipmunk guna dan sampai sekarang masih ada lagi di tangan adik bongsu Chipmunk.


Sony Ericsson Yari. Yang ini barulah phone yang bapa belikan untuk Chipmunk. Sebab apa yang tu Chipmunk tak ingat. Actually Chipmunk paling selesa guna yang ni. Tapi sayang hanya mampu bertahan setahun je, padan muka rosak sebab habit buruk Chipmunk sendiri.


Sony Ericsson W8. Alhamdulillah dah setahun lebih guna. Ini pun bapa belikan untuk ganti Yari yang dah rosak tu. Kalau nak tunggu Chipmunk beli guna duit sendiri memang merana lah mak dan bapa tak boleh nak contact anak diorang yang berada jauh di perantauan ni. Jauh lah sangat, sekadar 2 jam 15 minit je naik kapal terbang.

Memandangkan sekarang tengah heboh tentang rebate RM200 untuk smartphone yang bawah RM500 tu, agak-agak dapat tak phone baru ni? Ha... En. Barney, phone yang awak nak beli untuk saya biar tahan lama sikit saya pakai tu ada jugak dalam senarai. Boleh lah ni ye dapat phone baru?

sumber : INI

p/s : smartphone atau handphone biasa mana-mana pun boleh asalkan dapat menghubungkan kita dengan insan-insan yang tersayang. Kalau untuk keselesaan diri itu boleh lagi diterima tapi kalau handphone canggih-manggih sekadar nak show off dengan orang buat apa?

28/12/2012

Sila Baca! PENTING.

Sticky Post sehingga 28/12/2012. Sila scroll ke bawah untuk entri terbaru

Di sini, saya nak minta tolong anda semua untuk selesaikan satu tugasan ini. Ha, tugasan apakah itu? Tapi tugasan itu ada ganjarannya. Walaupun tak seberapa tapi at least sebagai penghargaan saya buat anda yang sudi membantu. 

Actually, ada seorang member ni minta tolong kami (Chipmunk dan En. Barney), minta tolong dari anda semua untuk selesaikan satu tugasan ini. Senang cerita soal selidik ringkas untuk tesis beliau. Jangan risau, ada ganjaran dari pihak chipmunkandbarney.blogspot.com iaitu...

  1. 10% daripada penyertaan akan mendapat blog review (dipilih melalui random.org). *mungkin akan dinaikkan lagi peratusnya. 50% atau 70%*
  2. Bloglist khas selama 3 bulan bagi semua penyertaan. 



Syarat-syaratnya :
  1. Berumur di antara 19-35 tahun
  2. Klik gambar di atas untuk menjawab soal selidik.
  3. Komen pada entri ini memberitahu bahawa anda telah menyelesaikan tugasan yang diberi. (Tidak perlu buat entri khas)
  4. Sila PM/Inbox Nama Penuh dan URL Blog anda di SINI untuk tujuan semakan. (make sure, INBOX nama anda dan url blog. Paling kurang pun TOLONG tinggalkan nama dan url blog di ruangan komen entri ini)
Kerjasama anda kami dahulukan dengan ucapan terima kasih!

Tarikh tutup akan diberitahu kemudian.

*update*
Jangan lupa tinggalkan nama dan url blog korang. Chipmunk suruh inbox sebab mungkin certain orang nama tu agak private. Tapi kalau nak tinggalkan di ruangan komen entri ini pun tak ada masalah bagi Chipmunk. Ada yang tak tinggalkan nama dan url blog. Satu hal lagi Chipmunk nak cari siapa. Kalau jumpa tak apa, kalau tak rasa bersalah pulak.

p/s : Bapa selalu pesan, kalau kamu membantu orang lain, nescaya orang itu akan membantu kamu juga suatu hari nanti. =)

Jack Reacher

Kalau 2 minggu lepas Chipmunk sibuk dengan pembentangan ini lah, itu lah dan segala macam yang sangat memerlukan fokus yang lebih, kali ni turn En. Barney pulak. So, lepas beberapa hari yang memenatkan tu malam semalam Chipmunk ajak la En. Barney keluar konon nak release tension taknak fikir apa-apa lah. 

Tak tau nak buat apa last-last pergi tengok movie je lah. Pilih mana-mana movie yang ada dan last-last tengok movie ini..



Pendek cerita, dalam movie ni Tom Cruise of course la pegang watak Jack Reacher, merupakan seorang detektif katanya. Dan dia terpanggil untuk menyelesaikan suatu kes pembunuhan di mana 5 orang mangsa telah dibunuh secara rambang oleh sorang penembak tepat. Tapi masalahnya sekarang, penembak tu dah berjaya ditangkap. Jadi apa lagi yang perlu disiasat? Dan kenapa pembunuh tu memilih mangsanya secara rawak? Bukan seorang dua, tapi lima orang! Apa fungsi Jack Reacher ni sebenarnya?


Chipmunk tak tau nak cakap movie ni macam mana. Tapi agak membosankan lah. Bak kata En. Barney, tak memerlukan kita untuk berfikir langsung dan mengecewakan. Sampaikan En. Barney boleh tertido lagi. Tak ada something yang boleh di'Wow'kan. Cuma kalau nak tengok untuk saja-saja tak tau nak buat apa tu boleh lah kot.




Bagi Chipmunk mungkin movie ni dalam 5.5/10 kot. Bosan! Dalam hall tu asyik terfikir bila lah movie ni nak habis. Ending cerita pun macam tu je. Hmmm.

27/12/2012

Spontaneous Thursday : Tiga dan tiga kali sifar.

Dengan usia hampir mencecah 2 tahun, 
dan kini dengan angka lebih dari tiga dan tiga kali sifar.
Sedang mencari hadiah untuk sesuatu.
Tapi,
untuk apakah?
Dan,
hadiah apakah? 
Hmmm...
(^_^)


Terima Kasih Saudari untuk angka ini.

26/12/2012

Apa yang akan terjadi pada anda Tahun 2020 nanti?

Ingatkan nak buat entri Wordless hari ni. Tapi, ada something yang lagi seronok untuk dikongsikan. Tapi bagitau awal-awal eh, ni bukan lah iklan atau apa-apa. Sekadar perkongsian semata-mata. Chipmunk dapat ni masa tengah baca blog BeautifulNara sekali imbas. Chipmunk kalau buka BN ni suka tengok gambar je. Cerita-cerita atau gosip semua tu malas nak ambik peduli sangat. Tapi entri INI sangat menarik perhatian Chipmunk.


Macam yang Abang Nara bagitau, ini adalah satu aplikasi yang dihasilkan oleh Economic Transformation Programme (ETP). Cuma jawab beberapa soalan yang berbentuk interaktif dan menarik perhatian serta comel! 

Mula-mula 4 soalan ringkas mengenai jantina, umur, status dan lokasi.

Lepas tu ada soalan tentang apa kita hendak lakukan, hendakkan percutian yang bagaimana. Dan yang comelnya apa barang keperluan yang perlu ada di rumah kita.

Apa yang perlu ye? Hmmm...

Barangan runcit pulak beli kat mana?

Weekend pulak nak buat apa lah ye?

Dan akhir sekali, kita akan dapat tau apa kita akan jadi dalam masa 7 tahun akan datang iaitu tahun 2020 nanti menurut personaliti kita. Nak tau apa result Chipmunk dapat? Ini.....


Ecomaniac!! Memang sebijik kena kat muka, kata pelajar Sarjana Pengurusan Persekitaran kan. Reduce, Reuse, Recycle itu memang tema tesis Chipmunk pun. InsyaAllah, akan terus berada di jalan yang betul. Jadi jangan terkejut kalau suatu hari nanti Chipmunk jadi Datuk Bandar pulak ye? 

Nak try jugak? Boleh klik http://etp.pemandu.gov.my/citizen2020/. Dah dapat jawapan nanti bagitau ye. Nak tau jugak jawapan korang. Hehe.

Sumber : INI

25/12/2012

Blogger Paling Santai 2012: Cenderahati Pertama Santai Leeza

Jom join segmen simple. Segmen ni dari seorang blogger yang rajin support blogger lain. Jadi, Chipmunk pun taknak terkecuali lah untuk join segmen blogger cantik lagi manis ni. Sebagai tanda sokongan. Cewah! Malas nak taip panjang-panjang. Lenguh lah. Nak tengok syarat-syarat dan hadiah serta bagaimana pemenang dipilih boleh klik je banner kat bawah ni.


Tunggu apa lagi, join jangan tak join. Hehe

Tarikh Tutup : 31 December 2012

24/12/2012

Kucing-kucing Jalanan.

Beberapa hari lepas, tak pun seminggu yang lepas masa baru balik dari makan malam, tiba-tiba ada makhluk kecik yang terkedek-kedek ikut Chipmunk masuk bilik. Kesian sangat, dari rupa dia Chipmunk agak mesti kelaparan. Terus call En. Barney untuk belikan makanan untuk Si Kecik ni. Kesian En. Barney, baru je balik dah kena keluar lagi. Sementara tunggu En. Barney pergi belikan makanan Si Kecik, Chipmunk bawa lah makhluk comel ni masuk bilik. Sebab nanti kalau dibiarkan kat luar, hilang pulak dia.

Gambar blur sebab Si Kecik ni tak reti duduk diam. Lapar sangat agaknya.

Umpan dia dengan kunci sementara tunggu makanan sampai. Nakal sungguh.

Dapat makanan pun still taknak duduk diam jugak. Haish!

Sekarang ni, almost setiap hari Si Kecik datang makan. Pandai pulak dia cari bilik Chipmunk. Bila dia datang, dia mengiau dulu sekuat-kuatnya tunggu Chipmunk buka pintu dan bagi makan. Comel je. Hari first yang Si Kecik datang tu, habis satu paket wet food dia bantai. Lapar sangat lah tu. Hari seterusnya dan sampai sekarang, dia jamah setengah paket je. Ni pun Chipmunk tengah tunggu dia datang mengiau minta makan. Kalau Chipmunk tak duduk hostel ni, memang dah bawa balik rumah bela. Kesian tengok. T_T

Antara bekalan makanan yang wajib ada. Nanti senang kalau Si Kecik makan.

Chipmunk ni kalau tengok kucing terbiar tu cepat sangat tersentuh. Rasa sebak pulak. Especially yang kecik-kecik tu. Pernah sekali, Chipmunk menangis tengok tiga ekor anak kucing cari makan kat depan kedai runcit. Time hujan pulak tu. Dengan menggigil-gigilnya berjalan. Dah la kecik lagi. Time tu rasa macam useless gila sebab tak boleh tolong. En. Barney pernah cakap, macam mana lah kalau tinggal rumah sendiri nanti. Agaknya setiap kucing tepi jalan yang Chipmunk jumpa tu nak bawa balik jugak ke? Mampu senyum je lah. 

Chipmunk panggil dia Diva, selalu bagi dia makan masa Chipmunk selalu study kat fakulti sem lepas.

Kucing-kucing terbiar yang tepi-tepi jalan ni memang tak bersih. Yela, tak ada orang bagi mandi, makan pun tak tentu. Tapi jangan lah pandang kucing-kucing ni jijik sangat. Nak pukul, tendang ikut suka hati. Kucing-kucing ni pun macam kucing yang kita bela kat rumah tu jugak. Cuma mereka kurang bernasib baik je. Bantu lah kucing-kucing ni kalau kita rasa kita boleh bantu. Bukan bantu-membantu sesama manusia je, haiwan pun perlu jugak. =)

23/12/2012

Si Musang Jahat

Penghujung tahun 2012 ni, Si Musang Jahat telah menyerang kembali. Kalau tahun lepas di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (Maeps), kali ni di Mines Convention Centre (MIECC) pulak. Apa yang Chipmunk maksudkan ni sebenarnya? Ha, ini lah......


Big Bad Wolf Book Sale 2012!

First time Chipmunk pergi tahun lepas (boleh baca SINI). Dua kali Chipmunk terjah dan tahun ni dua kali jugak Chipmunk pergi. Tapi yang tahun ni macam kurang best berbanding tahun lepas. Tak rambang mata macam tahun lepas.

Cakap je tak rambang mata sebenarnya tapi borong tetap borong ye! Ni.....

Hasil tangkapan dua hari.

Bookmark untuk tahun ini.

Bagi yang datang terjah MIECC dari 7 December sehingga 23 December tahniah diucapkan kerana berjaya mengharungi dan meredah lautan buku. Bagi yang tak sempat pulak, kita jumpa pulak tahun hadapan ye. =)

Dalam banyak-banyak buku tu ada sebuah je yang Chipmunk dah habis baca. Nak cuba teka tak? Bagi yang follow twitter Chipmunk mesti dah tau jawapannya kan?

22/12/2012

Apa yang Melekit (Sticky) ni???

Ingat tak dalam entri  INI, (entri dua minggu lepas kot) En. Barney ada hadiahkan Chipmunk something tu. Maaflah, baru sekarang sempat nak story-story kat uolls! Iolls busy sangat 2 minggu ni. Gedik sungguh perempuan ni.


Chipmunk suruh korang teka kan? Ada yang kata teddy bear la, takpun chocolate, minyak wangi, cupcake tapi paling suka jawapan Chic Na. Tapi memang betul la makanan. 


Ini adalah Sticky Candy. Chipmunk baru tau sebenarnya tentang Sticky Candy ni. Masa pergi Malaysia Chocolate Fair 2012 di Midvalley bulan Oktober lepas (Boleh rujuk SINI). Time tu Chipmunk menyesal pulak tak beli. Sejak dari tu lah Chipmunk suka memeningkan kepala En. Barney, asyik cakap teringin Sticky Candy ni. 2 minggu lepas bila Chipmunk ajak keluar date sebab stress duduk bilik mengadap assignment, En. Barney ajak lah pergi Midvalley jalan-jalan saje cuci-cuci mata. 



Sekali sampai dua pakcik tu belikan. Taknak pening kepala lah tu. Haha. Actually, Chipmunk bukan jenis yang suka makan benda-benda manis macam ni. Tapi Sticky Candy ni tak rasa manis sangat, masam-masam sikit. Sambil buat assignment tu, ini lah yang jadi peneman. Tapi tak boleh nak makan banyak-banyak. Dan nama pun candy kan. 

Lover's Corner (small) RM16.90

Mix Rocks Candies (Large) RM19.90

Ada macam-macam perisa sebenarnya. Singgah outlet pink Sticky Candy pastu pilihlah perisa apa yang kita nak. Kalau bernasib baik jumpa lah Sticky Candy yang kartun-kartun ni. Macam Angry Bird apa semua. Sticky Candy ni so far hanya boleh didapati di The Gardens, Pavilion dan juga One Utama. Kalau nak design sendiri pun boleh tau. Nak letak nama sendiri untuk door gift kahwin dan yang sewaktu dengannya boleh lah. 

Bagi yang berada di luar kawasan tu, kalau nak order boleh isikan order form yang mereka sediakan. Lepas tu tunggu lah Encik Posmen datang rumah hantarkan Sticky Candy yang korang order tu. Sebarang tempahan atau pertanyaan boleh terus ke Facebook Sticky Malaysia di SINI.

21/12/2012

26th Birthday Giveaway by ShidaR

Alhamdulillah, selesai sudah dua minggu yang azab dengan segala presentation dan due date assignment yang bersepah-sepah. *Jangan risau, yang menaip ni pun tak faham sebenarnya apa yang hendak disampaikan*

Malas nak cakap panjang, mood nak menaip ni masih lagi belum kunjung tiba. Jadi, untuk trigger balik mood yang hilang ke mana tu Chipmunk nak join lah GA salah sorang blogger famous amos ni. Siapa lagi kalau bukan....


Untuk baca syarat-syarat yang ditetapkan boleh lah klik banner kat atas ni.. 



Tarikh Tutup : 31 December 2012

p/s : Berjaya distract diri daripada buat assignment malam ni. Hasilnya dua di atas ni lah. =)

19/12/2012

Wordless Wednesday : Saya = Penat


13/12/2012

Spontaneous Thursday : Kasih yang Diterima...

"Terima Kasih kerana menceriakan hari-hari saya dengan komen-komen anda!"

Tapi maaf lah, busy sampai minggu depan. Free nanti kita singgah rumah awak, awak dan awak ye. Jangan lupa sediakan makanan best-best tau. Bubur durian pun boleh! *walaupun tak makan durian, tapi suka bubur durian. Tak ada bau durian agaknya*

Nah, sorang satu. Jangan berebut, tak cukup bagitau. =P

12/12/2012

Wordless Wednesday : Bittersweet


11/12/2012

Pencuri Masa

Cak!
Rindu kita tak? *perasan*
Beberapa hari ini memang tak buka blog langsung. Maaf lah sayangs sekalian, super duper busy sampaikan masa untuk tido pun terpaksa curi sikit masa yang ada. Ini pun rasa macam nak demam + pening kepala sebab tak cukup rehat. 

Tapi dalam masa kerja menimbun setinggi Gunung Kinabalu (Nak cakap Gunung Everest macam over sangat lah pulak), ahad lepas sempat lagi keluar meronggeng nak release tension katanya! Dapat 'something' dari En. Barney. En. Barney hadiahkan dua 'something' tu. Satu sebab dapat markah tertinggi untuk kuiz minggu lepas, satu lagi sebab dah hujung tahun nak masuk tahun baru kononnya. Padahal Chipmunk yang merengek-rengek minta belikan. Over je lah perempuan  ni.

Ha, apalah agaknya something tu ye? Bagi chance korang teka. Hint ada pada gambar di bawah ni. =P

Buat macam ni kononnya nak cover perut. Sudah lah, cover macam mana pun tetap buncit jugak.

Agaknya apalah yang En. Barney beli ye?

p/s : tak sempat nak blogwalking, nak komen-komen kat blog lain beberapa hari ni. Cuba untuk merangkak walaupun seperti siput. Tunggu ye.. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...