29/08/2011

Baju Raya.. Eh, silap Phone Raya!


Hari tu kan Chipmunk ada buat entry pasal phone masuk wad. Tadi pergi la ke kedai tempat bapa hantar phone tu, nak tanya bila phone tu boleh siap. Sekali orang kedai tu cakap maybe lepas raya, itu pun dalam jangka masa paling cepat pun setengah bulan. Alkisahnya, phone tu diorang hantar ke KL. Kalau tau, dah hantar awal-awal dah hari tu. Tapi memandangkan phone tu still under warranty, memang tunggu balik la baru hantar repair. 

Bila dengar orang tu cakap macam tu, memang geleng kepala la. Phone y.ang Chipmunk pakai sementara waktu ni pun bapa nak guna pulak. Last sekali, bapa offer nak belikan Chipmunk phone baru. Yang ni best nak dengar. Sebenarnya sayang Yari tu. Tapi bila bapa dah suruh pilih nak yang mana, apa lagi. Guna la peluang yang ada. Dan serta merta mata ni tangkap sebijik phone yang memang Chipmunk berkenan. Bukan Chipmunk sorang je. En. Barney pun suka phone tu.

Supposedly, harga asal RM700 lebih. Tapi memandangkan sekarang ada promotion raya harga phone tu jadi RM600 lebih. Tapi lagi, sebab kitorang memang selalu datang kedai tu, rasanya semua handphone di rumah ni beli kat kedai yang sama, tauke kedai tu kurangkan lagi jadi RM500 lebih. Bapa memang tak pandang kedai lain dah, terus belikan phone tu untuk Chipmunk. Nak tau tak, phone yang mana....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

p/s : En. Barney, sila jangan jealous ye. Ingat tak hari tu kat Times bukan main lagi cakap "Tengok-tengok nanti orang yang beli dulu". Sekarang tengok la, siapa yang dapat dulu? =)

28/08/2011

Kek Lapis Oreo Part II


Hari tu kan Chipmunk ada buat entry pasal Kek Lapis Oreo, dan banyak jugak feedback yang Chipmunk dapat nak minta resipi. Even kat status FB pun kawan ada tanya nak buat macam mana. So, siapa-siapa yang nak resipi Kek Lapis Oreo ni boleh la tengok resipi kat bawah ni ye.

Kek Lapis Oreo

Bahan A
25 biji kuning telur
8 biji putih telur
200g tepung hongkong
250g gula kastor
1 sudu makan ovallete
1 sudu teh butter oil

Bahan B
500g mentega
4 sudu makan susu pekat
100g seri kaya

Bahan C
150g Horlick
4 paket biskut oreo
Pewarna Hijau


Cara Membuat :-
1. Pukul Bahan A sehingga kembang. Ketepikan
2. Pukul Bahan B sehingga kembang.
3. Kemudian adunan Bahan B yang telah berkembang dimasukkan ke dalam adunan Bahan A tadi dan gaul rata.
4. Bahagian adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian tanpa pewarna dicampur dengan Horlick dan satu bahagian lagi diwarnakan hijau disusun dengan biskut oreo.
5. Bakar berlapis-lapis, 2 lapis adunan tanpa pewarna dan 2 lapis lagi bewarna hijau. Lapisan hijau pertama sahaja disusun biskut oreo.
6. Bakar adunan sehingga habis.

Sumber : Kek Lapis Sarawak 4 oleh Rabiah Amit.

p/s : Hari tu Kak Puteri minta resepi kek lapis sebab tak pernah try buat kek lapis lagi. Ni dah ada, nanti sis try la. =)

+ Taip entry ni masa tengah tunggu Kek Lapis Pandan Cheese siap. Mata ni memang menguji kesabaran. So, kalau ada jumpa typing error kat mana-mana tu maaflah ye. Serius memang mengantok sangat-sangat.

27/08/2011

Balik Kampung ^^

Yeah!! Hari ini aku bertolak balik kampung. Kampung aku nie special sikit sebab semua orang kenal dengan negeri Jelapang Padi tu. Kalau tak tahu tu, pergi search kat Google apa yang aku cakap nie. ^^





Tahun2 sebelum nie biasanya aku dan aku adik aku no. 2 nie balik kampung naik bas je. Maklumlah kitorang nie adik-beradik ramai. Tiap kali balik, mesti penuh punya kereta bapak aku tu. Sampai mak cik aku cakap "dah macam sardin dah hampa naik kereta nie". Hahaha..

Tapi tahun nie kira macam up sikit la pasal kitorang balik kampung naik 2 biji kereta. Mula2 ingat nak naik kereta merah chipmunk tu. Tapi bapak aku cakap naik kereta Honda dia. Dia pula naik kereta Volvo kawan dia. Jadi, takda la macam sardin dah. ^^


Hari ini balik mesti sesak punya. Semalam tengok berita pun, ke arah pantai timur dengan utara dah sesak dah kat tol. Nasib baik sebelum chipmunk balik hari tu, dia ada bagi Touch n go. Agak lega la sikit kalau kat tol nanti. Walau sesak macam mana pun, kitorang tetap balik jugak. HERE WE COME KEDAHHHHHHHHHHH!! ^^





Kepada siapa2 yang nak balik kampung nanti, berhati-hati di jalan raya. Jalan bawa laju sangat. Ingat orang yang tersayang. Peace!

p/s: balik nanti boleh la jumpa kawan aku yang serabut tu.
Aran! ^^

Sumber gambar : Pak cik Google

26/08/2011

Kek Lapis Oreooo


Hari tu buat entry pasal biskut, hari ni nak buat entry pasal kek pulak. Dah start dah operasi buat kek lapis ni. Malam tadi dah buat Kek Lapis Oreo. Resipi Kek Lapis Oreo ni Chipmunk ambik dari Buku Resipi Kek Lapis Sarawak oleh Rabiah Amit Jilid 4. Siapa yang buat biasa buat kek lapis sarawak memang akan familiar dengan Puan Rabiah Amit ni. Mak Chipmunk ada koleksi buku resipi kek lapis beliau dari jilid 1 sampai la yang latest jilid 4 ni. Kitorang kalau nak buat kek lapis memang akan refer buku resipi beliau je.

Malas nak bebel panjang, baik tengok gambar je ye.

Yang ni kek still dalam oven lagi. Nak tunggu lapisan paling atas tu masak.

Yang ni pulak bila lapisan paling atas dah masak. Ada banyak lagi lapisan-lapisan kat bawah tu. Lapisan yang ada oreo tu lupa pulak nak ambik gambar. Keluarkan dari oven untuk letak lapisan baru pulak.

Yang ni pulak adunan kek lapis tu. Kek Lapis Oreo ni ada dua warna. Satu hijau dan satu putih. Yang ni dah nak siap dah sebab tu boleh tengok adunan warna putih tu dah habis. Kalau perasan ada paket oreo kat situ. Chipmunk dah guna dua paket untuk buat satu kek lapis ni. Nampak tak laptop kat situ. Sementara tunggu masak, boleh la online kejap ye. Jangan sampai kek hangus sudah.

Yang ni bila adunan diatas dah dimasukkan dalam acuan. Nak angkat masuk dalam oven balik.

Finally, kek lapis oreo dah siap!

Dan En. Tim si alas kaki yang memang tak mahu ketinggalan. Dia lah yang temankan Chipmunk sampai kek lapis siap.

Yang ni ambik dari En. Google. Macam ni la rupa kek tu. Tapi Chipmunk dah tak larat nak tunggu sampai kek tu sejuk.

p/s : kalau ada siapa-siapa nak resipi tu boleh bagi email kat Chipmunk. Nanti Chipmunk emailkan.

25/08/2011

spontaneous thursday


To handle yourself, 
use your head...

To handle others,
use your heart...


24/08/2011

Wordless Wednesday : Dah Siap Satu!


Dalam entry INI, Chipmunk cakap nak buat biskut Cream Cheese tapi tak cukup satu bahan pulak. Try biskut lain. (Sempat jugak snap gambar, nasib baik tak hangus je).







23/08/2011

Misi Mencari Resipi Biskut Raya!


Hari ini secara rasminya start la operasi membuat kek dan biskut raya ni. Tapi pagi ni nak meng-Google resipi dulu. Nak start buat biskut dulu. Buat yang simple-simple je. Sebab kat Sarawak ni biskut orang tak pandang sangat. Main focus adalah kek lapis. Kek lapis kalau buat awal-awal ni takut nanti cepat rosak. Kitorang kalau bab-bab biskut dan kek raya ni memang handmade punya, jarang lah jumpa yang beli-beli ni. Lagi-lagi kalau Chipmunk ada kat rumah, mak memang suka la. Boleh jadi kuli mak buat kuih, especially kek lapis. Muka ni la yang bertenggek depan oven nak tunggu kek lapis tu.

Tadi dah jumpa satu resipi biskut yang menarik perhatian. Dah set nak buat biskut tu petang ni. Biskut Cream Cheese. Tengok pun macam sedap. (Gambar-gambar dibawah adalah ehsan dari Pakcik Google).


Nak tau tak kek lapis wajib rumah kitorang, tiap-tiap tahun mesti jumpa lah.

Kek Lapis Tembikai

p/s : Chipmunk buat kek lapis sedap. Tak percaya tanya En. Barney. *Perasan kan?*

21/08/2011

Masuk Wad!


Bukan Chipmunk ye. Bukan En. Barney jugak. Tapi phone Chipmunk. Semalam hantar kedai, condition dah makin teruk. Kamera pun bukan boleh pakai dah. Itu lah akibatnya kalau setiap kali marah start la apa yang ada depan mata semua melayang. Phone pun tak terkecuali. Orang lain main angry bird kat phone, ini tak phone tu sendiri yang jadi angry bird. Target yang colour hijau tu je yang tak ada. 

Bila phone dah masuk wad tu, start la mencari siapa ada phone yang tak pakai nak pinjam kejap. Kalau phone takda, nak contact En. Barney macam mana? Phone spare hari tu ada kat En. Barney, tak bawa balik la pulak. Tapi nasib baik la bapa ada 2 phone. Boleh pinjam kejap. Kalau tak boleh mahu menangis air mata darah tak boleh nak contact En. Barney.

Dulu before phone masuk wad, Chipmunk pakai phone ni (Ambik kat Google je)


Tapi sekarang, terpaksa guna phone ni pulak. Tak kisah la, asal phone tu still boleh pakai untuk contact En. Barney. Tu yang penting. Hehe.

Yang ni kalau Chipmunk baling dan campak ke mana-mana, sure En. Barney takkan marah punya.

20/08/2011

Jom Main Masak-Masak


Ingat tak entry Chipmunk yang INI, Chipmunk pernah cakap nak buat Rainbow Cake bila dah sampai rumah nanti. Dah plan nak masak macam-macam. Semalam dah start adegan main masak-masak dengan adik tersayang. Kitorang try buat lasagna pulak. Selalu beli je, nak try buat macam mana pulak. Gambar tak sempat nak ambik (pinjam kat pakcik Google je), sebab kitorang main lumba lari dengan waktu berbuka puasa gara-gara balik lambat dari bazaar. Nanti ada jugak yang tak berbuka. 

 

Lasagna ni kalau dalam bahasa inggerisnya bermaksud...

A dish made by baking such pasta with layers of sauce and fillings such as cheese or meat 

Atau dalam Bahasa Melayunya setelah di Google Translate sebab malas nak translate sendiri even kacang je pun..

Hidangan diperbuat daripada pasta yang terdiri daripada lapisan sos dan inti seperti keju atau daging

Masak lasagna ni simple je pun, just lapis-lapis je. Tapi of course la kena buat inti dan sauce dulu. Inti dalam tu ikut la nak letak apa, sebab inti tu la nanti akan jadikan lasagna tu, lasagna daging ke, lasagna ayam ke atau seafood lasagna Pizza Hut yang sedap tu.Macam Chipmunk semalam, selongkar peti sejuk nampak cendawan jadi Chipmunk campak je la cendawan tu dalam kuali. Kalau nak tengok resipi-resipi lasagna ni, boleh tengok kat SINI. Ada banyak resipi yang kita boleh try kat situ. Chipmunk nak letak resipi yang semalam tu, Chipmunk main campak semua dalam kuali je pun bahan-bahannya. Maksudnya, sukatan untuk bahan-bahan tu tak proper la. Nanti ada jugak yang complain tak jadi ye. 

 Yang ni video simple nak buat lasagna, bagi idea macam mana nak main lapis-lapis nanti

19/08/2011

Segmen Tempek dan Jelajah Blog


Semalam sis Shida tag untuk join satu segmen ni. Segmen Tempek dan Jelajah Blog oleh Cik Temoyo. Before ni tak pernah pun join segmen-segmen ni. GA pernah la, tapi tu pun berapa je.

Jadi hari ni, Chipmunk pun ringankan lah jari-jari ni nak menaip untuk join segmen by Cik Temoyo ni. Ada syarat-syaratnya jugak tau. Tapi jangan risau, semua tu kacang je. Pejam mata pun boleh buat. (Nak try pejam mata sambil menaip. Boleh ke tak?). Nak tau dari Cik Temoyo sendiri apa syarat-syarat tu, boleh lah klik kat banner di bawah ni ye. 


1. Follow dan like Fanpage dah sudah.

2. Banner pulak dah ada kat atas ni. 

3. Kenapa join segmen ni? Macam yang Chipmunk bagitau sebelum ni lah. Mana pernah Chipmunk join segmen-segmen macam ni. Ni pun sebab dah kena tag jadi join je la ye. Apa salahnya kalau cuba sesuatu yang baru, tak pernah buat before ni pun. Selain tu, boleh jugak kita kenal blogger-blogger yang lain. Betul tak?

4. Dah siap tu boleh lah letak link kat entry INI. Terpulang lah sama ada nak tag orang lain atau tak. Dan orang yang bertuah kena tag tu adalah :


p/s : Terhad untuk 100 orang je. Lepas tu, kesemua 100 blogger ni akan di-promote dan Cik Temoyo akan buat sticky post selama 24 jam. Cik Temoyo bagitau, ada hadiah istimewa untuk yang terpilih.

18/08/2011

spontaneous thursday


You can close your eyes to things you don't want to see
But you can't close your heart to the things you don't want to feel


17/08/2011

Wordless Wednesday : Tim yang Nakal!









16/08/2011

Novel Bisik-Bisik Gelora

Sepatutnya nak update semalam. Tapi macam takda mood la pulak. Jadi, terpaksa la KIV dulu. Waktu pagi-pagi lepas sahur ni macam best la pulak nak menaip ye. Lagipun memang jarang tido balik pun. Kalau kat sini pukul 4.30 pagi lagi dah sahur. Yela, masuk waktu subuh lebih kurang pukul 5.15 pagi macam tu. Masa dekat Bangi dulu, pukul 5.15 pagi tu baru nak bangun sahur.

Macam semalam, lepas subuh terus capai novel Bisik-Bisik Gelora ni, nak habiskan. Novel ini adalah karya Fauziah Ashari. Alah, penulis novel yang famous berjudul Ombak Rindu tu. (Dah lama dengar yang Ombak Rindu ni nak difilemkan, tapi keluarnya tidak jugak. Entah bila la agaknya). Novel ni not bad la, agak lain daripada yang lain. Tapi actually lebih kurang je kalau novel-novel melayu ni kan. Just jalan cerita yang ni macam lain sikit la. Tapi biasalah dah nama pun novel, cerita lebih kurang je tapi gaya penceritaan dan penulisan penulis tu yang membuatkan novel itu menarik atau tak. Kalau nak nilai sendiri novel ni macam mana, kena la baca dulu kan?

Sinopsis

Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan licah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah lakunya kerana di kampung mertuanya jauh daripada kota. Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim dihadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan. Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibubapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku. Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?


p/s : blackout punya pasal, baru sekarang dapat klik publish post.

14/08/2011

Home Sweet Home!


Live update dari rumah.
Sepatutnya semalam lagi dah update, tapi mood blogging tertinggal kat LCCT pulak. Flight delayed. Delayed sehari pulak tu kan.

Semalam, tak berapa ramai sangat orang sampaikan seat kat tengah-tengah kosong. Kalau naik flight, memang akan ambik seat yang tepi tingkap. Senang nak tengok pemandangan kat luar. Tapi semalam, memang tak tersa pun flight selama 2 jam 15 minit dari Kuala Lumpur ke Miri. Sebab leka bersembang dengan kakak selang satu seat dari Chipmunk. Tapi sayang, sembang punya sembang terlupa pulak nak tanya nama. Harap-harap boleh la jumpa lagi. Kebetulan kitorang dari area perumahan yang sama. Nasib baik jugak kakak tu ada, boleh jugak tanya apa perubahan sepanjang setahun ni. Sampai nanti tak lah terkejut sangat kan?

Bila dah sampai rumah tu, mata memang tak boleh nak tahan. Mengantuk bukan main lagi. Yela, flight pukul 7. Pukul 5 dah kena ada kat airport. Nak sahur sekali jadi kena lah keluar awal-awal pagi. Kesian En. Barney nak kena hantar ke airport dengan tak tido lagi kemudian kena masuk kerja lagi. Sorry, dan thanks sangat-sangat.

Dan balik rumah tu, nak tau tak apa yang tengah tunggu Chipmunk? 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

13/08/2011

I'm Flying Without Wings!!

Ini bukan lagu Westlife, Flying Without Wings ye. Harap maklum.

First of all, ini adalah entry autopublish. Memang sengaja set masa pada pukul 7.20. Ingat tak entry Wordless Wednesday yang lepas. Betul! Hari ni la yang paling ditunggu sekali. I'm going home. Lepas setahun, mesti banyak perubahan kat Miri. Dengar cerita dari kawan-kawan. Takut sampai-sampai nanti, dah tak kenal dah tempat sendiri.

Hari ini dan semalam memang penat mengemas. Mula-mula cakap dengan En. Barney, barang-barang sikit je. Sekali susun punya susun, ambik kau penuh satu kereta. Kesian Si Merah, terpaksa menampung beban yang mungkin agak keterlaluan bagi kereta yang dah berumur macam beliau. Rasa bersalah sangat dan macam nak nangis je masa tengok En. Barney sumbat barang-barang dalam perut Si Merah ni. Dan En. Barney boleh cakap, "Boleh pulak kesian kat kereta". Tapi lepas ni En. Barney la tolong jagakan Si Merah ye. Bukan Si Merah je, tapi si comel warna hijau Ken dan Chacha sekali. Jaga elok-elok ye En. Barney. Dan, actually patung chipmunk tu Chipmunk bawa balik. Tak sampai hati nak tinggal. 

p/s : Peribahasa untuk hari ni. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik negeri sendiri. Kalau nak tau maksud sila guna khidmat Pakcik Google


11/08/2011

spontaneous thursday



Sometimes we put up walls. 
Not to keep people out, but to see who cares enough to knock them down.




10/08/2011

Wordless Wednesday : AK 5180 (KUL-MYY)



 Pakcik Google, pinjam gambar!

09/08/2011

Bazaar Ramadhan dan Juadah Berbuka

Ingat tak entry pasal hajat hati nak pergi bazaar tapi tak kesampaian sebab hujan lebat? Hari ni berjaya jugak pergi bazaar sorang-sorang. Tak kisah dah hujan lebat ke tak tetap nak pergi jugak. Mentang-mentang En. Barney dah belikan payung hari tu sebab tak nak jadi macam hari tu lagi lepas dengar Chipmunk merengek-rengek dalam phone mengadu tak boleh itu dan tak boleh ini. (Sila baca dalam satu nafas sahaja. Harap maklum).

Kalau pergi sorang-sorang ni, selamat sikit. Takkan nak borong banyak-banyak dan lepas tu membazir. Sebab kalau ada kawan ni, start la nak beli tu, nak beli ini dengan alasan kalau tak habis boleh bagi kawan habiskan. Betul tak? Dah tu, takda la habis beringgit-ringgit sebab beli makanan kat bazaar ramadhan lepas tu cakap makanan kat bazaar mahal-mahal. Entah, maybe certain bazaar harga makanan yang dijual tu mahal kot. Tapi alhamdulillah setakat ni ok-ok je. Nak kata tak puas hati tak jugak, nak kata puas hati kalau dapat free baru boleh cakap puas hati. Eh? Maybe sebab setakat ni just beli nasi dan air je kot dan kuih-kuih sikit untuk sahur esok pagi. Maybe sebab tu la ok-ok je. Bagi Chipmunk la, kalau orang lain tak tau la pulak. Yela, lain orang lain pendapat kan?

Tadi masa balik tengok-tengok balik apa juadah yang Chipmunk beli kat bazaar tadi. Baru perasan, semua favourite mak. Rindu mak la tu.



Gambar semua ambik dari Pakcik Google je. Nak ambik gambar yang Chipmunk beli tadi ada jugak yang berbuka 40 minit awal nanti kan. Nasi tomato dan laici kang untuk berbuka petang  ni (Google gambar laici kang tak jumpa la pulak) dan karipap sardin untuk sahur esok pagi.

p/s : Masuk kereta je terus mesej En. Barney bagitau tadi beli apa kat bazaar. Bila dah sampai hostel dia boleh pulak hantar mesej tanya tadi beli apa je. Adoyaiii, cik abang siapa la yang blur sangat ni. Haha

08/08/2011

Status Update.

Busy kerja sampai takda masa untuk online dan blogwalking
(Nasib baik ada masa untuk datang Bangi)
-En. Barney-



Tak sabar nak balik
Malas online sebab internet macam Chipsmore plus mood blogwalking ke laut
Tengah menghabiskan masa tengok Nora Elena (Orang lain dah sampai London, kau baru nak bertolak ke?)
-Chipmunk-

04/08/2011

Nak balik rumah!

Sejak belajar jauh dari family ni, jarang dapat rasa berbuka puasa dengan family. Berbuka first day puasa tak payah cakap, last sekali adalah 5 tahun yang lepas. Ingat tak kat entry yang lepas (yang ini), memang betul pun. Rindu kat mak, rindu kat ayah, rindu adik-adik, rindu nenek (En. Barney pun rindu jugak la!). Dah setahun tak balik, jenguk datuk dan nenek. Agaknya macam mana la diorang sekarang kan. Sometimes tu memang la ada call tapi dengar suara je. Cukup ke? 

Bila baca entry blogger-blogger lain mengenai bab-bab berbuka puasa dengan family ni. Terus terang cakap, memang sangat-sangat jealous. Kadang-kadang dengan En. Barney pun jealous jugak. Boleh buka puasa dengan family. Tapi hati cakap, hari ni hari diorang nanti-nanti hari kau pulak. Yang paling penting, rindu suasana pergi bazaar dengan family. Rindu sangat. 

Kalau ada family, takda la pergi bazaar sorang-sorang, buka puasa sorang-sorang kan. Macam tadi, ingatkan balik dari kerja boleh terus pergi ke bazaar beli makanan nak berbuka ni even sedar cuaca mendung. Tapi time tu, tak terfikir pun boleh jadi lebat sampai macam tu sekali. Fikir jugak, kalau hujan renyai ni still boleh redah lagi. Yela, lidah orang berpuasa ni ada je makanan yang rasa teringin nak makan. Bila dah park kereta, hujan turun jugak. Hati cakap, nak pergi kejap je nak beli makanan berbuka nanti. Tapi akal fikir, kalau hujan lebat macam mana. Dah la takda payung. Last sekali bila dah sampai kat stesen minyak shell tu, hujan mencurah-curah je turun dengan lebat. Sudah! Nak balik kereta tak boleh dan makanan pun still tak terbeli. Call En. Barney, terus mengadu dekat dia. Dah la time tu sorang-sorang dan rasa takut. Kiri kanan laki pulak. Yela, nak balik naik motosikal hujan lebat. Rasa bersalah sangat-sangat kat En. Barney. Dah la time tu dia tengah busy terpaksa buat OT nak siapkan kerja, tiba-tiba diganggu pulak dengan phone call mengadu stuck kat stesen minyak tak boleh nak pergi mana-mana.

Time tu teringin sangat nak mengadu dekat mak, "Mak, tak dapat beli makanan. Hujan lebat. Kakak mana ada payung. Nak balik kereta pun tak boleh". Kalau rumah dekat, mak mesti akan cakap, "Tunggu situ nanti bapa datang ambik" atau "Kakak balik rumah je, mak dah masak". Tapi dah nama pun puasa kat tempat orang. Sah-sah la family jauh dan jangan harap la nak dapat jawapan macam tu dari mak. Yang mak akan cakap, "Kasihan anak mak, habis tu nak berbuka macam mana?". 

Kalau takda orang kiri kanan time tu memang airmata ni sama macam hujan yang turun. Last-last, tak boleh nak tunggu hujan berhenti terus call En. Barney lagi. Bagitau nak redah je hujan, tak boleh nak tunggu sampai berhenti. Nanti kalau tak bagitau ada jugak yang dapat lecture free sejam-dua. Sampai bilik badan dah mengigil-gigil kesejukan, tapi gagahkan diri untuk pergi mandi. Yela, dah la kena hujan. Nanti ada jugak yang demam, siapa nak jaga? Time tu airmata ni lagi lebat dari hujan kat luar. Nasib baik kat bilik ada stock maggie. Borong before En. Barney balik rumah hari tu. Hajat hati nak makan sedap-sedap untuk berbuka hari ni tapi nak buat macam mana, dah nasib hari ni tak dapat nak merasa makanan sedap-sedap. Maggie je pun jadi la kan? 

Tinggal sembilan hari je lagi. Lepas tu, tak akan jealous dengan orang lain boleh berbuka di rumah dengan family punya. Sebab time tu samalah kita, berbuka puasa dengan mak, ayah dan adik-adik.

Hazim, kakak balik nanti kita buli Kak Asy sama-sama

03/08/2011

Wordless Wednesday : Haihhh

02/08/2011

Tutti Fruitti ^^

Hari sabtu lepas (sebelum puasa ye) kitorang nie sebenarnya dah lama nak try Tutti Frutti nie. Fuh! memang sedap lah. Kedai yang kitorang pergi nie kat area Bangi, berdekatan dengan PKNS Bangi. Siapa2 yang nak try, pergi lah cuba. Tak rugi punye. ^^

Nampak je macam aiskrim, tapi sebenarnya dia yogurt taw. Kat Tutti Fruitti nie ada macam2 perisa yogurt korang boleh pilih. Contohnya macam original, vanilla, buah delima dan ada la lagi.. Aku tak ingat. Lepas korang ambik berapa banyak aiskrim tu, korang boleh pilih topping apa yang korang nak pulak. Ada marshmallow, m&m, chocolate syrup, buah laici, anggur.. Apa2 yang ada kat situ. Best kan kalau boleh ambik banyak2.

Yang nie chipmunk punya. Aiskrim vanilla dengan original
Topping dia m&m, marshmallow dan chocolate syrup


Aku punya nie. Aiskrim buah delima dengan coklat.
Topping m&m, laici dan chocolate syrup


Suka chipmunk nie sebab dapat vanilla kesukaan dia. :p



Aku pun suka jugak pasal dapat coklat nie. ^^


Nie harganya untuk dua orang yang ambik cup medium


p/s : harga dia diorang guna penimbang taw. Makin berat, makin mahal la. T_T

01/08/2011

Cepat je masa berlalu kan?

Pejam celik pejam celik dah puasa dah kita kan. Sebulan berpuasa, turn raya la pulak. Tapi yang penting habiskan dulu puasa, baru fikir raya. Kononnya lah kan, padahal baju raya dah berpasang-pasang dalam almari. So, di kesempatan ini Chipmunk dan En. Barney nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadan dan selamat berpuasa! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...