Kelmarin.
Tak tau kenapa, overstress pulak kat office. Jadi I dan dua lagi officemates merayap kejap ke E-Curve. Jangan salah faham pulak, ini bukan mengular ye. Lunch hour still sejam jugak. Disebabkan office dekat je dengan E-Curve jadi dalam masa sejam sempat lah cuci-cuci mata kejap. Terapi stress katanya. Gitu kan.
Mula-mula ingat nak makan di Station Kopitiam je tapi tengok-tengok tutup untuk renovation pulak dah. Jadi Ah Cheng Laksa lah jadi destinasi untuk meredakan perut yang sedang berkecamuk.
Rindu Laksa Sarawak so ini lah yang I order. Bee Hoon Curry Laksa.
Chicken Chop Rice (Black Pepper)
Asam Laksa dengan Ikan.
Boleh tahan jugak rasa makanan kat sini dan harga pun tak lah mahal sangat. Standard lah around RM7 hingga RM10 tu kalau dah tengok tempat kat mana kan. Tapi agak puas hati sebab dalam kuantiti yang agak banyak. Berbaloi dengan harga yang up sikit tu.
Seorang tu haruslah roommate I, Ariana Rose.
Terapi stress adalah makan. Yeay!
Makan-makan dan cuci-cuci mata di E-curve sementara nak cukup kan sejam sebelum balik office. Tak boleh nak menyimpang ke The Curve sebab nanti takut tersesat tak jumpa jalan balik. Tak pasal-pasal terus melencong ke IKEA cari Swedish Meatballs pulak kan. Hiks.
p/s : Paling suka hari jumaat. Satu, ada tazkirah ringkas kat office. Kalau buat hari-hari pun tak kisah. Kedua, because it's friday lah. Hiks