28/02/2014

Ah Cheng Laksa @ E-Curve

Kelmarin.

Tak tau kenapa, overstress pulak kat office. Jadi I dan dua lagi officemates merayap kejap ke E-Curve. Jangan salah faham pulak, ini bukan mengular ye. Lunch hour still sejam jugak. Disebabkan office dekat je dengan E-Curve jadi dalam masa sejam sempat lah cuci-cuci mata kejap. Terapi stress katanya. Gitu kan. 

Mula-mula ingat nak makan di Station Kopitiam je tapi tengok-tengok tutup untuk renovation pulak dah. Jadi Ah Cheng Laksa lah jadi destinasi untuk meredakan perut yang sedang berkecamuk. 


Rindu Laksa Sarawak so ini lah yang I order. Bee Hoon Curry Laksa.

Chicken Chop Rice (Black Pepper)

Asam Laksa dengan Ikan. 

Boleh tahan jugak rasa makanan kat sini dan harga pun tak lah mahal sangat. Standard lah around RM7 hingga RM10 tu kalau dah tengok tempat kat mana kan. Tapi agak puas hati sebab dalam kuantiti yang agak banyak. Berbaloi dengan harga yang up sikit tu. 

Seorang tu haruslah roommate I, Ariana Rose.

Terapi stress adalah makan. Yeay!

Makan-makan dan cuci-cuci mata di E-curve sementara nak cukup kan sejam sebelum balik office. Tak boleh nak menyimpang ke The Curve sebab nanti takut tersesat tak jumpa jalan balik. Tak pasal-pasal terus melencong ke IKEA cari Swedish Meatballs pulak kan. Hiks.

p/s : Paling suka hari jumaat. Satu, ada tazkirah ringkas kat office. Kalau buat hari-hari pun tak kisah. Kedua, because it's friday lah. Hiks

27/02/2014

Spontaneous Thursday : Rezeki

Seorang hamba Allah pernah berkata, 
siapa yang lupa akan soal pekerjaannya selepas waktu bekerja,
nescaya orang itu tidak akan berjaya sepanjang hidupnya.

Mungkin dia terlupa, 
Betapa kerdilnya manusia,
 untuk mempersoalkan rezeki yang Allah kurnia.

Punya kuasa, 
Punya harta dunia,
Mampu lakukan apa sahaja.

Hubungan sesama insan, 
Hubungan kekeluargaan, 
Hubungan dengan Yang Menciptakan,
Itu juga harta kekayaan.

Jangan kita persoalkan,
Disebalik semua keburukan, 
Pasti ada kebaikan,
Usah terus menyimpulkan keadaan. 
Itu semuanya kuasa Tuhan. 

ehsan Pakcik Google

26/02/2014

Wordless Wednesday : Maraton Drama Korea


p/s : Tiba-tiba kelmarin rasa sakit dada dan sesak nafas sampai lah petang semalam baru elok. Nak kata alergik tak juga, tak makan udang pun. 

25/02/2014

Super Car : Zenvo

Pernah dengar kan perkataan ni? Super car adalah kereta yang boleh mencapai kelajuan melebihi 300 km/j. Gempak kan? Perghh!! Kalau dah laju macam ni mesti lawa kan. Saja nak kongsi dengan korang pasal super car ni.

Pernah dengar Lamboghini? Porshe? Ferrari? Macam common je. Pernah dengar ZENVO tak? Mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin ada yang tak. Nak citer panjang pun tak best kalau takda gambaran. Tengok gambar kat bawah nie dulu.






Info mengenai ZENVO :







p/s : Kereta aku selalu bawa dalam mimpi je. Mimpi pun mimpi la. Tu je yang mampu. T_T

Sumber : Zenvo automotif dan Google 

24/02/2014

Thanks Mr. Nuffnang : Laneige Serum Intense Lipstick

Alhamdulillah, bila aktif blogwalking semula biarpun masih lagi guna gear 1 dan 2, dapat lagi satu CPUV dari Mr. Nuffnang. Biarpun hari tu baru je dapat CPUV Sharp AC. Syukur, rezeki tu. Tapi kalau Mr. Nuffnang nak bagi banyak-banyak CPUV sekalipun apa salah nya. Betul tak? Harus lah lagi suka. Kan kan kan?


LANEIGE Serum Intense Lipstick

Terima kasih sekali lagi buat Mr. Nuffnang dan tidak lupa LANEIGE. Honestly, first time dengar brand Laneige ni sebenarnya. I kan kurang sikit bab-bab begini jadi mungkin Iolls yang tak update dengan segala macam brand kosmetik kot. 


Laneige sebenarnya ingin mempromosikan produk terbaru mereka, Serum Intense Lipstick. Iolls tengok warna macam cantik-cantik je. Kalau uolls nak tau lebih lanjut mengenai produk terbaru dari Laneige jangan lupa klik-klik iklan yang menari-nari dalam blog I ni ye. Terima kasih! ^_^

p/s : Alhamdulillah. 

23/02/2014

Big Bad Wolf Fireball Book Sale @ MIECC

Dalam entri INI, Iolls ada bagitau nak pergi somewhere. Sebenarnya nak borong novel-novel kat Big Bad Wolf lah. Thanks Sally sebab mengkhabarkan kepada Iolls tempoh hari. Dah la terlepas yang before ni. Yang kali ni memang tak nak ketinggalan. Harus pergi walaubagaimana sekalipun. Nasib baik tak jadi outstation weekend ni. Sempat juga nak borong buku. 


Dari Damansara terus ke Gombak ambik En. Barney. Pak Supir I harus ada, lagipun nak pulak dia kalau Iolls keluar tanpa bodyguard, merangkap Pak Supir sekali lah tu kan. Yang paling best kali ni, naughty big bad wolf dah rendahkan lagi harga buku yang sememangnya rendah! 


Datang-datang terus ambik kotak. Macam biasa Iolls memang rambang mata tengok novel-novel segala bagai ni. Cuma masalahnya bila nak membaca tu. Lagi-lagi sekarang ni.


Gatal tangan sebenarnya nak capai satu tapi terpaksa hold dulu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja lain yang lebih perlu dibuat. Beli 6 buah novel cuma bayar RM30 je. Kalau beli dekat kedai buku biasa, novel English satu dah RM30+ paling paling lah. Kalau beli 6 haruslah tiga angka. Yang ini tiga jugak cuma tiga puluh. 

Siapa yang belum pergi sempat lagi nak pecut ke MIECC The Mines sebelum pukul 9 malam hari ini. Yang paling best ramai yang siap sorong bagasi kecik pulak tu. Bagasi bukan penuh baju tapi penuh buku. 

p/s : PBAKL untuk tahun 2014 ni bila agaknya eh?

22/02/2014

Arjuna Beta - Fynn Jamal

Petang-petang kalau kat office I tu, bahagian HR akan buka radio kononnya taknak bagi orang stress lah. Pagi-pagi pulak selalunya bacaan ayat-ayat al-quran yang kedengaran. I ni kat office je yang mampu nak dengar radio tapi kalau kat dalam kereta tu tak mampu lah. Sebab baru berapa hari ni pergi betulkan radio Si Kancil Merah I tu. Jadi berapa minggu ni jugak kot, asyik berkumandang satu lagu yang I rasa sangat sincere. Arjuna Beta nyanyian Fynn Jamal.


Arjuna Beta
Fynn Jamal

Takkan ku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular
Bonda takkan berundur

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul, anakanda,
Tak jelas mata,
Ambil yang sarat duri

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Chorus
Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu, anakanda

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Tak tau kenapa rasa lagu ni sangat sedih. Follow instagram Kokping dan boleh lihat betapa overprotective nya Kokping terhadap Juna yang comel tu kan. Selalu dengar orang kata, Fynn Jamal nyanyi macam orang malas. Tapi jangan dengar hanya pada suara dan melodi, jangan baca hanya pada lirik yang nyata tapi rasa lah sincerity yang ada dalam lagu tu. Lagu ni best kot. Mungkin ada yang tak suka dengar lagu-lagu yang sebegini tapi dalam hal ini yang penting rasa itu sampai. Rasa sampai maka sampailah juga apa yang cuba untuk disampaikan. Eh, apa yang Iolls mengarut ni?

p/s : hari ni nak pergi somewhere. Later I update mana I pergi. Hiks. 

21/02/2014

Thanks Mr. Nuffnang : SHARP AC

Serius, dalam sebulan ni memang rutin blogging ke laut. Malam je I sempat nak reply komen beratus yang sedang menunggu tu. Ini pun dah kurang sikit ke angka 490+. Malam tadi dah maraton sikit. Itu pun kalau Iolls tak balik kerja pukul 7-8 malam. Kalau balik lewat, memang mampu nak blogwalking sekejap je lah. Weekend memang I tak adalah nak mengadap blog siangnya tu. Destinasinya ke rumah En. Barney. So Qila Comel kalau nak jumpa on weekend memang boleh sangat sebab memang akan ke Gombak. Yang uolls tengok mee yang uolls cakap tak pedas dalam entri INI tu, mak En. Barney lah yang buat tapi guna super hot dried chillies ya. Cili padi kering! Bubuh sikit dah berapi, berasap-asap telinga. Bubuh cili banyak-banyak mungkin akan jadi seperti gunung berapi pendam yang meletus secara tiba-tiba. Okay, hiperbola. Harap maaf. 

I ni seperti biasa kalau tak melencong jauh memang tak sah lah kan. Sebenarnya nak cakap pasal CPUV baru dari Mr. Nuffnang je pun. Tapi mukadimah panjang lebar 10 muka surat. Eh, hiperbola lagi. Biarpun trafik pun dah ke laut jugak, syukur alhamdulillah ada jugak rezeki dapat CPUV baru kan. 


SHARP AC

Terima kasih sekali lagi buat Mr. Nuffnang dan juga SHARP. I dah nampak dah iklan ni tempoh hari tapi I tak sure pulak berkenaan dengan apa tapi yang pasti siap ada gambar Doraemon sekali. Kalau uolls nampak iklan ni di mana-mana macam biasalah ye. Terima kasih. Hiks. 


p/s : nak settle kan komen ratus-ratus tu cepat-cepat. sobs


20/02/2014

Spontaneous Thursday : Cakap-cakap

Diam,
Lebih baik daripada bicara tentang suatu yang tidak berfaedah,
Tiada objektif,
Tiada tujuan.

Tapi,
Kadang-kadang,
banyak cakap perlu juga.
Agar tak sesat jalan.
Agar tak hilang arah. 

Motifnya saja untuk bagi orang lapar. (Restoran Anjung Saji, Galeria, Putrajaya)

p/s : Lecehnya outstation hari ahad. Tapi macam tak jadi je. 

18/02/2014

Ariana Rose dan Puteri Bunian

Jangan tertipu. Ini tiada kaitan dengan drama hot Ariana Rose tu. Jangan pulak uolls fikir yang Ariana Rose tu Puteri Bunian. Bukan, bukan. Jangan terpedaya dengan tipu daya duniawi. Eh? 

By the way dah dekat dua minggu duduk rumah sewa baru ni, alhamdulillah semua complete. Siap ada unifi dan astro. Cuma astro yang kosong tu je lah. Nak subscribe banyak-banyak bukan ada orang pun kat rumah ni. Weekdays kerja, weekend meronggeng. Eh lagi.

Anyway, housemate merangkap roommate merangkap officemate I ni namanya Rose. I panggil Ariana Rose. Biasalah, drama tu kan masih hits lagi sekarang biarpun dah habis dah. Bila dengar orang nama Rose je automatik teringat Ariana Rose. Betapa hebatnya penangan Ariana Rose di situ ye. Nak dijadikan cerita lagi, I pulak dapat gelaran Puteri Bunian oleh Ariana Rose dan kakak-kakak housemate. Celah mana datang Puteri Bunian tu I tak tau lah. Ikut suka diorang je main petik gitu kan. 

Ariana Rose Sunway Damansara. Jangan marah ye. Hiks

Ini Puteri Bunian kerajaan mana pulak? Isketambola? Isketambatu? Iskatakpuru? Ehhhhh.

Macam dalam entri INI. Datang awal kat office boleh snap-snap dulu. Buka PC pun belum tau. Ariana Rose I ni memang talkative sangat. Tak sunyi rumah. Dah ada radio semulajadi. Ada je benda nak story mory. Alhamdulillah, dapat housemate yang baik-baik. Takut jugak dapat housemate yang nan hado kan, yang begitu lah, yang begini lah. Alhamdulillah, dipermudahkan oleh-Nya. Syukur alhamdulillah.

p/s : phone interview pulak semalam. On the spot pulak. Memang I belasah je lah. 

17/02/2014

Ayam Goreng Uncle Bob

Alkisah nak dipendekkan cerita, I ni sebenarnya dari dulu lagi teringin nak makan ayam goreng Uncle Bob tu. Sadisnya kat Sarawak tak jumpa lah benda tu kan. Memang set dalam mind dah, terbang ke KL pertengahan januari lepas memang nak cari ayam goreng Uncle Bob. Tapi tak tercari-cari pun sampai lah semalam. 



Semalam sebenarnya ada appointment dengan 'Doktor Kereta', tapi tak bernasib baik sebab mekanik tu kata takut tak siap hari tu jugak. Kereta banyak pulak pagi tu. Memandangkan dah dekat sangat dengan AEON Wangsa Maju, singgah la situ nak cari-cari something kejap. Appoinment kereta anjak pulak minggu depan.  Eh sekejap, sebenarnya nak cerita pasal ayam goreng Uncle Bob kan?

Before balik rumah, I lepak-lepak dulu kat rumah En. Barney. Kononnya sementara nak tunggu Pasar Malam kat Sri Gombak tu buka. Semata-mata nak cari ayam goreng Uncle Bob ye. Tapi yang peliknya I ni, bila dah beli tu tak ada pun rasa nak makan sangat. Gedik je. 

p/s: Manusia. Bila dah tak ada, dah tak jumpa baru nak tergedik-gedik mencari. Bila dah depan mata, tak dipedulikan pulak. Lebih kurang macam ayam goreng Uncle Bob ni jugak lah. 

16/02/2014

#Throwback : CNY Holiday

Cerita berkurun tapi sekarang baru mahu update. Apa cerita ini amoi? Well, dulu kan tak ada internet connection masa kat rumah BFF I kat Shah Alam. I start kerja pun one week after Chinese New Year. Bila pindah rumah sewa baru ni, siap lengkap dengan unifi jadi sekarang lah baru berkesempatan nak bercerita. Biasalah keretapi delayed berminggu-minggu ni. Orang lain dah habis cerita pasal cuti CNY kan, I baru terkedek-kedek mahu menaip. 

Cuti CNY tempoh hari memang plan nak keluar dengan bestfriends I. Hari cuti kan, takkan lah nak duduk terperap kat rumah je. Destinasi yang dituju adalah Sunway Pyramid. 

Deco CNY di Sunway Pyramid kalau tak silap. Sana sini ada kuda.

BFF! Hiks


Itu baru hari pertama. Hari kedua keluar meronggeng lagi. Silap perhitungan pulak pada hari tersebut. BFF I tetiba ajak ke IKEA, mengidam swedish meatball IKEA katanya. Hampir sejam okay cari parking time tu. Rasa nak give up pun ada. Nasib baik bukan I yang drive, kalau I duduk kat driver seat tu memang tak merasa lah meatball IKEA hari tu. I dah pusing balik stereng menuju ke asalnya. Alhamdulillah, berkat kesabaran si driver dan keazaman si BFF untuk makan meatball IKEA, akhirnya dapat juga parking. Sejam menunggu parking semata-mata. 

Muka puas hati makcik baju kuning tu dapat makan meatball IKEA

Singgah pulak sebentar di The Curve. Bukan jauh mana pun kan dengan IKEA.

Rasa macam dekat Jepun pun ada. 


Sekarang ni kalau nak pergi The Curve senang je. Dekat sangat dah dengan rumah sewa. Jadi kalau uolls nak pergi The Curve, IKEA dan yang sewaktu dengannya tu roger-roger je lah. Boleh kita set appointment untuk bertemu. Amboi, appointment tu. 

p/s : Hari ni nak keluar dengan BFF jugak. Jumpa before dia balik Miri. 

15/02/2014

Snap-snap time @ office

Perempuan. 

Tak lari dengan kamera dan gambar. I ni biarpun tak suka nak bergambar tapi kalau dah ada geng yang suka bergambar, I pun on je. Tapi kalau nak harap I sendiri yang cakap, "eh, jom ambik gambar sesama," tu kurang sikit lah. 

Anyway, baru dekat dua minggu kerja ni memang pekerja berdedikasi antara yang terawal lah. Harap-harap continue sampai bila-bila lah perangai gitu ye cik kak. Pergi kerja sekali dengan roommate I yang juga merangkap officemate I. Masuk kerja pukul 9.00 pagi tapi pukul 8.30 dah sampai office. Biarpun rumah dengan office sepuluh minit je pun. I guna prinsip biar cepat asalkan tak potong gaji RM10 sehari sebab lambat. Dalam hal ni tak boleh guna pendekatan biar lambat asal selamat. Ini kalau lambat memang tak selamat lah RM10 nya tu. Eh? 

Bila dah datang awal, dah siap breakfast kat rumah lagi haruslah ada masa setengah jam sebelum pukul 9.00 pagi. Jadi apa lagi, snap-snap lah ye.

I panggil dia Ariana Rose biarpun namanya Rose cuma. 


Hari jumaat, sopan lah sikit kan. Memandangkan sebelum mulakan apa-apa kerja, setiap hari jumaat ada bacaan yasin dan tazkirah sekejap. 

Tak cukup meja, kat atas kerusi pun boleh. Ha, nampak tak busy woman kat situ?

Kerja I banyak memerlukan I keluar ke sana ke mari sebenarnya. Nasib baik guna kereta company, kalau guna kereta sendiri memang tahap kesabaran perlu berada di level teratas nak drive kereta manual. 

Kononnya candid tapi memang candid. 

I tak ingat pulak hari apa, tapi tak sampai seminggu kerja dah kena balik pukul 9 malam. Nasib baik rumah dekat. Pukul 9.10 malam dah sampai rumah. Siapkan tender punya pasal. Tapi soal balik tak payah cakap lah. Paling awal I balik pun setakat ni pukul 6.30 petang. Selalunya sampai rumah memang ngam-ngam lah azan maghrib. Nampak tak betapa berdedikasi nya I? Ceh, padahal banyak kerja sebenarnya. 

p/s : Working environment di sini setakat ni memang seronok lah. Paling I suka, family bonding tu. Oh lupa, dan boss yang sangat cantik. Tak percaya? Ha, pergi like page INI dan search mana satu boss I. Hiks

13/02/2014

Spontaneous Thursday : Kereta Besar Kereta Kecik

Mentang-mentang kereta aku manual,
Mentang-mentang kereta kau auto.
Hon membuta tuli,
Ikut suka tanpa peduli.

Mentang-mentang kereta aku kancil,
Mentang-mentang kereta kau Audi,
Megah diri,
Sampai lupa signal kanan kiri,

Bayar kereta mahal tapi signal jadi perhiasan buat apa?
Ada baiknya sedekah duit bayar kereta mahal tu dekat rumah anak yatim.
Dapat jugak pahala.

Ehsan pakcik google
Mode : stress

12/02/2014

Hampir Selesai

Sedang mencari ruang masa untuk diluangkan untuk blog sebenarnya. Tapi still terumbang-ambing lagi dengan rutin harian. Jadi masih mencari-cari masa untuk blog. Rindu sangat ni ha. Tengok esok lusa insyaallah I kembali.


Siap ada astro. Cuma tak langgan apa-apa package. Tak kisah lah. I tak tengok tv sangat. Janji unifi laju. Drama korea pun dah banyak tertinggal ni. Sobs.

P/s rindu nak blogwalking! 

09/02/2014

Busy Woman. Cewah

Tak terurus sikit berapa hari ni. Alhamdulillah dah dapat rumah sewa. Sewa sekali dengan officemate. Tak sampai 10 minit je dari office. Tak payah nak hadap jammed, tak payah nak bayar tol. Hari jumaat lepas memang mental breakdown betul bila balik kerja boleh pulak sesat jalan 2 kali. Dah la tempat yang jammed memang tak gerak langsung. Nak balik Shah Alam dari Sunway Damansara jadi 2 jam padahal I pergi kerja hari sabtu tanpa jammed cuma setengah jam.


Balik kerja pukul 2 pm terus pecut ke rumah En. Barney, dan terus ke bengkel dengan ayah En. Barney sekali. Pukul 7 pm baru settle. Dengan lapar dan penat. Sampai Shah Alam pukul 10, mandi-mandi terus pengsan. 

Hari ni nak keluar beli barang dan sesi pindah memindah pulak. Letih oi. 

By the way, ni nak tumpang war-warkan company I adalah supplier for corporate items and merchandise macam mug, pen, notebook, t-shirt, cap dan banyak lagi but our specialty  adalah customized item lah. Kalau company uolls ada event dan perlukan gift and merchandise dan yang sewaktu dengannya, feel free to drop contact number and nama person in charge di ruangan komen. 

P/s : dapat belajar banyak benda. Tu yang best. Boss pun sangat cantik. Madam selalu jugak masuk newspaper and magazines. Masa interview dulu, leka je tengok muka boss sebab cantik sangat. Boleh pulak gitu. Hahaha!

07/02/2014

448 comments awaiting moderation. Pengsan!


Ini entri autopublish. Jangan terkejut kalau uolls tak tengok sebarang komen dalam entri-entri I biarpun uolls dah komen entri tersebut. Ini sebab I tak approve pun lagi komen-komen tersebut. Setakat I taip entri ini ada 448 komen semuanya dan semakin menggunung jumlahnya.

I masih lagi tak boleh nak blogwalking ke rumah-rumah uolls. Selama ni update entri pun guna mobile je. Leceh. Sobs.

Terima kasih tak terhingga buat yang tak jemu-jemu singgah dan tinggalkan komen biarpun pada masa ini I tak boleh nak singgah blog uolls balik. Terharu! Takut je ada yang kecik hati sebab Iolls tak singgah dan tinggalkan komen. Sorry sangat-sangat. Tunggu bila betul-betul ada masa nanti baru I singgah blog uolls ye. 

P/s : hadiah untuk top 3 pengomen tegar tahun lepas pun tak terpos lagi. Busy woman sekarang ni. Huhu.

06/02/2014

Watsons VIP Card & Touch N Go

Orang lain dah lama kecoh-kecoh tentang hal ni, I baru nak upgrade Watsons VIP Card yang siap dengan Touch N Go sekali tu. Senang kalau sekali macam ni. Tak lah purse I makin gemuk dengan macam-macam card yang ada. Kalau purse gemuk duit tak apa jugak kan. Eh. Lagipun Touch N Go sebelum ni ada dalam simpanan En. Barney memandangkan I balik Sarawak hari tu. Yelah, kalau kat Sarawak nak guna Touch N Go celah mana pulak kan?


Cuma perlu bayar RM6 untuk upgrade card Watsons yang sedia ada. Yang tak upgrade lagi Watsons VIP Card boleh terjah Watsons yang berdekatan. Yang memang tak ada Touch N Go tu, ha elok sangat lah tu. Jimat space dalam purse, tak perlu banyak-banyak card dah. 

P/s : Tak boleh betul lah masuk Watsons ni, mesti nak borong macam-macam. Sama lah kalau masuk Daiso. Haish.

05/02/2014

Misi Cari Rumah Sewa

Alhamdulillah, tadi baru lepas second and third interview. Sampai tiga kali tu. Dari pukul 3 petang, pukul 6.30 petang baru balik.

Dan alhamdulillah esok dah nak mula kerja. Lepas ni nak kena cari rumah. Shah Alam jauh sangat plus I menumpang rumah BFF je. Kerja di area Sunway Damansara, so lepas ni nak kena cari rumah sewa dekat-dekat. Pening jugak ni. Kalau ada yang tau rumah sewa dekat area situ yang agak make sense sikit harga sebulan tu, boleh lah roger-roger. Boleh email I di aisyaahd@gmail.com. Jangan rekomen kondo pulak. Tapi kalau gaji 20k sebulan I on je. Hiks.

Hopefully dapat lah cari as soon as possible rumah sewa. Jauh kot. Jammed lagi. Sobs

RoboCop

Hari ahad lepas, after melepak dengan rakan-rakan blogger macam yang I story-story dalam entri semalam, I dan En. Barney tengok RoboCop pulak kat e@curve. Pakcik tu banyak kali dah cakap kat I nak tengok movie tu. Since dia tengok trailer RoboCop lagi.


Polis yang half human, half robot. Itulah RoboCop. Kejap, mungkin bukan half. Part human, then yang sebahagian lagi robot.

Ada jugak sorang dua member yang dah tengok movie ni before tu dan katanya, tak tau nak cakap macam mana. Suruh I tengok sendiri. Tak tau kenapa I rasa macam cerita ni bosan. Kurang menyengat lah. I rasa macam main point cerita ni adalah boleh atau tak pihak berkuasa US menggunakan robot dalam penguatkuasaan undang-undang di negara tersebut. Katanya robot lebih efisien dan tak corrupt macam manusia seterusnya menjadikan negara tersebut lebih selamat dan kadar jenayah dapat dikurangkan. RoboCop tu rasa macam side dish je I rasa dalam cerita ni. Diperlukan oleh Omnicorp untuk memansuhkan Akta Dreyfuss. I lagi prefer kalau ditekankan cerita macam mana RoboCop tu mampu untuk overwrite program dia sendiri. Persoalan tu yang rasanya tak terjawab dalam movie ni. Maybe ada lagi movie seterusnya kot lepas ni kan. Oh ya, latar masa untuk movie ni sebenarnya pada masa depan kan? Mungkin I terlepas kot part yang ada bagitau tahun bila tu. Tapi future technology dalam movie ni macam tak menonjol sangat lah. Yang ada penggunaan Dron dan smartphone transparent yang diorang guna dan juga masa rancangan The Novak Element. Yang lain biasa-biasa je I tengok. Bagi I, movie RoboCop ni kureng sikit thrill nya tu. I bagi dalam 5.5/10 lah. Orang lain mungkin cakap movie ni best tapi bagi I movie ni tak best sangat pun.

P/s : Captain America (Winter Soldier) macam boleh tahan je. Bila eh ditayangkan?

04/02/2014

Makan-makan dan sembang-sembang @ Paddington House of Pancakes

Ahad lepas date dengan rakan-rakan blogger. Seharusnya I angkut sekali En. Barney jadi Pak Supir. Nak harapkan sendiri drive? Kalau area bangi-kajang-serdang-putrajaya memang pro lah nak drift bagai. Cuba masuk KL dan tempat-tempat lain, stress jadinya. Tak pasal-pasal I jadi The Hulk bertukar warna hijau. Lagi-lagi jumpa driver yang 'terlebih pandai' tak pasal-pasal warna hijau jadi warna hitam. Dayang senandung. Eh?

Asalnya plan dengan Blogger Sally nak jadi orang korea celup cari makanan korea kat Ampang Point. One day before Sally whatsapp, plan bertukar sebab nak jumpa dua lagi blogger lain di The Curve. Iolls menurut perintah je. On je memanjang. Asalkan jangan bawa I pergi tempat-tempat yang merepek sudah.


Berpeluang juga jumpa Blogger Ainim Suju dan Blogger Dayang Deno. Dalam bersembang-sembang tu apalah guna kalau tiada makanan. Eh, tengok tu. Makan lagi.


Paddington House of Pancakes. Terima kasih Sally sebab bawa Iolls ke sini. First time makan kat sini sebenarnya. Terliur pulak bila teringat pancake kelmarin tu. Makan tu je dah kenyang. Tapi kenyang tu lebih kepada muak sebenarnya. Tahan juga la kenyang tu sampai ke petang.


Amboi, perli nampak. First time sebenarnya ni bertemu mata ke mata dengan rakan blogger. Bersembang bukan dengan mengguna papan kekunci seperti kebiasaan. Seronok! Ada masa kita jumpa lagi lain kali.

P/s : lamanya tak blogwalking. Rindunya lah. Komen yang perlu publish pun dah mencecah 400+. Sobs. 

03/02/2014

Joe's Kitchen

Datang sini memang asyik makan saja. Mana tak makin lama, makin gemuk. Haish. Biarpun I skip lunch, just breakfast and dinner saja pun terasa semakin membulat. Dah la I ni jenis yang berat badan cepat naik. Pernah sekali, seminggu lebih je berat dah naik 4 kg, nasib baik jenis yang berat cepat naik dan turun pun cepat jugak. 

Anyway, sebelum I jauh melencong, last week I pergi makan satu tempat ni yang I rasa macam selalu je tengok dalam instagram Nora Danish. Colleagues BFF I ajak and dia pun ajak I sekali. Katanya ke tempat makan kepunyaan Joe Flizzow, Joe's Kitchen.
Last week lagi dah datang sini. Biasalah, keretapi lambat ni payah sikit nak bercerita. Suka environment nya, santai je.

Beef lasagna buat colleague BFF I dan kami berdua on je dengan pizza untuk dinner.
Datang sini faham-faham lah tak boleh selalu. Blink-blink mata tengok harga. Boleh tahan sedap jugak. Nak lepak santai-santai memang environment Joe's Kitchen memang terbaik.


Tak jauh sangat dengan Korean Restaurant, The Street Cafe yang I pergi tempoh hari. Nak ke sini boleh lah rujuk alamat di atas. Nak tanya direction kat I memang silap orang lah.  I follow je driver, nak ingat jalan kureng sikit.

P/s : asyik update pasal makan je sekarang ni. Haish.