31/03/2015

[English Novel] And Then There Were None - Agatha Christie

Busy. Tapi alhamdulillah, berjaya jugak capai target 'reading list' Iolls tu. Asalnya I target baca 8 buah novel dalam masa tiga bulan. Baru masuk bulan ketiga, mission accomplished dah. And then, I tambah lagi dua novel. Dan alhamdulillah, berjaya jugak tamatkan 10 buah novel dalam masa tiga bulan. Bila fikir balik, I sendiri pun terkejut. Gaya macam busy, tapi sampai 10 buah novel untuk tahun ni? Tetiba sendiri pulak yang impressed. Ah, poyo. 

Novel ke 10. Kalau tak sebab I ikut En. Barney outstation sabtu lepas, mungkin belum habis lagi sampai sekarang. Sekarang memang tak menyempat nak baca novel. Sebab itu yang buat I makin stress agaknya. Sesi terapi stress terabai dek kekangan masa. 

So sabtu lepas, duduk 5-6 jam di ruangan menunggu di Hospital Seremban, Iolls ambik peluang untuk release stress. Baca novel lah kan. Plus, satu lagi habit pelik. Suka dengan bau hospital. Itu pasal rajin tag along bila En. Barney outstation. Dan hasilnya berjaya baca 80% novel Agatha Christie dalam masa tersebut, sampailah ke muka surat yang terakhir. 


And Then There Were None
Agatha Christie
Sinopsis And Then There Were None

"Ten..."
Ten strangers are lured to an isolated island mansion off the Devon coast by a mysterious 'U.N. Owen'

"Nine..."
At dinner a recorded message accuses each of them in turn of having a guilty secret and by the end of the night one of the guests is dead.

"Eight..."
Stranded by a violent storm, and haunted by a nursery rhyme counting down one by one.. one by one they begin to die. 

"Seven..."
Who among them is the killer and will any of them survive?
Jalan cerita novel ini berkait rapat dengan nursery rhyme 'Ten Little Soldiers' atau 'Ten Little Indians'. 10 orang insan 'bertuah' yang terperangkap di sebuah pulak bernama Soldier Island. Setiap sorang yang mempunyai latar belakang yang berbeza dan rahsia yang berbeza. 


Sama seperti nursery rhyme di atas, seorang demi seorang tetamu rumah agam yang terletak di Soldier Island menemui ajal. Caranya juga seiring. Cuma giliran siapa yang seterusnya menjadi tanda tanya. Adakah semuanya cuma kebetulan ataupun dirancang? Kalau jenayah terancang sekalipun, pembunuh tersebut salah seorang daripada mereka? Tapi bagaimana pulak dia boleh merancang setiap pembunuhan tu seorang diri dan kenapa mangsa-mangsa tersebut terpilih?

Motif? Bila bercakap tentang motif rasa macam, hah sebab tu je ke? Ha, apa motifnya Iolls tak boleh lah bagitau. Nanti tak syok pulak dah ada spoiler. Hiks. 

p/s: Ten Little Soldiers, macam creepy pun ada. 

30/03/2015

Makan-Makan @ Mee Tarik Warisan Asli, Prima Sri Gombak

Alkisahnya, entri ini boleh kata entri basi lah. I dan En. Barney menyerbu restoran Mee Tarik Warisan Asli ni lebih kurang dua minggu lepas. Masa family Iolls datang KL cuti sekolah tempoh hari. Lebih spesifik lagi, hari selasa dua minggu lepas. Flight family I pukul 8.00 pagi time tu. Tapi I dan En. Barney saja ambik cuti sehari, sebab nak settle kan segala urusan rasmi. Contohnya, tukar kad bank yang tak pernah tukar langsung sejak 8 tahun lepas. Cip elok lagi cuma itu lah, pegawai bank sendiri terkejut tengok kad dari kurun ke berapa lah agaknya yang Iolls pegang tu. Rupa macam kad bank warisan turun temurun pun ada. 

Alamak termenyimpang sebentar. Lepas keluar masuk dua tiga bank, perut dah bergendang, berkeroncong dan segala irama asli dan juga kontemporari. Decide stop untuk makan je lah. Keluar masuk bank bunyi macam kaya aje. Padahal tukar kad bank je pun tapi dalam account telur hayam jugak. Eh. 

Sebenarnya I rasa gatal lidah, gatal perut nak makan di Mee Tarik Warisan Asli di gara-gara terbaca entri Blogger IbuNoey. Tengok gambar macam sedap je. Tapi tak tahu pun ada cawangan di Sri Gombak. Bila tanya En. Barney, dia pun kata tak pernah perasan pun sebelum ni. Mungkin baru buka agaknya kan. So bila dah terjumpa, tak fikir panjang terus ajak En. Barney lunch kat sini. 



Punya lah lama Encik Abang yang sorang ni tenung menu. Agaknya dia tak tahu nak makan apa lah tu. Tapi serius lah, belek-belek menu rasa susah nak decide makan apa. Kisah lah, next time boleh pergi lagi. Boleh try menu lain pulak. Lagipun dah dekat sangat dah dengan rumah En. Barney. 

Rice Fried Mushroom & Beef

Actually time perut dah kebulur sebenarnya. Snap gambar pun ikut cukup syarat. Asal nampak rupa makanan pun jadik lah ye. Tapi I memang suka mushroom & beef yang ini. Yummy yummy.

Rice with Ziran Mutton

Ini pilihan En. Barney. I tak tau lah Ziran tu apa maknanya. Bila google, rasanya spice kot. Cumin atau bahasa melayunya jintan putih. Disebabkan I tak makan kambing memang I tak try lah yang ini. Tapi En. Barney cakap sedap, cuma agak kering sikit lah. Iye lah, pakcik tu jenis yang makan biar berkuah. Tak pun paling-paling ada sambal. Tapi yang ini acceptable lah lagi sebab sedap. Tapi bagi I portion kat sini banyak oi! I hanya mampu habiskan 3 suku je apa yang ada dalam pinggan tu. 

Sebenarnya I teringin nak try Mee Tarik kat sini. Tengok pekerja tu buat mee tarik macam syok pulak. Nampak macam sedap je. Tapi time tu, memang tak tahan dengan perut yang maha berkeroncong jadi kena makan nasi jugak. Sebelum gastrik datang menyerang. Tak apa lah, next time ada lagi kan.

Mee Tarik Warisan Asli
No 77-G, Jalan rima SG 3
Prima Sri Gombak
68100, Batu Caves

Ada beberapa lagi cawangan lain. Yang I tahu adalah di Bangi dan juga Setapak. Selain tiga tempat ni, I tak sure lah kat mana lagi. Rasanya Shah Alam pun ada jugak kan? Er, Sungai Besi? 

p/s : Bila entah nak datang lagi. 

29/03/2015

Wedding Checklist

Dah start pening-pening lalat. Dengan checklist itu ini. Payah betul perempuan yang seorang ni eh, diri sendiri pun dah pening siap migrain bagai. En. Barney apatah lagi pening melayan perangai dan kerenah perempuan cerewet begini. Tak nak yang begini dan tak nak yang begitu. Susah jadi orang yang cerewet ni. Cerewet light light je tak apa lah jugak. Ini yang over cerewet. Pengsan!

Macam mana hati kuat je pesan kat diri sendiri, jangan cerewet sangat nanti makan diri sendiri. Tapi pe'el tetap begitu jugak. Cerewet dan kepala batu, combination paling mantap lah. Ampun En. Barney, Iolls memang begini. Waima pilih nak minum nestle bliss perisa mana pun boleh fikir sampai 10 minit. Parah sungguh.

So untuk tak menambahkan lagi pening Iolls yang dah sedia pening ni. Nak semak balik checklist dan keep track mana yang still in process mencari dan yang belum confirmed lagi. Sebabnya jenis I selagi tak settle, selagi tu lah tak senang duduk. Salah satu faktor penyebab migrain dan stress. Oi, kalau lebih 6 bulan lagi tak apalah nak goyang kaki bagai. Ni tinggal berapa bulan je banyak benda tak settle. Itu lah, bila stuck pilih tarikh aje.

Sekadar gambar hiasan (ehsan pakcik google)

1. Kursus Kahwin 
Oh ini hujung tahun lepas lagi dah settle. Tapi sampai sekarang, I tak pernah tengok sijil kursus kahwin sendiri. Semua En. Barney yang pegang. Watikah pertunangan tempoh hari pun dalam tangan dia dan I rasa 70% dia lupa dia letak mana. 

2. Tarikh - Nikah, Sanding dan Bertandang
Semua ini baru je settle bulan ini. Lepas itu panas punggung kelam kabut cari itu ini. So adik-adik sekalian, nanti please please tetapkan tarikh kalau boleh awal sikit. Jangan berapa bulan nak majlis baru nak fikir nak buat bila. Haru biru jadinya. 

3. Borang, dokumen dan segala requirement yang perlu
Yang ini kena tunggu En. Barney lah, dia tak settle lagi I pun tak boleh nak proceed lah. Jangan dia lupa sudah. Nanti perempuan ni migrain borang tak settle pulak. 

4. Tema majlis, tema warna dan lain-lain
So far yang ini boleh kata settle lah. Dah tau apa yang kita nak. Senang sikit nak mencari barang-barang kan. 

5. Barang-barang Hantaran
Sebelum membeli, sila lah buat checklist siap-siap apa yang nak dijadikan hantaran. Kes weolls ni pulak, checklist dah ada dah. Cuma tak start membeli lagi. Nak settle apa yang penting dulu, barang nak dijadikan hantaran ni bukan susah nak cari pun kan. 

Hantaran tunang untuk si buah hati tempoh hari

6. Door Gift dan Bunga Telur
Untuk door gift, I dan En. Barney dah decide dah. Siap dah letakkan bajet lagi. Cuma lepas GST ni tak tahu lah harga barang macam mana kan. Kalau tak ada perubahan sangat, okay lagi lah. Tapi kalau mencanak sangat naiknya, pening lagi lah jawabnya. Kalau boleh untuk door gift biar lah something yang orang boleh guna sampai bila-bila. Itu kalau ikutkan kehendak Iolls ni lah. Part Bunga Telur, ini I decide nak DIY sahaja. In fact dah start pun. InsyaAllah kalau I tak terlupa, adalah tu tutorial untuk dikongsikan bersama. 

Bunga Telur in the making kaedahnya. Hiks

7. Gubahan Barangan Hantaran
Yang ini pun DIY sahaja. Untuk bekas pulak, Iolls pinjam dari officemate. Dah jimat sikit kat situ. Tak payah nak membazir beli baru lagi.

8. Kad Jemputan
Deposit dah settle. Cuma tunggu nak datang kedai tempah kad kahwin je. Boleh kata tak payah pening kepala nak cari-cari bagai. 

9. Pelamin
Untuk majlis belah I, ada member yang bisnes buat pelamin untuk majlis-majlis begini. So senang sikit nak berurusan. Progress, masih dalam process lagi. Untuk majlis bertandang pulak, itu dah settle. Ambik pakej je kan, tak payah pening kepala. 

10. Mak Andam
Majlis belah En. Barney dah settle dah. Macam I cakap tadi, sekali dengan pelamin semua dalam satu pakej. Cuma untuk majlis belah I je lah still dalam process. I mengalami kesukaran sedikit untuk mencari Mak Andam di Miri. Tapi dah jumpa dah seorang ni, I tengok hasil mekap pun marvelous. Harga pun not bad. 

11. Busana
Oh baju nikah tak hantar tailor lagi. Lepas raya InsyaAllah sempat lagi. Cuma I takut lepas raya ni faham-faham je lah macam mana kan. Yang lain-lain termasuk sekali dalam pakej yang I nyatakan sebelum ni. Pelamin, Mak Andam serta dua persalinan lelaki dan perempuan untuk majlis belah I dan juga En. Barney. Cuma design baju je lah harus dipeningkan sekarang ini. 

12. Dewan dan Catering
Kalau majlis belah I, senang aje. Buat dekat rumah. Catering pun tak ada. Gotong royong, saling bantu membantu sesama insan. Bahasa mudah, rewang. Cuma sekarang pening nak cari dewan untuk majlis belah En. Barney pulak lah. Itu lah lambat sangat. Selalu orang akan tempah setahun sebelum majlis, weolls ni pulak beberapa bulan sebelum majlis. Lepas tu time waktu puncak pulak tu. Memang terkial-kial lah. So far, ada dua yang still kosong tapi faham-faham lah. Ada lah kurang sikit tu. Sobs. Catering pulak, En. Barney kata nak panggil jiran belakang rumah atau member siapa-siapa entah yang dia mention. I takut orang tua ni terlupa je. Nanti dewan semua dah ada. Yang lain semua dah settle. Hal catering pulak yang timbul. Hoi mintak simpang!

13. Wedding Photographer
Kalau di Miri, I sebenarnya tak jumpa banyak choice pulak. Tapi ada jugak survey satu wedding photographer ni. Gambar cecantik pulak I tengok. Kot boleh buat outdoor tepi pantai main air laut. Eh eh. Disebabkan majlis weolls ni bukan sahaja merentas sempadan, tapi merentas Laut China Selatan, nak tak nak terpaksa ambil dua photographer yang berbeza. Satu based di Miri. Satu lagi yang ada di KL/Selangor. Belah En. Barney memang banyak yang dah settle. Pakej termasuk pelamin, busana, mekap dan jugak photographer. Itu yang tak pening sangat. Cuma majlis belah I tu je lah. Harap-harap photographer and MUA yang I tengok-tengok tu free lagi untuk tarikh yang I nak tu. Jatuh hati pulak dengan hasil kerja dua-duanya. Harga pun not bad. 

14. Kompang dan juga yang sewaktu dengannya 
Yang ini, Bapa Iolls jemput geng-geng dia sendiri. And geng-geng kumpulan zikir Bapa Iolls ni memang hot stuff macam pisang goreng cheese yang panas-panas. Siapa cepat, dia yang dapat kaedahnya. Siapakah mereka ini, InsyaAllah nanti ada jugak I cerita panjang-panjang. 


Selit gambar retis kejap. Suka pulak Iolls tengok majlis pernikahan Sharifah Sakinah. Nampak simple tapi grand. Oh tak nak lah grand-grand bagai. Janji manis bergula boleh simpan dalam kotak memori sampai akhir hayat dah lah. Betul tak?

By the way, I refer Checklist Perkahwinan di SINI dan mix and match dengan persiapan sendiri. Hmm ada lagi yang tertinggal tak eh?

p/s : BFF I cakap, dah besar dah kita kan. Dah nak kahwin dah pun. Saja bikin sebak betul lah minah tu. Kawan since darjah 4, kira-kira balik dah lebih 15 tahun kot. Sedih lah tu kawan baik dia nak kahwin dah. Sobs. 

28/03/2015

Family Fun Time #3 : Mee Ketam Vs Mee Udang

Kisah Nilai 3 (SINI) sudah, Muzium Negeri Sembilan (SINI) pun sudah. Sekarang kita sambung balik sesi jalan-jalan bersama keluarga cuti sekolah lepas. Dah puas shopping, dah puas cuci mata, sekarang kita memuaskan perut pulak. Makan time!

Tapi first of all, terima kasih lah Puan Nuriesya sebab introduce tempat ni. Bukan main lagi dia menghasut fikiran Iolls kata Mee Ketam sini sana sinun sedap lah. Sabar aje lah kan. Hiks. 

So hari tu, dah alang-alang ke Nilai 3 jadi marilah kita singgah untuk mengisi perut. Ke mana lagi kalau bukan D'Laila Mee Udang yang terletak di MMA Santai Corner. Gigih set GPS bagai nak ke sini. Ini semua Nurie punya pasal lah. Eh eh. 



En. Barney dan Bapa Iolls pilih Mee Udang Galah biarpun udangnya tak adalah nak galah sangat pun. Dan the rest of us order Mee Ketam. And memang superb lah! Yummyyyyy!

Ketam pun besar cuma kalau nak harap yang fresh tu tak lah. Dan Udang pun I tengok besar-besar jugak. Udang gemuk-gemuk dan chubby buat I rasa macam nak culik je seekor dari mangkuk En. Barney. Tapi bila fikir kesan sampingannya yang melarat itu, tak jadi lah. Tak kuasa lah Iolls orang hantar ke hospital lepas makan sedap-sedap. 


Sedap sangat lah tu sampai speechless. Bukan main dengan penuh perasaan Bapa I meratah ketam dan udang. Oh ketam tu haruslah bapa culik dari mangkuk mak Iolls. So bab culik-menculik ni bukanlah satu yang baru tapi turun temurun. Eh.


Seda sangat la kot sampai I pun terkejut jugak bila diri sendiri mampu untuk melicinkan mangkuk sehingga sedemikian rupa. En. Barney tak payah cakap lah. Awal-awal lagi dah licin. Pedas memang pedas tapi persetankan lah semua itu. Oh, bagi I pedas lah sebab I tak makan pedas dan tak tahan pedas. Tapi En. Barney boleh makan pejam mata je means tak pedas lah tu. 

Petang tu kemain melantak, malam pulak perut meragam. Panas je rasa. Itu lah, siapa suruh makan pedas-pedas.

p/s : Hari ini En. Barney outstation pergi Seremban. Iolls ni kalau dah namanya weekend sudah semestinya ikut sekali. So balik boleh lah menyinggah makan mee ketam. Hiks

27/03/2015

Stress Management

sumber : google

Seminggu dua kali pergi klinik. Satu sakit kepala dengan tekanan darah tinggi, due to stress. Esoknya nya, chest pain dengan kesukaran untuk bernafas. Semua stress related. Minggu depan doktor suruh datang lagi. 

Doctor tekankan, stress management. Wahai doktor, boleh ke kalau I buat seperti gambar di atas?

p/s ; Dekat office ada seorang doktor baru. Handsome pulak tu. Lepas ni kalau sakit, tak perlu pergi klinik lah. Jumpa doktor handsome je. Eh eh. 

26/03/2015

Alkisah Misi Mencari Dewan


"Adik nak cari dewan untuk majlis tahun ini ke? Tak payah lah dik. Semua dah penuh."

Padan muka. Lambat tetap tarikh. Menyusahkan diri sendiri call sini dan situ. Jawapan sama aje. Akibat ikut polisi esok majlis, hari ni baru nak mencari. Terbaik. 

Sekadar gambar hiasan (ehsan google)

Banyak sangat benda nak kena fikir, tak memasal pergi klinik doktor cakap high blood pressure sebab stress punya pasal. Lagi satu hal doktor, kena suruh datang lagi next week. Follow up visit katanya.

p/s : Nasib baik lah semalam dapat satu call kata ada kekosongan untuk tarikh yang weolls nak. En. Barney, tolong lah settle cepat-cepat. Tak larat nak fikir dah ni. Stress. Ya Allah, minta-minta lah dipermudahkan semuanya. Amin!

25/03/2015

Wordless Wednesday : Bunga-Bunga Cinta

24/03/2015

Family Fun Time #2 : Muzium Negeri Sembilan, Seremban

Entri-entri yang terdahulu;

Sambung semula kisah seminggu yang lepas. Oh by the way, I lebih suka term 'Family Fun Time' berbanding 'Family Day'. Sebabnya persepsi Iolls perkataan Family Day tu lebih tepat digunakan bila satu keluarga besar berkumpul. Kami ni berlima je, cuma InsyaAllah akan tambah sorang lagi few months to come. Ehem. 

Dah puas mencuci mata di Nilai 3 (boleh baca SINI), I minta En. Barney bawa ke satu tempat ni. Tapi bila tengok jam, awal sangat pulak. Baru pukul 4.00 petang. Jadi nak membunuh masa, En. Barney decide untuk bawa family I ke Seremban. Oh tanpa hala tuju. Ikut je lah En. Barney. En. Barney memang selalu outstation ke Negeri Sembilan, setiap bulan at least sekali. So destinasi, kita serahkan aje pada yang pakar. 

Biarpun tanpa hala tuju, akhirnya kami sampai ke Muzium Negeri Sembilan. Itu pun masa on the way ternampak muzium di tepi jalan. Tengok jam belum pukul 6.00 petang lagi. So sempat lah menyinggah before muzium tutup pada jam 6.00 petang. Paling penting, masuk adalah percuma!

Terasa seolah muzium itu kita yang punya bila kami berenam je yang ada. Iolls ni kalau masuk tempat-tempat yang banyak info dan ilmu baru begini, excited tu lain macam sikit. Itu pasal zaman sekolah dulu jadi student favourite cikgu sejarah. Oh, jangan cakap sejarah. Subjek biologi pun jadi student favourite jugak. favourite kena soal soalan esei 20 markah. Hambek kena explain depan satu kelas. Tak boleh jawab, dengan suka cita berdiri lah sepanjang kelas. Sabar aje lah, orang lain jawab soalan kacang jawapan seciput. I kena explain panjang-panjang. Eh perempuan, sila jangan melencong. Sambung balik kisah dan gambar Muzium Negeri Sembilan. 











Gambar-gambar di atas merupakan gambar yang I snap-snap di tingkat bawah muzium. Yang siap ada motosikal abang posmen tu sebenarnya Pameran Pos Malaysia kalau tak silap I. Dah puas tengok-tengok tingkat bawah, naik tingkat atas pulak. Ada Pameran Keganasan Komunis pulak. Cuma yang ini tak ada apa sangat lah. Sebab rasa macam banyak yang tak dipamerkan. Tengok box kosong aje. 



Orang belakang tu kan, merajuk sebenarnya. 


Disebabkan tak ada orang, kita buat lah macam rumah sendiri. 

5 saat kemudian...


Berangan nak buat rumah begini. Entah tercapai atau tidak entah. I lagi suka rumah orang-orang lama berbanding rumah agam dan banglo moden sepuluh tingkat. 

Dah puas bersantai dan berangan. Kita ke bangunan sebelah pulak. Actually bukan lah bangunan tapi lebih kepada rumah-rumah contoh. 










Nampak tak entiti berkepala biru di belakang itu?


Marilah sesekali kita interframe. 



Tak tau lah kenapa I rasa macam muzium ni tak terjaga sangat. Tapi still rasa berbaloi lah bagi pengunjung macam kami ni. Boleh kira sebagai orang luar juga sebabnya budaya Negeri Sembilan dan Sarawak sudah semestinya berbeza. Dapat tahu apa yang kita tak pernah tahu, nampak apa yang kita tak pernah lihat. Semoga pihak yang sepatutnya boleh come up with ideas macam mana nak tarik lebih banyak lagi pengunjung di masa akan datang. Sayang pulak I rasa kalau terbiar macam tu je. 


I paling suka gambar yang ini. Sebabnya, I memang tengah intai En. Barney tengah naik tangga kat luar tu ha. Ehem. 

p/s : En. Barney, tak nak jadi tour guide Iolls melawat muzium yang dekat-dekat  ni? Hiks

23/03/2015

[Korean Drama] Blood

Musim drama korea dengan watak pesakit DID dah berlalu, sekarang start musim cerita ala-ala vampire pulak. Macam drama yang I tengah tengok sekarang ni lah. Lepas tu, beberapa hari lepas ada terbaca sinopsis yang dramanya bertemakan vampire jugak. Tak ingat pulak drama tersebut cuma yang pasti drama tu tak start lagi lah. 


Sinopsis Blood

Park Ji Sang (Ahn JaeHyun) is the son of a vampire, who becomes inherited with the same abilities and desire for blood. Though he was initially terrified of his identity as a teenager, Ji Sang grows up embracing that side of him and becomes a surgeon. His hunger and crave for blood is suppressed with a special pill he takes before he goes in for an operation, otherwise, he would quickly transform when he encounters blood.

He later gets a job at a hospital and becomes the team manager for the Hepatobiliary and Pancreatic Surgery team. On his very first day, Ji Sang meets Yoo Ri Ta (Koo Hye Sun), a Doctor who is arrogant of her academic achievements. Due to his age in comparison to the others, some of the Doctors are reluctant to have a 'kid' as a team manager, but Ji Sung quickly gains their trust when he was given permission by Ri Ta's own uncle to take over her in the middle of an operation. His success only leads to her envy, and the two's rivalry quickly ignites as a result, all while Ji Sang starts to uncover secrets about his family.
Drama ni bagi I mempunyai jalan cerita yang menarik. Biarpun kadang-kadang rasa macam lost sekejap. Nak kata complicated sangat pun, tak ada lah complicated mana. Cuma ada certain part tu kurang pencerahan sikit. Alah, biasalah di awal-awal cerita. Ending nanti faham lah dengan jelas macam mana kisahnya.


Apa sebenarnya kisah disebalik pembunuhan ibubapa Park Ji Sang dan atas sebab apa dia menjadi buruan Lee Jae Wook (Ji Jin Hee) dan pengikutnya?


Tapi kan watak Yoo Ri Ta dalam drama ni memang cukup menjengkelkan. Sampaikan I rasa macam nak lempang je perempuan tu. Bukan main dengan lagak sombong lagi kan. Annoying sungguh. 

Kalau ditanya drama ni best atau tak. bagi I drama ni so-so je. Tak ada lah best mana pun cuma jalan cerita macam menarik jugak lah dan rasa macam tak sabar pulak menunggu jawapan untuk soalan-soalan yang ada. Siapa sebenarnya Park Ji Sang dan apa yang membezakan dia dengan vampire yang lain?

Download Blood

Tonton Online Blood

 p/s : drama korea sekarang macam kurang best pulak. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...