22/03/2015

Family Fun Time #1 - Nilai 3, Here We Come!

Dah ada kisah prologue (SINI) tempoh hari, so sekarang I start dengan chapter yang sebenarnya. Family terbang ke KL dari Miri, hari jumaat. Sampai hari sabtu. Sekali baca macam ambik masa sehari flight KL-Miri kan? Tapi sebenarnya, berlepas menaiki last flight hari jumaat lebih kurang pukul 10.30 malam. Perjalanan ambik masa dalam 2 jam dan 15 minit so touch down around pukul 12.45 pagi, hari sabtu. 

Day 1 - Hari sabtu tak ada ke mana-mana sangat. Cuma parents En. Barney jemput family I datang rumah. Dah alang-alang berkumpul, boleh lah bincang sikit hal-hal untuk majlis nanti kan. Biasa lah kalau dah kena terbang ke sana ke mari ni, planning kena sehabis baik. 

Day 2 - Ini baru point entri yang sebenarnya. Di atas itu, macam biasa mukadimah yang termelencong sedikit. Hari ahad, parents ajak ke Nilai 3. Pagi tu, singgah di Kenanga Wholesale Centre sekejap. Rasa macam tak best sangat pulak, tak macam dulu. Orang pun tak ramai sangat. Kalau dulu, nak cari parking kemain azab!

Tak puas hati bershopping di Kenanga Wholesale Centre, family ajak ke Nilai 3 pulak. Nak beli kain untuk itu, nak beli kain untuk ini lah. Oh family Iolls kalau nak shopping raya, memang akan terbang ke KL. Kalau tak mengukur jarak dan saiz kedai kat Jalan TAR tu, Nilai 3 lah jadi destinasi seterusnya. Nak shopping raya kat Miri? Hmm, dah lah choice tak banyak. Harga blink-blink cantik sangat pulak tu. Mahukan kepuasan dalam bershopping raya, KL lah destinasinya. 


Dah ada dah tema warna untuk raya tahun ni. Kain pun dah beli. Boleh terus hantar pergi tailor buat baju raya. Awal gila kan? Baik buat awal daripada kelam kabut tunggu nak dekat raya, nanti kalau lambat pening pulak nak cari tukang jahit untuk jahitkan baju raya. Amboi, puasa pun tak lagi dah bersemangat nak raya. Oh puasa dah habis ganti lepas raya tahun lepas lagi. So tak payah lah nak risau puasa ganti tak habis lagi. Hiks. 


Sebenarnya bapa Iolls memang nak memborong banyak dan banyak dan banyak kain untuk majlis nanti. Kain baju melayu sahaja beli untuk 40 pasang. Untuk baju kurung pulak belas-belas pasang jugak lah. Sebabnya untuk majlis nanti, I sendiri yang tak nak panggil katering. Biasa lah perempuan old school yang lagi suka cara konvensional. Bapa dan geng-geng masjid serta isteri memasing lah yang akan jadi orang kuat nanti. Itu yang beli kain berpuluh-puluh pasang. 


Bapa Iolls ni kalau dah bab menyembang tu memang tip top! Tawar menawar serahkan aje kepada yang pakar. Kalau ada PhD untuk tawar menawar, dah ada title Dr dah kat depan agaknya,


Cuaca tak usah cakap lah! Panas melampau. Masuk kedai je, cepat-cepat cari kipas. Bila dah kena angin kipas tu, tak nak berganjak ke mana-mana dah. 


Hentian terakhir. Memasing dah give up tak nak masuk tengok kain dah. Mak sorang je yang masih bertahan lagi. Yang lain semua duduk di kaki lima kedai. Sakit kaki oi!

Nilai 3 ni banyak jugak kedai-kedai barang kahwin. Tapi I tak pernah pulak masuk tengok dan survey. Tapi member ada cakap, kat Nilai 3 pun dah mahal dah sekarang. Tak macam dulu. Betul ke?

p/s : Next time family datang sini memang confirm diajaknya ke mari lagi. Memasing rambang mata tengok kain. 

9 comments

3/22/2015 07:41:00 pm

Huhuhuhu... teman dah la sangat tak shopping raya kat jalan TAR... now teman shopping kat JAKEL saja...

3/22/2015 08:52:00 pm

Memudahkan urusan bila buat persiapan awalkan..

3/22/2015 09:00:00 pm

tak tahu pula tentang dah mahal barang2 di nilai 3, jarang dah pergi.

3/22/2015 10:28:00 pm

wah..bestnye shopping kt nilai...dh lme tak g sana...yelah skrg ni musim pnas..nk kuar pun jadi mls

3/23/2015 10:10:00 am

Betul Nilai 3 pun dah mahal dah. Standard beli barang dekat Jalan Tar je. Baik pergi Semua House dekat tingkat 5 kedai nama Sayang You. Situ murah sikit compare Nilai 3.

3/23/2015 01:08:00 pm

bestnya dapat shopping kat nilai.. =)

3/24/2015 10:04:00 pm

bnyk mborong utk mjls nti ye cik aisya....^,^ mesti meriah nti kan..hopefully.. ^o^

3/25/2015 07:52:00 am

ha ah dik , dah mahal . dulu sis rajin juga pegi nilai 3 . sekrg beli je yg dah siap last minute nak raya cuma kat nilai 3 banyak pilihan lah .

4/17/2015 08:09:00 pm

Wah... mmg tgh carik lubuk kain ni..
kalau kt bangi byk jual baju dh siap je

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...