29/06/2012

Kejam!


Amaran : Gambar-gambar pada entri ini mungkin akan buat anda menangis. Mungkin?

Chipmunk dan adik Chipmunk suka tengok satu rancangan kat channel Animal Planet (tak salah lah, tak pun Discovery Channel). First time Chipmunk tengok memang menangis-nangis. Tak sampai hati sebenarnya nak tengok tapi gagahkan jugak sebab nak tau apa yang jadi.



Whale Wars ni pasal macam mana Sea Shepherd Conservation Society berusaha untuk menghalang pemburuan ikan paus oleh pemburu-pemburu ikan paus dari Jepun bagi kempen menentang Japanese whaling. Memang ada diorang tunjuk macam mana paus-paus ni diburu dan dibunuh dengan kejam. Memang rasa sedih sangat tengok, kesian bila paus-paus tu menunggu masa je untuk dibunuh. Air laut pun 100 peratus bertukar warna jadi warna merah. Ikut fakta yang Chipmunk dapat hasil daripada tengok Whale Wars ni, satu hari sejumlah 20 hingga 30 ekor paus telah dibunuh. Bayangkan betapa banyaknya?





Japanese whaling (sumber : google).

Mungkin ada jugak yang follow rancangan ni kan? Sekarang Chipmunk tengah berusaha nak mendownload Whale Wars dari Season 1. Memandangkan tengah free ni, memang banyak la masa nak dibuang tengok rancangan-rancangan macam ni. 

p/s: carik dan letak gambar tutup sebelah mata, tak sampai hati nak tengok.

28/06/2012

Spontaneous Thursday : F.R.I.E.N.D.S


A strong friendship doesn't need daily conversation,
doesn't always need togetherness.
As long as the relationship lives in the heart,
true friends will never part.


27/06/2012

Wordless Wednesday : With ♥






26/06/2012

Demam Bola versi Cik TengTeng


Kalau hari tu Chipmunk entry pasal Tengok Bola, Makan Bola, kali ni turn Cik TengTeng pulak yang terkena virus demam bola ni. Berangan nak jadi macam Iker Casillas pulak. Kenapa Chipmunk cakap camtu, tengok gambar-gambar Cik TengTeng ni berangan jadi Goalkeeper kat bawah ni dengan berbekal bakul baju sebagai gawang.






Tapi mata tutup, macam mana?

p/s: mak mampu geleng kepala je tengok Cik TengTeng ni main bakul baju.

24/06/2012

Review Movie : Brave


Alhamdulillah, dah selamat sampai di rumah pukul 11 pagi tadi. Naik flight pukul 7.20 Kuala Lumpur-Miri. Sampai rumah je, memang tak sempat nak blogwalking. Memandangkan tak tido pun gara-gara tengok Spain-France awal pagi tadi, sampai-sampai rumah je terus top up tido. Semalam, nak blogwalking pun tak sempat jugak. Busy nak packing barang apa semua.

Sebenarnya bukan tu yang Chipmunk nak cerita. Panjang sangat mukadimah tu. Salah satu sebab semalam tak sempat nak blogwalking, reply jejak apa semua sebab Chipmunk dan En. Barney pergi tengok movie Brave. But first of all, nak ucap thank you to Maybank on behalf of En. Barney sebab bagi 10 tiket free, untuk apa-apa movie di mana-mana GSC. Sebab En. Barney menang apa entah, tak sure pulak.


Movie ni basically pasal mother-daughter bonding lah. Biasalah salah faham antara mak dan anak perempuan. Merida ni kalau compare dengan kisah-kisah puteri lain, berbeza sikit. Nakal, kasar dan yang paling penting suka memanah. Sangat berbeza dengan apa yang mak Merida harapkan. Konflik terjadi bila suatu hari Merida kena pilih seorang calon suami daripada 3 calon dari 3 puak yang berbeza. Bila mak cakap ya dan anak pulak cakap tak, berlaku lah perbalahan yang kemudian melibatkan campur tangan ahli sihir jahat yang penuh dengan muslihat. Ada satu sumpahan yang mesti Merida rungkaikan, melibatkan mak Merida ni. Tapi syaratnya before the 2nd sunrise. Apa sumpahan tu dan apa kaitan dengan mak Merida dan apa yang terjadi selepas sunrise yang kedua? Dan malangnya sumpahan tu ada kaitan pulak dengan pengalaman pahit ayah Merida yang menyebabkan beliau kehilangan sebelah kaki. 

Merida bersama ibu dan ayahnya serta 3 orang adik yang nakal. 
Bagi Chipmunk cerita ni agak best jugak. Kalau nak bawa satu family tengok movie Brave ni, memang pilihan yang tepat. Ada satu part kat hujung-hujung movie ni yang buat Chipmunk rasa nak menangis. Lepas tu, adik-adik Merida tu pun agak kelakar tapi memang memeningkan kepala lah. Kitorang tengok hari tu yang 3D punya tapi Chipmunk tak reti sangat nak komen pasal effect 3D movie ni. For those yang tak tengok lagi, dan teringin nak bawa family keluar tengok movie or those yang teringin nak tengok movie yang santai-santai boleh lah tengok Brave di pawagam yang berhampiran. Masa Chipmunk dan En. Barney tengok hari tu, memang hall tu majority family yang bawa anak-anak.

Tiga ekor bear comel?

23/06/2012

Tukar? Haih, dilema betul lah.


Teringin nak tukar URL blog. Tapi macam sayang pulak. Plus malas nak fikir dan carik URL lain. Nak tanya sikit ni, kalau kita tukar URL blog kan, apa kesannya ye? Ke tak ada apa-apa yang berubah?

Tiba-tiba teringat blog lama yang dah dekat 2 tahun di-delete-kan tu. Sayang gila lah. Dah la time tu BE tengah running lagi. Sejak tu jugak tak pernah langsung dapat BE, untuk blog yang ni. Tapi serius memang nak transform semua lah, macam bosan pun ada tengok yang sekarang ni.

Tolong. Tolong.
Dalam dilema ni. 

Boleh pulak Cik TengTeng ni main hide-and-seek

22/06/2012

Colourful nya!


Mula-mula Chipmunk tengok gambar-gambar di bawah ni, tergamam sekejap. Siapa sangka benda-benda macam ni mampu dihasilkan. Colourful sangat!









Agak-agak semua gambar di atas ni diperbuat daripada apa?

sumber : gadgets

21/06/2012

Spontaneous Thursday : Hormat Lah Orang Lain Jugak


Menyampah dengan manusia-manusia yang merokok, 
kemudian tak reti nak hormat orang-orang disekeliling. 
Cik abang, pandang la kiri kanan jugak. 
Bukan main hembus je asap rokok tu.

 Cik TengTeng pun tak suka tau. Tengok tu dah buat muka.

20/06/2012

Wordless Wednesday : Nak Satu!



 p/s: En. Barney, hadiahkan lah satu. Please!

19/06/2012

Makan Bola?



Bekalan makanan untuk tengok bola pagi-pagi. Ni baru tengok live streaming EURO 2012 kat bilik hostel. Kalau ada kat rumah ni silap haribulan boleh masak kari kepala ikan dan sambal belacan makan dengan nasi. Fuhhhh. Sedap.

Memang tak lama lepas tu, badan sama bulat dengan bola. 

18/06/2012

Gila Kasut itu Normal lah.


Semalam pergi shopping dengan En. Barney. Yela, dah nak balik kan. Of course la nak shopping untuk raya nanti. Satu benda yang Chipmunk tak boleh  TAK BELI kalau keluar shopping adalah kasut. Tak kisah la heels, wedges atau apa-apa jenis sekalipun yang penting benda tu benda yang kita pakai kat kaki tu.

Kasut raya untuk tahun ni dah settle. Siap kena kutuk dengan En. Barney cari sepasang kasut tu pun dah dekat 3 jam. Standard la perempuan kan? Chipmunk ni dah la jenis yang wajib masuk semua kedai dulu. Dah habis tu baru patah balik ke kedai tu semula. Kalau tak berkenan habis la, sambung next day pulak.

Chipmunk google cari yang macam Chipmunk beli tu. Saja menggedik tak nak letak gambar yang betul-betul punya. Terjumpa pulak banyak lagi yang cantik-cantik.









Oh, tak nak google dah sebab nanti terasa macam nak shopping kasut lagi!

p/s: Dapat cari macam yang Chipmunk nak, puas hati!

16/06/2012

Soal Jawab mengenai Kura-Kura


Dalam entry INI, Chipmunk ada bagitau nak kongsi something pasal kura-kura kan? Kebetulan ada beberapa yang komen tanya pasal kura-kura dalam entry sebelum-sebelum ni. Tapi Chipmunk jawab ni berdasarkan pengalaman Chipmunk jaga 3 ekor makhluk bercangkerang di bawah ni tau. Mungkin ada yang sama, ada yang berbeza.


1. Kura-kura ni lasak tak?
Tak pun. Tapi kalau dia dah berjalan tu, laju je jalannya. Tu kalau kura-kura kecik. Kalau yang dah besar macam Ken si Otai tu memang tak la. Sebab dah besar kot, badan dah berat.

2. Boleh tak kalau kura-kura tu dibawa keluar dari akuarium?
Boleh je. Cuma kita kena tengok-tengok la. Sebab kura-kura ni dia suka masuk tempat yang sempit. Nak main hide and seek la tu dengan kita tapi sebab dia kecik nanti susah nak cari mana kura-kura tu sembunyi.

3. Tak mati ke kalau kita bawa keluar kura-kura dari akuarium?
Eh, tak la. Macam Chipmunk cakap tadi la. Kita kena perhati diorang. Jangan sampai jatuh dari tempat tinggi atau jangan sampai kita sendiri yang susah nak cari kura-kura tu dah pergi mana.

 Ken si Otai Chipmunk letak atas katil, memang macam tu je la. Tak gerak mana-mana

Kura-kura ni even kita tengok macam pasif je tak bermaksud kura-kura ni tak perlukan perhatian kita. Chipmunk ada terbaca somewhere yang kura-kura ni sebenarnya bertindak balas dengan sentuhan. Macam Ken si Otai, mula-mula dulu selalu je menyorok dalam shell kalau Chipmunk nak pegang. Tapi sekarang ni, kita buat la macam mana, dia tak kisah pun.


Dah hampir setahun dah Chipmunk bela kura-kura. Awal bulan July ni, genap la setahun Ken si Otai ada dengan Chipmunk. Besar Ken pun dah hampir sama besar dengan tapak tangan Chipmunk. Kalau ada siapa-siapa nak tau lagi mengenai kura-kura ni tanya je la. InsyaAllah kalau yang Chipmunk tau tu, Chipmunk jawab la ye.

Kalau nak baca mengenai tips penjagaan kura-kura boleh klik SINI ataupun nak mengenalpasti jantina kura-kura boleh klik SINI.

15/06/2012

Quick Update


Tak sempat nak update panjang-panjang hari ni. Ada sesuatu yang perlu di'settle'kan. Tapi esok ada sesuatu untuk dikongsikan. Berkenaan dengan gambar di bawah ni.


14/06/2012

Spontaneous Thursday : Nuffnang


Dear Nuffnang,

Selalu bagi tiket movie free,
Bila pulak nak dapat BE ni?

Sincerely,
Me.
 
Motif tutup muka?

13/06/2012

Wordless Wednesday : Resipi



p/s: tak sabar nak balik nak try resipi-resipi yang ada ni.

12/06/2012

Novel RAM untuk dijual?


Semalam, ada someone PM dekat Facebook Page blog ni. Terkejut jugak Chipmunk bila baca isi kandungan mesej tersebut. Memang tak disangka-sangka jugak la. Berkenaan dengan novel penulis thriller No. 1 Malaysia ni, siapa lagi kalau bukan Tuan Ramlee Awang Murshid. Mungkin individu tersebut merujuk pada entry yang INI ataupun yang INI kot.

Ni kalau ada peace-peace kacang pis ni En. Barney la punya kerja. Tak paham apa motif beliau suka sangat letak peace. Dah boleh jadi bapa budak pun perangai macam budak-budak lagi.

Minta maaf la saudara, semua novel yang Chipmunk beli semua untuk simpanan peribadi dan tak pernah terdetik dan terlintas langsung pun nak jual balik novel-novel yang Chipmunk ada. Lagi-lagi karya RAM plus yang Edisi Khas macam Sunan Musafir dan juga Sutera Bidadari. Sayang kot nak jual. 

p/s: Chipmunk memang ada niat nak buat library sendiri bila dah ada rumah sendiri nanti. Novel-novel Chipmunk kat rumah tu dah penuh satu almari.

11/06/2012

Perempuan dan Bola. Komen?


Hari ni Chipmunk nak buat survey sikit. Nak kata survey tak pun sebenarnya. Sekadar bertanya. Terfikir masa tengok live streaming Spain-Italy semalam. (Live streaming je mampu, duduk hostel ni tv pun tak ada).

Chipmunk tau readers blog ni ramai perempuan, jadi nak tanya la sikit soalan di bawah ni.

Orang selalu cakap perempuan minat bola ni sebab pemainnya handsome-handsome saje. Betul atau tak? Cuba komen sikit.

Dulu Chipmunk selalu tengok bola dengan bapa. Dan follow perkembangan semasa bolasepak ni. Tapi semenjak stay hostel ni banyak yang tertinggal. Dulu kalau game Chelsea-Manchester United selalu bertekak dengan bapa. Bapa sokong Manchester United, Chipmunk pulak Chelsea. Sekarang tambah pulak En. Barney peminat warna merah tu jugak. Tak boleh imagine macam mana agaknya kalau kitorang bertiga duduk sekali tengok Chelsea-Manchester United.

 Ini dia pemain handalan. Ada siapa-siapa berani challenge?

p/s: Orang kata Christiano Ronaldo tu handsome. Chipmunk tengok tak handsome pun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...