31/12/2015

Spontaneous Thursday: Hari Terakhir

Tak sedar kan,
Kita sudah berada di hari terakhir untuk tahun 2015.
Dah tahun baru rupanya esok.

So apa konklusi nya untuk tahun ini?
Azam tercapai?
Atau carry forward untuk tahun 2016 pulak?
Hiks.

p/s: Thank you 2015 for all the memories.

30/12/2015

Wordless Wednesday : Abu Si Meow


29/12/2015

Dapat Cuti Panjang Pun Merajuk Lagi?

Lebih kurang dua minggu lepas, dalam entri INI Iolls ada share yang Si Merah kesayangan hamba itu merajuk kononnya tak dapat cuti peristiwa. Selangor cuti gara gara Piala Malaysia nan satu itu lah. Tapi company Iolls tak cuti pun. Makanya kena kerja macam biasa lah kan. Mana tak merajuk kereta umur 18 tahun itu. Nak rehat katakan. Kereta yang over, tuan dia relax je. Iye lah, dapat jugak extra one day annual leave. 

Ingatkan tak dapat cuti aje nak merajuk. Sekali nya nak cuti weekend yang panjang selama empat hari itu pun dia nak merajuk jugak! Sabar je lah oi. 

Alkisahnya, hari rabu minggu lepas Iolls balik lewat sedikit. Nak OT satu jam lah kiranya. Er, actually tak plan nak OT pun tapi meeting habis lebih kurang pukul 6.45 petang so alang alang cukup kan aje lah sampai sejam kan. 

Baru je keluar dari perkarangan office, tak sampai seminit pun. Dengar ada bunyi meletup. Terus berhenti di bahu jalan dan keluar tengok tayar belakang. 

Dan tadaaaa!


Tayar dia pecah pulak dah. Pfft!

Memang sehari sebelum tu dah rasa macam lain macam je bila drive. Er, kenapa rasa macam ada something wrong je dengan tayar ni. Time drive memang rasa macam tayar tu kurang angin, rasa macam tayar tu kempis meleper pun ada jugak. Tapi bila jenguk jenguk, nampak okay je. Memang dah pasang niat, nak inform En. Barney terus once dia balik dari outstation. Tapi nak buat macam mana, tak menyempat nak bagitau dia dah merajuk dulu.  

I syak Si Merah ni merajuk sebabnya I keluar lambat sejam kot petang tu. Dia dah excited nak cuti panjang, I boleh pulak lengah lengah kan. Er, perempuan ni bajet kereta tu macam manusia la ada perasaan kononnya?

Satu hal pulak dah nak cari bengkel yang buka during cuti Maulidur Rasul and Christmas. Nasib baik jumpa. Kalau tak berkampung la Si Merah kat office Iolls tu berhari-hari. 

Bak kata orang bengkel tu, tayar pecah sebab banyak langgar lubang. I dah sehabis baik, dah paling lemah lembut drive elak lubang. Masalahnya area office tu ha memang tak mampu nak dielak lagi kalau dah lubang sana sini. Sigh.

Hopefully lepas ni jangan lah merajuk lagi eh. Dah lah tuan dia pening dengan 'kegawatan' ekonomi yang semakin meruncing sekarang ni. Dia boleh pulak merajuk selalu. 

Oh ya, menyentuh tentang tayar kereta ni kan. Driver perempuan especially nya rajin rajin lah check angin tayar tu kan. I dah beberapa kali jugak lah jumpa kereta yang dah kronik sangat kurang angin tayar tu tapi relax je drive macam driver F1. Mostly yang I jumpa tu driver perempuan. Tayar dah lembik semacam, dia pulak dengan hebatnya mencelah sana dan sini. Siap cucuk kereta depan lagi kononnya dia lah yang paling pantas tapi bila tengok tayar, spoil lah. Baru nak puji hebat tau, terus tarik balik. Failed jugak. 

klik untuk lebih jelas

Tips Iolls untuk sentiasa ingat check angin tayar is, jenguk tayar tu setiap kali uolls keluar dari kereta. Paling senang, pergi balik office dah lah. Sampai je office pagi pagi lepas lock alarm, terus check tayar. Macam tu jugak lah petang. Sampai rumah check lagi. Tapi jangan uolls check satu tayar aje, check semua lah. Ini kalau check satu aje, yang lain tak pandang pun tak boleh jugak. Alah bukan susah pun, just tengok aje. Kalau nampak macam kurang angin tu, pergi lah ke petrol station terdekat untuk pam angin. 

p/s : Ye ye, memang nak cari merah lain pun tapi senyap senyap sudah. Iolls yang pening kalau Si Merah tu dengar ha. Kereta pun ada hati jugak nak kena jaga. Eh!

28/12/2015

GIVEAWAY POCKET CALENDAR NEW YEAR 2016 by www.nooratikahramli.com


22.12.2015 - 31.12.2015

26/12/2015

10 Soalan Dari Blogger Diya Hanun

Dah lama tak kena tag ni tau, itu pasal bila dapat komen kata Iolls kena tag terasa excited sebentar. Rasa macam nak lompat lompat pun ada. Oh itu tak bermaksud Iolls paling suka kena tag eh. Kbai.

Tak perlu lah mukadimah panjang-panjang, jawab soalan terus je lah kan senang. Nanti melencong sana sini tanpa haluan, sampai terlupa pulak tujuan sebenar. Ehem. 


1.Mula mula mestilah perkenalkan diri. Buat ayat yang paling menarik dan tertarik. 

Er, ayat yang menarik dan tertarik ni memang failed. Tapi orang yang sedang menaip ini memang seorang yang menarik. Cuma bab tertarik itu bahaya oh, nanti marah pulak shuben kita. Eh.

By the way, you can call me Chipmunk. Sebab dari azali orang kata pipi Iolls macam pipi chipmunk. Nak kata I gemuk in a proper way lah tu. Ingat I tak tau ke? 

Kalau nak bunyi melayu, panggil Ecah sudah. 


2. Awak ni Blogger dari negeri mana?

Tu ha ada banner di kanan blog. Hiks


3. Sesuatu benda atau perkara yang diingini ketika tengah baca soalan ini?

Tetiba rasa macam, WAH SEDAPNYA AISKRIM! En. Barney, jom!


4. Soalan uji minda, "Saya hidup jika diberi makan, saya mati jika diberi minum. Apakah saya."

Er, api mungkin. 


5. Ambil buku yang terdekat, buka muka surat 12. First word that you see describe yourself.

Buku paling hampir, In The Shadow of Gotham karya Stefanie Pintoff. Kisah mengenai pembunuh gila yang sedang berkeliaran mencari mangsanya. Er, itu tagline kat depan novel tu je. Hiks

Hmm, muka surat 12 ye. Kejap.

Alamak macam tak ada je sebab muka surat 12 tu describe tentang keadaan mangsa pembunuhan yang muka nya hancur dan otak nya boleh dilihat dengan mata kasar. Er. 

Tapi apa yang I boleh summarize kan, I love to observe things. Tak kisah la orang atau benda ke. Ha, jaga jaga, ada yang memerhati. Ehem. 


6. Beri 1 lagu yang mempunyai memori sangat #deep untuk awak. 

Nak kata memori tu, macam susah lah pulak tapi kalau maksud tu boleh lah I petik. 

Superman (It's Not Easy) - Five For Fighting



8. Fobia yang awak ada?

Okay yang ni jangan gelak. Globophobia.


9. Soalan pendapat, "Katakan awak dah beratur lama nak bayar barang di cashier. Tiba tiba ada orang potong line awak. Apa yang akan awak lakukan terhadap dia?"

Disebabkan Iolls ni baik hati, normally I biar je sebab manusia yang potong line ni selalunya dah besar ada akal nak berfikir. 

Tapi hadap lah dengan sindiran dan perli orang belakang ye. Rasa macam nak ucap terima kasih pun ada sebab bagi point kat I untuk menyindir orang. 

Kalau ada rasa malu dalam diri tu pandai lah dia berganjak ke belakang. Tapi kalau stay aje situ, ha kita dah nampak dah personaliti orang tu macam mana. Ehem, kan Iolls dah kata tadi I ni suka observe orang. 

Tapi kalau panjang lagi barisan kat belakang tu, I kejam sikit. Kesian juga orang belakang yang  dah beratur lama kan. 


10. Apa perasaan ketika awak dapat habis jawab semua soalan mengarut saya ini. Hik3.

Super duper excited oi! Okay. itu exaggerate.


Disebabkan level kerajinan Iolls ni sangat menebal. I jawab soalan je. Baik hati sikit tak memilih siapa siapa untuk di tag dan jawab soalan yang seterusnya.  Bunyi poyo gila kan. 

Oh ya, thank you Diya Hanun sebab tag I.  Hiks.

p/s : Mana lagi ha Q&A session?

25/12/2015

Salam Jumaat : Dosa Besar Di Antara Dosa Yang Besar

Daripada Abdurrahman bin Abu Bakar r.a, daripada bapanya, Rasulullah SAW bersabda, 

"Mahukah aku beritahukan kepada kalian tentang dosa yang paling besar di antara dosa dosa yang besar?"

Kami menjawab, 

"Mahu, ya Rasulullah!"

Baginda berkata,

"Syirik kepada Allah dan derhaka kepada orang tua."

Ketika itu, baginda sedang bersandar, lalu duduk seraya berkata,

"Iaitu kesaksian palsu."

Baginda terus mengulang-ulang itu, sehingga kami berkata,

"Seandainya sahaja baginda diam."

(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmizi)


sumber : Ar-Raudhah, Karya Bestari

24/12/2015

Salam Maulidur Rasul


23/12/2015

Wordless Wednesday : Just For Fun


p/s : Experience, Time, Happiness

22/12/2015

Wedding Story #12 : Make Up by Efa Aiefa

Dari bulan september, bulan disember baru story story tentang majlis sanding. Bukan main lama lagi peram entri buat jeruk kan. Kalau boleh dimakan tak apa lah jugak ye. So seperti yang Iolls janjikan di dalam entri yang lepas, Iolls nak share lah pasal make up, pelamin and everything tu. Tapi kali ini Iolls cerita tentang make up dulu eh. 

Make up untuk majlis pernikahan dan juga persandingan Iolls ambik orang yang sama. In fact, pakej sekali dengan photographer sebenarnya. Pakej make up untuk dua event (nikah + sanding) beserta photographer untuk tiga event (nikah + sanding + outdoor). Photographer tu Iolls story mory dalam entry lain. Kali ni nak fokus tentang make up dulu. 



Majlis Akad Nikah berlangsung pada pukul 2.00 petang. So pukul 11.00 pagi dah start make up. Nasib baik lah dulu penari kebudayaan tau. So bab make up bagai ni dah tau dah apa yang nak kena buat. Nak prepare apa. Senang. 


Sambil make up, sambil menyembang. Nasib baik lah MUA jenis yang memang kaki sembang. Friendly gitu. Dapatnya MUA yang khusyuk buat kerja, senyap je. Memang Iolls pun senyap aje lah. Dah sedia maklum diri sendiri bukan kaki sembang kan. Tapi agaknya kalau dah namanya MUA ni memang jenis yang friendly kot. Masa majlis bertandang tempoh hari begitu jugak. 


Iolls suka make up untuk majlis akad nikah ni. Nampak tebal tapi sekali tengok nampak light aje. Still nampak natural. Teringat pulak MUA bagitau, kening Iolls ni jenis yang degil. Susah nak dibentuk. Kening tu Iolls tak pernah usik pun. Cukur apa semua tak pernah. Cuma time nak make up untuk majlis akad nikah, MUA ada gunting sedikit di bahagian hujung kening. 

Nak tengok gambar untuk Majlis Akad Nikah boleh stalk dalam ENTRI INI.



Macam yang Iolls cerita dalam entri majlis sanding tempoh hari, majlis start dalam pukul 9.00 pagi. So pukul 7.00 pagi MUA dah sampai rumah Iolls, dah siap bersedia untuk menjalankan tugas. 


Make up untuk majlis sanding dan majlis akad nikah berbeza. Kalau tengok agak heavy sikit lah compare dengan majlis akad nikah. But still si pemakai nya ini tak rasa heavy pun. Mungkin Iolls pernah tengok muka sendiri kena make up yang lagi tebal dari ini kot. Make up penari kan, harus lah lain dari make up time kahwin. 


Paling best, senang nak bersihkan make up. Nasib baik lah tak ada gam kening bagai. Cuma tenyeh part mata je lebih. Yang lain dengan senang nya untuk Iolls buang. Make up senang bersih, Iolls pun senang hati. Semua senang lah. Hiks. 

Nak tengok lagi gambar Majlis Sanding boleh stalk ENTRI INI

Secara overall nya, Iolls memang berpuas hati dengan servis yang diberikan. Dari segi make up, layanan MUA itu sendiri juga. Semua tip top. Terbaik!

So Mirians yang sedang mencari MUA untuk hari bahagia masing masing boleh try contact Efa Aiefa melalui Facebook beliau. Iolls dulu PM je, reply pun sepantas kilat gitu. Time hari kejadian baru jumpa. 

Facebook : Efa Aiefa

Later Iolls share service photography dari individu yang sama pula ya. 

p/s : En. Barney memang dari awal lagi pesan, MUA kena cari yang perempuan. Memang lah yang 'ladies' itu output nya sangat cantik. Tapi faham faham lah sendiri. Ehem.

21/12/2015

Cikedut BySaripDol, Pudding Paddlepop Yeay!

I is tak tahu lah sama ada Iolls yang ketinggalan atau benda alah ni yang baru muncul. Tapi pernah jugak lah nampak di newsfeed Facebook. Pudding warna warni berwarna pelangi siap tujuh layer lagi. Okay, yang tujuh layer itu tipu. Exaggerate kan. 

Sabtu lepas kan berlangsungnya Anugerah Meow Kebangsaan 2015 di Pet Micasa Shah Alam, rujuk entri INI. Iolls yang tak tahu menahu ni memang langkah kanan lah boleh tengok cat show. Selain cat show tu ada juga food trucks and gerai food & beverages. 

Masuk je perkarangan Pet Micasa dah nampak dah something yang colourful dan sangat menarik perhatian. Bagitau En. Barney, benda alah warna warni tu macam menarik je untuk dilihat dan dicuba. Tapi lepas memborong lah. Hiks. 


Nampak refreshing oh time tengahari buta di tengah panas terik. Beli dua botol, satu untuk Iolls dan satu lagi untuk En. Barney dengan harga RM6 sebotol. 


Apa rasa benda warna warni yang comel ini? Haruslah rasa paddlepop. Alah ice cream paddlepop kegemaran ramai tu. Warna pun dah sebijik ice cream paddlepop. 

Sedap. Rugi pulak tak minta En. Barney beli tiga botol. Satu botol je mana cukup.

Tapi kalau bedal tiga botol sorang, tak ke tamak bunyi nya itu? Ehem. 

p/s : Mana lagi nak cari benda alah ni eh?

20/12/2015

Langkah Kanan ke Pet Micasa Shah Alam

Tak tahan dengan perangai nakal si Oreo yang suka koyakkan segelung besar tisu jadi helaian helaian kecil, selongkar tong sampah, panjat sana sini atas fridge dan microwave so I dan En. Barney ambil keputusan nak beli lah cage kucing satu untuk Oreo. Bila dia nakal aje, kita denda dia duduk dalam cage sejam dua. Biarpun tak makan dek saman sebenarnya. 

Bila sebut pasal barang barang untuk kucing especially nya, tak kisah lah cage, food atau cat litter atau pun carrier sekali pun, I dan En. Barney suka terjah Pet Micasa untuk memborong. Murah kalau nak compare dengan tempat lain. So bila dah kata nak beli cage tu, apa lagi ke Pet Micasa lah jawabnya. 

Tapi semalam, sampai sampai je ke di Pet Micasa agak terkejut pulak tengok ramai orang. Tanya En. Barney, "Eh, asal ramai orang pulak? Ada apa-apa event ke, siap khemah bagai?"

Event tak event belakang kira, masuk kedai nak memborong. Sekali nya ada sorang staff Pet Micasa bagitau ada event di Level 1 dan 2. Ada jualan lelong, ada cat show. Bila dengar ada cat show, terus ajak En. Barney naik. Hiks. 


Antara aktiviti yang berlangsung semalam. Ada merchandise Oh My Jep, tapi Jep nya tak ada. Tapi ada seekor kucing semalam, Iolls tengok sebijik Jep. Gemuk pun gemuk Jep. Bila tanya kat staff situ, katanya Jep tak ada. Amboi Jep, bukan main ramai peminat ye. 


Kucing biasa dah ada seekor, Scottish Fold pun dah ada seekor. Nak bobtails cat seekor boleh tak En. Barney? 


sumber : Pet Micasa

Banyak kucing cecomel oi! Geram pulak Iolls tengok. Dari kitten ke saiz yang besar even yang gemuk gedempol pun ada. Meow!

Dah puas cuci mata tengok kucing, turun balik ground floor untuk sesi memborong. Blackwood 2.7kg sepaket dengan harga RM57 dan juga ada lah barang itu ini sedikit. Yang penting misi untuk cari cage kucing tercapai.


Sesi merasmi cage baru. Suka pulak bulus bulus ni lompat sana panjat sini dalam cage. Harga RM130+. Lepas ni siapa nakal kena kurung lah jawabnya. 

Teringin nak terjah Pet Micasa jugak? Okay, Pet Micasa ni ada empat cawangan sebenarnya. Di Balakong, Cheras Selatan, Bangi dan juga Shah Alam. Nak tau alamat boleh terjah Facebook Pet Micasa untuk maklumat lanjut. 

p/s : I ada beli something untuk diri sendiri di Pet Micasa ni semalam, yang tu later I story lebih lanjut lah.

1st Mini Giveaway by Azyyati Liah


Nak hadiah A sebab itu letak banner nan satu ini. Hiks.

Tarikh Tutup : 25 Disember 2015, 12 tengah malam. 

19/12/2015

Maggie Royale - Sarawak Sambal Laksa

Maggie Royale. Macam macam dah perisa yang ada kan? Ada Korean Spicy lah, Johor Laksa lah yang mana dalam banyak banyak tu, I pernah rasa Korean Spicy je dan Iolls is tak suka. Tapi mak cukup suka pulak Maggie Royale Korean Spicy tu. 

Nak dijadikan cerita, last weekend I dan En. Barney saja lah jalan jalan jenguk Mall baru buka depan rumah ni. Er, tak adalah depan rumah. Naik kereta sepuluh minit jugak. Tapi macam tak sampai sepuluh minit je. And paling senang ada Giant jugak, tak perlu lah jauh jauh menjenguk Giant Seksyen 13 Shah Alam tu hah. 

Dah alang alang sampai Giant tu, maka mari lah kita mencari stok barang barang dapur sepeninggalan En. Husband pergi outstation kan. Ehem. 

First time terjah haruslah susunan barangan tu masih tak cam lagi dan apa lagi kita tinjau lah segenap pelosok Giant. 

Asalnya nak cari spageti, tertampak lah pulak Maggie Royale yang satu ini.


Dah lah minah ni dah lama tak balik Sarawak kan. Nak juga rasa apa yang Sarawak Sambal Laksa nya tu. Yang instant. 

Ada sambal ada krimer. 


Krimer tu Iolls letak sikit je. Kurang sikit rasa berlemak. Boleh tahan jugak lah rasanya. Cuma biasalah still rasa instant jugak. 

Iye lah dah nama pun instant noodles kan.

p/s: Itu gambar minggu lepas, pagi ni nak buat lagi lah. 

Amy Hilmirda Giveaway 2015


Tarikh Tutup : 31st December 2015

17/12/2015

Spontaneous Thursday : Minta maaf je, susah ke?


Manusia egois tak kan mengaku salah. 
Bila tak salah, 
buat apa nak minta maaf kan?

Lantak dia lah perempuan oi. 
Lagi fikir, lagi sakit jiwa adalah. 

Biar je dia malu sendiri, 
suatu hari nanti. 

p/s : Note to self. Sorry, please and thank you. Amalkan. 

16/12/2015

Wordless Wednesday : Maggi Royale Sarawak Sambal Laksa


15/12/2015

Kisah Semalam : Si Merah Merajuk Tak Dapat Cuti

Alkisahnya semalam kan public holiday untuk negeri Selangor. Iye lah susulan dari kemenangan pasukan bola sepak Selangor yang berjaya menggondol Piala Malaysia itu.

Tapi sayang seribu kali sayang, I dan En. Barney dua dua tak cuti. Kononnya due to company critical operational needs. Makanya terpaksa lah bekerja seperti biasa. 

Pagi pagi mulakan rutin hari bekerja seperti biasa. Dan bila nak start enjin kereta, kereta tak boleh start pulak. Ini kes mogok tak nak pergi kerja la ni. Bukan I yang malas nak pergi kerja tapi Si Merah ni ha!


Tak memasal lah orang yang kena outstation ke JB itu balik hari saja. Nak settle kan kereta kesayangan wife tersayang. Pandai eh Merah mogok time public holiday. Kalau tak ada meeting memang awal awal lagi whatsapp boss mintak EL. Tapi semua itu terpaksa lah dilupakan begitu sahaja. Sekali bila masuk office, meeting cancelled sebab ramai yang EL. Menyirap oi, menyirap!

Monday Blues berganda tatkala hari isnin adalah hari cuti. Office kiri kanan semua cuti tetiba office Iolls je kereta keluar masuk dengan aktifnya. Tambah lagi menyirap nya. 


Balik dari office, mencoklat sebentar lepas geram sebelum ke bengkel. Terus sejuk sekejap. Sekejap je, sekejap. 

p/s : Dear Merah, please be nice okay.

14/12/2015

Cucur Kentang Peneman Minum Petang

Semalam. Bukan main lagi hujan lebat sampai ke malam. Tengahari tu bersantai sebentar di rumah mertua di Gombak, dalam pukul 3.00 petang gerak lah balik ke Shah Alam. Hujan lebat sampaikan banjir kilat di sana dan sini. Punca utama, construction site and masalah perparitan. Even bulatan comel depan rumah Iolls pun dah dinaiki air. Tasik sebelah kawasan perumahan pulak dah  mula muntah air. Lagi lah longkang besar di situ tak dapat nak menampung air kan. 

Bila hujan lebat begini, kalau ditemani dengan hidangan yang panas panas memang syok lah. Dalam perjalanan nak balik rumah tu, ligat kepala ni berfikir nak masak apa. Nasib baik teringat pulak Potato Fritters yang dikongsikan oleh Inani Cik Manis itu. Tambah pulak ada dua tiga biji kentang dalam fridge. So tunggu apa lagi, mari lah kita bertukang di dapur. 


Simple aje pun bahan-bahannya. Yang utama harus lah kentang. Lain lainnya bahan bahan biasa aje seperti telur, tepung, garam. Tambah sikit daun sup and lada hitam. 

Cuma part kentang tu, Iolls rebus dulu. Nanti lenyek aje lah. Tak perlu hiris nipis, potong dadu atau yang sewaktu dengannya. Nampak tak pemalasnya di situ. Ehem. 

Makan panas panas dengan sos cili dan mayonaise kegemaran En. Barney. Ditemani pulak secangkir kopi panas atau teh tarik. Mak aih, Iolls yang terliur. Hiks. 

Oh ya, nak resipi lengkap boleh stalk entri Nani yang INI!


p/s : Baru berangan nak OT hari ini. Sekali kena kerja lah. Ganti extra leave satu hari. Sigh.

13/12/2015

14.12. 2015 - Cuti Peristiwa Buat Selangor

Siapa tengok final Piala Malaysia malam tadi? Mesti dah tau kan yang Selangor berjaya menjulang Piala Malaysia selepas menewaskan Pasukan Kedah 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi. Dan berikutan dengan kejayaan itu, hari isnin bersamaan dengan 14 Disember 2015 telah diisytiharkan sebagai cuti peristiwa. 




Alhamdulillah masa untuk rehat. Panjang betul cutinya untuk weekend ni kan. Dah la jumaat public holiday, hari isnin cuti lagi. Bulan disember ni memang bulan pemurah cuti lah. Hiks. 

p/s : Jumaat hari tu dah OT, Isnin nak OT lagi lah. Supposedly dapat triple jugak lah sebab public holiday. Wee. 

12/12/2015

[Novel] Sunan Cinta Nan Sakti - Ramlee Awang Murshid

Dah lama tak share tentang novel kan? Ada je beberapa novel yang I dah baca kebelakangan ini. Tapi terlupa pulak nak taip entri. Tak apa boleh dijadikan bahan time idea kontang. Masalahnya sekarang subject tu banyak, mood tu yang tak ada. 

By the way novel Sunan Cinta Nan Sakti ini memang novel yang I tunggu tunggu. Masa Jualan Gudang Karangkraf tempoh hari, sempat grab sebuah. Cuma tak berkesempatan untuk ditandatangani oleh penulisnya saja. Sebabnya hari yang sama Iolls nak hantar Oreo Si Kucing jumpa Vet, nak buat surgery. Tapi tak apalah. Next time pun boleh. Hiks. 


Sunan Cinta Nan Sakti
Ramlee Awang Murshid
Sinopsis Sunan Cinta Nan Sakti

Cinta menuntut seluruh pengertian. Saifudin dan Ratna Sang Ratu Sulaman menyulam cinta dalam kancah pertempuran, permusuhan dan perjuangan. Cinta - tidak terlafaz dalam lisan. Hanya suara hati yang melagukannya biar dilandai krisis paling parah. Cinta - bakal diakhiri dengan peperangan. Mengorbankan insan tersayang. Apakah semua ini mahar untuk sebuah pernikahan?

Wali Sufi - melarang cinta Saifudin dan Ratna Sang Ratu Sulaman atas alasan yang berbeza. Cintai Penciptamu terlebih dahulu nescaya cinta fitrah suci bakal dikurnia-Nya

Maharani - menegah cinta Sang Ratu atas sebab... cinta itu melumpuhkan sifat serikandi seorang pejuang. 

"Aku akan kembali mendapatkanmu, Saifudin. Akan ku hancurkan kau dalam gumpalan tanah negerimu sendiri. Akan aku pastikan kuburanmu tidak bertanda. Akan kupastikan kematianmu tidak diratapi... apatah lagi untuk dikenang. Seluruh marga negerimu akan ku seksa. Ku jadikan negerimu sebuah nereka dunia!" - Ratna Sang Ratu Sulaman

"Sebagai manusia.. aku sayang padamu." Saifudin dengan gelar Laksamana Sunan.

Dalam kancah peperangan dan permusuhan yang sedang rancak bergolak, maka...

Di sinilah... lahirnya seorang legenda. 
Di sini jugalah zahirnya sebuah cinta.
I ambik masa sebulan juga untuk habiskan novel yang satu ini. Sebabnya bulan lepas Iolls sibuk menguruskan Majlis Bertandang di pihak lelaki pulak.Tapi settle majlis,  I sambung baca dan beberapa hari kemudian tamat lah ia.  

Point utama dalam novel Sunan the Series yang kali ini adalah berkisar tentang cinta. Bukan sahaja antara Saifudin dan Ratna seperti yang terkandung dalam sinopis tapi banyak lagi. Cinta kepada Pencipta, kisah Megat dan Seroja. Dan juga cinta si Jaka yang kemudiannya terjebak dalam kancah kegelapan, lebih dikenali sebagai Raja Tambuakar yang bermaharajalela di Tanah Mati. Biarpun point utamanya tentang cinta. Aksi lawan itu ini tetap ada. 

Novel yang ini, sebenarnya adalah permulaan kisah Laksamana Sunan. Sebelum novel Bagaikan Puteri lagi. So siapa yang dah baca keenam-enam novel sebelum ini, automatik akan refresh balik, er apa yang jadi sebelum ini eh? Tapi best lah! Masa baca akan rasa macam "Oh, ini begini begitu rupanya kisah sebelum ini."

Siapa yang tak baca lagi enam buah novel terdahulu dalam Sunan The Series ini atau yang baru berjinak jinak untuk membaca karya Ramlee Awang Murshid, no worries. Uolls boleh baca novel Sunan Cinta Nan Sakti ni dulu. Tapi jangan cakap I tak bagi warning dulu, kisah Sunan ni addictive tau. Hiks

p/s : Ada lagi ke kisah Sunan selepas ini? Dah bertahun tahun kot follow cerita Laksamana Sunan ni. 

GIVEAWAY HUJUNG TAHUN 2015 NS


HADIAH
[]
4 x Diari Planner Tahun 2016
3 x Hadiah Saguhati

TARIKH BERLANGSUNG :
5 DIS 2015 hingga 20 DIS 2015

KLIK BANNER SEKARANG UNTUK MENYERTAI..!!! 
TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN..

11/12/2015

Kucing Dan Gaya Tidur

Sedia maklum, kucing dan tidur berpisah lah tiada. Macam kucing Ioll, si Caramel tu. Tidur sehari suntuk pun dia mampu. Dengan syarat, tak ada siapa yang kacau. Tapi kalau dah namanya manusia bukan boleh tengok haiwan bulus bulus yang comel begini buat aksi yang super duper comel especially time tidur. Confirm datang menganggu. Tak gitu? Hiks. 


Tidur dengan pelbagai aksi, dengan pelbagai gaya yang macam macam ada tu. Itu memang mengundang. Mengundang apa? Mengundang geram! Tapi uolls tau tak yang setiap gaya dan aksi tidur kucing tu ada maksudnya tersendiri? 


“Please stop playing with my toes while I’m asleep.”

Hiks. Betul jugak kot. I paling suka geletek geletek tapak kaki kucing time kucing tengah tidur. Macam best aje. 


“I trust you completely.”

Caramel paling suka tidur begini. Trust? Harapkan pagar, pagar makan padi lah. Time begini lah best untuk geletek dan gigit perut yang penuh lemak tepu itu. 


“I want you to think I love you, but I’m really just gross.”

Atas baju kotor tak pernah lagi lah, so maksudnya kucing Iolls bukan lah kucing pengotor. Ehem. Lagipun siapa yang campak baju kotor merata kan? Harus lah campak terus dalam laundry bag. Cuma satu je lah yang I hangin dengan Oreo. Paling suka melompat masuk dalam bakul baju bersih yang belum dilipat. Baru je lepas ambik baju kering di jemuran, sesaat kemudian sedap aje dia lompat masuk dalam bakul sambil jilat bulus bulus yang putih bersih itu. Kucing oh kucing!


“We love each other more than we love you.”

Time tidur Oreo dan Caramel sangat berbeza. Sebab tu lah I tak nampak lagi kejadian di atas ini berlaku. Mana taknya, Caramel yang sentiasa tidur manakala Orea pulak yang senantiasa berjaga. Kucing hyperaktif kan. 


Hei! Cekcinya awak.

Macam macam gaya, macam macam definisi dan macam macam cara untuk manusia menginterpretasikan gaya tidur seseekor kucing itu. Boleh jadi begini, boleh jadi begitu. 

Tapi kan kalau time kucing tidur ni, kita ready aje lah camera. Mesti boleh snap pelbagai aksi yang mencuit hati. Betul tak?

p/s : Nenek tanya, ada ke kucing pendek telinga. Oh adalah, tu Caramel. 

10/12/2015

Spontaneous Thursday : Membaca Itu Tiada Gunanya


Memetik kata kata seorang insan yang tinggi pelajarannya.
So called Beauty with Brain katanya.

"Don't read books, just do more works"

Tapi membaca itu jambatan ilmu.
Er mohon pencerahan please.

p/s : At least I tak fake macam you. Oops!

09/12/2015

Wordless Wednesday : Manusia Dua Muka


p/s : Snakes! Sigh

08/12/2015

Wedding Story #11 : Majlis Sanding Aisya & Ismail

Merangkak rangkak si perempuan ni buat entri kahwin oi! Padahal dah hampir tiga bulan pun majlis berlalu. Tapi peduli apa, dah berjanji nak share story kan. 

Entri akad nikah dah selesai. Itu pun sepuluh entri semuanya. Ye ye, nanti Iolls buat lah page untuk kisah kisah wedding ni cuma kerajinan tu belum ada. Tunggu rajin tu jatuh dari langit agaknya. 

By the way, bila akad nikah punya cerita sudah selesai makanya kita masuk pulak lah kisah majlis sanding. 

Majlis berlangsung sehari selepas majlis akad nikah. Akad nikah di rumah, sanding pun di rumah. Point utama, nak recycle balik pelamin yang gorgeous itu untuk majlis sanding. 


Ini lah kasut kahwin yang I pusing sana dan sini semata mata nak cari saiz 4. Ada I ceritakan dalam entri INI. Masuk kedai itu, masuk kedai ini balik balik saiz 5 dan 6 je yang ada. Saiz 4? Jumpa bila mana I dan En. Barney dah give up nak masuk kedai kasut dah. 


Majlis di Sarawak kalau nak compare dengan majlis di Semenanjung, banyak juga bezanya. Majlis start pukul 9.00 pagi. So pukul 7.00 pagi dah kena tadah muka dekat mak andam untuk diconteng-conteng. Pukul 7.00 pagi ye. 


Meja beradab. Simple simple aje lah. Kerusi dan meja? Semua bapa Iolls pinjam dari sekolah tempat dia mengajar. Tak perlu pening mana nak cari. Senang kan jadi anak cikgu? Hiks. 



Saudara mara dari Brunei, alhamdulillah ramai yang datang. Dengan rombongan hampir sedozen bijik kereta agaknya. Rata rata Iolls tak pernah jumpa pun. Siap ada orang istana datang tuuuu. Yang mana Iolls pun tak kenal sebenarnya. Bertuah betul perempuan ni tak kenal saudara mara sendiri kan. Ish ish ish. 



Rombongan pihak lelaki sampai, lebih kurang dalam pukul 10.00 pagi. En. Barney and family stay di hotel yang berdekatan dengan rumah Iolls. Whatsapp je, "ha, datang lah sekarang," 5 minit kemudian dah sampai dah depan pintu. 



Kemain besar lagi gelak eh. Ini semua pengacara majlis punya angkara. One day before, beliau datang ke rumah untuk dapatkan biodata pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Iolls just provide satu dua details, yang lain ikut suka dia je tambah rencah. Ke laut pulak semuanya tu. Siapa tak gelak. Yang tiada tetiba diada-adakan pulak. 


Nenek kesayangan hamba!


Adik perempuan kesayangan hamba!


Parents, Grandparents and Siblings


Family mertua. Cuma seorang je adik En. Barney yang tak dapat datang time ni.


Keluarga besar Iolls yang kecik. 


Childhood friends katanya. Sesungguhnya zaman selekeh kita semua telah lama berlalu. 


Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Pukul 1.00 tengahari, semua settle dah. Tetamu pun dah beransur balik. Tapi pengantin ada lagi outdoor session selepas itu. Tak apa, yang itu next time Iolls cerita. 

Apapun di kesempatan ini, I nak mengucapkan bebanyak terima kasih buat keluarga, saudara mara dan juga sahabat handai yang sama sama turun padang, berpenat lelah untuk memastikan perjalanan majlis adalah lancar dari awal sampai lah akhirnya. 

"Nak ne yang kamek duak sik sempat nak berjarah hari ya, mintak maaf banyak banyak. Atau mana yang kurang ya, ampunkan lah. Sesungguhnya yang bait datangnya dari Allah, mana yang buruk ya datangnya dari kamek dua mpun."

Okay next time Iolls cerita pasal mekap, photographer, pelamin and kumpulan zikirama pula. Kumpulan zikirama? Ha, kena tunggu next entry lah. Hiks. 

Harap harap minah ni rajin lah nak menaip banyak banyak itu. Ehem.

credit: official photographer
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...