31/07/2015

Membodek Tanggungjawab

Dah sebati dengan hidup masyarakat sekarang. 

Kipas besar, anginnya kuat.
Maka semakin tinggi lah kedudukannya. 

Kipas kecil, angin sepoi-sepoi bahasa.
Ibarat layang-layang.
Ada masa cantik terbangnya, 
Tapi ada masa, boleh putus talinya.

Yang tiada berkipas?
Bergelap lah diceruk sana.
Tiada kelihatan. 

Semakin tenatnya hati manusia.
Masing-masing terkejar-kejar menjual diri. 
Bukan dengan tanggungjawab,
tapi berserta mulut manis penuh gula. 

Ikhlas? 
Semua hilang entah ke mana.
Yang ada cuma kepentingan diri sendiri.


p/s : Tenat lah dan penat lah.

30/07/2015

[Korean Drama] The Time We Were Not In Love

Banyak cerita korea baru yang tak menyempat nak tengok lagi. Biasalah time raya mana nak tengok cerita korea dah. Sakan beraya dengan ketupat, lemang, rendang bagai. Drama korea semua tolak tepi. 

Macam drama The Time We Were Not In Love ni, Iolls start tengok before raya. Time buat kek lapis, sementara tunggu satu lapisan demi satu lapisan masak sempat jugak tengok berapa puluh minit. Biarpun tengok 5 minit - pause - 5 minit - pause. Nasib baik gigih nak klik pause. Buatnya terleka, jadi apa lah agaknya kek lapis dalam oven tu kan. 


(The Time That I Loved You)
Sinopsis The Time We Were Not In Love

Oh Ha-Na (Ha Ji-Won) and Choi Won (Lee Jin-Wook) are both 34-years-old. They have been friends for 17 years. Oh Ha-Na is currently a career woman with an honest and confident personality. Choi Won works as an assistant purser for an airline. He has always helped Oh Ha-Na whenever she got into trouble. Cha Seo-Hoo (Yoon Gyun-Sang) is a pianist with a free spirit and Lee So-Eun (Choo Soo-Hyun) is a cabin attendant for an airline. Will Oh Ha-Na and Choi Won find love?
sumber : asianwiki
Ha Ji Won, salah seorang aktres korea favourite Iolls. Sebab tu lah nak tengok drama yang ini. Kalau tak, besar kemungkinan I takkan tengok lah. Iye lah bila baca sinopsis saja, agak bukan type drama korea yang Iolls tengok lah. 

Choi Won (Lee Jin Wook) & Oh Ha Na (Ha Ji Won)

Ha Ji Won dalam drama yang ini baru nampak ladies sikit compare dengan drama-drama dia yang I tengok sebelum ni. Stunt woman dalam Secret Garden dan military officer dalam King 2 Hearts. Tapi yang blink blink mata tengok drama ni sebabnya banyak kasut cantik-cantik! Oh Ha Na merupakan Marketing Team Leader untuk satu company besar yang jual kasut dan kasut-kasut dalam drama ni mak aih cantik-cantik belaka sampaikan I rasa macam, "Eh, I pun nak shopping kasut lah macam ni!"

Oh Ha Na & Ki Sung Jae (L)

Ha, siapa yang suka tengok L dari kumpulan INFINITE berlakon or yang minat dengan L, boleh lah tengok drama ni. I pun excited jugak nak tahu perkembangan hubungan Ha Na dengan Sung Jae ni. Betul ke setakat supervisor and intern je?

Lee So Eun (Choo Soo Hyun), Choi Won, Oh Ha Na & Yoon Gyun Sang (Cha Seo Hoo)

Drama yang ini I rasa menarik. Nak kata best sangat pun tak jugak lah. Santai aje jalan ceritanya. Jenis yang tak basah mata sebab tak ada lah part yang sedih-sedih pun. Yang happy happy je. Bagi I, boleh lah nak kata yang drama ni ke arah positif kot. Iye lah, nak bergumbira aje dan tak payah fikirkan kesedihan tu lama-lama. Tak ke mana pun. Oh itu setakat ni je lah. Episod yang hujung-hujung Iolls pun tak tengok lagi. Hiks

Tonton Online The Time We Were Not In Love

Sebenarnya drama ni remake untuk sebuah drama Taiwan berjudul "In Time With You". Iolls tak tengok pun drama Taiwan tu rasanya. Siapa yang dah tengok drama yang itu mungkin tahu lah jalan cerita drama ini bagaimana. Kata remake kan.

p/s : Kim Tae Hee ada drama baru lah awal bulan August ni. Yeay.

29/07/2015

Wordless Wednesday : Makan dan Makan Lagi?


p/s : Rezeki jangan ditolak. Om nom nom.

28/07/2015

Alkisah Aidilfitri 2015 Part II

Sambung balik cerita raya.  Raya pertama dan raya kedua bersama family. Raya ketiga bersama geng budak nakal since zaman hingusan berbelas tahun dulu yang memasing selekeh ya ampun. Itu dulu lah. Sekarang memasing dan cun melecun, tampan bergaya pulak. Ehem.

Set date hari raya ketiga. Konvoi raya katanya. Kalau bahasa melayu sarawak, kita guna term 'berjarah' atau bahasa iban kita guna istilah 'ngabang'. Dua-dua membawa maksud yang sama, berziarah. Ini memang rutin tiap kali raya. Since Iolls Form 5 lagi. Kalau dulu, abang member yang jadi driver. Kemudia berevolusi kaedahnya. Masing-masing take turn jadi driver. Kalau dulu Iolls lah antara pemandu utama tapi sekarang goyang kaki aje lah. Tunggu driver pick up kat rumah and meronggeng. Yeay!


Tercapai jugak hasrat naik kereta baru yang diberi nama Mr. QMY. Maksud QMY? Plat kereta lah. Sorry En. Barney, Iolls dating dengan 'boyfriend' lama di sebelah tu untuk sehari. 


Start point memang sentiasa di sini. Tiap-tiap tahun. Tahun depan? Itu jadi persoalannya. Tuan rumah beraya di mana pula?

3rd house.

Baru perasan, tak bergambar pula di rumah kedua. Masing-masing leka menyembang. Biasalah berkumpul begini setahun sekali je. Bila dah jumpa, chit chat dulu. Bergambar lupa.  

Rumah pertama dah culik seorang. Di rumah kedua, culik seorang lagi. Rumah ketiga, bawa lari lagi seorang. 

Miri's most eligible bachelor. Hiks. 

And the ladies. 

Ini rumah number empat.

16 years of friendship and still counting.

Rumah keenam

Ini semua member-member since sekolah rendah lagi. Still contact sampai sekarang. Regardless of agama, bangsa and budaya. Begini lah sejak bertahun-tahun. Raya tetap sambut bersama-sama. Tiada istilah aidilfitri untuk masyarakat yang beragama Islam sahaja. Kata satu Malaysia, memang semua lah berhari raya. Except for part pergi sembahyang raya lah. Nak ya mun sik paham juak sik la kamek pande nak madah oh. 


Ada melayu, ada iban, ada kayan, ada kelabit dan ada juga kenyah. And ada juga si baby comel. Tengok gambar dia geram aje tengok. Ni dah jumpa depan-depan, tak takut orang pulak tu. Ikutkan hati I dah culik dah bawa balik. 

Berebut kuih raya lah tu. 

Yang ini pulak tak habis-habis bergambar

Dan rumah yang terakhir. 

Total semua, 7 buah rumah dalam masa sehari. Kalau dulu ini kira sikit lagi ni. Kalau belum pukul 12.00 malam jangan harap nak balik lagi. Tapi sekarang, umur dah makin meningkat kan. Pukul 10.00 malam pun dah rasa macam alahai beratnya lah mata. Mana larat nak drive dah. Tuan rumah pun masing-masing dah tutup rumah, simpan kek lapis untuk esok hari pulak. Eh. 

Entah bila lah boleh berkumpul begini lagi kan. Dulu bukan main pergi tengok wayang sama-sama. Pergi pantai ramai-ramai, buat reunion sambil tengok matahari terbenam. 

Okay fine. Nak balik. BFF semua di seberang sana. Sobs. 

p/s : Sorang demi sorang jadi camar yang pulang. Tinggal lah I seorang jadi camar yang masih sesat jalan pulang. Haish sedih jugak kadang-kadang. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Tapi tetap hujan batu jadi pilihan hatiku. Eh peribahasa apa ini?

27/07/2015

[English Novel] Don't Blink - James Patterson

Bulan ni tak menetapkan apa-apa sasaran pun, berapa buah novel yang dah dibaca and so on. Sebab dua tiga bulan ini confirm super duper busy sampai tak menyempat nak belek novel. Novel yang ini pun I baca masa bulan puasa yang lepas. 

Don't Blink, menamatkan 348 muka surat novel tersebut semasa berada nun jauh di Kuala Terengganu. Oh, lupa pulak kisah jalan-jalan cuci mata di Kuala Terengganu pun tak habis cerita lagi. 


Don't Blink
James Patterson
Sinopsis Don't Blink

New York's Lombardo's Steak House is famous for its menu, clientele, and now, the gruesome murder of an infamous mob lawyer. In the chaos, reporter Nick Daniels accidentally records a key piece of evidence that lands him the middle of an all-out war between Italian and Russia mafia forces. Soon NYPD captains, district attorneys, media kingpins and a beautiful magazine editor are all pusing their own agendas - on both sides of the law. Back off or die is the clear message Nick receives as he investigates for a story of his own. But heedless, and perhaps in love with his stunning editor, Nick uncovers a shocking truth that will force him to endure threats, violence.. and worse.
Prologue. Jangan baca sebelum makan. Macam Iolls tempoh hari, nasib baik baca time bulan puasa. Kalau tak pagi-pagi mesti tak lalu nak breakfast bila ter imagine bebola mata bergolek-golek di lantai restoren. Urgh. 

First impression. Patut lah don't blink. Memang you tak payah blink what. Biji mata tak ada.

Nick Daniels, journalist yang terlibat secara tidak langsung dengan pembunuhan Marcozza yang hilang biji mata tu. Dengan tidak sengaja, bukti penting kes pembunuhan itu berada di dalam simpanannya. Tanpa dia sedar rupa-rupanya kisah Dwayne Robinson yang dia kejar-kejarkan itu juga mempunyai perkaitan dengan kes pembunuhan Marcozza. 

Apa perkaitannya or kenapa Marcozza dibunuh kejam di dalam sebuah restoran dengan biji matanya dicungkil keluar? Tak boleh nak story sini lah eh. Nak tau kena baca sendiri lah. Kot lah Debookroom.com ada jual novel ni dengan harga yang murah. Hiks. 

Novel ni best lah. Jalan cerita dia jenis yang fast-paced. Kalau jenis jalan cerita yang slow tu besar kemungkinan agak bosan jugak lah. Tapi novel yang ni, tak perlu tunggu lama-lama untuk tahu cerita selanjutnya. Rasa macam kejap je baca tapi eh macam tebal pulak novel ni. 

p/s : Bila entah nak beli novel Cecelia Ahern, The Year I Met You tu. Hmm.  

26/07/2015

[Movie] Paper Towns

Semalam, hang out dengan member kejap. Tujuan utama nak pass kek lapis Sarawak yang dia nak. Dah alang-alang jumpa tu, tengok movie lah kejap. Macam biasa heret En. Barney sekali. Gegirl pilih movie, En. Barney pilih tempat makan. Fair and square. Dan because yang ladies ni pilih nak tengok movie apa, so Paper Towns lah jawabnya. 


Sinopsis Paper Towns

Young and shy Quentin (Nat Wolff) is in for the night of his life when Margo (Cara Delevingne), the most popular student in high school, recruits him to help her play mischievous pranks on the friends who betrayed her. The next day, however, the mysterious Margo is nowhere to be found. With help from a few buddies and some cryptic clues that she left behind, Quentin embarks on an obsessive mission to find the girl who stole his heart and made him feel truly alive.
Based on John Green's novel dengan tajuk yang sama. Tak baca pun novel yang ini, I think tak pernah baca satu pun novel John Green. Even novel The Fault In Our Stars dan juga adaptasi filem novel tersebut. 

Margo Roth Spiegelman (Cara Delevingne) & Quentin 'Q' Jacobsen (Nat Wolff)

Movie ni boleh tahan best jugak. Best sangat pun tak, tak best pun bukan. Kalau gegirl suka lah movie yang begini tapi kalau bagi lelaki pulak, mungkin akan rasa macam cerita ni bosan. Tapi bak kata En. Barney, "nasib baik cerita ni tak bosan, kalau tak dah tertidur dah." Dah tau dah sebab movie begini memang bukan type dia langsung. 

Ben (Austin Abrams), Radar (Justice Smith) & Quentin

Ada lah misteri-misteri sikit kononnya bila Margo hilang. Dia tinggalkan klu dan Quentin pulak berusaha untuk mencari Margo dengan bantuan rakan-rakannya, Ben dan Radar berdasarkan hint yang Margo tinggalkan. Ada lah part kelakar yang membuatkan satu panggung gelak. Especially part masa berbelas-belas jam road trip dalam misi mencari Margo. 

Radar, Lacey (Halston Sage), Ben & Quentin

Mengikut pencarian di Google dan pembacaan  Iolls lah kan, ending part tu ada lah kelainannya sedikit berbanding dengan novel. Contoh macam, rasa-rasa Quentin berjaya tak dalam misi mencari Margo? 

Nice movie lah kalau uolls nak pergi tengok dengan besties or keluar dating dengan si dia tapi tak nak tengok movie yang berunsurkan action, thriller, horror dan yang sewaktu dengannya. Cuma yang ini adalah misteri sikit tu walaupun tak ada lah misteri sangat pun. 

p/s : Nak try baca lah karya John Green. Selalu kalau tengok kat bookstore tak belek sangat pun. 

25/07/2015

Alkisah Aidilfitri 2015 Part I

Empat hari berhari raya di kampung halaman yang tak berapa nak kampung sangat tu lah. Mungkin patut tukar jadi bandar halaman kot. Hari raya kelima dah terbang balik ke KL dan hari raya keenam dah start rutin harian duduk depan PC dan reply email yang ratus-ratus itu. 

Raya terakhir orang single. Sedih oi! Bukan apa, sebab raya je boleh kumpul satu family ramai-ramai. Menghabiskan masa dengan keluarga, sanak saudara dan rakan taulan tanpa perlu memikirkan perkara-perkara lain. Dalam kepala fikir nak raya aje. Nak pergi beraya rumah siapa, nak pergi melawat siapa. Raya pertama nak buat apa, raya kedua nak pergi mana. Dah la I is balik jumpa family setahun sekali bila raya aje. Paling-paling pun dua kali setahun. Tetiba rasa menyesal pulak jarang balik. Tiada guna menyesal sekarang wahai perempuan. Sobs. 

Eh eh tadi nak cerita pasal raya tapi masuk mood sedih pulak. By the way, orang lain dah lama dah cerita pasal hari raya, I pulak baru nak cerita hal yang dah nak basi. Peduli lah, raya kan sebulan? Hiks.

Ingatkan raya tahun lepas je malas nak ambik gambar. Raya kali ini lagi nan hado gambarnya. Er, kita mengamalkan polisi "No phone allowed during Raya". Kononnya lah. Puihh. 

Ooo balik kampung. Kampung tak sampai 20 minit je pun.

Raya pertama. Tema warna coklat. Sedondon perempuan bertiga, lelaki berdua. Lepas sembahyang raya, maka ke kampung la destinasinya. Tak sampai 20 minit dah sampai di destinasi yang dituju, rumah nenek. 


Dalam kereta wefie lah apa lagi!


Raya kedua, tema warna biru pulak. Cuma kali ini tak sedondon. Sayang pulak tak ada ambik gambar family. Ini semua gara-gara terlupa bawa monopod. Ceh, monopod pulak yang dipersalahkan. 


Balik-balik wefie dalam kereta. Sebabnya, dalam kereta je teringat phone. Dah keluar kereta, masuk rumah orang nak beraya terus lupa kewujudan phone. Sibuk melantak kek lapis sedap-sedap.


Kain songket hantaran tunang dari En. Barney. Buat baju kebaya. Bak kata tailor tempat I hantar kain, ni fashion kebaya lama. Yang orang tak buat dah zaman sekarang. Tapi kalau dah mata I tengok cantik, peduli apa ikut trend atau tak. Kan kan kan. 

Raya pertama dan kedua, habiskan masa dengan family ke rumah sanak saudara. Raya ketiga pulak sehari suntuk bersama kawan-kawan. Yang ini banyak sangat gambar, sebab tu kena buat kisah edisi raya part II. Dan raya keempat, sehari suntuk habiskan masa membakar kek lapis untuk dibawa terbang. 

Raya kelima? Tak payah cakap lah. Dah terbang pulang, Cuti raya dah habis. Sigh. 

p/s : Ada member cuti raya dua minggu oh. Jelly jelly. 

24/07/2015

Sesi Membuli Si Kucing-kucing Gebus yang Boolat!

Gara-gara malas nak transfer gambar-gambar raya yang kononnya banyak tapi tak lah banyak mana dari phone ke laptop makanya cerita raya hold la dulu.  Esok masih ada dan esok masih lagi raya. Raya kan sebulan. Eh eh.

Bila cerita raya hold, up kan story tentang kucing gemuk gedempol yang bulat macam bola itu lah. Cik TengTeng dan Abang E'el.

Bila balik Sarawak, selain daripada excited nak jumpa family and friends, excited sebab dapat buli Cik TengTeng dan Abang E'el jugak. Gigit-gigit perut yang bulat dengan lemak itu. Geram dengan keletah kedua-duanya. Ada je yang buat kita geram tau. 

Orang kemas rumah, dia pun sibuk nak mop lantai jugak. 




Kucing penyet depan pintu jadi alas kaki tetamu yang datang beraya. 

Tapi gambar Abang E'el je lebih sebab itu kucing ada penyakit attention seeker sikit. Yang Cik TengTeng ni pulak sangat tak mesra alam. Masam aje mukanya.

Kalau tak ada part jeling-jeling bukan Cik TengTeng lah tu. 


Tak syok lah snap-snap gambar Cik TengTeng ni. Diva sangat perangai tu. Ikut perangai siapa entah. Yang pasti bukan I. Ehem. 

Banyak lagi lah gambar bulus berdua ni dalam phone tapi kurang proper pulak untuk dikongsikan bersama. Tak apa lah, next month insyaAllah balik Miri lagi. Boleh lah snap bebanyak gambar boolat dan boolat ini. Woot woot! 

p/s  : Nak mintak hadiah kahwin kucing seekor dua ekor tiga ekor lah. Fikir jap nak mintak kat siapa. Eh eh. 

23/07/2015

Spontaneous Thursday : Perubahan Iklim

Tiap kali lepas terbang ulang alik KL-Miri, 
Mesti rasa tak sedap badan macam nak demam. 

Kononnya perubahan iklim, 
tapi yang nyatanya mencari alasan nak cuti lagi, 
extend cuti raya lagi sehari. 

Kalau lah boleh. 

Muka lemau masuk office versi Abang E'el.

p/s : Lagi lemau tengok email beratus-ratus. Baru cuti seminggu kot. 

22/07/2015

Wordless Wednesday : Missing Home



p/s : Kejapnya lah cuti. Sobs

17/07/2015

Salam Aidilfitri

Pejam celik tak terasa dah 1 syawal rupanya. Sayu pun iye jugak bila Ramadhan melabuhkan tirai. Masing-masing dengan soalan, dapatkan kita merasai nikmat ramadhan tahun depan. InsyaAllah, jika kita masih dipinjamkan waktu oleh-Nya. 

Apapun, Salam Aidilfitri dan Selamat Hari Raya diucapkan buat semua. Maaf dipohon andai ada terkasar kata biar disengajakan atau yang tidak disengajakan. 


Hari raya menjelang tiba,
Ampun maaf sangatlah dipinta,
Sama-sama menyambut raya
Bermaaf-maafan dihari bahagia

Selamat Hari Raya!
Maaf Zahir dan Batin.

p.s : Dah puasa sebulan, tak bermaksud bila Raya boleh melantak dengan jayanya. Ingat-ingat lah.

16/07/2015

Jalan-Jalan Cuci Mata di Kuala Terengganu

Entri hampir basi. Last weekend punya cerita lah. Kan I dah cakap, I nak peram entri sampai jadi jeruk mangga asam boi cuma memang sure lah tak kan jadi.

Dari KL - Kuala Terengganu. Gerak hampir pukul 4, sampai-sampai dalam pukul 10 lebih sikit kot kalau tak silap. Dah nama pun sampai pukul 10.00 malam, jangan harap nak jalan-jalan cuci mata ke mana-mana, terus check in hotel lah. Hotel mana later I story mory. 

Keesokkan harinya, plan asal En. Barney start kerja pukul 10.00 pagi. Habis pukul 3.00 petang terus gerak balik ke KL. On the way, singgah dulu beli keropok lekor. Kalau tak silap En. Barney, dia kata nak ke Paka borong keropok lekor. Kot lah, sebab I pun tak tau lah kat mana tempat best beli keropok lekor. Ini pun first time jejak kaki di negeri Terengganu. 

Esoknya, pukul 10.00 pagi lagi dah ikut En. Barney ke Hospital Sultanah Nur Zahirah. Sayangnya, sampai awal pun En. Barney tak boleh nak start jugak sebab banyak kes emergency katanya. Kena tunggu 12.30 tengahari. 

Sesi ber'wefie' muka sekerat sebelum bosan menunggu

Memula tu gigih lagi nak tunggu, last-last angkat kaki jugak, masuk kereta and jalan-jalan di area berhampiran. 

Keluar gate hospital terus nampak satu sign board ada perkataan pantai. Apa lagi, minah ni kan tak boleh kalau nampak pantai tapi tak singgah melawat. Ajak En. Barney singgah sekejap 5 minit pun jadilah. Pijak pasir pun jadi lah. 

Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu

I memang suka buat benda yang tak dibuat orang. Dulu naik Cameron Highland siap cantik berbaju kurung lepas balik kenduri. Orang lain dibalut sweater dan baju tebal, I pulak gigil-gigil snap gambar. Oh pergi main air laut di Teluk Chempedak dengan wedges 4 inci dan skirt labuh seret pasir pantai pun pernah jugak. Dan kali ini, nak cipta rekod berlarian di atas pasir pantai tengahari buta di bulan puasa. Nasib baik tekak tak terpekik terlolong minta air oi!

Dah macam nyanyi lagu kebangsaan di tepi pantai aje. #Candid

Dah puas berpanas di tepi pantai, masuk kereta terus cari aircond sebab kepanasan. Jalan sikit lagi, nampak pulak pintu gerbang yang tertulis Taman Awam Lagun Kuala Ibai dan Masjid Tengku Tengah Zaharah.

Selalu berangan nak snap gambar begini. Itu pasal cermin kotor pun lantak la


Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung / Floating Mosque)


Tak berhenti singgah pun sebab dah kesuntukan masa. Terus gerak cari keropok lekor pulak. Kot-kot lah terjumpa masa on the way. Nak tunggu balik nanti, orang tak jual keropok lekor dah petang-petang. Time tu orang nak tunggu masuk waktu berbuka dah. 

On the way balik ke hospital, nampak aje sign bord "Keropok Lekor dijual disini". Okay tanpa fikir panjang terus menyinggah. Nak cari tempat lain memang dah tak sempat. 


En. Barney yang sakan memborong. I pulak beli keropok keping tu nak bawa balik Sarawak. Nak bawa keropok lekor memang tak lah jawabnya. Dah la nak drive jauh ke KL, lepas tu nak naik fligt lagi. Kesian keropok lekor, tak boleh nak bernafas. Eh. 

Tu je yang sempat dijengah. Selebihnya, masa di hospital menunggu En. Barney sambil baca novel satu dua. Tapi sempat jugak before balik tu menjenguk bazaar ramadhan berhampiran dengan hospital. Singgah bazaar ramadhan, mulut I ni tak berhenti menyoal En. Barney, itu kuih apa, yang ini makanan apa, yang tu pulak tak pernah tengok. Orang kiri kanan I memang confirm dalam hati cakap, nampak sangat touristnya minah ni. Excited semacam tengok semua benda macam baru first time jumpa. Eh memang banyak benda yang I baru tengok buat pertama kalinya pun. 

p/s : Entri raya kena tunggu hari raya lah. Hiks. 

15/07/2015

Berrylicious Bersama 100Plus Berry!

100Plus Berry. First time tengok masa on the way ke Kuala Terengganu weekend lepas. Bertolak dari KL hampir pukul 4 petang. So kira punya kira, berbuka puasa dalam perjalanan lah jawabnya. Menurut En. Barney, kalau nak cari makanan untuk berbuka di LPT2 memang tak jumpa lah. Jadinya singgah lah sebentar di R&R Gambang beli nasi lemak kerang dua bungkus. Beli air mineral, nescafe dua tin untuk En. Barney dan sebotol 100plus untuk I di Petronas R&R Gambang. 

Masa nak memilih 100plus yang mana satu - activ, original, orange, lemon lime or non-carbonated 100Plus Edge, terpandang pulak satu warna yang macam tak pernah dilihat sebelum ni. Macam pinkish red gitu. Tak pernah pulak nampak 100Plus warna tu. 


Ambik sebotol sebab nak try. Sempat lagi En. Barney pesan, kalau tak sedap jangan tolak kat dia. Bila rasa, memang jangan harap lah nak bagi dia. Sedap kot!


Rasa macam strawberry tapi bukan, sebab ada lagi campuran buah beri yang lain. Tak boleh nak describe lah rasa 100Plus Berry ni macam mana. Yang penting sedap! 

Sebab sedap lah keesokan harinya I cari lagi 100Plus Berry sebelum bertolak ke KL. Malangnya yang botol tak adalah pulak. Yang ada cuma yang tin je. Satu tin mana cukup kan, tapi takkan nak beli dua tin pulak. Tak apalah, tak ada rezeki katanya. 

I dengar-dengar macam susah jugak nak cari 100Plus Berry ni tapi tak sure lah pulak sebab I pun baru perasan dengan kewujudan 100Plus Berry. Yang botol besar 1.5L setakat ni tak jumpa lagi lah. Kalau ada, sure Iolls ambik sebotol besar terus. Yummy!

p/s : Nak pergi cari sebotol lah untuk berbuka hari ni. Hiks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...