Semalam. Biasa lah bila dah Jumaat, memang ada Friday Blues nya tersendiri. Sebab Iolls dah tak sabar-sabar untuk ke The Curve after office hours tu. Dah janji dengan BFF nak jumpa. Memang dari awal lagi dah ajak tengok wayang dan pada asalnya dia ajak tengok movie Godzilla, but then teringat yang Maleficent dah mula ditayangkan. Lagipun Iolls dari dulu lagi dah bagitau En. Barney, movie Maleficent memang I nak tengok.
Sinopsis MaleficentMaleficent (Angelina Jolie) merupakan seorang pari-pari cantik dan baik hati yang membesar dan tinggal di sebuah hutan yang aman damai. Sehinggalah suatu hari, datang tentera yang diketuai oleh King Henry (Kenneth Cranham) mengancam keharmonian hutan tersebut. Maleficent, pari-pari yang paling kuat menjadi benteng yang ampuh menghalang King Henry dan tenteranya untuk memusnahkan kawasan tersebut. Sayangnya, Maleficent dikhianati oleh Stefan (Sharlto Copley) yang merubah Maleficent menjadi seorang yang berhati batu. Demi dendamnya terhadap King Stefan, Maleficent menghadiahkan Puteri Aurora (Elle Fanning) satu sumpahan yang tiada satu kuasa pun di dunia ini yang boleh merungkainya. Sebelum matahari terbenam pada hari lahirnya yang ke 16, puteri itu akan tidur selama-lamanya.
Young Maleficent
Sebagai salah seorang peminat kisah dongeng Sleeping Beauty, Maleficent memang tidak menghampakan. Kalau ikut cerita dongeng Sleeping Beauty, centre of attention nya adalah Aurora tapi dalam movie ini, semuanya berkisar tentang Maleficent. Kalau uolls mengharapkan macam kisah yang asal tu jangan kecewa pulak. Sebab Sleeping Beauty dah banyak sangat cerita dari A sampai Z pasal Aurora, movie ini pulak menceritakan kisah Maleficent dari A sampai Z. Bagaimana dia dikhianati oleh seseorang yang telah mencuri hatinya dan bagaimana dia cuba untuk melindungi Enchanted Forest daripada dicerobohi manusia.
Elle Fanning sebagai Aurora
I sangat suka macam mana kisah dendam antara Maleficent dan King Stefan dihighlightkan dalam movie ini. Kalau dalam cerita Sleeping Beauty, Maleficent berdendam kerana tidak dijemput ke majlis besar-besaran yang meraikan kelahiran Puteri Aurora. Tapi dalam movie ini, kisahnya telah lama bermula. Agak sedikit tak best bila jalan cerita Puteri Aurora tu agak kaku dan kurang perencahnya. Tapi I tengok kekurangan itu ditutupi oleh watak Maleficent yang sememangnya kuat.
Prince Phillip (Brenton Thwaites) dan Princess Aurora
Part ending sumpahan itu agak twist sedikit. Kalau uolls fikir, Prince Phillip akan merungkaikan sumpahan itu dengan ciuman kasih sejati dan mereka pun lived happily ever after, sila singkirkan dulu kenyataan itu dari fikiran uolls. Ha, siapa yang akan merungkaikan sumpahan Puteri Aurora itu uolls kena tengok sendiri.
Three Little Fairies. Flittle (Lesley Manville), Knotgrass (Imelda Staunton), Thistletwit (Juno Temple)
Movie yang best kalau nak bawa satu family tengok. Plus Angelina Jolie kot. Yang suka tengok movie macam Oz The Great and Powerful ataupun Mirror Mirror ataupun Alice in Wonderland, uolls harus tengok movie ni jugak. Untuk movie Maleficent, I bagi 7.4 / 10. Rasa macam nak tengok lagi pun ada jugak.
p/s : Dari kecik-kecik lagi memang Sleeping Beauty is my most favourite fairy tale. Snow White, Cinderella, cliche lah.