29/12/2011

Keychain Yg Kreatif

Keychain adalah benda yang biasa je. Semua orang pernah ada keychain. Tipu lah kalau cakap tak pernah ada keychain. Kat sini, aku nak berkongsi beberapa jenis keychain yang macam best. Lagi 1 jangan tanya mana boleh dapat keychain macam nie, pasal aku pun tak tahu mana nak cari. Kalau dapat cari pun, macam best jugak. Simpan buat koleksi. ^^



Keychain tumbuhan :
korang boleh tanam tumbuhan yang kecil nie selama
3-6 bulan. Lepas tu, keluarkan dan tanam belakang umah korang



Keychain universal :
Keychain nie boleh digunakan sebagai remote TV universal
dan juga sebagai pembuka botol minuman



Keychain robot USB :
Pendrive yang ada memori 4GB dan beratnya 60g
cooooooooooolllll ^^



Keychain Jam :
Korang boleh tengok jam sekali nie. Kira 2 in 1 la.



Keychain speaker :
Boleh jadi speaker untuk mp3 player dan sewaktu dengannya.
USB ada sekali untuk cas speaker nie.



Keychain nite glowing :
Bukan sekadar keychain je. Korang boleh guna untuk memancing jugak.
Kalau nak buat flashlight boleh jugak kot ^^

kreadit to crookedbrains

25/12/2011

Review --> Mission Impossible : Ghost Protocol


Poster Ghost Protocol


Semalam tengok midnight movie dengan chipmunk. Tempatnya kat Alamanda. Dah yang tu je paling dekat. Tu pun ramai giler semalam orang tengok movie. Mane tak nye, orang cuti. Masa2 camni lah nak tengok movie.

Ok. Kat bawah nie trailer Mission Impossible : Ghost Protocol. Layannnnn....


Trailer Mission Impossible : Ghost Protocol


Dah tengok trailer? Ok. Sinopsis sikit. Cerita ini mengisahkan bagaimana penjenayah yang merbahya bernama Hendricks (Michael Nyqvist) merancang untuk mencetuskan perang antara US dan Russia. Caranya dengan merampas kod pelancaran nuklear Russia dan mengebom US. Jadi team IMF yang diketuai oleh Ethan Hunt (Tom Cruise) menghalang tindakan Hendricks ini. Pasukan Ethan yang lain adalah Brandt (Jeremy Renner), Benji (Simon Pegg) dan Jane (Paula Patton). Apakah cara yang diorang gunakan untuk menghalang Hendricks ini? Adakah mereka berjaya? Jawapannya korang kene tengok sendiri..... ^^


Ethan dan Jane


Brandt

Review tentang Mission Immposible : Ghost Protocol nie, jalan ceritanya agak cliche sikit. Pada aku jalan cerita ini macam boleh agak sikit apa yang akan jadi. Cerita dia takda lah awesome sangat. Cuma gadjet yang diorang guna agak style la jugak. Lepas tu, kereta yang diorang guna memang tip-top! BMW dan Bugatti Veyron tu.



Mana tak nye, tempat berlakon tu kat dubai. Tempat Pak Arab yang kaya2 sume. Ada 1 part tu yang memang buat aku gayat tengok citer nie. Tempat pun Burj Dubai. Bangunan paling tinggi di dunia. Aku respect la diorang berani berlakon kat tempat tiggi camtu. Kalau bagi aku sejuta pun, aku tak nak buat. Scaryyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy.... T_T

Overall citer ini rating bagi aku, 6.3 je.










Sumber : IMDb
Gambar : Google

24/12/2011

Ini Lah HakikAtnYe








p/s : pernah kah anda mengalaminya????



sumber : facebookLink

23/12/2011

Misi Mencari Kucing Yang Hilang!


Dalam setiap gambar di bawah ada seekor kucing. Ni semua Chipmunk ambik dr FB kawan. Chipmunk dah jumpa semua kucing-kucing kat dalam gambar ni. Comel-comel pulak tu. Turn korang pulak. Kalau nak lebih jelas, klik je gambar tu. Selamat mencuba!




21/12/2011

Wordless Wednesday : Yang Mana Satu Lagi Best?




Yang mana satu lagi best? Ada siapa-siapa yang dah tengok dua-dua?


20/12/2011

Fiksyen 302


Dah lama nak update pasal benda ni. Dari weekend lagi. Tapi busy dengan macam-macam benda plus tak sihat, baru hari ni sempat nak update.

Lepas pertandingan Jumaat lepas, Chipmunk pujuk En. Barney bawa Chipmunk ke pelancaran novel terbaru Ramlee Awang Murshid, Fiksyen 302 di One Utama.  Ini kali ketiga Chipmunk pergi pelancaran novel RAM ni, mula-mula dulu Rayyan Fantasi. Lepas tu Sutera Bidadari, siap beli yang hard cover lagi.




Belum start baca lagi sebab nak siapkan projek PPP dulu. Tengah bersabar dan tengah halang tangan daripada capai Fiksyen 302. Sabar, sabar.

p/s : Dengar-dengar sambungan novel Laksamana Sunan nanti adalah Sunan Musafir.

18/12/2011

Habis dahhhhh


Baru sempat nak update blog. Dengan sibuk yang memanjang dan badan pun rasa tak sihat. Ni pun ada satu projek lagi tak disiapkan. Lari kejap dari semua kerja-kerja dan perkara-perkara yang mem'busy'kan. 

Dalam entry INI Chipmunk ada cakap pasal pertandingan tarian kan? Takda rezeki untuk menang tapi alhamdulillah menang Anugerah Khas Juri dan Anugerah Tatarias Terbaik. Memang kami dah buat yang terbaik, tapi apakan daya adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Lagipun, sudah ada pemenang sebelum pertandingan dah biasa kami dengar. Kadang-kadang, perlu berfikir panjang untuk masuk satu-satu pertandingan tu, sebab ragu-ragu pertandingan tu bersih dan adil atau tak. Malas nak ulas panjang-panjang, semua tu just pendapat je. Entah betul entah tak tu, tak tahu lah.

Sokongan En. Barney adalah yang paling penting sekali.

Bersama koreografer dan JAKSA Kolej.

Ni dah habis pertandingan, lupa nak ubah setting. Gambar jadi macam ni la.


14/12/2011

Tak lah wordless sangat pun


Dekat shoutbox ada yang tanya Chipmunk training apa. Sebenarnya Chipmunk sekarang training untuk satu pertandingan tarian yang akan berlangsung Jumaat ni. Ni pun last minute ganti orang, nasib baik cepat tangkap steps. Apa Cik Jane cakap, berkat tolong orang.


Air Penyejuk Badan Cap Kaki Tiga atau orang panggil Air Badak wajib ada. Lipton Ice Tea perisa Green Tea pun harus ada. Dan yang paling diperlukan dalam keadaan batuk-batuk ni Fisherman's Friend.

.
Dalam bulatan tu adalah kesan melecet. Dah steps pusing sana pusing sini memang haruslah kaki pun melecet. Dulu benda ni dah biasa. Tapi bila dah lama tinggalkan tarian lepas tu tiba-tiba join balik memang rasa azab la kaki tu.

p/s : wish me luck untuk jumaat ni. Dah lama tak naik pentas, rasa berdebar pulak.

12/12/2011

Cupcakes comel lagi!


Lately ni busy sangat sampai tak sempat nak online. Ni pun badan dah rasa lain macam, macam nak jatuh sakit je. Family datang minggu ni sebab bapa konvo sabtu lepas. Disebabkan malam Chipmunk ada date dengan koreografer (setelah berkurun Chipmunk tinggalkan dunia pentas ni, terpaksa kembali sebab ganti orang. Wah, ayat bajet diva), jadi Chipmunk dan En. Barney terpaksa berulang KL-Bangi untuk jumpa parents. Masa nak online pun jadi sangatttttt terhad.

By the way, sabtu lepas kan bapa Chipmunk konvo. So, Chipmunk tempahkan cupcakes untuk beliau. Memang sengaja Chipmunk tempah cupcakes yang bertemakan Happy Graduation untuk peminat Manchester United.
Dengan topping buttercream dan perasa Chocolate Moist

Sebenarnya, Chipmunk pernah order cupcakes dari orang yang sama. Entry pun pernah buat jugak. Boleh lah rujuk entry INI. Puas hati dengan servis dan cupcakes before ni, sebab tu lah Chipmunk order lagi kat Kak Lynn ni.

Ni pulak topping buttercream dengan perasa Vanilla Buttercake.

Kalau ada siapa-siapa dekat area Bangi dan yang berdekatan dengannya, boleh lah order cupcakes kat sini. Pergi je website babycakes2u.com dan isi je form yang disediakan. Memang puas hati lah.

08/12/2011

Kucing, Cat. Meowwwww


Tadi bangun pagi macam biasa lah terus buka laptop, try la tengok-tengok dan baca-baca Blog Serius. Dan terjumpa satu entry ni. Dan entry dah bawa Chipmunk ke satu lagi blog lain, Cat versus Human. Bagi siapa-siapa yang gila kucing tu, memang digalakkan tengok-tengok blog ni. Ada banyak gambar dalam versi komik. Cukup menarik.





Kalau nak tengok lebih lanjut komik ni boleh la terus ke page Cat versus Human.

07/12/2011

Wordless Wednesday : From Miri with ♥



Dah asing siap-siap. Nak bagi mak En. Barney.

06/12/2011

Bila hajat nak masuk Masterchef tak kesampaian


Beliau ni memang hebat memasak.Sebab apa Chipmunk cakap beliau hebat memasak? Sebab beliau ni memang berada di dapur sepanjang masa. Beliau memang ada memasang hajat untuk join Masterchef. Tapi apakan daya, beliau tidak diterima. Memang frust menonggeng la beliau. Nak tau beliau tu siapa? Beliau adalah....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 Frust menonggeng atas meja makan sebab tak dapat masuk Masterchef.

Memang Cik Teng-Teng yang sediakan breakfast kami sekeluarga.

05/12/2011

Cuti-Cuti Malaysia


Alhamdulillah.
Kami berempat selamat sampai. Minggu yang agak padat. Dan penat. Kesian En. Barney, drive sorang-sorang UKM-Sg. Petani. Suruh tukar beliau cakap larat. Lepas tu mengadu sakit belakang la etc. Walaupun penat tapi best. Boleh jumpa Kak Zana a.k.a pengantin baru setelah sekian lama tak jumpa. Setahun lebih jugak la. 

Sampai sana memang tak sempat la nak buka laptop online. Kalau online pun, online FB dan Twitter je la. Tu pun guna phone je. Yang lain memang tak sempat. Bertolak lepas En. Barney balik solat jumaat, lalu KL yang jammed untuk ke UIA. Lepas tu terus bertolak. Dengan hujan lebat lagi dalam perjalanan. Mana tak sampai dekat pukul 1 pagi. Sampai UKM pulak pukul 11 malam semalam. Actually, pukul 6.15 petang sampai dah. Tapi singgah rumah En. Barney dulu. Tapi syukur alhamdulillah, selamat sampai dan selamat kembali. Sepanjang perjalanan pergi dan balik memang tak tido langsung la. Excited nak pandang kiri kanan even waktu malam or hujan sekalipun. Lagipun nak teman En. Barney jugak. Banyak jugak ambik gambar tapi nak letak sini memang tak dapat la. Ada berapa je yang Chipmunk letak kat blog.

 Selamat Pengantin Baru. Kak Zana cantiklah.

 Dapat jumpa budak comel ni. Selalu tengok dalam gambar je. Dah la nak ambik gambar budak ni cukup payah.

 Rm2.50 je okay. Tapi tak tau la ni kat mana. Ikut je En. Barney bawa mana. Aran Serabut tau kot kat mana tempat ni. 

 Datang sini rasa segar mata. Memang hijau je. 

Yang ni wajib okay. Nak duduk atas segan. Duduk bawah je la.

p/s: tak dapat nak jumpa RAM semalam

02/12/2011

Entry yang padat tapi tak berapa nak ringkas


Ada banyak sangat benda yang nak ditaipkan ni. Tapi disebabkan kekangan masa dan kepadatan jadual kebelakangan ni terpaksa la buat entry yang ringkas dan padat. Takda la ringkas sangat pun.


Baru je minggu lepas Chipmunk dan yang lain-lain bertolak untuk menghadiri majlis perkahwinan Angah di Tangkak dan merayau-rayau di Bandaraya Melaka bersama Cik Maizura. Hari ni Chipmunk dan En. Barney akan bertolak balik ke kampung pulak. Eh, bukan. Sebenarnya, Chipmunk dan En. Barney akan bertolak ke Sungai Petani. Ada urusan rumahtangga sikit. Eh, silap lagi. Untuk menghadiri majlis perkahwinan salah seorang penari Kelab Tarian Sanggar Citra merangkap salah sorang kakak kesayangan Chipmunk di UKM ni. Dan kebetulan, Chipmunk dan En. Barney diberi kepercayaan untuk jadi pengapit. Ingatkan Kak Zana main-main suruh kitorang jadi pengapit ni, siap gelak-gelak lagi. Sekali betul-betul, masing-masing kelam kabut.



Tadi Chipmunk dan En. Barney pergi The Mines sekejap. En. Barney nak bayar bil broadband beliau. Tapi, last-last Chipmunk pun nak satu jugak. Dan sekarang ni, bersenang-lenang kejap online guna broadband baru. Asyik pinjam En. Barney punya je. Lepas ni  boleh la online kat mana-mana kan? Dan boleh lah blogwalking etc. Kalau bateri laptop ni bukan jenis yang tak-sempat-nak-enter-password-terus-padam tak apa jugak. Dalam kereta pun boleh reply jejak korang lagi.


Dan masa kat The Mines tadi, Chipmunk dah borong tiga kotak contact lens Freshlook Colorblends. Satu kotak RM50, tapi dah offer tiga kotak RM120. Kali ni try colour Gray pulak. Biasanya Chipmunk ambik colour Brown sebab nampak natural sikit, tak ketara sangat pakai lens colour-colour ni. Chipmunk beli lens colour ni pun sebab mata Chipmunk sebelah je yang rabun, yang sebelah lagi normal. Apa optometrist cakap, lazy eyes apa entah. So, kalau beli lens biasa macam pelik je pakai sebelah mata je. Tambah pulak Chipmunk ni jenis yang tak suka pakai cermin mata. Jadi, pakai lens je la caranya kalau nak keluar ke mana-mana. Dan lagi satu perangai Chipmunk ni, Chipmunk agak cerewet bab-bab lens ni. Sepanjang 4 tahun Chipmunk pakai lens ni, Chipmunk pernah pakai iContacts, Freshkon dan Freshlook je. Yang lain-lain tu Chipmunk tak berapa nak percaya sangat especially lens yang boleh pakai sampai setahun or whatsoever tu. Setakat ni yang paling selesa Chipmunk pakai adalah Freshlook. Harga pun okay jugak. Dan nak pakai pun rasa terjamin sebab beli kat kedai optical terus compare tu beli-beli online semua tu. Tu apa yang Chipmunk rasa lah, orang lain mungkin lain pandangannya kan? Tapi siapa-siapa yang nak beli lens atau nak buat cermin mata baru atau nak tukar frame cermin mata etc boleh lah serbu kedai-kedai optical masa ni. Chipmunk tengok diorang ni macam berlumba-lumba pulak buat sale.

p/s: tiba-tiba rasa segan pulak ni
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...