31/12/2014

Wordless Wednesday : #QZ8501

sumber : AirAsia

p/s : Pergilah 2014, bawa bersama duka dan lara. 

30/12/2014

[English Novel] Girl In The Mirror - Cecelia Ahern

Ini Iolls sebenarnya tak tau nak panggil novel atau macam mana. Sebab short stories je pun sebenarnya. Belasah je lah kan. I pernah bagitau, I sebenarnya dalam proses untuk mengumpul novel-novel Cecelia Ahern. Dulu baca pinjam library je tapi sekarang dah baca atau tak itu belakang kira. Nak jugak simpan buat kenang-kenangan. 

Girl in The Mirror ni I beli masa pesta buku kat Putrajaya tu dulu. Bila I pun tak ingat. Sebabnya novel ni I simpan buat kenang-kenangan dulu. Rasa nipis sangat. Kalau sekadar nak membunuh masa tu boleh lah. So bila cakap tentang membunuh masa, I bawa lah novel ni sekali masa ikut En. Barney outstation ke Port Dickson tempoh hari. Yela, dua-tiga jam tunggu dia kerja. Iolls tak nak nampak sadis time annual leave membongkang dan koreanthon drama korea so jadi lah tunang mithali ikut En. Barney outstation. Biarpun balik hari je pun. So nampak lah macam bercuti sikit ye. Okay, jangan off topic. Persoalan kita tentang novel disini. 


Girl in The Mirror (Two Short Stories)

Girl in The Mirror

Lila knows how lucky she is to have found the man of her dreams. But when a secret from her family's past comes to light on her wedding day, her destiny changes in the most unexpected of ways. 

The Memory Maker

They say you never forget your first love. But what happens when those cherished memories start to fade? Some people would do anything to hold on to the past and, for one heartbroken man, that means finding a way to relive those precious moments.

Well, nak expect apa kalau dah penulisnya Cecelia Ahern? Sesungguhnya karya-karya beliau tak pernah menghampakan. Tapi bila baca short stories serius rasa tak puas! Nak baca banyak lagi, nak panjang lagi ceritanya. Tak nak short stories tapi nak baca one whole book. Lagi best kalau dua cerita ini ditulis menjadi satu cerita lengkap, bukan sekadar short stories. Lagi satu yang tak bestnya, cerita pendek sebenarnya lebih bermain dengan minda pembaca. Perlu kerja lebih kuat lagi untuk digest jalan cerita, watak, persoalan dan kesimpulan. Ah, semulah. Itu lah yang I rasa tentang dua cerita ni. Seolah-olah penulis cuma menyediakan tapak, selebihnya atas usaha pembaca sendiri. Nak buat rumah ke, atau bus stop ke terpulang kepada minda pembaca untuk mentafsir macam mana. 

Tapi apa yang I boleh simpulkan, cerita Girl in the Mirror rasa creepy lah tapi second story, The Memory Maker quite sweet jugak. Overall, still best jugak. 

p/s : Baru tahu When Rainbows End ada diadaptasi menjadi filem. Love, Rosie lakonan Lily Collins dan Sam Claflin. Oh ini tak boleh jadi. Perlu download dan tengok

29/12/2014

Makan-Makan @ Tam Nasi Ayam, TTDI Jaya

Sebagai seorang pencinta nasi ayam tegar, Tam Nasi Ayam harus dicuba. Plus dekat je dengan office. Even weekend pun kalau merayau ke Giant Seksyen 13, Shah Alam memang dah dekat sangat dah dengan restoran Tam Nasi Ayam ni. 

First time datang, dengan kakak-kakak office. Katanya nak buat site visit mencari panel kedai makan time lunch hour yang baru. Dah bosan dengan tempat-tempat biasa. Biasa lah kalau memasing dah datang buat pertama kalinya sure blank-blank lagi nak makan apa, nak try yang mana. So kali kedua, I heret En. Barney pulak.

Actually kejadian ni dah lama sebenarnya. Kalau tak silap lepas balik dari Teluk Chempedak kot. Tapi biasalah perempuan ni kan kereta api lambat sikit. Bila nak upgrade entah, dari kereta api ke ferrari pula. Biar pantas dan bergaya. Cewah, bukan main kan. 


First time datang I try nasi ayam biasa je. Kali kedua pun sama juga. Kononnya nak refresh balik macam mana rasa nasi ayam di sini. En. Barney pula order Nasi Ayam Golek. Kalau ayam lebih, Nasi Ayam Golek Special kalau tak silap. Tapi bila makanan sampai, I tak nampak pun perbezaan nasi ayam biasa dengan nasi ayam golek. Sama ada  waiter tu salah dengar order or macam mana entah lah. 


Yang ini kononnya Nasi Ayam Golek. Tapi serius memang tak ada beza langsung pun dengan nasi ayam yang I order. That's why I suspect mungkin waiter silap dengar kot masa ambik order. Tapi bak kata En. Barney, rasa sos dan kuahnya yang berbeza. Mungkin situ lah bezanya kot. Tapi I tengok sama je kedua-duanya. 


Ini pulak yang I order. Nampak macam sama je kan? Tapi masa bayar, En. Barney tak ada pulak mention apa-apa. Mungkin betul la kot. 


Oh sup di sini pun superb jugak! Iolls suka. Nasi ayam nya pula, okay lah. Boleh tahan sedap. Cuma itu lah, I tak puas hati sebab tak tahu macam mana nak bezakan nasi ayam golek dengan nasi ayam biasa yang weolls order hari tu. Tapi masa pergi kali pertama, nampak jugak kelainannya. Kali kedua, entah lah. En. Barney pun senyap aje. Tak ada pulak tanya waiter dan lepas bayar pun dia tak cakap apa-apa so Iolls pun malas lah nak peningkan kepala dia. Tapi bila taip entri ni tertanya-tanya lah pulak kan. 

Apa-apapun next time boleh datang sini lagi. Sebab Iolls is tak puas hati sebab masa pergi dengan En. Barney tempoh hari Pisang Cheese tak ada pulak. I sebenarnya baru tahu yang Tam Nasi Ayam ni ada banyak cawangan dan mengikut pembacaan, memang restoran ni ramai pengunjung er maybe di branch Shah Alam lah kot. Tapi kalau di TTDI Jaya ni tak ramai pun. Ataupun mungkin I datang timing lain jugak kot. Time orang tak ada. Boleh jadi jugak kan?

Tam Nasi Ayam, TTDI Jaya
Address : No 18, Jalan Juruwang A U1/A, TTDI Jaya, Shah Alam

Kalau nak senang cari, uolls cari je petronas TTDI Jaya. Tam Nasi Ayam betul-betul terletak di belakang petronas. Alah, dekat area Laman Glenmarie Seksyen U1. Dah dekat lah tu. 

p/s : ada satu lagi sesi makan-makan ni I tak story mory lagi. Itu pun yang last week punya cerita. Nak tunggu next week agaknya baru nak taip entri. 

28/12/2014

Warna dan Tema Wedding

Alkisahnya di suatu petang hari sabtu. Parents call, katanya suruh bincang tarikh wedding dengan En. Barney. Oh tak perlu suruh pun sebelum tunang lagi dah start bincang. Nampak tak gatalnya kat situ? Eh, bukan bukan. Ini namanya perancangan jangka panjang. Jenis I ni kalau nak buat something kalau boleh dari A sampai Z nak rancang. Mesti la perlu perancangan kan, plus I bukan ni jenis yang suka buat kerja kelam kabut. Biar I fikir dulu semua benda, jangan I pening kepala fikir bila dah nak dekat. Paling memeningkan, En. Barney dari dulu cop I perfectionist. Semua nak cantik, semua nak perfect. Oh itu sudah semestinya. Waima pilih nak beli Nestle Bliss perisa apa pun perlu fikir 10 minit, perisa mana yang kena dengan tekak pada masa itu. Ini mengelakkan daripada implikasi membazir. Tak sedap, tak nak minum so nanti tak habis. 

Berbalik cerita asal. Bukan setakat perlu fikir tentang tarikh, perlu start fikir tentang warna tema. Ini yang menambahkan pening. En. Barney memang dah lama tahu, kalau orang ramai dah buat begini dan begitu, memang tak lah I nak buat jugak. Tak rare katanya. Biru, ungu, silver dan yang sewaktu dengannya bagi I dah tak rare sebab warna-warna sebegini dah macam warna asas untuk wedding. So kita cari lah tona warna dan colour scheme yang orang ramai tak buat. Ha, yang ini nanti hasilnya susah nak cari barang. Tengok lah nanti. Dah tau sangat dah perangai. Cari ini tak jumpa warna yang kita nak, cari barang itu pun tak ada jugak warna yang kita nak. Betul tak? So konklusi untuk permasalahan begitu, kita mix and match kan dengan warna basic. At least satu warna lagi lebih senang nak dicari.

Actually kan, dah lama sebenarnya fikir tentang soal warna ni. Biasalah perempuan. Belum ada pasangan pun dah start berangan, "Wedding nanti nak warna begini begitu lah." Siapa sokong cepat angkat laptop memasing.

Tiffany Blue and Peach

Warna ini dah lama I simpan dalam kotak minda. Kaedahnya dream colour kan konon. Asalnya sebab I nak buat tema vintage. Tapi masalahnya sekarang dah ramai sangat orang buat tema begitu. So KIV dulu. I ni mana nak buat apa yang orang lain dah banyak buat. 

Magenta

I suka warna ni sebab nampak klasik. Sebab tak boleh buat tema vintage, boleh buat ala-ala klasik gitu best jugak. Cuma I tak tau nak match kan warna Magenta ni dengan warna apa. Mungkin gold ataupun pastel colour. Hmmm.

Teal

Warna ini pun nampak cantik. Quite classic jugak kan? Sebab hijau zamrud dah terlalu mainstream sekarang ni, warna hijau teal masuk dalam list untuk dipilih. Match dengan warna putih atau silver untuk naikkan warna hijau tersebut. Macam best je kan?

Ha siapa lagi nak menambahkan lagi kepeningan Iolls memilih warna? Warna apa lagi yang cecantik nak jadikan warna tema wedding eh? Lagi-lagi yang nampak klasik sikit. Tak nak lah warna-warna biasa, bagi yang jarang sikit orang guna. Tapi kan, hati I kuat pulak nak pilih warna magenta. 

p/s : Sesi pilih-pilih warna ni memang En. Barney serah 100% je kat I. Dia tau tunang dia cerewet macam mana jadi dia malas nak peningkan kepala sendiri. 

27/12/2014

[Korean Drama] Pinocchio

Dah lama I simpan stock drama korea yang ini. Cuti krismas tempoh hari baru berpeluang untuk marathon tengok Pinocchio. Sambil tangan bekerja buat bunga kertas crepe, tak sedar tengok-tengok 9-10 episod. Ini bukan marathon tapi koreanthon dah ni. Jari sedap je klik next episod kan.

Actually first time I dengar tajuk drama, I tak boleh nak detect. Drama ini mengenai apa? Lebih kurang cerita Pinocchio ke? Bila tengok baru tau, main point drama ini adalah mengenai syndrome Pinocchio.



Sinopsis Pinocchio

Choi In Ha (Park Shin Hye) menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang wartawan, mengikut jejak langkah ibunya Song Cha Ok (Jin Kyung) iaitu seorang wartawan terkenal dan juga merupakan ibu In-Ha yang telah terpisah selama 13 tahun. Namun dugaan terbesar In Ha untuk menjadi seorang wartawan apabila dia sebenarnya menghidapi syndrome Pinocchio. Penghidap syndrom Pinocchio akan tersedu setiap kali bercakap bohong dan ini yang menjadi halangan besar buat In Ha untuk mencapai cita-citanya. 

Choi Dal Po (Lee Jong Suk) pula hidup dengan menggunakan nama samaran setelah diambil sebagai anak angkat oleh datuk In Ha sejak keluarganya musnah 13 tahun lalu. Dia menyalahkan wartawan kerana tidak menyampai kebenaran kepada orang ramai, sekaligus menghancurkan sebuah keluarga yang bahagia. Ayahnya yang terkorban dalam satu nahas kebakaran dipersalahkan menyebabkan Ibu Dal Po mengambil jalan pintas dengan membunuh diri, meninggalkan dia dan abangnya. Disebabkan tragedi itu juga dia terpisah dengan abangnya, Ki Jae Myung (Yoon Gyun Sang). Biar dendam terhadap wartawan tidak pernah padam, dia tetap menyimpan hasrat untuk menjadi seorang wartawan supaya satu hari nanti dia dapat membersihkan semula nama ayahnya yang telah tercalar.
I admit mula-mula I nak tengok drama ni gara-gara Park Shin Hye. Kedua, sebab Lee Jong Suk. 2-3 drama lakonan beliau kebelakangan ini semua best-best. So tanggapan I, drama ini pun best juga. And indeed. Memang best pun. Macam mana In-Ha berusaha untuk menjadi penghidap syndrom pinocchio yang pertama bekerja sebagai wartawan dan macam mana Dal Po berusaha untuk mencari abangnya yang telah lama terpisah. Tapi kisah Dal Po 13 tahun memang sungguh tragis. Kerana 'kebenaran' yang disampaikan wartawan, dia hilang keluarga dalam sekelip mata. Lebih-lebih lagi penyumbang utama kepada kehancuran itu adalah Song Cha Ok, ibu In-Ha. 


Masa I tengok episod pertama drama ini, I terasa akan aura drama I Can Hear Your Voice. Mungkin disebabkan oleh Lee Jong Suk agaknya. Tapi bila I google sebab tak puas hati punya pasal, rupa-rupanya penulis bagi kedua-dua drama ini adalah orang yang sama, Park Hye Run. Even pengarah drama Pinocchio dan I Can Hear Your Voice pun orang yang sama, Jo Soo Won. No wonder lah rasa macam tengok I Can Hear Your Voice je. Besar kemungkinan produksi yang sama jugak lah. 

Ada lagi sebenarnya, pelakon drama I Can Hear Your Voice, Yoon Sang Hyun dan Lee Bo Young pun ada membuat kemunculan istimewa dalam drama ini. Yoon Sang Hyun dengan watak yang sama iaitu, peguam Cha Kwan Woo. Kalau Lee Bo Young pula, uolls perasan tak taxi navigation Choi Dal Po tu bernama Hye Sung? Ha, itu lah dia. Jang Hye Sung. 

Download Korean Drama Pinocchio

Tonton Online Korean Drama Pinocchio

p/s : Cerita apa lagi best yang nak di-koreanthon ni? Nak bertapa habiskan drama korea. 

26/12/2014

Makan-makan @ Hutan Bandar Bistro, Teluk Chempedak

Kita sambung balik cerita Teluk Chempedak. Kalau entri lepas kita jalan-jalan makan angin, kali ini jalan-jalan cari makan pulak. I dan En. Barney jenis yang kalau merayap keluar KL / Selangor macam ni memang tak ada maknanya lah nak bermalam bagai. Selalunya balik hari je plus tak manis lagi-lagi kalau pergi berdua. Lagipun itu baru adventure namanya. Tak gitu? Konon-konon cerita Around the World in 80 Days biarpun hakikatnya pergi Kuantan balik hari je pun. 


Memandangkan jauh lagi perjalanan selepas itu, makanya sebelum bertolak balik apa kata isi perut siap-siap di Teluk Chempedak. Lagipun antara point kenapa En. Barney bawa ke Teluk Chempedak. Nak makan Chicken Chop 5 hengget.


Makan western di tepi pantai bertemankan angin sepoi-sepoi bahasa memang syok! Lagi syok bila harga pun nampak menarik. Fish n Chips dan Chicken Chop menjadi pilihan I dan En. Barney. Dua-duanya RM5 je. Combo sekali air F&N, total RM6.80. 



Bila simpan cerita yang basi lama-lama, I pun dah tak ingat mana satu Fish n Chips, mana satu Chicken Chop. Berminit jugak lah berhempas pulak main game Spot the Difference kaedahnya. Nak pastikan gambar di atas bukan pinggan yang sama. 


Mula-mula dengar cerita En. Barney pasal Chicken Chop RM5 sepinggan, benda pertama yang terlintas dalam kepala, "alah, mesti portion sikit je tu. Itu pasal murah je." Tapi jangan tertipu dengan harga. Satu pinggan Fish n Chips pun I tetap tak mampu nak habiskan sorang. Last-last tolak pinggan depan En. Barney. 

I sebenarnya tak berapa nak ingat sangat rasanya macam mana. Ini lah kesan kalau asyik terlambat kereta api. Cerita tak fresh jadi banyak lupa. Tambah pulak dah confused dengan kedai lain. Cuma yang I ingat, I prefer Chicken Chop lagi sebab Fish n Chips di sini macam kureng sikit lah. Apa yang kurang I is tak sure, rasa macam ada yang tak cukup tapi tak tau pulak apa. Tapi still okay-okay lagi. Yang penting puas hati tambah pulak dengan harga yang sebegitu. Mana nak cari kat tempat lain kan?

p/s : Kalau ada jodoh bertemu lagi dengan Teluk Chempedak, I nak try menu lain pulak. Hari tu kenyang lagi. Nak melantak pun kurang feel. Hiks

25/12/2014

Siang Malam Bertukang, Sabar Aje lah.

Dengan kepala berat dan hidung yang berlari, oh sila direct translate apa maknanya. Cuti hari krismas adalah waktu sebaik-baiknya untuk berehat dan tidur. Telan ubat selsema satu bijik, letak kepala atas bantal dengan harapan boleh tidur lama sikit. 

Caution : This may cause drowsiness. If affected, do not drive or operate machinery
Zzzzzz..
Zzzz..

Sekali nan hado! Orang atas tengah buat renovation rumah. Siang malam dengar bunyi dia bertukang kat atas. I suspect, dia nak tukar tiles baru. 


Dah 3-4 hari jugak. Start pukul 9 malam sampai ke tengah malam. Alahai sabar je lah. Dengan pening kepalanya lagi. Positif, mungkin malam je ada masa yang terluang untuk buat renovation. Tak apa lah. Ambik headphone tengok drama korea. Settle masalah. 

Esoknya pulak seawal sebelum pukul 7 dah mula bekerja. I is tak kisah kalau time hari bekerja dan I is tak kisah jugak kalau berada dalam kondisi yang optimum. Ini  menambahkan sakit kepada migrain yang memang sudah sedia menyerang. Mengantuk, kesan dari ubat. Bila tak boleh tidur makin menjadi-jadi lah sakit kepalanya. 

Ini orang dewasa, bayangkan kalau baby kecik. Buatnya jiran yang ada anak kecik kurang dari setahun macam mana? Tak kesian budak tu? Bukan menganggu ketenteraman si baby tapi mak ayah dia jugak. Jiran renovate rumah tanpa memikirkan orang lain, orang lain yang terkena tempias. 

Tak kisah lah nak bertukang siang malam pun. Tapi tengok masa jugak lah. Lepas isyak sampai pukul 10-11 itu boleh tolerate lagi. Ini kalau dah sampai jam cecah pukul 12 tengah malam, tak fikir orang lain namanya tu. Kalau bertukang lepas azan subuh tu I pun boleh fikir positif lagi. Elok lah tu mengejutkan jiran-jiran tetangga untuk solat subuh. Yang dah berkeluarga, alhamdulillah boleh lah solat subuh secara berjemaah di pagi hari cuti ye.

Adab hidup berjiran ni kan, kadang-kadang kita terlupa. Perlu refresh balik. Especially bab pencemaran bunyi. Contoh macam bertukang. Nak drill dinding rumah bagai kalau buat pukul 3-4 pagi itu memang mengundang maki. Okay jangan kata 3-4 pagi, pukul 1 pagi pun alamatnya sudah selamat dikambingkan oleh I. Ingat jiran kiri dan kanan. Kita bukannya berumah dalam hutan or tepi pantai tak ada jiran tepi depan belakang. Lagi-lagi rumah zaman sekarang yang bertingkat-tingkat. Atas bawah pun ada manusia jugak. So beringatlah. 

p/s : Ini baru pasal bunyi bertukang. Belum double park yang tak turun handbrake, tak tinggal number telefon. Dah pernah kena sekali. Bajet perempuan larat lah nak tolak kereta besar sorang-sorang?

24/12/2014

Wordless Wednesday : Raining Cats and Dogs


p/s : Kat office pulak suhu dah macam mencecah -3 darjah celcius. Big Boss excited nak sambut krismas. Itu pasal kat office pun bajet macam tengah musim salji. Gigil.

23/12/2014

Sifat Malas yang Durjana!

Memang special sangat didedikasikan buat diri sendiri. Mungkin simptom hujung tahun. Malas nak taip entri. Malas nak blogwalking. Malas nak buka blog. Malas nak makan. Malas nak buka mulut. Malas nak buka mata. Tapi malas nak tidur. Nampak tak perulangan perkataan malas di situ? Parah. 


Lemau lepas dua bulan kenduri sakan tiap hujung minggu, menyerbu majlis rakan-rakan di sana dan di sini. Oh ini alasan sebenarnya. Alasan tak boleh pakai. Puas cuci mata tengok kenduri orang lain, hujung minggu lepas baru berkesempatan meluangkan masa untuk fikir arah tuju sendiri pula. 


Ini namanya manusia yang dah terhantuk baru nak tengadah. Dah start kena bebel dengan ayah En. Barney baru memasing terhegeh-hegeh nak pergi kursus kahwin. I tahu En. Barney mesti keluarkan ayat power dia nan satu itu, "dulu ajak pergi kursus kahwin taknak, awak cakap tak ada sebab nak pergi." Memang lah tak ada sebab. Dia ajak pergi kursus kahwin je, tak ada pulak dia ajak I kahwin. Eh eh. 

Ha, siapa yang cari tempat kursus kahwin area Wangsa Maju boleh ambik contact details seperti yang tertera dalam gambar di atas. Bayaran macam biasa sekiranya tiada rombakan, RM80 satu kepala. Memang sekangkang kera je dengan Wangsa Walk. Habis kursus boleh menyeberang jalan beli Rotiboy sebiji dua. 

Tapi I sarankan adik-adik pergilah kursus kahwin anjuran universiti / kolej masing-masing. Zaman belajar ni murah sedikit. Ada diskaun siap berpuluh ringgit. Jangan jadi pemalas macam I, zaman belajar tak nak pergi. Orang tua dah start bising baru gatal pergi daftar kursus. Nasib baik pergi bertiga, tetiba gedik rasa awkward gila bila pergi berdua. Dulu bukan main gatal lagi kata nak pergi dengan bakal suami kononnya. Geli telinga I bila ingat balik. 

Er, sebenarnya kan I tak boleh nak relate apa kaitan penyakit malas dengan kursus kahwin. Bukan apa, malas nak fikir.  Ha, nampak tak? Itu lah kaitannya.

p/s : setiap masa mulut cakap malas, memang malas lah. Cuba cakap rajin pulak, mana tau automatik boleh jadi rajin. Spontan. 

22/12/2014

Jalan-jalan Makan Angin @ Teluk Chempedak, Kuantan

Ini cerita minggu lepas. Biasalah perempuan yang keretapi nya lambat memang selalu lambat. Ceritanya selalu kelewatan jugak. Hampir basi baru nak cerita. Bagini sebenarnya. Last week, lepas kenduri di  Felda Purun, Bera, I dan En. Barney melencong sekejap ke Kuantan. I yang mintak dia bawa I pusing-pusing Kuantan dah alang-alang sampai ke Pahang biarpun orang tua tu sebenarnya baru balik dari outstation di situ. 

Tujuan utama ajak En. Barney ke Kuantan sebab seingat I, dia pernah janji nak tunjuk sekolah dia dulu. Masa tu I ikut kawan balik Pekan masa cuti raya haji. Dah bertahun dah tapi I ingat SMS dia berbunyi lebih kurang seperti ini, "Nanti kalau saya bawa awak pergi Kuantan, saya tunjuk sekolah saya." Dia mesti tak ingat janji dia punya lah. Confirm. So sekarang, haruslah janji itu dituntut. Bertahun-tahun telinga I ni balik-balik dengar cerita zaman sekolah En. Barney yang tak berapa nak senonoh tu. Malam-malam satu geng fly pergi makan kat kedai awek siam hot selang beberapa lorong. Main kejar-kejar pecut 100m merentas padang sekolah lari dari cikgu. Nasib baik Cikgu Disiplin bukan bakal bapa mertua awak, kalau tak mahunya awal-awal lagi dah kena reject cik abang oi. 

Pusing Kuantan dengan En. Barney jadi tourist guide kononnya. Tunjuk sini, tunjuk situ. Tempat dia selalu lepak dengan kengkawan time outing hujung minggu. Sempat juga I korek tempat dating dia zaman cinta monyet dulu-dulu. Pusing kawasan sekolah pulak, lalu padang automatik I teringat cerita dia lari pecut rentas padang nan luas itu. Itu time kurus acceptable lah lagi. Kalau imagine dengan gemuk yang sekarang, laju mana entah dia lari. *Pegang pipi tahan gelak*


Dah selesai tunjuk itu dan ini, siap tunjuk kedai awek hot tu lagi barulah dia ajak pergi Teluk Chempedak. Dah alang-alang dekat je dengan sekolah En. Barney. Panjang betul mukadimah ye, baru sekarang sentuh tentang Teluk Chempedak. Tak selari sungguh dengan tajuk. 


Petang hujung minggu. Biasalah ramai sungguh manusia. Bawa keluarga jalan-jalan tepi pantai sambil hirup udara nyaman, ditemani oleh angin laut dan bunyi ombak. Lagi-lagi time cuti sekolah. Memang lagi lah ramai. I tengok kawasan tempat parking bukan main besar. Tapi tetap penuh jugak. 

Mula-mula En. Barney ajak jalan-jalan tepi pantai je tapi mata I ni cepat je terlihat sesuatu yang nampak macam jambatan. Menghala ke mana, itu tak sure. Bila tanya En. Barney, dia pun tak pernah lagi sampai situ. 


Banyak sangat monyet. Berbekalkan pengalaman bersama monyet bijak pandai di UKM, I rasa monyet di sini agak behave. I boleh selamba badak lambai kat monyet sebelah, say hi kononnya, alhamdulillah tanpa sebarang ancaman apa-apa. Cuba buat begitu dengan monyet UKM. Mahunya dia kejar kita, ingat ada makanan nak bagi kat dia. Sedangkan tumbler, bekalan air pergi kuliah pun ikut suka datuk moyang dia je nak rampas. 


Tak sure lah benda alah ni nak panggil jambatan atau titian atau apa cara sekalipun lah nak panggil. Yang penting, view di hujung sana cantik. 

Jalan dan jalan dan jalan lagi. I dan En. Barney jumpa tangga untuk turun bawah. Kaki dah gatal nak rasa air laut. Kalau boleh lompat, memang dah lompat turun bawah. 


Bukan main gigih makcik yang sorang ni turun tangga di belakang itu dengan skirt yang bukan main labuh dan heels berapa inci tu. Tangga tiada pemegang pulak. Lantak, apa nak jadi pun jadi lah. Janji hati puas boleh pijak pasir pantai. I nak taip wedges sebenarnya tapi bila fikir balik nanti ada jugak yang terbayang cheesy wedges kepci. Maka heels pun boleh lah.



Bahagian bawah skirt tu dah basah lencun sebenarnya. Ini yang orang panggil gigih tak bertempat. Tapi peduli lah. Entah bila boleh sampai sini lagi. Tak gitu?


Ini kes merajuk bukan scene ombak rindu ye kakak-kakak dan adik-adik. Nak suruh En. Barney ambik gambar, tapi entah mana silapnya sampai minah yang sorang ni merajuk. Last-last suka jugak gambar yang ini. Merenung masa depan katanya padahal dalam hati, ini kalau Iolls pakai jeans datang Teluk Chempedak memang dah lama sesi panjat memanjat batu besar tu berlaku. Perempuan ni kalau pergi pantai memang tak berapa nak senonoh sangat. Sawan dek angin laut agaknya. 


Entah apa penyakit budak berdua ni. Pandang mana pun tak tau. Tapi time tu rasanya betul lah dah pandang kamera tapi hasilnya dalam gambar pandang tempat lain pulak. 



Pasang niat untuk sampai di batu besar hujung situ. I nampak macam ada orang kat sana. Itu lah, fikir lagi. Kalau I tak pakai skirt time ni. Dah sampai dah batu besar tu. Tapi nasib baik lah I tak pakai baju kurung. Kalau tak, lagi haru agaknya. Cukup lah naik Cameron Highland dengan berbaju kurung tanpa sweater dan baju tebal, menggigil kesejukan. Kalau datang sini dengan baju kurung, mungkin I dah berangan jadi The Little Mermaid di tengah laut sana. 

Sebenarnya cerita Teluk Chempedak tak habis di sini. Ada lagi sambungannya. Dah puas jalan-jalan, kita pergi melantak. En. Barney cerita kat I, dia and the geng pernah fly tengah malam. Jalan kaki dari MRSM Kuantan ke Teluk Chempedak untuk makan dan lepak-lepak. Malam terakhir katanya, lepas SPM pulak. Untung lah. I lepas SPM terus selongkar bilik, punggah semua buku masuk kotak. 

p/s : En. Barney, nak pergi sini lagi boleh?

21/12/2014

Motivasi

Motivasi memang sangat-sangat diperlukan dalam kehidupan seharian. Kadang-kadang kita rasa tak boleh nak buat sesuatu, tetapi dengan adanya motivasi mungkin kita lebih yakin, contohnya. Kadang kala kita bermuram, selain daripada baca komik yang boleh menceriakan kita, motivasi daripada seseorang juga boleh menceriakan juga.

Sekarang ini aku nak kongsikan beberapa quotes yang boleh memberikan kita semangat untuk membuat sesuatu. (Mungkin kadang-kadang korang pernah dengar quotes ini)











p/s : Walaupun Harimau Malaya kalah dengan Thailand, tapi syabas diucapkan kepada skuad Malaysia sebab menunjukkan permainan yang baik sekali. Cuba lagi dengan lebih baik. Go! Malaysia Go!


Sumber : Google dan 9gag

20/12/2014

[Novel] The Lost World : Helmy Effendy

Okay, ambik masa yang lama nak habiskan novel ini. Ambik masa yang lama jugak nak story-story. Biasanya novel melayu I ambik masa beberapa hari je. Paling pantas satu malam, paling lambat pun tiga hari gitu. Tapi novel ini makan minggu jugak. Tambah pulak time Iolls busy. Memang tak mampu lah nak hadap lama-lama. 

Actually novel ni salah satu novel yang I beli masa Jualan Gudang Karangkraf tempoh hari. Ini semua gara-gara terpengaruh dengan entri blogger lain yang cerita ni nampak gaya macam best. So bila nampak terus ambik masuk basket dan bayar. 


The Lost World 
Helmi Effendy

Sinopsis The Lost World

Siapa sangka, percutian para pelajar Universiti Tun Dr. Mahathir ke Langkawi untuk menyiapkan assignment dirundung malang besar. Pesawat Boeing 777-300ER, penerbangan MH707 yang dinaiki mereka terhempas di sebuah pulau misteri. 

Afiq Zaki, Tengku Nizariff dan Ummu Habibah, tiga orang sahabat baik antara penumpang pesawat itu. Siapa sangka pulau itu menyimpan seribu misteri yang menanti untuk dibongkarkan mereka yang terselamat daripada nahas besar itu. Entah kenapa juga, tiada satu pun pesawat penyelamat tiba untuk menyelamatkan mereka daripad kegilaan ini. Akhirnya, memaksa mereka untuk meneroka dan menggunakan segala kemahiran ikhtiar hidup untuk kekal hidup. 

Di setiap inci pulak misteri itu, makhluk dari zaman prasejarah menanti mereka. Mampukah mereka keluar dari situ hidup-hidup? Siapakah yang akan terkorban nanti dalam menempuhi cabaran sebesar itu? Siapa pulak yang akan mengorbankan diri demi menyelamatkan insan yang disayangi?

First time I pandang tajuk novel ni, I terus teringat TV Series zaman I sekolah-sekolah dulu, Sir Arthur Conan Doyle : The Lost World. Bila baca, macam ada bau-bau bacang jugak nampaknya. Dinosaur, dunia asing yang misteri serta survival skills. Bagi I story line novel ni not bad jugak. Mungkin ada cedok sana situ sikit di mana-mana. Tapi at least ada kelainan di situ. Good job. 

Novel ini memang perlu bermain dengan imaginasi. Yela, benda yang kita tak pernah nampak akan kewujudannya. Contoh macam Dinosaur. Tak adanya kita tengok T-Rex melintas jalan guna zebra crossing. Bila terlampau banyak sangat bermain dengan imaginasi, ditambah pulak dengan plot yang kompleks buat I rasa novel ni jadi bosan. Banyak kejadian yang berlaku dan ada yang I rasa macam tak perlu kot untuk diselitkan cuma perlu olahan yang lebih halus lagi. So tak adalah story line plain sangat. Mendatar je. Perlu turun naik jugak. Amboi perempuan ni bercakap macam tahu, cuba tulis novel sendiri mampu ke tidak?

Oh dan satu lagi. Bila baca novel melayu, I sangat menitikberatkan bahasa. Bila mak bapa cikgu BM mungkin begini lah hasilnya. Bahasa tak best terus terbantut niat untuk selak helaian demi helaian mukasurat. Mungkin niat penulis untuk untuk menjadikan bahan bacaan itu lebih santai dengan penggunaan bahasa pasar tapi bagi I, ada sesetengah itu macam kurang sesuai untuk digunakan. Terlalu pasar pulak jadinya. Salute sebenarnya dengan penulis. Menulis novel The Lost World ini sudah semestinya memerlukan penulis untuk menggali dengan lebih dalam lagi mengenai makhluk-makhluk yang tidak lagi wujud pada zaman sekarang. Dinosaurs. Siap dengan description, dengan nama lagi. Hebat. Alah, kalau dia auta pun bubuh nama-nama dinosaurs bukannya Iolls tahu pun. Malas nak Google wujud ke tidak kaedahnya. Cuma ada certain part I rasa macam garam terlebih. Masakan yang sedap akhirnya menjadi masin. Terlebih sudah di situ. 

Tapi kan, yang paling I suka adalah nilai semangat setiakawan yang diterapkan di dalam novel ini. Zaman sekarang ni, wujud lagi ke insan seperti Afiq yang sanggup berkorban apa sahaja waima nyawa sekalipun demi menyelamatkan rakan-rakannya? Zaman moden mungkin nyawa itu tak praktikal untuk kita jadikan contoh, tapi fikir-fikirkan lah. 

p/s : Novel ni best cuma awal-awal tu macam hmm.. susah nak cakap. Tapi bila dah hujung tak boleh tutup pulak. Harus baca sampai mukasurat terakhir. 

19/12/2014

Kenduri Sana Sini Part IV : Selamat Pengantin Baru Kakak HR!

Tak berapa nak sihat beberapa hari ni so hold dulu story mory kenduri kendara. Ada lah kakak comel yang sorang tu dah tanya bila nak update cerita kenduri. Cerita di Perak sudah, Melaka pun sudah, KL lagi lah sudah dan kali ini kita story part meronggeng ke Pahang pulak. Kali ini wedding officemate jugak dan melengkapkan kisah jalan-jalan pergi kenduri Iolls untuk tahun ini. Next kita tunggu tahun depan pulak. 

Konvoi 3 buah kereta dengan titik pertemuan di Tol Gombak. Janji pukul 8 pagi tapi biasalah janji yang nan hado bila pukul 8 pagi I sempat lagi breakfast makan kuih karipap tiga biji di Petronas berdekatan sambil tunggu kakak-kakak dua buah kereta lagi sampai. Jam lambat sejam agaknya, pukul 8 janji, pukul 9 baru gerak. 

Destinasi yang dituju agak ke dalam jugak bila tak ada maknanya nak berGPS dan Waze pulak bengong bila line bagai chipsmore. "Turn left, turn right, recalculating, reroute". Kureng asamboi. 


Sesat tak usah cerita lah. Memang 360 darjah confirm! Last-last hampir 1 petang baru sampai ke destinasi, Felda Purun di daerah Bera, Pahang. Macam biasa, sampai-sampai terus melantak. Kebulur kaedahnya. 

Pengantin lelaki dah sampai tapi sempat lagi bergambar



Bukan main pelamin Kakak HR ada butterfly bagai

Selamat pengantin baru dan tahniah Kakak HR. Semoga sentiasa berbahagia di samping suami tersayang, sehingga ke anak cucu. Er cuti cuti jugak, payroll bulan 12 jangan lupa. Kemudian baru honeymoon sakan ye. Ehem. 

Geng-geng Mak Kucing, Kakak Kucing. Meow!

Pergi balik sesat barat bila GPS dan Waze tak boleh guna. Sesat ke Felda sebelah jadinya. Nampak sangat zaman sekarang manusia terlalu bergantung dengan teknologi. Itu lah hebatnya orang dulu-dulu. Redah dan redha je. 

Lepas kenduri, Iolls sambung sesi jelajah dan meronggeng di sana sini. Cuti-cuti Malaysia yang tak berapa nak cuti. Er, yang itu cerita dalam entri lain lah. I ni bab melencong merepek merapu ni number satu. Nanti entah ke mana ceritanya. 

p/s : Jauh perjalanan luas pemandangan. 

18/12/2014

Go! Malaysia Go!



Masih ada harapan di Stadium Bukit Jalil,
Jangan Mengalah kerana perjuangan masih belum selesai,
Tunjukkan taring dan belangmu,
Go! Malaysia Go!






Sumber gambar : Google

17/12/2014

Wordless Wednesday : Musim..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...