16/12/2014

Long Distance Friendship

Kalau google quotes tentang friendship, rasa macam nak letak semua dalam entri. Kadang-kadang, bila baca gedik pulak tetiba sebak. Padahal tak ada apa pun. Pfft, perempuan. Ingat orang bercinta je ada perhubungan jarak jauh? Eh, best friend forever and ever and ever and ever pun ada jugak lah. Er berapa kali nak taip 'ever' lah?

Macam I dengan le BFFs, haruslah jarang sungguh bersua muka. Yela, semuanya tinggal merata. Biarpun Sarawak tu bunyi je dekat sebab dalam negeri sendiri tapi jarak tetap jauh beribu batu. Tambah pulak I di bumi semenanjung. Yang dekat pulak, sibuk ber-outstation ke sana ke mari. Even whatsapp, FB dan yang sewaktu dengannya pun jarang dek kerana kesibukan itu dan ini. But still, sentiasa up-to-date dengan story memasing. 

sumber : google

So semalam boyfriend, eh best friend I ajak jumpa. Minggu depan Christmas pulak kan, haruslah dia terbang ke KL untuk shopping. Kononnya shopping raya dia lah. Tapi time raya I pun dia sakan shopping jugak. After kerja sempat jugak jumpa sekejap. Lepas ni entah bila pulak boleh jumpa.


"Aku nak cari suami orang kaya, boleh ikut dia outstation pergi overseas"
Alyn, 2014

Hampeh punya kawan. Mengata I nampak.

Masa tunang tempoh hari dia gedik tak ada kat Miri pulak. Itu lah padan muka I. Siapa suruh tak bagitau best friend sendiri. Tak apalah, kali ini dah bagi warning awal-awal, kau pergi offshore time aku kahwin nanti siap! Putus kawan tiga hari setengah. 

Sumber : Google

p/s : Plan untuk next year, Malaysian GP sesama okay? Tapi Singapore night race pun cam best jugak kan?

8 comments

12/16/2014 09:29:00 am

Kemain plan tahun depan tu. Hahahaha. Bestfriend , even jarang jumpa tapi bila dah jumpa ? Hahahaha. Nanges tak boleh benti bercerita. T_T

12/16/2014 09:34:00 am

betul... walau x jauh beribu batu pun, boleh pulak kawan2 zizie bg alasan "malas nak keluar rumah" huh~

12/16/2014 10:55:00 am

jarak yang jauh tak mungkin dpt pisah kan , kak liya dulu pon dengan kawan walaupon duduk jauh bertahun tak jumpa tapi berchatting setiap hari langsung xskip walau sehari pon sepanjang bertahun sampai la skrg dah keja kat KL dan boleh jumpa selalu pon still wassap setiap hari macam pasangan bercinta ^_^

12/16/2014 02:48:00 pm

semoga persahabatannya kekal :)

12/16/2014 10:02:00 pm

as'salam...

yaya kat sni lagi la..mbr semua dok 1negeri je pon..tp mcm sorng kat utara,sorng kat timur laaa..uishh payah benor nak jumpe..tp memasing dah ad life sdri,paham2 je lerr..huu

12/16/2014 11:07:00 pm

@Nuriesya Nadia
takde la tahun depan sgt pun. lg berapa bulan pun. bunyi je macam lama lagi. haha

12/17/2014 10:39:00 am

distance sucks kan kak aisya T_T

12/18/2014 10:08:00 pm

@Aqilah Azmi
absence makes the heart grow fonder what.. tp sometimes. hehhhh.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...