30/04/2015

Demam Cuti Panjang si Amanda French Fries


Beginilah gayanya,
Bila esok cuti,
Cuti panjang terus sampai ke hari isnin.
Kan best kalau tiap-tiap minggu begini.

Dengan harapan tinggi menggunung,
Moga-moga hari ini berjalan lancar.
Tiada sebarang urgent cases,
Tiada complaint berjela, print atas kertas A4 sampai dua mukasurat panjang.
Tak perlu juga turun naik tangga,
Jumpa doctor dan dengar quote yang sama,
'This small girl always makes my life miserable'
Sambil gelak-gelak, oh I kan heroin tak jadi Les Miserables.
Bukan Amanda Seyfried tapi Amanda French Fries.


p/s : Cuti panjang pun duduk rumah aje lah habiskan drama korea.

29/04/2015

Wordless Wednesday : Beza Lima Minit

28/04/2015

Borong Sakan @ Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015

Sabtu lepas, En. Barney dengan sukarela bawa Iolls ke PBAKL 2015 di PWTC. Siap dia yang offer sendiri, nak pergi PWTC. Sebab apa tak banyak songeh? Sebabnya I cakap, nak beli novel untuk bakal mak mertua dia. Cuba kalau cakap, nak beli novel untuk diri sendiri. Karangan pidato 1000 patah perkataan, lengkap dia bagi. 

Actually hari tu memang nak ke KL pergi cari barang-barang hantaran. Alang-alang menyeluk pekasam, singgah lah sebentar ke PWTC. Macam biasa kalau di PWTC untuk events begini, tempat letak kereta confirm lah Hentian Putra. Seberang jalan je pun. 


Belum masuk PWTC lagi dah nampak budak sekolah di mana-mana. Bertuah sungguh bebudak sekarang eh. Semua macam jatuh dari langit aje. Zaman Iolls kecik-kecik dulu, memang tak ada lah nak tengok pesta buku begini. Pergi apatah lagi. Dah besar panjang ni baru berpeluang. Itu pun kena soal siasat dulu dengan Pak Supir. 

Masuk aje terus cari Dewan Tun Dr. Ismail. Sebabnya nak ke Karangkraf. Malas nak bersesak-sesak cari booth lain. Karangkraf senang, satu dewan terus ha. Tak payah pening-pening kepala dah. Iolls ni kalau dah tempat sesak begini, tendency nak transform jadi naga tu tersangat lah tinggi. Rimas!

Tapi kali ini nak borong novel di Karangkraf untuk PBAKL tahun ini sangat-sangat tak best! Tak tersusun dan tak sistematik langsung. Confusing. Tapi part Iolls paling hangin, ada seorang novelis ni. Kat tempat novel dah cantik tersusun untuk dijual, kat situ jugak lah buat sesi autograf dengan peminat. Eh, orang bukan nak beli dia pun. Orang datang nak beli novel. Setahu I, memang ada pun disediakan meja untuk sesi autograf bagai ni. Tapi kat timbunan novel tu jugak lah dia nak menempel sign novel peminat. Aik, takkan tak dapat slot kot?

Itu kes novelis dan sesi autograf tak berdaftar. Belum pengunjung lagi. Rata-rata yang datang, mengikut pemerhatian Iolls bukannya membeli. Tapi lebih kepada menyembang. Yang survey novel, yang pegang novel or yang bawa bakul penuh buku dan novel segelintir je pun. Alahai cik akak sekalian, nak buat mesyuarat tingkap jangan datang pesta buku. Baik duduk lepak kat kedai mamak. Eh lupa pulak, kakak makcik reti pulak lepak kedai mamak semata nak bergosip. Jatuh lah standard kan.

Tak apalah, fikir positif je. Biasalah awal-awal lagi so mungkin banyak lah salah silap kelam kabut sana sini. Tu pasal caca marba je rupa gayanya. Iolls pun pergi second day pulak kan. Saban hari mesti ada penambahbaikan yang dilakukan. 

Tapi dalam tak puas hati Iolls tu, borong tetap borong jugak. Sebab Mak I dah pesan cari novel yang latest so I grab aje yang package novel bulan April and Mei. Senang cerita. Memang tak baca sinopsis langsung lah. Sebabnya memang bukan Iolls yang nak baca. Beli pun untuk Mak je. Tapi sambil-sambil tu tumpang baca lah jugak. Itu pun kalau Iolls ada hati nak baca. Sekarang ni nak baca novel melayu tu rasa payah sangat pulak. 



Total ada 8 buah novel tapi ada certain yang Buy 1 Free 1 so ada lah beberapa buah novel extra lagi. Nasib baik semuanya rasa-rasa macam tak ada dalam simpanan Mak. 


Tengok-tengok novel ni semua rasa rindu pulak nak membaca. Tak ada masa langsung sekarang ni ha. Itu pasal makin hari makin stress, Tak dapat terapi. Katanya. Pfft.

p/s : manusia semakin hari semakin terlupa untuk bersyukur. 

27/04/2015

Selamat Lima Tahun Lah!

Ada orang cakap, lepas ni tak payah ingat tarikh yang satu ini dah. Ingat tarikh yang lain pulak. Tapi perempuan biasalah. Lelaki Vs Perempuan. Bila masuk part tarikh. Oh faham-faham sendiri lah. 

Tapi dek kerana kesibukan itu dan ini. Diri sendiri pun hampir terlupa. Lately ni rasa macam dah lost count tarikh pulak dah. Hari ini berapa haribulan? Esok berapa hari bulan. Nasib baik tarikh hari ini tak terlupa pulak. 

Sebenarnya kan, ada apa pada tarikh? Hmm, entah. Kenapa mesti nak ingat jugak? Bukan ada apa-apa sangat pun.


Hai awak. Selamat lima tahun. Rasa macam kejap, tapi rasa macam lama pulak. I is malas nak cakap panjang-panjang sebab tiap tahun copy paste ayat sama je gayanya. Tak reti lah nak karang ayat bunga-bunga. Belum lagi yang membacanya muntah hijau, I dulu yang muntah rainbow. 

Oh by the way, terima kasih sebab sudi tahan telinga, tak pernah marah pun bila saya panggil Pakcik Gemok. Alah, Pakcik Gemok saya jugak. Hiks


p/s : Tick tock. Nervous pun iye jugak. 

26/04/2015

[Korean Drama] Falling For Innocence

Habit hari minggu kebelakangan ini. Pukul 11 malam dah tidur dah. Tapi nanti pukul 3-4 pagi dah terjaga. Orang lain time-time begitu senang enak dibuai mimpi, I pulak pagi-pagi lagi dah sambung kerja-kerja DIY. Oh sekarang ini tengah sibuk nak buat bunga telur dari kertas crepe. Sambil-sambil menggunting, melipat kertas crepe dan memintal reben-reben di awal pagi, drama korea lah yang jadi peneman. 

Sekarang ni kurang baca novel, lagi banyak tengok drama korea. Sebabnya sambil tengok tu, tangan boleh bekerja sekali. Multi tasking gitu. So weekend ni I start tengok satu drama baru ni, Falling For Innocence, also known as Fall In Love with Soon Jung.


(Fall in Love with Soon Jung)

Sinopsis Falling For Innocence

Kang Min Ho's (Jung Kyoung Ho) father ran a large company, but his death led to his uncle taking over the company. Because of this, Min Ho grows into a cutthroat investor. Min Ho then undergoes a heart transplant surgery and his personality changes. Thanks to his new heart, he begins to have warm feelings and he falls in love with a woman named Soon Jung (Kim So Yeon)

sumber : asianwiki

Drama ni kalau I baca sinopsis sekali imbas je, sure punya lah takkan tengok. Not my taste katanya. Tapi suruh jugak En. Barney download kan. Tapi kan, watak Kang Min Ho dalam drama ni memang mengundang betul lah. Rasa macam nak lempang dengan kuali pun ada. But then lepas heart transplant surgery. Sikit demi sikit personalitinya berubah. Seolah-olah mengikut personaliti tuan punya jantung yang sebenarnya, Ma Dong Wook (Jin Goo). 

Nak dijadikan cerita. penderma jantung tu adalah tunang Soon Jung yang terbunuh dalam satu kes langgar lari. Kes langgar lari tu ada juga kaitannya dengan pergolakkan yang berlaku dalam syarikat tersebut. Apa perkaitan tu, I malas nak bagi spoiler. Better tengok sendiri je. Hiks

Kim Soon Jung & Lee Joon Hee (Yoon Hyun Min)

I is sangat tak suka kalau tengok drama korea, I lagi suka dengan second hero. Tendency tak nak tengok cerita sampai habis sangat tinggi sebabnya sakit hati sebab heroin tak pilih heron kedua. Sebab tak boleh pakai langsung. Tapi kan second hero dalam drama ni macam jahat je.

Watch Online Falling For Innocence

p/s : Weekend depan cuti panjang. Ke mana? Duduk rumah je lah. Tapi niat ni memang dah fikir nak masuk office. Er, orang tak ada life kan? Hiks.

25/04/2015

Ber'Whatsapp' Dengan Menggunakan Whatsapp Web

Whatsapp Web. Iolls pun baru tahu semalam. Tu pun tahu dari colleague. Tengok macam rancak sangat berchatting kat office. Bila ditanya tengah buat apa, dia jawab whatsapp dengan member. Tapi I tengok leka sangat mengadap laptop, tak  pegang phone langsung pun. Dalam hati, biasa lah kalau staff IT department ni mesti ada cara dia kot. Lagi-lagi yang specialized dalam bab-bab software and application. Mungkin ada benda yang dia install kat laptop lah tu kot. 

Tak puas hati punya pasal, so I tanya lah macam mana boleh reply whatsapp kat laptop. Time tu lah baru I tahu kewujudan whatsapp web. Ok fine terlambat pulak keretapi. 

Disebabkan tak menyempat nak try test kat office. Balik rumah cepat-cepat on laptop and buka whatsapp. 


1. Click Whatsapp Web
2. Kat laptop pulak, pergi ke website; https://web.whatsapp.com/


3. Scan QR Code


Finally window seperti di atas akan muncul. Lepas tu uolls boleh lah sambung whatsapp kat laptop pulak. Tapi dengan syarat, phone perlu ada internet connection. 

Kalau kat office, tak nak nampak sangat selalu pegang handphone boleh lah guna Whatsapp Web. Tak pun masa tengah cas phone kan. Lagipun lagi syok nak menaip. Meminimumkan typing error a.k.a typo dek kerana autocorrect yang terlebih pandai. 

p/s : mula-mula sekali tengok ingatkan Skype, Whatsapp rupanya. 

24/04/2015

Hey, Tak Ada Life Ke?

Semakin hari kehidupan terasa semakin membosankan. Itu pasal blog turut terkena tempias membosankan. Diri sendiri pun tak lalu lah nak baca entri sendiri. Apatah lagi orang lain. Er, masalahnya ada orang baca ke? Oops. Mood blogging pun semakin hari semakin merudum, ke laut dan tenggelam. 

Sebabnya; 

1. Yang pertama - kekangan masa. 
2. Yang kedua - bahana internet menyiput.
3. Yang ketiga - terasa macam tiada yang menarik untuk dikongsikan bersama.

Lagi satu penyakit. Draf entri, taip huruf pertama bukan excited hendak bercerita. Tapi belum habis draf satu ayat. Ah, alangkah bagus kalau keyboard laptop boleh menaip dengan sendiri secara automatiknya. 


Candy Crush tak ada lives, sendiri pun tak ada life. Fikir balik routine sendiri setiap hari 24 hours 7 days a week terasa macam sadis sungguh. Balik-balik buat benda yang sama. Kerja - Drama Korea - DIY Projects. Alah bosan lah. Bezanya cuma drama korea lain-lain episod je. 


And repeat. Satu senario yang kebelakangan ini terjadi setiap minggu. Lebih tepat setiap hari sabtu. Kadang-kadang rasa mungkin something is wrong dengan biological clock sendiri.
Hari sabtu, jam 7.00 pagi. 
Alamak dah lambat pergi kerja!
Kelam kabut capai towel,
Capai towel sambil garu kepala. 
Kenapa bangun lambat?
Hmm, bangun lambat sebab tidur lambat. 
Eh tapi kenapa tidur lambat pulak?
Fikir sebentar.
Ok fine!
Hari Sabtu, tak payah nak rajin sangat masuk office lah. 
Tarik selimut, tidur balik.

Mungkin itu simptom-simptom manusia yang tak ada life? Setiap petang, hari bekerja. Bila mana pukul 6.20 petang, satu department masih khusyuk depan PC dan laptop masing-masing. Tanpa sedar office hours dah lama berlalu. Terpaksa mengingatkan masing-masing, 

"Hey, tak ada life ke?"
"Eh, you tak ada rumah ke?"

Jawapan. Tungu, reply satu email lagi. Dan satu email lagi. Dan email seterusnya lagi. 

p/s : No wonder colleagues ramai yang almost 40 years old tak kahwin lagi. Oh nasib baik lah Iolls dah ada calon. Kalau tak mahu begitu juga agaknya. Choiiii!

23/04/2015

Toyol Tingkat Empat!

Setiap pagi, 
Selalunya akan jadi manusia pertama yang sampai office. 
Lebih tepat, 
Orang yang pertama jejak kaki di tingkat empat. 

Kelmarin, 
Lepas thumb print, buka pintu terus capai suis lampu. 

Belum sempat tekan suis, 
Tetiba rasa seram sejuk, 
Nampak satu kepala bulat dan berkilat,
Dalam kegelapan hampir pukul 7.30 pagi.

Tak pernah pulak dengar staff shift malam cerita yang office ni ada TOYOL!

Sekali bila tengok betul-betul, 
Cis officemate rupanya. 
Malas pasang lampu punya pasal. 
Kurang asamboi asam jawa sungguh!

sumber : google

Dengan jantung dup dap dup dap.
Menghilangkan ketakutan.
"Awal sampai hari ni?"
"I ada meeting pukul 8.30 pagi, tu pasal pukul 6.30 dah sampai office."

p/s : Kalau ye pun datang awal, pasang lah lampu brader oi! 

22/04/2015

Wordless Wednesday : Recipe For Happiness


21/04/2015

Fasa Mencari Barangan Hantaran

Fasa booking / reserved - deposit semua dah settle. Cuma ada lah satu dua yang tak berapa nak settle lagi. Tapi yang penting-penting, part crucial semua dah boleh tarik nafas lega biarpun tak ada lah lega sangat pun kan bila kaching-kaching cantik je melayang dengan sayap seindah bulu burung merak. Sekarang tinggal bayar itu ini, beli itu ini dan prepare itu dan ini. 

Dan sekarang ni masa untuk peningkan kepala dengan barang-barang hantaran. Kurang 200 hari, tapi satu apa pun tak beli lagi. Eh, tipu la. Ada lah satu dua yang dah ada, siap selamat digunapakai lagi. Alah, lagipun dah aim nak beli jadi apa salahnya kita letak kotak sebagai hiasan hantaran. Jimat pun jimat. Saat-saat begini part penjimatan itulah perkara paling penting. Hiks. 

credit : sumber

List untuk barang-barang hantaran dari sebulan dua lepas lagi dah settle. Cuma part membelinya tak ada progress lagi. Balik-balik masing-masing cakap, "nanti dulu lah, kita tunggu gaji bulan depan," Kalau dah tiap bulan begitu je jawapannya memang akan jadi masalah lah kan. Bulan ini nak tak nak kena settle few things jugak. 

Actually tips untuk membeli barang-barang hantaran ni simple je. Sebulan beli satu barang. So tak adalah terasa sangat duit tu mengalir macam air kan. Itu lah yang dirancang dulu, last-last ke laut jugak. Positif, dulu keluar duit untuk bayar deposit itu dan ini. Sekarang, priority barang-barang hantaran pulak. Kalau takat bayar bulan-bulan tu tak banyak sangat pun. 

Sekarang ni konsep tunggu duit gaji dah tak boleh diterima pakai. Memang sampai bulan dan bulan depan pun tak akan menjadi. Last sekali terpaksa juga swap card yang purpose nya untuk kegunaan emergency cuma. Tak apalah, kira emergency lah ni. Swap time betul-betul before account menggemuk. Bila dah banyak 'lemak', boleh 'exercise' dengan drastiknya.  Tak gitu?

credit : sumber

Barang-barang semua tu, malas nak fikir panjang. Benda-benda common yang selalu dijadikan sebagai hantaran. Tapi before tu kena tau jugak nak bagi berapa dulang hantaran dan paling penting, diskusi dan perbincangan itu tersangat lah perlu. 

Oh bagi yang masih samar-samar tentang barang yang perlu disenaraikan sebagai hantaran ataupun sama macam Iolls ni juga, dalam fasa untuk menyediakan barang-barang tersebut boleh try baca tips and idea yang disertakan di bawah ini. Yang tengah mencari idea gubahan hantaran boleh lah stalk sekali.  Mana tau dapat ilham buat gubahan yang lagi bombastik pulak kan. Hiks


p/s : Tak suka buat entri kahwin ni sebab rasa macam, alamak tetiba stress pulak. Eh, motif nak stress?

20/04/2015

Android 5.0 Lollipop dan Game Simple yang Addictive!

Beberapa hari lepas, I ada publish satu entri wordless wednesday (Entri 5.0.2 Lollipop). Seperti yang Blogger Mime MF teka, yang mana buat masa sekarang Iolls tak menyempat nak publish lagi komen tersebut. Entri tu betul lah tentang Android. Sengaja tak letak perkataan 'Android' pada tajuk entri, kekonon saje nak buat orang tertanya-tanya kan. 

So last week, I terus update smartphone bila dapat notification. Macam mana nak tahu kalau-kalau ada update terbaru untuk smartphone uolls? Kalau Sony, I boleh lah explain sebab Iolls guna Xperia. Phone lain, I tak boleh lah nak bantu. Sorry.

Cara pertama. Yang diperlukan, cuma smartphone je. Setting > About Phone > Software Update.
Cara kedua. Smarphone, Laptop, USB Cable and PC Companian. Connect phone dengan laptop and PC Companion.

Tapi kalau untuk update, I tak sure lah kalau ada cara lain selain dari PC Companion. Tapi dengan PC Companion senang je. Just click Update Phone / Tablet. Dan kemudian follow je steps yang tertera. Sangat simple tapi biasalah internet connection perlu ada untuk download software baru. 

Screenshot Xperia Z3c

Upgrade dari Android KitKat 4.4 kepada Android Lollipop 5.0.2. Apa beza kedua-duanya? Software update, rasa macam lagi smooth je. Cuma interface tak berapa nak friendly sangat dan rasa macam serabut sikit pulak rasa. Mungkin sebab Iolls tak biasa lagi kot dengan interface baru. Sebab tu rasa macam susah sikit.

Android Lollipop features dan apa bezanya dengan Android KitKat? Sebenarnya kan, Iolls pun tak berapa nak biasa lagi dengan Android KitKat. Yela, phone yang ini pun baru guna 2 bulan. So baru dua bulan berjinak-jinak dengan Android KitKat. Smartphone lama dulu? Baru terkedek-kedek nak upgrade ke Jelly Bean bila mana orang lain dah guna KitKat. Sadis. 

Cuma apa yang I perasan part Notification, part Interuption whatsoever tu lah. And then Motion. Nak jawab phone call, tak perlu touch pada screen dah. Cuma perlu letak je phone uolls kat telinga. Tak nak jawab phone call, just shake je phone. Nak tahu lebih lanjut features dan perbezaan boleh baca link di bawah ini. I nak explain pun bukan pandai sangat pun. Kejap lagi kan, jadi macam ketam mengajar anaknya berjalan. 


Tapi apa yang paling I suka adalah, Android Lollipop ni ada game yang disertakan sekali. Dan bagi I, ianya sangat addictive! Boleh ketagih jadinya padahal game simple je pun. Perlu lalu di antara dua lollipop tapi tak boleh kena sikit pun kedua-dua lollipop tersebut. Jadi addicted bila geram sebab tak lepas-lepas. 


Sebenarnya kan, kalau En. Barney tak bagitau I macam mana nak cari so-called game ni. I takkan tahu pun. Tak perlu install pun game tersebut sebab datang sekali dengan Android Lollipop. 


Kat mana nak cari game tersebut? Setting > About Phone > Android Version. Tap 'Android Version' banyak-banyak kali sampai lah uolls nampak lollipop macam gambar pertama dalam entri ni. Bila uolls tap dan tap, warna lollipop tu akan berubah-ubah kan? Sekarang try tap and hold lama sikit. Then sila la tap dan tap main game tersebut. Sebab game tu main tap dan tap dan tap je pun. Tapi susah pulak sebab kena pandai bajet sendiri bila nak tap dan berapa lama nak hold. Susah kot tapi bila dah faham trick game tersebut jadi susah nak berhenti pulak. Kalau tak percaya try main game tersebut. Pada awal penemuan game tersebut, I dan En. Barney berebut pulak sapa nak main tap tap phone dulu. Macam kanak-kanak riang pulak rasa. 

Oh, tapi dengan syarat uolls perlu update Android Lollipop dulu lah. 

p/s : Ada yang dah boleh update software. Yang tak boleh update lagi tu, dalam masa terdekat ni adalah tu nanti. Dapat notification, cecepat update. Boleh main game android terbang lompat-lompat lalu lollipop.

19/04/2015

Reuby - The Key To Her Heart


The Key To Her Heart
Reuby
Asked mother how do I win a girl's heart.

She said, first don't be anybody other than who you are.
Don't let her catch you being someone else
make sure she knows you're the guy she seem to say.

Don't ever communicate anything that you're not
convince the soul that you are what she bought
Can't have her think you playin' some kind of evasion
trust is the key to every happy relation

the key to her heart
is that she knows who you are
you coming clean from the start
lay down all your cards
key to her heart
is that she loves who you are
don't try to be smart gotta give her every part

Does she know 'bout from whence you came
You treat her well for that you treat your sisters the same
Remember that while you are running the chase
You gotta be serious about this consistency game

The key to her heart is that she knows who you are
You coming clean from the start,
The key to her heart is that she loves who you are
lay down all your cards
The key to her heart is that she loves who you are
Don't try to be smart, gotta give her every part

Does she know that you love her more than yourself
Know what you treasure, does she know, can she tell
Behind every measure and through every hell
Can she even trust you not just under your spell

The key to her heart is that she knows who you are
You come clean from the start, lay down all your cards
The key to her heart is that she knows who you are
The key to her heart is that she loves who you are
You come clean from the start, lay down all your cards
Don't try to be smart, gotta give her every part


Dah lama dah nak cari lagu ni tapi asyik terlupa. Ini semua gara-gara drama Korea SPY. Gigih je google lyrics. Tapi suka lah lyrics dia. Bukan main lagi macam pesanan penaja. Hiks.

p/s : Baca-baca macam Reuby ni Singaporean. Wah, lagu jadi soundtrack drama korea tu. 

18/04/2015

Makan-makan @ Pak Li Kopitiam, Seksyen 13 Shah Alam

Dah lama tau sebenarnya teringin nak try makan di Pak Li Kopitiam. Tapi rancangan asyik tergendala dek kerana halangan dan kekangan yang mendatang. So minggu ini, finally tercapai jugak hasrat nak ke sini. Sekali ambik kau, empat hari berturut-turut balik-balik muka ini je yang isi form order menu. 


Hari pertama, dua dan tiga. Straight tiga hari menghabiskan lunch hour di Pak Li Kopitiam. Bila mana colleagues paksa keluar lunch sama-sama. Kalau ikut I, nak duduk kat office baca novel satu dua chapter je. Tapi nanti kena pulak setepek, 'anti-sosial' kaedahnya. 

Dan hari keempat. Dinner date dengan En. Barney pulak. Rasanya dia teringin lah tu kot. Asyik dengar I lunch kat sini je. Mestilah nak merasa jugak kan. 


Kali pertama datang, I tengok menu sekali imbas je. Sebab macam banyak sangat choice pulak. Rambang mata jadinya. Follow apa yang colleagues suggest je. Hari yang seterusnya, start la dalam kepala ni nak try itu, nak try ini. Paling I suka Nasi Ayam Lemon and Spagetti Bolognese. Yummy!

Dua kali seminggu sebab yummy.  ~ RM7.90

Black Pepper Chicken Chop with Rice. ~RM10.90

Portion agak banyak jugak. Dan kalau I yang order Black Pepper Chicken Chop tu confirm mampu makan half je. En. Barney pun tak mampu nak habiskan. Jangan kata Chicken Chop, Spagetti pun terkial-kial nak makan sampai habis. 

Makan sedap, drinks pun sedap. Padahal drinks yang biasa-biasa je pun. I suka Barli Suam kat sini. Tak manis, rasa barli tu pun just nice je. Mango jus pun sedap. Kalau muka I yang tak suka buah mangga ni pun boleh tersuka, memang sedap lah tu. Eh, boleh digunapakai ke kesimpulan sebegini? Hiks. 

Oh by the way, Pak Li Kopitiam ni ada banyak cawangan lain. Contohnya macam di Seksyen 7 Shah Alam, Bandar Bukit Tinggi Klang dan ada lagi beberapa cawangan lain yang uolls boleh tengok-tengok di website paklikopitiam.com.my

Yang I pergi ni terletak di Seksyen 13. Landmark paling senang Stadium Shah Alam, Giant Shah Alam. Kalau nampak Acappella Residences, tu dah dekat sangat lah tu. Alah, berdepan dengan Restoran Tupai-Tupai. 

Pak Li Kopitiam Seksyen 13 Shah Alam
No. 2, Jalan Balapan 13/32, 
Seksyen 13, Shah Alam.
Tel : 03-5512 3608

p/s : Pergi lain kali kot boleh try Mee Kari pulak. Bak kata Blogger Una, Mee Kari di sini terbaik!

17/04/2015

Upah Jahit Baju Raya - Overprice, Standard or Berpatutan?

Raya dan puasa dah semakin hampir bila mana kakak, adik dan makcik semua sibuk puasa ganti dan shopping online untuk baju raya. 

Rasa macam hampir sangat nak puasa bila kakak-kakak dan adik-adik kat office tu memasing berebut nak ganti puasa. Nasib baik lah Iolls dah ganti siap-siap lepas raya dulu. Kalau tak, mula lah gabra puasa tak habis ganti lagi. Puasa ganti dah settle, sekarang ni dalam usaha untuk menggigihkan diri untuk berpuasa sunat. Sebagai persediaan ke arah bulan puasa lah kaedahnya. Padahal puasa sunat, sepanjang tahun boleh buat. Itu namanya saja cari alasan. Baik punya perangai. Ish ish. 

Oh by the way, balik semula kepada topik baju raya. Sekarang ni pun masing-masing dah start stalk instagram, facebook, blogshop segala bagai tu cari baju raya. Ada yang beli baju siap terus dan ada jugak yang beli kain then baru lah cari tailor untuk jahit baju raya. Iolls lah yang termasuk dalam golongan kedua itu. 

Tiga pasang kain untuk tahun ini, satu pun tak hantar tailor lagi. Satu, kain baju raya yang tak menyempat nak hantar tailor tahun lepas. Dua, kain songket hantaran En. Barney tahun lepas jugak dan tiga, kain fresh baru beli masa family datang KL tempoh hari. 


Orang selalu tanya kat mana I beli kain untuk baju yang ini. Dan jawabnya, I is pun tak tahu. Bayangkan, ini baju raya masa I Form 5 kalau tak silap. Dah hampir 10 tahun dah kot. Mana nak ingat dah beli kain kat mana kan. 

Ingatkan nak buat baju kebaya begini untuk raya tahun ni. Agak-agak berapa lah tukang jahit ambik upah untuk jahit baju kebaya kan. Selalu hantar kat makcik di Sarawak je tolong jahitkan tapi kali ni takkan nak pos kain kat sana pulak kan. Baik upah tailor sini terus. 

Tapi cari tukang jahit ni satu hal jugak sebenarnya. Harga berpatutan dengan jahitan yang kemas dan elok. Masa tunang hari tu hantar kain kat tukang jahit jugak. RM90 upah untuk jahit sepasang kurung moden kosong. Tapi jahitan kemas dan puas hati cuma rasa macam overprice pulak. Kalau siap dengan sulam bagai, total RM120 kalau tak silap. Baju kurung moden pun dah RM90, apatah lagi baju kebaya. Takkan nak ambik RM150 kot. Tak berbaloi sungguh. Baik I stalk raya collection Jovian Mandagie kalau begitu. Dah alang-alang upah baju raya sepasang pun dah beratus. 

Selalunya kan kalau uolls hantar kain kat tailor tak kisah lah jahit baju kurung biasa or baju kurung moden ke, berapa upah yang tukang jahit ambik untuk jahit baju uolls? Rasa berbaloi tak harganya?

p/s : Ramai member cakap, nak hantar kain kat tailor baik hantar sekarang. Masuk bulan Mei tukang jahit tak nak terima dah. 

16/04/2015

Save The Date : Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015

Counting days nak ke Pesta Buku! Harap-harap Pak Supir Iolls tak busy. Beberapa hari lepas dia dah siap pesan, bulan Mei dia sibuk. Outstation berhari-hari tanpa mengenal erti weekend. Minta-minta lah tarikh sekian-sekian ni En. Barney free. Nak harap Iolls drive sendiri? Bukan ke PWTC tujunya. Silap haribulan ke Tasik Chini. Eh eh. 

Macam Big Bad Wolf, PBAKL ni pun I tak pernah missed saban tahun. Gigih jugak culik masa biarpun kejap je. Kalau tak silap tahun lepas I pergi PBAKL lepas bergathering bersama-sama blogger buddies at Flora Kafe

So tahun ini InsyaAllah pergi lagi. So cepat-cepat blocked calendar, nak serbu PWTC.

Sumber : PBAKL

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
Tarikh : 24 April 2015 - 3 Mei 2015
Venue : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur

Iolls kalau ke PWTC, satu tempat je yang I terjah, iaitu Karangkraf. Sebab, senang nak cari. Selalunya, tujuan I ke Karangkraf nak sebab nak beli novel Ramlee Awang Murshid. Kali ini I ada tujuan lain. Ada something I nak borong. En. Barney baca yang ini confirm dia tanya banyak-banyak, apa yang I nak borong tu. Nak tahu kena lah bawa Iolls ke Pesta Buku. Ehem

sumber : Karangkraf

Lagi satu Karangkraf ni senang sikit nak cari. Plus dalam dewan besar, bukan jenis yang booth tu. Kalau booth ni I kureng sikit sebab tak suka nak bersesak dan tak gemar nak menyelit di celah orang ramai. Rimas!

Oh lepas ni confirm Mak I merangkap silent reader blog Iolls whatsapp suruh beli novel untuk dia. 

p/s : Kalau En. Barney tanya, novel hari tu dah habis baca belum. I dah ada dah skema jawapan. Siap esei ringkas lagi. Hiks

15/04/2015

Wordless Wednesday : 5.0.2 Lollipop


p/s : Yeay, dah update! Hiks

14/04/2015

Cara-Cara Membuat 'Muffin' dengan Mudah!

Dah lama pulak rasa meninggalkan sesi bersauna di dapur dengan aktiviti baking-baking. Tetiba rindu pulak. Geram tau tengok orang  yang berseronok sakan update blog, baking itu ini. I pun nak jugak tapi apakan daya. Rumah tak ada oven lah. Nak request oven sebijik lah untuk hadiah kahwin nanti. Boleh I tolong baking-baking Kek Lapis Sarawak untuk insan yang baik hati itu. Give and take kaedahnya. 

Bila cakap pasal baking-baking ni kan, I terjumpa something yang 'bermanfaat' buat semua. Secret ways bagaimana nak buat muffin cecomel, gebu-gebu dan bulus-bulus. Memang sangat mudah! Hanya perlu follow aje instruction dalam gambar di bawah.


Tapi cuma satu je lah kekurangan 'Muffin' diatas. Jangan bakar dalam oven! Nanti nangis tak berlagu pulak kan. Hiks. 

p/s ; Hanya gurauan semata-mata untuk menghiburkan hati. Jangan nanti Cik Anon sentap pulak. Dah excited dah kekonon nak buat muffin macam petik jari.

sumber : pusheen.com 

13/04/2015

Hobi Kumpul Patung

Oh by the way sebelum tu nak bagitau kumpul-kumpul patung ni bukan hobi I. Hobi I kumpul buku je. Cuma dulu pernah menyembang dengan colleagues time lunch hour tentang hobi masing-masing. Bukan main bosan lagi topik kan. Tapi bosan-bosan pun, baru I tahu. Bukan kanak-kanak je yang suka kumpul patung. Orang dewasa pun ada jugak. Contoh macam colleague I tu lah, umur dah lebih 30 tahun tapi ada hobi kumpul patung. Tapi bila dengar dia bercerita, bunyi macam satu hobi yang menarik je. 


Perempuan kan? Suka something yang comel-comel macam ni. Satu doll dengan harga paling kurang RM200. Itu pun bergantung pada size. Kalau ada yang limited edition, mahu sampai beribu. Padahal kecik je pun benda alah ni. 


Member office I yang suka kumpul dolls begini, ada tunjuk gambar koleksi-koleksi dolls yang dia ada. Satu doll pun RM300-RM400, bayangkan kalau total semua ada 6 hingga 7. Itu tak termasuk yang limited edition. 


Patung itu sendiri pun dah mahal, itu tak termasuk accesories macam baju, shoes et cetera. Siap ada set perabot bagai pulak tu. Kalau tak silap I, member I cakap satu baju tu sampai puluh-puluh ringgit jugak. Kalau I lah kan, baik beli baju, kasut untuk diri sendiri je. Hiks. 


Kalau dah namanya perempuan, mesti terdetik juga secara langsung atau tak, bestnya kalau boleh kumpul patung-patung macam ni. Sebab nampak comel je kan? Tapi bak kata member I tu, setiap rakan-rakan collectors dia yang lain mesti ada je cerita yang terjadi kat masing-masing. Cerita macam mana tu faham-faham sendiri. Malas lah Iolls nak cerita, dengar cerita dia tengahari buta pun boleh meremang. Er.

Info harga bagai ni semua I petik dari apa yang member office I cakap. Sebab I is malas nak Google. Dolls dia selalu beli online, untuk accesories macam baju, perabot bagai tu boleh cari kat Time Square. Tapi kan, kalau I lah, dari I kumpul dolls begini baik I kumpul lego cecomel macam Blogger Sally

Hobi, setiap orang berbeza. Ada duit, mahal lah hobinya. Kurang duit, pandai-pandai lah ukur baju di badan sendiri. Tak gitu?

p/s : Wahai En. Barney, bersyukur lah hobi Iolls tak lah semahal begini. Takat pergi Big Bad Wolf satu buku harga 8 hengget je daripada satu patung yang harga ratus-ratus.

sumber gambar : google

12/04/2015

Review Fast And Furious 7

Semalam aku dan Chipmunk dah pergi tengok cerita ini. Harap-harap tak terlambat la nak buat review ini walaupun tengok lambat. Ini posternya.



Kisah kali ini berkisar tentang dendam Dekcard Shaw (Jason Statham) terhadap Dominic Toretto (Vin Diesel) serta rakan-rakannya yang lain seperti Brian O'Conner (Paul Walker) dan Letty (Michelle Rodriguez) kerana membuat adiknya, Owen Shaw (Luke Evans) merana. Deckard Shaw sememangnya merancang untuk membunuh krew-krew tersebut. Hal ini membuatkan Toretto bengang dan ingin mencari Deckard Shaw dengan menggunakan The God's Eye (penciptanya Ramsey - Nathalie Emmanuel). Macam mana The God's Eye ini berfungsi? Dengan siapa Toretto bekerjasama untuk mencari Deckard Shaw? Siapa yang tak tengok lagi itu, pergilah tengok.


Siap sedia sebelum terjun dari kapal terbang!


Review aku tentang cerita ini, memang superb! Memang best. Pada mulanya bila aku tau Jason Statham berlakon dalam cerita ini babak aksi mesti best gila. Dan memang tak salah sangkaan aku. Part berlawan memang nampak solid. Kemudian jalan cerita dia memang la tak bosan. Habis fokus dah aku dengan chipmunk tengok.

Kalau nak memastikan korang faham jalan cerita ini, sekurang-kurangnya korang kena tengok The Fast and The Furious : Tokyo Drift sebab cerita Furious 7 berkait sedikit dengan cerita sebelum ini. Lagi 1, bila dah sebut Furious 7, mesti ada banyak berkaitan dengan modifikasi kereta, lumba-lumba ke tapi part itu memang sangat kurang. Tapi puas hati juga tengok cerita ini sebab kebanyakkan bahagian cerita ini adalah aksi. Jadi aku bagi rating cerita ini 8.5/10.







Pergh! Kereta mahal ini rilek je diorang bagi hancur.


Sumber  : Google dan IMDb

11/04/2015

Santai Hujung Minggu Versi Cik TengTeng dan Abang E'el

Kebelakangan ni kan, rasa malas nak buka blog tu berlipat kali ganda. Tapi terpaksa gigihkan juga. Nak taip entri pun macam dah tak reti. Haish, mungkin salah satu simptom umur meningkat agaknya. Eh silap, mungkin sebab sekarang ni busy sikit kot. Siang sibuk dengan report itu ini nak kena siapkan, malam pulak, balik rumah sibuk dengan projek bunga telur kaedahnya.

By the way apa rancangan uolls di hujung minggu ni? Merehatkan minda dan badan lepas berhari-hari bekerja? Itu standard lah kan. Tapi yang kerja duduk rumah makan tidur tu jugak pun perlu rehat dan santai di hujung minggu. Macam Cik TengTeng dan Abang E'el ni ha. Bermalas-malasan di atas cage. Nasib baik lah cage tu boleh tampung berat bulus dua ekor ni. 





Penat makan tidur agaknya kan? Itu pun makan dah kena catu. Kalau tak dicatu makanan tu, lagi penat lah agaknya sebab tak berhenti makan. 

p/s : Dulu suka angkat bulus berdua ni sekali. Sekarang tak mampu dah. Berat oi!

10/04/2015

Recipe For Happiness : Stop Complaining


Ada berani cabar diri sendiri? Manusia kan, susah nak cakap. Tapi itu lah. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kalau dah tekad, nekad dan azam yang menggunung, insyaAllah berjaya juga. 

Cuba sedikit demi sedikit. Hari pertama, sejam. Hari seterusnya tambah lagi sejam. Alah bisa, tegal biasa. InsyaAllah di kemudian hari berjaya memupuk minda, hati dan diri secara menyeluruh yang positif. 


p/s : Dear self, please take note. Stop complaining. Just, stop. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...