01/02/2015

[Korean Drama] Spy

Dalam entri INI, I ada mention satu lagi drama baru yang I sedang tengok. Drama ini memang I tunggu-tunggu pun. Sebabnya I memang jenis yang suka tengok drama yang begini. Love-love story tolak tepi, tak minat lah. Biarpun hero drama ni I tak berapa nak suka sangat pun. Maaf yer peminat-peminat Jae Joong sekalian. Dari awal lagi tak suka sebenarnya tapi sebab cerita best, hero tak minat / tak best / tak handsome, itu semua tutup mata je lah. Haish, ini lah perempuan nak tengok yang handsome aje. 



Sinopsis Spy

Mengisahkan tentang Park Hye Rim (Bae JongOk), seorang bekas perisik Korea Utara yang selama ini menjalani kehidupan sebagai surirumah sepenuh masa di Korea Selatan. Hwang Ki Chul (Yoo Oh Seong) mahu mengaktifkan semula bekas perisik itu dengan memberikannya misi yang amat sukar. Park Hye Rim perlu untuk menyerahkan anaknya, Kim Sun Woo (Kim JaeJoong) seorang agent di National Intelligence Service (NIS) kepada Hwang Ki Chul atau rahsianya terbongkar.

Setakat beberapa episod yang I tengok ni, memang best lah. Tapi kalau kena dengan orang yang memang betul-betul minat genre yang begini. Drama ni more to hubungan kekeluargaan. Bab love story tu memang kurang lah kot. 

Park Hye Rim dan Kin Sun Woo

Cuma satu je yang I teringin nak tahu setakat ni. Apa yang terjadi kepada Park Hye Rim sebelum dia berkahwin dengan ayah Sun Woo dulu. Dapat tak agaknya dia lari daripada cengkaman Hwang Ki Chul yang diarahkan oleh Korea Utara untuk mengaktifkan semula Park Hye Rim? Dan bolehkan Park Hye Rim menyembunyikan identiti sebenar daripada ahli keluarganya, lebih-lebih Sun Woo?


Tapi ada satu lah yang tak best bagi I, pelakon yang membawa watak sebagai girlfriend Kim Sun Woo iaitu Lee Yoon Jin (Ko Sung Hee). Rasa macam, er baik cari pelakon lain lah. Spoil cerita je. 

Tonton Online SPY

p/s : Dah dapat stock untuk episod baru. Sesi ber'koreanthon' di hari ahad. 

7 comments

2/01/2015 10:49:00 am

pehhhh layan koreya. hahahaa

2/01/2015 06:18:00 pm

as'salam...
hehe..ptt bg watak gf kim tu cik aisya la senang citer kan..baru jadi.. ^o^
untunglaaaa

2/02/2015 01:59:00 am

Rajin tengok drama.. Sya ni sejak ada.anak paling.malas nak mengahadap.. bayangkan, dalam cinema pun boleh Tido..Haha.. bengkak je my hubby...

2/02/2015 05:46:00 pm

hahhaha...kalau nak tengok drama korea mesti nak pilih2 hero dan heroin dia kan...baru layan..:)

2/03/2015 03:13:00 pm

aamboiiiii koreanthon gitu hahahaha

2/03/2015 03:13:00 pm

happy korean watching kak aisya hiks

*p/s mungkin termakan hasutan so gi lah kot sabtu ni hiks hhahaha

2/07/2015 08:36:00 am

@Cik Yaya
tak boleh cari makan aktres lain kang.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...