Beberapa hari lepas Iolls ada story-story, percubaan untuk renew Insurance dan Road Tax kereta secara online melalui MyEG. (Rujuk entri INI). Tapi hampeh percubaan gagal apabila sangkut di part payment insurance. Last-last suruh adik En. Barney pergi buat. Dah alang-alang duduk rumah tunggu nak masuk degree kan. Bagi duit lebih sikit, selebihnya keep the change gitu.
So bila road tax dah tamat tempoh, kita tanggalkan yang lama dan kita pasang yang baru pula. Okay di sini timbul lagi situ cabaran dan dugaan. Bila kesan yang road tax yang lama sukar untuk ditanggalkan.
I lah tu yang mengalami kesukaran untuk tanggalkan benda alah ni. Bila upload dekat Instagram, kot-kot kawan-kawan ada solution bagaimana untuk hilangkan kesan ni, ada sorang kawan I bagi cadangan yang begini;
"Ambik span kakya perah kat cermin ya. Janji ada basah kit. Kakya ambik pisok lipat ya kikis nya"
(Ambil span basah. Basahkan sedikit cermin kereta dan kikis dengan pisau lipat)
Masalahnya En. Barney siap guna Thinner lagi untuk kikis 'kesan degil' tu tak tetap berdegil jugak. Memang kepala batu, hati batu, batu api sungguh. So ada tak tips-tips untuk menghilangkan kesan road tax yang over sangat degilnya ni? Boleh jugak I try. Kot-kot hilang.
Ada jugak google sedikit tentang ni. I ada terbaca antara tips yang berkesan adalah spray dengan WD-40 dan gosok dengan kain. Selain tu boleh juga guna glue, adhesive remover something like that lah.
sumber google
Sekarang ni nak try guna kaedah yang ini dulu. Sebab benda ni senang je nak cari. Kalau uolls ada lagi tips yang berkesan boleh tinggalkan di ruang komen. Sungguh sakit mata pulak I tengok sampai tiga road tax ada kat cermin kereta tu ha. Bukan nak buat koleksi pun.
p/s : Oh tolong lah jangan bagi cadangan, "senang je, tukar tinted kereta. Settle". En. Barney lah tu. Limau Asam Boi sungguh.
13 comments
tak dek kereta lagi lesen pun nan hadoo so tak pernah tahu benda benda macam ni. hahaha.
alu jaik rupa nya kedak yaa. ahahaha. siktauk juak kmk tips lain. sik penah2 bukak road tax before tok. jgnkan road tax, kereta pun belom ada. muahahaha
hamboi smp 3 road tax..huhu nk suggest pun tak pernah jdi lagi mcm ni...
kawan cik nor syorkan minyak cap kapak letak kat kain then gosok slow2..alhamdulilah hilang...tapi lambat la skit nak hilang gam dia tu..shampoo ada gak org bagi cadangan tp cik nor tak cuba.cik nor cuba yg guna minyak cap kapak tu je.:)
hehe idea en. barney tu paling baik
aku dlu pun alami masalah yg sama gak. tp x solve pun. kalo nasib baek, elok je dia tanggal.
Salam. Hee memang menjengkelkan nak buang bekas roadtax yang lama. Lesson learned so next time kena beli pelapik plastik ada byk jual.
Sibbaek en barney tak suruh 'tukar je kereta baru. Settle' ;P
ingtkan cik aisya nk share tips, hehe yaya pon xtau..cmne ea..kengkawan lain sila share..
hehe
Suka idea en barney...hahahaa...mudah btul cara ye :)
@aswadz
masalahnya tak bernasib baik sebab tak tanggal pun. hahahaha!
@tiga lalat
dah guna dah pelekat tu dah mslhnya. ke nak guna sampai berpuluh layer? hhaha
risau pula guna pisau nanti calar teruk..huhu.. saya xada petua la kak..huhu
harap gam tu dah settle la..ganggu jga gam roadtax..
@ayut
mmg senang tp nak keluar duit tu payah. hahaha!