10/02/2015

[English Novel] Cujo - Stephen King

Sebelum I bebel panjang-panjang pasal novel, first and foremost nak ucap terima kasih banyak-banyak buat kedua-dua parents Iolls merangkap 'Cikgu Peribadi' di rumah dan juga cikgu di sekolah. Dari kecik lagi dah 'suap' I dengan buku-buku cerita. Tak main lah baca komik Old Master Q, komik Naruto mahupun komik Detective Conan, pokoknya asalkan komik. Yang parents I beli semua buku-buku Enid Blyton, Siri Salma, Siri Hadi dan segala macam siri lagi . Alhamdulillah didikan awal supaya rajin membaca sejak kecil kekal menjadi rutin harian sampai sekarang. Sebab itu jugak lah I kalau stress novel yang I cari. Nanti bila ada anak sendiri nak terap awal-awal sikap suka membaca tu dari kecik, InsyaAllah. Oh please jangan ikut En. Barney, dengar perkataan buku pun dia dah menguap panjang. Okay ini propa yang over. 

Settle dengan mukadimah panjang yang lebih kepada bebelan. Untuk tahun ni, I tetapkan target berapa banyak novel yang I harus baca. Macam sekarang, target I untuk habiskan 8 buah novel untuk suku tahun pertama, Januari hingga March. Bukan apa, malas nak dengar En. Barney bebel-bebel banyak lagi novel yang belum dibaca. So salah satu caranya buat begini. 


Novel yang I nak story kali ini adalah novel yang ketiga karya Stephen King. Oh favourite jugak ni sebenarnya. 


Cujo
Stephen King
Sinopsis Cujo

Once upon a time, not so long ago, a monster came to the small town of Castle Rock, Maine. He was not a werewolf, vampire, ghoul or unnameable creature from the enchanted forest or snow wastes; he was only a cop..

Cujo is a huge Saint Bernard dog, the best friend of Brett Camber has ever had. Then one day Cujo chases a rabbit into a bolt hole. Except it isn't a rabbit warren any more. It is a cave inhabited by rabid bats. 

And Cujo falls sick. Very sick. And the gentle giant who once protected the family becomes a vortex of horror inexorable drawing in all the people around him.

Actually I ambik masa yang lama untuk analyze front cover novel ni. Monster apa sebenarnya ni. Tapi bila start baca and digest betul-betul sinopsis di belakang buku baru lah terfikir, oh anjing rupanya. 

Cujo, mula-mula I ingat macam Godzilla or Kaju dalam cerita Pacific Rim. Baca punya baca, rupanya nama seekor anjing yang sangat besar!

Mesej utama yang cuba disampaikan Stephen King dalam novel ni sangat jelas. Berhati-hati dengan penyakit anjing gila atau saintifiknya lebih dikenali sebagai rabies. Sebab itu lah bukan animal sahaja yang perlu rabies vaccination untuk mengurangkan risiko rabies tapi manusia juga. 

Dalam novel ini, Cujo tidak pernah mendapat vaccination. Daripada seekor anjing yang baik, berubah menjadi ganas dan akhirnya keganasan Cujo telah. mengorbankan nyawa beberapa orang manusia. Part di penghujung cerita macam sedih pulak. Cujo mati, yang ini terkorban, yang itu terkorban. Mangsa paling muda, Tad yang beusia dalam lingkungan 4 tahun manakala Ibu Tad pula menjadi seorang mangsa tunggal yang terselamat daripada kejadian itu biarpun bertarung beberapa minggu melawan penyakit rabies setelah digigit oleh Cujo. 

Simple je novel ni tapi bagi yang tak suka cerita yang begini mungkin akan rasa bosan sedikit kot. Tapi bukan lah pasal anjing semata-mata. Ada juga tentang Father-son relationship, affair dan few lagi. 

p/s : Sekarang dah masuk novel keenam. So ada dua lagi novel yang I belum buat entri lagi. 

7 comments

2/10/2015 08:11:00 am

Salam .Hee rajinnya membaca novel.

2/10/2015 11:21:00 am

uhuk uhuk..tersedak pulak bila AA sebut komik....yan peminat komik....lebih2 lagi dragon ball...lawak kampus...

2/10/2015 05:39:00 pm

as'salam..
cik aisya ni mmg minat novel seram kan..xkire melayu or bi..
heeee =D

2/10/2015 05:41:00 pm

Ehhh ! Buku kita masa kecik sama lah. Hahaha. No wonder dua dua kaki baca buku.

p.s : Wan pun same je cam Encik Barney tu. T_T

2/10/2015 06:24:00 pm

Chaiyuk kak aisya hahahahahaa qila baru habis satu buku omg teruk gila ugggh

2/11/2015 09:52:00 am

menarik nya.. tp english memang saya susah nak habis baca.. (alasan ja ni) hahaha
kenapa/apa punca rabies ya???
saya takut anjing..
kalau ada tips ke apa2 berkaitan rabies dr buku ni,kalau rajin akak buatlah entri..hahaha (saja nak nyusahkan.. lalala)

2/11/2015 10:32:00 pm

siri penyiasat tu...sama lah kita..semua ada tau.. suka sangat.. tp saya jenis yg baca apa2 je.. semua benda nak baca.. kat rumah dulu mmg ada mini perpustakaan.. insya allah untuk rumah baru ni akan ada balik perpustakaan sbb my hubby sangat suka membaca... :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...