06/02/2015

Q&A Session

Hari-hari kena jawab persoalan manusia. Persoalan yang bernas lagi bijaksana, Persoalan yang memang niatnya betul-betul ingin tahu dan satu lagi persoalan yang maha merepek lagi merapu. 

sumber : google

Soalan merepek, contohnya soalan begini. "Saya pergi klinik, jumpa doktor tapi saya tak tahu saya sakit apa. Saya nak cakap saya sakit apa ye?" Common sense, kita jumpa doktor bila tahu something's wrong dengan badan sendiri. Melainkan niat utama adalah untuk minta MC, ponteng kerja. 

Lagi satu soalan, "Kat mana ye boleh keluarkan duit guna Kad ATM?". Dah nama pun kad ATM, ingat boleh keluarkan duit dekat vending machine air kopi sehengget secawan tu?

"Pen ini mengeluarkan dakwat yang berwarna biru. Adakah ini yang dipanggil pen merah?" Tanya soalan macam ni face to face mungkin akan menyebabkan pipi anda merah sebelah dengan bekas tapak tangan cantik setepek. 

Soalan-soalan begini sebenarnya boleh tolerate kalau dalam keadaan bergurau. Dengan kawan-kawan, sekadar untuk bergurau menceriakan suasana. Tapi percayalah, ini adalah contoh soalan serius yang Iolls kena hadap tetiap hari kat office. Soalan serius dari customers. Ini contoh je tapi soalannya tak lah bulat-bulat begitu. 

sumber : google

Sama lah macam soalan-soalan di ruangan komen. Oh terima kasih kerana menceriakan hari Iolls! Biarpun yang ditanya tu dengan terang dan jelas lagi ada dalam entri. Oops, kantoi sudah tak baca eh. Hiks. 

p/s : Belajar tinggi, gaji besar-besar pun tak guna jugak kalau tak tahu nak beza ayam dan itik. Positif, mungkin orang begini ingat ayam dan itik itu adalah kembar siam yang dah lama dipisahkan. Pfft.

9 comments

2/06/2015 08:09:00 am

Salam. Hee mencuci kereta dalam hujan pun untuk senaman juga.

2/06/2015 09:16:00 am

Hahahahahaha ! I feel u !! Stressnya dengan soalan yang lebih kepada meminta carut selaju ERL. T_T

2/06/2015 09:46:00 am

dah memang itu tabiat manusia...sabo aje lah..warna warni kehidupan :-))

2/06/2015 11:02:00 am

Hahahaha. LOL sangatttt :P mohonlahh jangan tanya soalan soalan yang boleh ngundang gelak gituu :D

2/06/2015 01:50:00 pm

Salam, hahah kann..kadang2 kite sendiri mcm xperasan boleh tertanya soalan2 bengong camni..aku pernah terbaca dlm majalah gempak klw xsilap aku..dia listkan banyak soalan2 bengong camni, yg paling aku ingat pertanyaan tu bunyi camni,

"Owh..abang dia yang lelaki tu ke?"

Sengal kan? (u_u)

2/06/2015 05:20:00 pm

aiyookk... sapekah itu? hahaha... kantoi. atau kalo nak jadi positif, mgkn dia lupa kot.

2/06/2015 06:03:00 pm

tak suka layan soalan mengarut camni. rasa potong mood je haha

2/07/2015 08:43:00 am

makan dalam punya entri..
maafkan saya if saya terlepas isu..hoho..
kekadang bila tak tahu nak ercakap,kita selalu tanya soalan yg mmg dah tahu jawapannya
gambar atas tu lawak sagnat..!

2/09/2015 11:21:00 pm

trgt cerita mmbr yaya dulu..
baru lepas hujan,dia plak pergi siram pokok bunga... ^o^ mungkin mse ujan tu dia tido kot..xperasan dah ujan.. =p

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...