16/02/2015

Alang-alang dah outstation, mari lah balik kampung sekali..

I is sebenarnya tak boleh nak fikir how to summarize tajuk di atas untuk jadi lebih ringkas lagi. Last last give up, nasib baik tajuk entri tak sampai dua perenggan. Sabtu lepas, I ikut En. Barney pergi outstation. Lagi. Kalau zaman dah tua bangka ni masih ada lagi tulis buku biodata macam zaman-zaman sekolah dulu gerenti dalam tu hobi I, ikut cik abang pergi outstation. 

I pernah cerita kat SINI kenapa Iolls suka ikut En. Barney pergi outstation tapi yang balik hari je lah. Kalau sampai bermalam, tunggu lepas kahwin je lah. Boleh ikut suami outstation sampai ke Sabah. Ehem. Oh I memang jenis yang tak reti nak duduk diam. Ada je tempat yang nak dituju. Soalan paling common yang En. Barney dengar, "Bila awak nak bawa saya pergi sini? Bila awak nak bawa saya pergi situ?". Nasib baik lah dapat buah hati jenis yang lebih suka duduk rumah. Kalau dapat dua-dua yang jenis suka mengembara kononnya, adventure gitu jawapannya satu, botak kepala dan botak poket. 

By the way, sambung balik cerita asal. Selalunya akan balik hari je kalau En. Barney outstation ke mana-mana. Tapi kali ini bermalam pulak. Sebabnya dah alang-alang En. Barney ada kerja di Sungai Petani. Ambik peluang untuk balik kampung sekali. Itu yang dia ajak Iolls sekali. 


Balik jumpa nenek. Dan kot-kot lah berpeluang jumpa tiga orang anak saudara baru yang masing-masing berumur lima, empat dan tiga bulan. Semua boboboy pulak tu. Tak boleh imagine lagi 3-4 years, mahu pusing kepala mak masing-masing melayan agaknya.


Ini ketua kepada panglima tiga sekawan. Umur, lima bulan. Langkah kanan pulak kali ini. Dapat jumpa tiga-tiga anak saudara baru En. Barney. I ni sebenarnya kan, kalau baby umur 2-3 bulan tu memang tak lah nak pegang. Tak berani sebab rasa macam baby tu fragile sangat. Selalu kalau En. Barney hulur baby baru 2-3 bulan suruh pegang memang I akan geleng kepala cakap tak berani. Dan muncul lah soalan wajib dia, "Nanti kalau ada anak sendiri macam mana?". Anak sendiri lain cerita lah. Ini anak orang dan I ni boleh tahan kasar jugak. Takut lah jadi apa-apa kat anak orang kan. 

Lokasi jalan-jalan. Siapa nak teka ini dimana?

Balik Sungai Petani kali ini En. Barney sempat bawa Iolls jalan-jalan pergi satu dua tempat. Masa ikut En. Barney balik dalam tiga tahun lepas memang tak menyempat langsung nak jalan-jalan. Ada lah menyinggah uptown sebentar. Oh untuk trip kali ni nanti next entry I story-story alkisah jalan-jalan dan makan-makan. Yang penting I is puas hati biarpun mata punya berat, badan gila letih. 

p/s : Banyak betul tempat nak pergi ni. Nak ke sana dan ke situ. Cuma part menculik masa tu yang tricky. Bak kata orang, duit boleh cari tapi yang penting pengalaman dan memori. 

12 comments

2/16/2015 09:21:00 am

Sakan dia ikut cik abang dia outstation. Hehehe.

2/16/2015 09:24:00 am

bestkan balik kg..:)

2/16/2015 10:42:00 am

akak pun sama macam AA..tak berani pegang baby..terutama anak orang..buatnya terjatuh..naya jer kan...baby tu comel..semangat..

2/16/2015 10:50:00 am

wahhh ikut encik barney balik kampung ^^

2/16/2015 12:29:00 pm

Seronok juga outstation berhampiran kg sendiri. =D

ZH Blogger

2/16/2015 12:59:00 pm

as'salam..

lah..npe takut dukong bby..yaya lgi suka nk dukong bby baru2 ni..hehe
kena prctice cik aisya..senang nti..haha

2/16/2015 04:18:00 pm

Salam. Hee adakah itu Tanjung Dawai dan diseberang sana ialah Pantai Merdeka. Maafkan saya kalau tersilap. ;)

2/16/2015 07:42:00 pm

seronok ada anak-anak kecil begini..

2/16/2015 11:18:00 pm

@tiga lalat
tak silap tapi terbalik. hehe

2/17/2015 08:39:00 am

pegang baby ni kena berani . tak ada apa pun sebenarnya . mudah jer ... manalah tpt dia pi jln2 tu , x de clue sbb bkn tpt sis ...

2/17/2015 03:37:00 pm

hehe,IbuNoey pun kadang-kadang pening gak nak pikir tajuk entri.

tak payah praktis pegang baby.nanti dah ada anak sendiri,automatik pandai pegang dah..;)

2/17/2015 04:55:00 pm

sy suka sangat pegang baby. yg baru lahir pon bahan je pegang. hehe. ohh itu pantai merdeka kann. :D

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...