Perihal semalam, panjang kisahnya. En. Barney actually last minute ada kerja di Johor Bahru. Memandangkan En. Barney kata dia nak balik hari je, I pun offer diri lah nak ikut. Kalau bermalam memang tak ada makna I nak ikut sebab Isnin tu kerja. Yang itu sebab pertama. Sebab kedua, I nak follow sebab tak nak lepaskan peluang keluar dari KL / Selangor hanya untuk suka-suka dan bukannya menyerbu kenduri kahwin member di sana-sini. Grab peluang mana yang ada sebab nak tunggu En. Barney, dia kan kerja tujuh hari seminggu katanya. Oh sadis. Sebab yang ketiga mungkin ada pelik sikit kot. I actually ada habit suka datang hospital. Tapi minta simpang lah kalau datang sebab sakit et cetera. Cuma suka saja-saja. Dulu berangan nak kerja hospital tapi nak buat macam mana tak lepas lah pulak. Tapi alhamdulillah, still dapat bekerja dalam field perubatan jugak biarpun office bukan di hospital. Dan memandangkan kerja En. Barney jenis yang pijak kaki di merata hospital satu Malaysia, ada jugak lah alasan I untuk datang hospital saja-saja. Weekend kononnya jadi tunang mithali ikut En. Barney pergi kerja padahal I duduk baca novel di ruangan menunggu berjam-jam sambil perhati ragam orang sekeliling. Satu lagi habit, observe orang.
Ini baru mukadimah part one. Kita ke part seterusnya pulak. Alkisah dari Shah Alam ke Johor Bahru tiba-tiba dah sampai area Melaka En. Barney received call kata job di Johor Bahru orang lain dah cover. Miscommunication sikit. Tak ada rezeki I nak sampai JB buat pertama kali. Next time lah jawabnya. Dan alang-alang dah sampai di Restoran Jejantas Ayer Keroh, En. Barney ajak berCoconut Shake lagi di Klebang Original Coconut Shake. Takkan nak patah balik macam tu aje kan? Tapi rasa macam tak best pulak singgah semata-mata Coconut Shake. Apa kata kita pergi food hunting!
I selalu dengar orang cakap, Melaka sangat famous dengan Asam Pedas. Lagipun bila I google, tempat makan best di Melaka rata-rata entri tentang Asam Pedas. So cecepat google "Asam pedas best di Melaka" dan tengok ramai pulak yang bercerita tentang Restoran Asam Pedas Selera Kampung. Memandangkan En. Barney pun suka makan Asam Pedas jadi ajaklah dia ke sini. Set GPS dan jom kita ke destinasi untuk memenuhkan perut yang setengah penuh itu.
Bila sampai ke destinasinya, tengok jam awal lagi. Around pukul 11 jugak kot weolls sampai. Tak berapa nak ramai sangat manusia. Tapi meleset betul sangkaan I kedai ni tak berapa ramai orang. Sekali time lunch around pukul 12, penuh okay. Nasib baik datang awal sikit. Cara order di sini, duduk order minuman dulu baru order makanan. Masa order makanan, bagitau number meja dan bagitau nak menu apa. Kalau tengok En. Barney tadi lah. Rasanya nak ambik sendiri pun boleh kot. Yang tu I tak berapa pasti.
Makan untuk dua orang je pun. I ni dah la jenis yang tak makan banyak.
Dah nama kedai pun Asam Pedas, harus lah try Asam Pedas kan. Menu I dan En. Barney untuk lunch hari ini, Asam Pedas Siakap, Ketam Masak Lemak Cili Api, Sayur Kacang, Telur Dadar dan Tempe. Bunyi macam banyak je kan? Macam biasa, hampir semua En. Barney sapu.
Asam Pedas Siakap
Asam Pedas di sini memang terbaik lah. I suka biarpun tak boleh nak makan sangat sebab pedas. Bagi I yang tak tahan pedas ni, memang lah pedas tapi I tengok En. Barney makan relax je. Siap hirup lagi kuah bagai.
Ketam Masak Lemak Cili Api
Lately ni teringin sangat nak makan ketam, finally dapat makan di Asam Pedas Selera Kampung. Order masak lemak cili api, nasib baik I tak ambik kuahnya. Yang ini I rasa lagi pedas dari Asam Pedas tadi. Yela, nama pun cili api. Dan En. Barney macam biasa. Muka selamba hirup kuah tak rasa apa-apa. Memang sedap cuma isi ketamnya tak berapa nak padat lah tapi saiz ketam agak besar dan isinya manis jugak.
Menu yang lain tu biasa-biasa je lah. Tak ada yang extraordinary sangat sebab boleh je dapat di kedai makan lain kan. Tempe, telur dadar dan sayur. Order jus buah campur sekali dengan makanan, harga total cuma RM35. Asam Pedas, RM10 dan ketam pula RM10 juga kalau tak silap. Tapi puas hati!
So kalau uolls ke Melaka, mungkin boleh try makan Asam Pedas di sini. I tengok gambar-gambar di dinding restoran, even Tunku Mahkota Johor pun pernah datang makan di sini. Pernah juga mewarnai rancangan Jalan-jalan Cari Makan dan menjadi pilihan Singgah Sahur TV3. Tak salah kalau uolls pun nak mencuba juga. Di mana lokasi Asam Pedas Selera Kampung? Terletak bersebelahan dengan Pahlawan Walk Market di hadapan Menara Taming Sari. Cuma taklah betul-betul depan Menara Taming Sari tu, kena masuk deret kedai yang kedua kot. Betul-betul sebelah Pahlawan Walk Market.
Asam Pedas Selera Kampung
Address : No. G2, Jalan PM 3, Mahkota Square, Bandar Hilir, 7500, Melaka
H/P Number : 019-259 1899 / 019-254 1899
Tel / Fax : 06-288 1799
I order dua gelas je ye.
Sebelum balik singgah minum Coconut Shake dulu. Baru minggu lepas ke sini, minggu ini datang lagi. Kali ini order dua gelas terus.
p/s : Sabtu ni ke Pahang pulak berkenduri-kendara.
11 comments
sedapnya coconut shake...sampai 2 gelas ek order...hihihi...
wahh 2 gelas ka 4 gelas? hihii. untong la blh food hunting :D kmk riya ada pegi melaka. but never try the foods. just jalan2 cuci mata jak hihihi.
lama dah tak g melaka...last bila ek..? bulan 1 ,mungkin?
amboi...setiap minggu berjalan!
Salam, haha sedapnye makan asam pedas! Wow, terus order dua kali ni, klw aku xhabis rasenye..haha
as'salam..
melaka mmg famous dgn asam pedas..nak cri yg btul pure asam pedas mmg pyh..kne pegi tmpt yg btul..
fuhh terliuq plak tgok cik aisya nye pic asm pedas ni..nyum3.. ^,^
asam pedas antara makanan fav sis..:)
ye ke dua gelas? bukan empat gelas tu sekali ke :P hehehe
ish sweet couple ni ada ada aje hihuhi.
apa ni kak aisya.
thank u so much lah order 2 untuk qila sekali eh. hihuhihi
nak gak T_T
sedapnyaa asam pedas ^__^
Kak aisya tiap-tiap minggu jalan sakan ye..hahaha.. :) Nampak sedap gila "asam pedas tu". :) My favourite ..
wow asam pedas! ada ketam lak tu ish sedapnya :D
Restoran ni memang sedap dan lazat sebab saya pernah makan kat sini terbaik !!