20/12/2014

[Novel] The Lost World : Helmy Effendy

Okay, ambik masa yang lama nak habiskan novel ini. Ambik masa yang lama jugak nak story-story. Biasanya novel melayu I ambik masa beberapa hari je. Paling pantas satu malam, paling lambat pun tiga hari gitu. Tapi novel ini makan minggu jugak. Tambah pulak time Iolls busy. Memang tak mampu lah nak hadap lama-lama. 

Actually novel ni salah satu novel yang I beli masa Jualan Gudang Karangkraf tempoh hari. Ini semua gara-gara terpengaruh dengan entri blogger lain yang cerita ni nampak gaya macam best. So bila nampak terus ambik masuk basket dan bayar. 


The Lost World 
Helmi Effendy

Sinopsis The Lost World

Siapa sangka, percutian para pelajar Universiti Tun Dr. Mahathir ke Langkawi untuk menyiapkan assignment dirundung malang besar. Pesawat Boeing 777-300ER, penerbangan MH707 yang dinaiki mereka terhempas di sebuah pulau misteri. 

Afiq Zaki, Tengku Nizariff dan Ummu Habibah, tiga orang sahabat baik antara penumpang pesawat itu. Siapa sangka pulau itu menyimpan seribu misteri yang menanti untuk dibongkarkan mereka yang terselamat daripada nahas besar itu. Entah kenapa juga, tiada satu pun pesawat penyelamat tiba untuk menyelamatkan mereka daripad kegilaan ini. Akhirnya, memaksa mereka untuk meneroka dan menggunakan segala kemahiran ikhtiar hidup untuk kekal hidup. 

Di setiap inci pulak misteri itu, makhluk dari zaman prasejarah menanti mereka. Mampukah mereka keluar dari situ hidup-hidup? Siapakah yang akan terkorban nanti dalam menempuhi cabaran sebesar itu? Siapa pulak yang akan mengorbankan diri demi menyelamatkan insan yang disayangi?

First time I pandang tajuk novel ni, I terus teringat TV Series zaman I sekolah-sekolah dulu, Sir Arthur Conan Doyle : The Lost World. Bila baca, macam ada bau-bau bacang jugak nampaknya. Dinosaur, dunia asing yang misteri serta survival skills. Bagi I story line novel ni not bad jugak. Mungkin ada cedok sana situ sikit di mana-mana. Tapi at least ada kelainan di situ. Good job. 

Novel ini memang perlu bermain dengan imaginasi. Yela, benda yang kita tak pernah nampak akan kewujudannya. Contoh macam Dinosaur. Tak adanya kita tengok T-Rex melintas jalan guna zebra crossing. Bila terlampau banyak sangat bermain dengan imaginasi, ditambah pulak dengan plot yang kompleks buat I rasa novel ni jadi bosan. Banyak kejadian yang berlaku dan ada yang I rasa macam tak perlu kot untuk diselitkan cuma perlu olahan yang lebih halus lagi. So tak adalah story line plain sangat. Mendatar je. Perlu turun naik jugak. Amboi perempuan ni bercakap macam tahu, cuba tulis novel sendiri mampu ke tidak?

Oh dan satu lagi. Bila baca novel melayu, I sangat menitikberatkan bahasa. Bila mak bapa cikgu BM mungkin begini lah hasilnya. Bahasa tak best terus terbantut niat untuk selak helaian demi helaian mukasurat. Mungkin niat penulis untuk untuk menjadikan bahan bacaan itu lebih santai dengan penggunaan bahasa pasar tapi bagi I, ada sesetengah itu macam kurang sesuai untuk digunakan. Terlalu pasar pulak jadinya. Salute sebenarnya dengan penulis. Menulis novel The Lost World ini sudah semestinya memerlukan penulis untuk menggali dengan lebih dalam lagi mengenai makhluk-makhluk yang tidak lagi wujud pada zaman sekarang. Dinosaurs. Siap dengan description, dengan nama lagi. Hebat. Alah, kalau dia auta pun bubuh nama-nama dinosaurs bukannya Iolls tahu pun. Malas nak Google wujud ke tidak kaedahnya. Cuma ada certain part I rasa macam garam terlebih. Masakan yang sedap akhirnya menjadi masin. Terlebih sudah di situ. 

Tapi kan, yang paling I suka adalah nilai semangat setiakawan yang diterapkan di dalam novel ini. Zaman sekarang ni, wujud lagi ke insan seperti Afiq yang sanggup berkorban apa sahaja waima nyawa sekalipun demi menyelamatkan rakan-rakannya? Zaman moden mungkin nyawa itu tak praktikal untuk kita jadikan contoh, tapi fikir-fikirkan lah. 

p/s : Novel ni best cuma awal-awal tu macam hmm.. susah nak cakap. Tapi bila dah hujung tak boleh tutup pulak. Harus baca sampai mukasurat terakhir. 

7 comments

12/20/2014 12:03:00 pm

as'salam cik aisya...

lost world..?bahasa melayu ke english novel tu?huhu perlu ke tajuk guna bahasa lain... =_= heeee
tp mcm menarik jalan cerita ^,^

12/20/2014 12:56:00 pm

tulis novel camni kena ada daya imaginasi yg tinggi ...

12/20/2014 04:44:00 pm

nampak menarik :) biasa suka baca novel RAM kalau novel Melayu, ada kelainannya

cuba mencari novel Melayu yg tak terlampau klise. tak larat nak baca Fixi sbb kurang gemar dengan bahasa yg digunakan, terlampau santai kebanyakannya.

12/21/2014 01:06:00 pm

review mcm best je.. cuma skrg nk baca novel xcukup masa. kena tunggu cuti

12/21/2014 04:13:00 pm

jarang baca novel Melayu, but this one nampak cam ada kelainannya..

12/22/2014 09:27:00 am

Masa bc sinopsis mcm best.. Tp ulasan pasal buku tu mcm kurang best.. So, sy xnak bc buku ni.. Hahaha

12/23/2014 09:28:00 pm

@Haruno Hana 하나
rupanya bukan sy sorang je fikir mcm tu ye. hehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...