Dalam kesibukan hujung tahun yang melanda, drama korea memang tak pernah dilupakan. Sebab I ni jenis yang kurang tengok TV. Percayalah, I tengok tv time berita pukul 8 malam sekejap and date dengan tv kalau ada perlawanan bola secara langsung. Tengok bola pun selalu teman housemate I jugak. So selebihnya I guna untuk novel, blog dan juga drama korea. Biarpun sekarang macam banyak tertinggal je keretapi drama korea I ni. Busy tak sempat nak catch up.
Alah, sibuk pun sempat jugak I tengok drama korea baru. Actually tak adalah baru sangat kalau dah namanya tertinggal keretapi. I tengok drama ni sebenarnya tertarik dengan sinopsis drama tersebut. Macam lain je dari yang lain.
Sinopsis Mr. BaekChoi Go Bong (Shin Ha Kyun) merupakan seorang Chairman di sebuah syarikat perhotelan besar yang berumur 70 tahun. Dia juga terkenal dengan sikapnya yang tamak dan pentingkan diri sendiri. Namun pada suatu hari, dia berubah menjadi seorang pemuda yang berusia 30 tahun dan menamakan dirinya sebagai Choi Shin Hyung. Takdir telah menemukan Choi Shin Hyung dengan Eun Ha Soo (Jang Nara) yang juga merupakan pekerja baru di hotelnya. Dia, jatuh cinta pandang pertama terhadap wanita itu.
Satu benda yang I sure dengan drama ini adalah, kelakar. Ada part terpaksa tahan perut biarpun tahu perut takkan jatuh bergolek atas lantai hanya semata-mata kerana gelak. Lagi-lagi part Choi Go Bong masih dalam keadaan sukar untuk mempercayai rupa fizikalnya yang baru. Bila orang tua tiba-tiba bertukar menjadi muda semula, apa lagi kan. Bukan main poyo lagi. Berlagak dia muda semula. Ha, kalau nak tau macam mana dia boleh bertukar, itu kena tengok sendiri lah ye.
Choi Go Bong dan Choi Shin Hyung
Heroin drama ni pulak, mula-mula I serius tak perasan yang pelakon tersebut adalah Jang Nara. Dulu I suka tengok drama My Love Patzzi. Masa ditayangkan di TV3 dulu, bukan main tak sabar nak balik sekolah tengok drama tersebut. Dalam drama Mr. Baek ni nampak macam lain sangat pulak. Sebab tu tak cam. Oh ya, Lee Joon juga turut berlakon dalam drama Mr. Baek sebagai anak kepada Choi Go Bong.
Tengok 5-6 episod ni so far okay je. Kelakar. Lagi-lagi dengan karenah dan ragam Choi Go Bong / Choi Shin Hyung. Kadang-kadang rasa macam menyampah pun ada jugak. Dah macam Haji Bakhil pun ada jugak. Uolls kalau nak santai-santai, apa kata try tengok drama ni dan perhati gelagat Choi Go Bong. Uolls tak nak gelak pun ada part rasa macam kena paksa gelak pun ya jugak.
Tonton Online Mr. Baek
Download Mr. Baek
p/s : ada satu lagi drama yang tak start tengok lagi ni. Tak apa, minggu ni cuti dua hari boleh cover drama korea yang banyak tertinggal. Hiks
6 comments
kurang minat dengan drama korea..apa pun nice review..kalo dah minat nak review pun rajin je kan..hehe..VIDEO LELAKI MINTA TELAN ULAR HIDUP-HIDUP GAGAL
Wah teringin nak tengok..tq la kasi link download
Jemputlah ke blog saya #projek2ribu
setakat ni memang tak layan sangat mana-mana drama korea....hehehe
good one dear :)
thank you for the post. hihi.. lepas ni nak gelak2 boleh tengok
okay..nampak menarik drama ni..
citer apa ni............