22/02/2015

ABC Cornetto di Pantai Merdeka

Kisah Pantai Merdeka Part II (Part I boleh baca di SINI)

Kelewatan pulak untuk menyambung semula kisah di Pantai Merdeka. Seperti yang dijanjikan di dalam entri lepas, I nak story-story tentang 'sesuatu'. Ada yang tertunggu-tunggu ke kisah 'sesuatu' itu? Er, mungkin tidak.

By the way bagi yang bertanya di mana letaknya Pantai Merdeka ni, Pantai Merdeka letaknya di Kedah. Lebih tepat, Kota Kuala Muda. Er, ini hasil google lah. Kalau salah tu betulkan lah ye.  Tak official lagi ada kampung kat Kedah so I is kurang tahu.  Tapi kan, hasil usaha mengoogle ni boleh jadi satu hari nanti I akan lebih tahu daripada En. Barney. Oh terima kasih teknologi, terima kasih pakcik google. 

Kesinambungan dari entri yang sebelum ini, weolls tiba di Pantai Merdeka dengan perut yang kosong. Iye lah sebelum ni memuaskan tekak dengan Laicikang Buah. Tapi  sampai-sampai tu tak cari makanan terus, puaskan mata tengok view cecantik dulu baru cari makanan. 

Dah puas cuci mata dengan angin laut, ke medan selera lah tujunya. Terima kasih lah En. Barney kerana sanggup berlapar setengah hari melayan ragam dan perangai Iolls. Jalan-jalan dari satu gerai makan dan ke gerai makan yang seterusnya, I dan En. Barney perasan something yang weolls tak pernah jumpa di tempat lain sebelum ni, ABC Cornetto!


Rata-rata gerai makan di Medan Selera sini jual benda yang sama which is ABC Cornetto cuma presentation je berbeza antara satu gerai dengan gerai yang lain. I dan En. Barney pilih satu gerai ni I memang teringin nak makan something, something tu I cerita di lain entri. Sekarang fokus pada ABC Cornetto dulu. 

Bukan main tinggi lagi ABC Cornetto di sini tau. Mula-mula pelayan tu hantar, En. Barney dah pening nak makan macam mana ni? Tak melimpah ruah ke nanti? 


Nasib baik order satu je. Itu pun dua orang yang kelaparan tak mampu nak habiskan. Kalau order dua lagi bermaharajalela lah pembaziran di situ. 

By the way, cakap pasal aiskrim cornetto ni kan. Kalau tak kerana aiskrim cornetto, orang tu mungkin takkan jadi tunang Iolls sekarang. Aiskrim cornetto punya pasal. Hiks. 

Oh, tak habis lagi tau cerita makan-makan di Pantai Merdeka. I sambung next entri. Gara-gara hujung minggu yang penuh dengan makanan ni lah habis diet Iolls. Turun 2 kg dalam masa 2 minggu kemudian sekelip mata naik 1 kg dalam masa hujung minggu. Ayam golek sungguh. 

p/s : Area KL / Selangor ni ada ke ABC Cornetto?

15 comments

2/22/2015 12:22:00 pm

TT_TT
mampu nangis je

2/22/2015 02:33:00 pm

omg besar gilaaaa abc! and cornetto tu! macam bestttt! >_<

2/22/2015 03:42:00 pm

hahaha..rasa pernah mention cerita adegan merajuk kena pujuk dengan aiskrim cornetto tu...

tak pernah jumpa lak kat kl/selangor.aiskrim pasu bunga banyaklah.

Anonymous
2/22/2015 03:52:00 pm

saya pun suka makan aiskrim cornetto tapi perisa vanilla,saya dah follow blog ini kalau sudi singgah dan follow blog saya balik,terima kasih

2/22/2015 04:10:00 pm

1st time tgk ABC cornetto. tp btol la. tggi btol. camne nak mkn???

2/22/2015 06:15:00 pm

tak pernah dgr lagi ABC cornetto.. hehe.. besar gila serving dia.

2/22/2015 07:05:00 pm

Uihhh apa tinggi nor bukit abc nya? Tgk pun dah rasa tercungap cungap nak habiskan O.O

2/22/2015 07:41:00 pm

@aswadz
trick dia kena cucuk2 dengan straw tu biar cair.. huhu..

2/22/2015 10:04:00 pm

Salam. Hee ckp psl aiskrim cornetto tiba2 sy teringt dpt 4 iphone.

2/23/2015 01:17:00 am

satu penemuan baru..abc Cornetto..nampak macam sedap je!

2/23/2015 04:21:00 pm

tak pernah makan ni..mcm syok je

2/23/2015 11:38:00 pm

wowww..biase tgok buh askem tp ni
siap buh cornettoo (sekali dgn kon dierr) tuu..haha

2/24/2015 01:54:00 pm

pehh...ok ni 1st time baru tau kewujudan ABC cornetto..haha;p

2/24/2015 05:51:00 pm

Wow ! Ganas gila ABC dia. :D

2/27/2015 09:19:00 am

wohhhhh. tinggi gile abc dia. terpacak pulak cornetto dekat situ. Hahaha. memang makan sorg tak habis ni.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...