Macam biasa, hari ahad adalah hari Iolls ber'koreanthon'. Maksudnya, seharian menghabiskan drama korea. Dari satu episod ke episod yang seterusnya. Memandangkan semalam I dah habiskan saki baki episod drama Pinocchio dan Pride and Prejudice, so tiba lah masanya untuk klik Episod 1 untuk drama baru pulak. Oh currently dalam stok Iolls ada dua drama baru. Cuma baru sempat untuk tengok drama yang ini.
Sinopsis Kill Me, Heal MeKisah romantik komedi di antara Cha Do Hyun (Ji Sung), generasi ketiga keluarga billionaire yang menghidap Dissociative Identity Disorder (DID) dan Oh Ri Jin (Hwang Jung Eum), pelajar psikiatrik tahun pertama yang secara rahsia telah menjadi doktor psikiatri peribadinya.Cha Do Hyun mengalami masalah daya ingatan dan mempunyai 7 personaliti berbeza, berpunca daripada pengalaman zaman kanak-kanak yang meninggalkan kesan trauma. Dia cuba untuk mengawal dirinya dan menyekat kemunculan personaliti-personaliti yang lain. Khusus personaliti jahat bernama Shin Se Gi.
Apa yang menarik perhatian Iolls dengan drama ni bila baca sinopsis yang watak utama ada 7 personaliti. 7 manusia yang kononnya berbeza tapi berkongsi satu badan. Macam menarik je. Selalunya cerita love story yang plain macam tu aje. Tapi yang ini, bila salah satu personaliti tu dah jatuh cinta. Nak dijadikan cerita, personaliti yang jahat pulak tu.
Shin Se Gi / Cha Do Hyun
Setakat ni dah tengok dalam 5-6 episod rasa macam so-so je lah. Tak adalah nak "Wow!" sangat pun. Tapi nak kata tak best tak jugak. Bagi Iolls lebih kepada menarik. Elok-elok keluar dating, tetiba berubah menjadi orang lain. Eh, itu contoh eh.
Salute lah dengan hero utama dalam drama ni. Mampu untuk memegang 7 watak berbeza dalam satu drama. Cuma I geram sangat nak tahu, apa yang menyebabkan Cha Do Hyun ni mempunyai multiple personality? Oh soalan tu memang tunggu dah tengok sampai habis baru dapat jawapan.
Download Korean Drama Kill Me, Heal Me
Tonton Online Korean Drama Kill Me, Heal Me
p/s : Ada satu lagi drama yang lebih kurang je dengan yang ini. Tapi tak start tengok lagi.
5 comments
Dah lama tinggalkan cerita Korea..last tengok masa berpantang Aniq dulu.. dekat 2 tahun dah..haha..
Bagus jwak jalan cerita tok. Kamek bok ari tok layan cerita korea. IPG bok unblock. Start ngan cite pinocchio. Roommate kamek madah kacak.
Read my latest entry : Rutin Penjagaan Wajah Jazz Lover
dah lama tak tengok korea drama...sebab masih tak puas tengok dvd flowers boy walaupun dah berpuluh puluh kali tengok tetap tak puas :-D
Mesti tgk tok klk.. Agik2 jisung berlakon. ;D lakonan nya duak tok agik eh lepas Secret ;D
rajin benar tgok drama korea ni ye..hehe