27/01/2015

Makan-Makan @ Restoran Ayam Penyet-Ap, KL Festival City

KL Festival City. Oh tu memang port dating. Eh eh. Dulu lah mungkin, sebab tak ramai orang. Cari parking tengahari buta nak bolot dua petak parking pun no hal lah. Tengok wayang? Pun still sesuka hati lagi pilih seat biarpun beli on the spot, tak perlu nak beli online sehari dua awal. Tapi sekarang? Dah mula jenuh pusing 1-2 round, panjangkan leher tercari-cari kereta mana yang nampak cahaya putih tanda nak reverse. 

Kejap. Tadi I nak story pasal makan-makan rasanya tapi boleh terlupa pulak. 

Anyway, kadang-kadang kalau ke sini boleh pening kepala fikir nak makan di mana. Padahal banyak je choice rasanya. Boleh kata tak sampai seru lagi lah. Cuma Nando's je lah mungkin tidak akan menjadi destinasi makan-makan. Pernah makan sekali masa training kat office dan balik je rumah habis merah-merah satu badan nampak macam ruam. Mungkin adalah tu I termakan sesuatu yang I tak boleh makan. Dua minggu gatal-gatal, taubat. Tak nak makan dah. 

Eh kejap. Tengok menyimpang lagi!

Okay, kali ini betul-betul tak menyimpang punya lah. Sebenarnya I dan En. Barney tak pernah try dan tak pernah teringin nak makan-makan di Ayam Penyet AP ni. Mungkin sebab dah bosan agaknya balik-balik Sushi King, The Chicken Rice Shop, Subway, Seoul Garden dan apa-apa lagi lah tempat makan merepek-merepek di KL Festival City tu. Jadi apa kata kita try makan di Restoran Ayam Penyet AP pulak. Macam senang je jumpa restoran ni di mana-mana tapi tak pernah jejak kaki pun. 


Kalau dah nama pun Restoran Ayam Penyet memang tak lah nak cari Ayam KFC kat sini kan? Memandangkan time tu dah hampir pukul 3 petang, otak dan akal tak mampu berfungsi, kekurangan makanan dan tenaga kaedahnya jadi kita order je apa yang nampak dek mata. AYAM PENYET!


Cuma kat sini tak ada lah satu set ayam penyet sekali dengan nasi. Ayam Penyet order lain, nasi putih pulak order lain. Alah, main conteng-conteng number atas kertas ala-ala di Old Time White Coffee tu. Ha, pendekatan yang sama. 

Ayam, so far so good. Kalau sambal tu pulak, I adalah manusia yang tak tahan pedas so confirm I akan cakap benda tu sangat pedas. Tapi menurut En. Barney, kepedasan itu masih lagi tidak mampu untuk melawan kepedasan sambal di Wong Solo. 

Telur, Tempe & Tauhu Penyet

I order yang ini sebab dah sedia maklum yang En. Barney ni pencinta tempe orangnya. So, bagi lah dia makan lebih sikit. I pulak ambik tender habiskan tauhu. Nak buat macam mana kalau dah si tunang tak reti nak makan tauhu kan. Nak biar membazir pulak. 



Boleh rujuk gambar di atas kalau nak tahu menu apa lagi yang boleh didapati di sini. Air Iolls tak sempat pulak snap. I order chocolate dan En. Barney pulak mango. Siap ada pearl lagi tu tau. Sayang pulak tak ada gambar. Sebabnya En. Barney dah tadah tangan baca doa. Petanda manusia lapar. 

Bila I tanya En. Barney puas hati tak makan di sini, dia angguk. So lain kali boleh datang lagi. Sebab I teringin pulak nak try Bakso di sini. Macam yummy je. 

p/s : Tapi part yang paling I suka adalah Crispy Bits. Bertemankan ayam sedap yang dimakan panas-panas pulak. Alahai. 

15 comments

1/27/2015 09:42:00 am

sedap juga Ap ni..tapi I suka Wong Solo lagi.

1/27/2015 09:48:00 am

selalu pergi kl festival tapi tak pernah try lagi makan situ hehe

1/27/2015 09:53:00 am

Makan sakan ye , pastu mengembang pening kepala. Hahahaha. :P

1/27/2015 10:40:00 am

sambal dekat wang solo memang pedas gila. kita pernah nampak restoran ni tapi tak singgah pun masa jenjalan dekat mid valley kuantan. hehe :D

1/27/2015 11:30:00 am

sdapnya..:)

1/27/2015 02:18:00 pm

Murah-murah harga nak pakey makan cia. Best eh.

Read my latest entry : Rutin Penjagaan Wajah Jazz Lover

1/27/2015 03:19:00 pm

harganya berpatutan..yan pun tak suka pedas...boleh cuci perut dibuatnya....:-))

1/27/2015 05:05:00 pm

sedapnya..pedas2 la sedap..hehhe..tak tahan pedas sebab perut sakit ke atau lidah yang tak tahan?

1/27/2015 05:06:00 pm

Wah feveret kita tu ayam penyet. Tp, xpernah lg singgah sini. Next time boleh la try. hihi
Jemput singgah : fatihahazanan.blogspot.com

1/27/2015 09:51:00 pm

@Diana Rashid
dua2 tak tahan. hahaha

1/28/2015 02:57:00 am

hihiii ap mmg ramai peminat tp qila tak pernah try hiks xD

1/28/2015 07:30:00 am

as'salam..
yaya pun pernh makan..sekali je la..kurang sikit rase..tu sekali je la mkn..hehe

1/28/2015 09:39:00 am

ohh..lapar....

1/29/2015 04:19:00 pm

akak suka makan kat sini kalau pegi KL Fastival.macam-macam dah rasa.

Aisya dok arae mana ni?

2/07/2015 08:39:00 am

@IbuNoey
subang akak. tp tunang sy duduk area gombak.. tu yg melencong smpai ke sini. hehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...