Sabtu lepas, En. Barney dengan sukarela bawa Iolls ke PBAKL 2015 di PWTC. Siap dia yang offer sendiri, nak pergi PWTC. Sebab apa tak banyak songeh? Sebabnya I cakap, nak beli novel untuk bakal mak mertua dia. Cuba kalau cakap, nak beli novel untuk diri sendiri. Karangan pidato 1000 patah perkataan, lengkap dia bagi.
Actually hari tu memang nak ke KL pergi cari barang-barang hantaran. Alang-alang menyeluk pekasam, singgah lah sebentar ke PWTC. Macam biasa kalau di PWTC untuk events begini, tempat letak kereta confirm lah Hentian Putra. Seberang jalan je pun.
Belum masuk PWTC lagi dah nampak budak sekolah di mana-mana. Bertuah sungguh bebudak sekarang eh. Semua macam jatuh dari langit aje. Zaman Iolls kecik-kecik dulu, memang tak ada lah nak tengok pesta buku begini. Pergi apatah lagi. Dah besar panjang ni baru berpeluang. Itu pun kena soal siasat dulu dengan Pak Supir.
Masuk aje terus cari Dewan Tun Dr. Ismail. Sebabnya nak ke Karangkraf. Malas nak bersesak-sesak cari booth lain. Karangkraf senang, satu dewan terus ha. Tak payah pening-pening kepala dah. Iolls ni kalau dah tempat sesak begini, tendency nak transform jadi naga tu tersangat lah tinggi. Rimas!
Tapi kali ini nak borong novel di Karangkraf untuk PBAKL tahun ini sangat-sangat tak best! Tak tersusun dan tak sistematik langsung. Confusing. Tapi part Iolls paling hangin, ada seorang novelis ni. Kat tempat novel dah cantik tersusun untuk dijual, kat situ jugak lah buat sesi autograf dengan peminat. Eh, orang bukan nak beli dia pun. Orang datang nak beli novel. Setahu I, memang ada pun disediakan meja untuk sesi autograf bagai ni. Tapi kat timbunan novel tu jugak lah dia nak menempel sign novel peminat. Aik, takkan tak dapat slot kot?
Itu kes novelis dan sesi autograf tak berdaftar. Belum pengunjung lagi. Rata-rata yang datang, mengikut pemerhatian Iolls bukannya membeli. Tapi lebih kepada menyembang. Yang survey novel, yang pegang novel or yang bawa bakul penuh buku dan novel segelintir je pun. Alahai cik akak sekalian, nak buat mesyuarat tingkap jangan datang pesta buku. Baik duduk lepak kat kedai mamak. Eh lupa pulak, kakak makcik reti pulak lepak kedai mamak semata nak bergosip. Jatuh lah standard kan.
Tak apalah, fikir positif je. Biasalah awal-awal lagi so mungkin banyak lah salah silap kelam kabut sana sini. Tu pasal caca marba je rupa gayanya. Iolls pun pergi second day pulak kan. Saban hari mesti ada penambahbaikan yang dilakukan.
Tapi dalam tak puas hati Iolls tu, borong tetap borong jugak. Sebab Mak I dah pesan cari novel yang latest so I grab aje yang package novel bulan April and Mei. Senang cerita. Memang tak baca sinopsis langsung lah. Sebabnya memang bukan Iolls yang nak baca. Beli pun untuk Mak je. Tapi sambil-sambil tu tumpang baca lah jugak. Itu pun kalau Iolls ada hati nak baca. Sekarang ni nak baca novel melayu tu rasa payah sangat pulak.
Total ada 8 buah novel tapi ada certain yang Buy 1 Free 1 so ada lah beberapa buah novel extra lagi. Nasib baik semuanya rasa-rasa macam tak ada dalam simpanan Mak.
Tengok-tengok novel ni semua rasa rindu pulak nak membaca. Tak ada masa langsung sekarang ni ha. Itu pasal makin hari makin stress, Tak dapat terapi. Katanya. Pfft.
p/s : manusia semakin hari semakin terlupa untuk bersyukur.
9 comments
banyak nya borong...kali ni Sally tak sempat nak g sbb clash masa laa...haihhh...ingat nak serbu Karangkraf jugak...haigooo~
banyaknye borong
mak ai , borong sakan tu ... 1 mei ni mesti penuh org kan ...
Alahai jelesnyer kat u olls yg dapat pergi! huhu!
Salam. Hee rajinnya beli buku ;p
sampai bile yea?ade x buku leje press?
jealous nye!!! teringin nak pergi tapi takde siapa nak bawak ..hukhukhukhuk.
Mmg rambang mata bila tgk novel bnyak..huaaa
xpernh lg p psta bku kt pwtc...