Whatsapp Web. Iolls pun baru tahu semalam. Tu pun tahu dari colleague. Tengok macam rancak sangat berchatting kat office. Bila ditanya tengah buat apa, dia jawab whatsapp dengan member. Tapi I tengok leka sangat mengadap laptop, tak pegang phone langsung pun. Dalam hati, biasa lah kalau staff IT department ni mesti ada cara dia kot. Lagi-lagi yang specialized dalam bab-bab software and application. Mungkin ada benda yang dia install kat laptop lah tu kot.
Tak puas hati punya pasal, so I tanya lah macam mana boleh reply whatsapp kat laptop. Time tu lah baru I tahu kewujudan whatsapp web. Ok fine terlambat pulak keretapi.
Disebabkan tak menyempat nak try test kat office. Balik rumah cepat-cepat on laptop and buka whatsapp.
1. Click Whatsapp Web
2. Kat laptop pulak, pergi ke website; https://web.whatsapp.com/
3. Scan QR Code
Finally window seperti di atas akan muncul. Lepas tu uolls boleh lah sambung whatsapp kat laptop pulak. Tapi dengan syarat, phone perlu ada internet connection.
Kalau kat office, tak nak nampak sangat selalu pegang handphone boleh lah guna Whatsapp Web. Tak pun masa tengah cas phone kan. Lagipun lagi syok nak menaip. Meminimumkan typing error a.k.a typo dek kerana autocorrect yang terlebih pandai.
p/s : mula-mula sekali tengok ingatkan Skype, Whatsapp rupanya.
6 comments
try teruss haha. tq for the info
for iphone sik dapat huhu
tau psl ni dah lama. tp xde rasa nak guna pun.
tengss for the tips,sis..:)
ala bru nak try..phone xde intrnet pula..huuu >,<
Feature ni memang best. Dah merebak kat office dulu.. Ahaks..