Masih dalam mode SUPER BUSY.
Dah hampir sampai ke garis penamat fasa ini.
Settle apa yang patut untuk fasa yang berikutnya.
Sila tunggu sehingga selesainya semua urusan rasmi.
Rasmi? Eh!
Ada yang rindu Cik TengTeng tak?
Allah menciptakan cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baiknya cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta.
Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin beserta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah
Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, benarkan Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan?
Pada tahun 1531 - Saifudin yang sudah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi hari tuanya dengan menghambakan diri kepada ALLAH dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa. Berjayakah Saifudin menewaskan mereka?
- Kucing mampu mencari jalan pulang ke rumah dengan menggunakan medan magnet bumi, matahari dan jugak biological clock mereka sendiri.
- Kucing yang berumur setahun bersamaan dengan manusia yang berusia 18 tahun.
- Kucing boleh merasa benda-benda yang manis.
- Kucing tidak akan makan makanan yang tidak boleh dihidunya. Terdapat 17 juta sel saraf pada hidung kucing membolehkan kucing mengesan bau yang ada disekelilingnya.
- Indoor cat mempunyai jangka hayat yang lebih lama berbanding outdoor cat. - Cik TengTeng tu kucing indoor. Kalau buka pintu luas-luas pun dia keluar sekejap nanti dia pandai masuk balik. Takut la tu.
- Banyak benda yang kucing tak boleh makan. Contohnya seperti chocolate, avokado, morning glory yang beracun jika dimakan oleh kucing dan boleh membawa maut.
- Kucing jantan tiga warna adalah sangat-sangat jarang. Untuk setiap 3000 kucing tiga warna yang lahir, hanya seekor sahaja yang jantan. - Chipmunk sendiri pun tak pernah bela kucing tiga warna yang jantan.
- Misai kucing adalah organ deria yang memberi maklum balas tentang jarak sesuatu objek yang berhampiran.
- Kerajaan England membela beratus-ratus kucing dengan tujuan menjaga bangunan agar bebas dari haiwan-haiwan seperti tikus.
- Gunakan penyapu sekiranya anda terpaksa memisahkan kucing-kucing yang tengah bergaduh. - Chipmunk selalu siram air je. Kalau guna penyapu, takut terkena badan kucing tu.
Bulan madu Aireen hanya bertahan seketika apabila ijab dan kabul seakan-akan termeterai tiga bulan. Akhirnya, lima tahun dia ditinggalkan dalam gerhana. Wanita mana tak meradang, hati mana yang tak sengsara?
Pertemuan semula terjadi tanpa diduga. Shahir kembali demi memburu sekeping hati sedingin iceberg! Sayangnya, pujukan itu hanya dipandang sepi. Langsung tiada erti!
Dendam Aireen bukan satu mainan. Dia tegar mengalihkan cinta pada lelaki lain. Biar Shahir merana. Biar padan muka dia!
Bagi Shahir pula, cintanya terhadap Aireen adalah yang pertama dan terakhir. Walaupun rajuk isterinya panjang berjela, dia tidak mungkin sesekali mengalah!
Mungkinkah kesabaran sebagai seorang suami akan kecundang akhirnya?
Ada jugak entry makan-makan dan jalan-jalan. Kot-kot la siapa berdekatan yang tak pernah try atau pergi lagi ke tempat-tempat yang adik Hana ceritakan ni, boleh la mencuba lepas ni kan.
Tak lupa ada Freebies dan Tutorial. Kalau siapa-siapa yang kebetulan tengah cari tutorial yang ada kat blog adik Hana ni boleh la terjah. Nak ambik freebies tu pun boleh, yela dah nama pun freebies kan.
Ni baru sikit tau. Tu pun untuk bulan April je. Tak tengok lagi bulan-bulan lain khususnya bulan baru ni. Nak tengok entry apa lagi yang best, jom la ramai-ramai kita terjah adik Hana. Tapi before tu baca entry Alert : For Muslim ni dulu. Klik SINI untuk ke blog Haruno Hana.