28/02/2015

Lata Sempeneh, Batu Kurau

Ohh ini cerita last weekend sebenarnya. Kalau beberapa minggu lepas I ikut En. Barney balik kampung kat Sungai Petani, kali ini dia ajak Iolls balik kampung belah mak pulak. Balik sebab nak attend kenduri saudara dia lah. Siapa punya kenduri I is tidak tahu. Lupa pulak nak tanya En. Barney hari tu. 

Memandangkan sekarang dah start musim panas, hujan pun dah malu-malu kucing nak turun jadi lepas kenduri tu En. Barney ajak ke Lata Sempeneh. Kalau naik kereta dalam 5 minit je pun. Maka I terpaksa redah dan redha lah siap dengan baju kebaya pink dengan wedges 4 inci itu. Macam tak biasa. Pergi Cameron Highland orang pakai baju lapis-lapis, dia selamba badak pakai baju kurung. Oh ke Teluk Chempedak pun sama, siap dengan skirt dan wedges tinggi naik batu besar tepi pantai. Lepas ni nak letak satu selipar dalam kereta En. Barney senang sikit nak beroperasi kalau ada lawatan-lawatan ad hoc sebegini. Kesian wedges I, jauh betul berjalan, mandi air sungai mandi air laut semua pernah. Sobs. 


Nak kata ramai yang datang sini, tak adalah ramai sangat macam Sungai Gabai tapi tak adalah sunyi sangat. Oh parking kena bayar dalam RM1.50. En. Barney bagitau last dia pergi tak bayar parking pun tapi itu pun entah kurun ke berapa. 


Bajet konon-kononnya perempuan melayu terakhir lah pergi main air sungai siap berbaju kebaya bagai? Tak usah berangan lah wahai perempuan. Pfft.


Air tu tak payah cakap lah, memang sejuk! En. Barney cerita, orang-orang kampung kat sini tak ada nya air paip macam kat rumah kita ni ha, semua air sungai. Mula-mula I tak percaya. Bila Pakcik En. Barney cerita, setiap bulan kena bayar RM1 je untuk bil air, I pun "Oh, okayyy". Itu lah, siapa suruh rajin menipu mengusik lagi. Memang tak lah orang nak percaya apa dia cakap. 

Konon nak test camera baru tapi tak reti. Kbai


Bulatnya muka orang depan ni. Ingatkan bola. Eh





I rasa En. Barney tu kalau ada baju spare dalam kereta confirm dia dah terjun. Muka jealous je bila tengok adik dia mandi sungai. Tapi jangan kata En. Barney, I pun geram nak terjun sekali .Dah la sejuk, jernih pulak airnya. Tak apa, next time boleh datang lagi. InsyaAllah. 

p/s: Tapi tak suka sangat kalau mandi air sungai. Prefer mandi laut. Hiks.

26/02/2015

Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman

Salam Buku!

Eh, ada ke Salam Buku..? Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman ni Sally adakan sempena dengan kehadiran entri Vintage Book Marker yang Sally pernah tulis beberapa minggu yang lepas dan sebagai pendorong supaya anda semua rajin membaca macam Sally (ihikkss), Sally nak bagi Vintage Book Marker ni kepada mereka yang bertuah.

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2015/02/vintage-book-marker-giveaway-by-sally.html


Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sister's Closet
  2. Buat satu entry bertajuk Vintage Book Marker Giveaway by Sally Samsaiman.
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
  5. Sally akan gunakan khidmat Tangan Ajaib Sally (manual) untuk pilih 6 orang blogger (3 Vintage Book Mark + 3 Regular Book Mark)...
  6. Segmen ini akan berlangsung dari 23rd February - 28th February 2015 (11.59 pm waktu Malaysia) 
(Jika anda tiada mana-mana medium sosial media diatas, anda masih lagi boleh menyertainya)

Vintage Book Mark
Regular Book Mark

Tak payah nak save the date sangat.

Nak tetap tarikh kahwin pun dah pening kepala.
Belum lagi benda remeh sebesar zarah.
Payah betul jadi manusia cerewet ni. 

Dapat angpau lagi. Weeee

Alhamdulillah tahun ini murah rezeki dengan angpau CNY.
Bagitau En. Barney, rezeki orang nak kahwin.
Bukan main gelak besar pulak dia. 

p/s : Cuaca panas macam ni kena restock Air penyejuk badan cap badak, cap kaki tiga segala macam cap tu lah. Puteri lilin pulak. Sigh.

25/02/2015

Wordless Wednesday : Oishi Green Tea


24/02/2015

Mee Udang & Mee Ketam di Pantai Merdeka

Kisah Pantai Merdeka Part I (SINI)
Kisah Pantai Merdeka Part II (SINI)

Dan ini adalah Kisah Pantai Merdeka part III, dan juga part yang terakhir untuk sesi jalan-jalan makan angin dan melantak masa ikut En. Barney outstation di kampung halaman dia tempoh hari. Dah puas jalan-jalan sambil hirup udara segar tepi laut, mari kita mencari makanan untuk perut yang dah sedia berlagu keroncong. Tengok-tengok gitu aje menu di gerai-gerai medan selera Pantai Merdeka ni, Then mata cepat je menangkap sesuatu. Mata I ni boleh tahan cekap jugak, lebih-lebih lagi bila scan perkataan promotion di pasaraya seperti Giant, Tesco dan sewaktu dengannya. Pantang nampak perkataan promotion. Cuma kalau cari orang di tempat public yang sesak, I is failed. Kalau nak scan mamat-mamat handsome pun boleh tahan cekap jugak tapi itu zaman uni dulu lah. Bila dah ada En. Barney, function untuk scan mamat handsome tu dah berkarat. Tak digunapakai dah. Eh alamak, kita cakap pasal makanan tadi kan macam mana boleh melencong ke mamat handsome pulak ni?

Berbalik semula ke kisah asalnya. I ternampak di satu gerai ni ada tertulis besar-besar siap bold lagi, perkataan Mee Ketam. I kan dari zaman penjajahan Portugis lagi dah teringin nak makan ketam so apa salahnya sekali sekali memuaskan nafsu makan dan tekak melantak mee ketam dah alang-alang ada kat sini. Bold dan zaman penjajahan Portugis - over lah perempuan ni. 


Ha kat sini lah weolls order ABC Cornetto yang tinggi menggunung tu. Dah alang-alang ada Mee Ketam dan Mee Udang sekali. I order Mee Ketam, En. Barney pulak dengan Mee Udang. 


I tak rasa pun Mee Udang ni. Sebab alergik so hirup kuah pun I tak berani. Tapi En. Barney bagitau dia puas hati. Udang pun banyak dan besar. 


Akhirnya, dapat jugak tekak Iolls ni makan ketam dan dapat jugak perut ni menghadam Mee Ketam yummy. Cuma ketam tu macam kecik sikit lah tapi isinya padat dan yang paling syok isi ketam tu manis. 

Disebabkan terlalu lapar agaknya, Mee Udang sepinggan tak cukup untuk En. Barney. Dia order lagi sepinggan Char Kuey Teow. Kesian tunang I, terasa diri ni macam kejam pulak kejap biarkan dia kebulur sepetang. Ampun tuan hamba, lain kali hamba buat lagi. Hiks. 

Mee Udang sepinggan, Mee Ketam sepinggan dan Char Kuey Teow sepinggan. Tambah lagi ABC Cornetto, total semua kalau tak silap RM40. Mee Ketam dan ABC Cornetto sahaja pun dah buat I rasa full sampai tak boleh bercakap. Yela, mata dah mengantuk sebab kenyang yang amat. 

p/s : Naik 1 kg, punah semua diet. 

23/02/2015

[English Novel] The Body in the Library - Agatha Christie

Target 8 buah novel dalam masa 3 bulan dah makin hampir tercapai. Dan novel keenam adalah sebuah novel klasik karya seorang novelis legend, Agatha Christie yang juga dikenali sebagai The Queen of  Mystery. Oh sebelum tu, nak recap novel-novel yang dah dibaca dalam masa dua bulan ni. For record purposes katanya. Iyelah, tak adalah kena perli setepek dengan En. Barney lagi. Hiks. 


Actually, I dah tahu pun kisah The Body In The Library sebenarnya. Tapi saja baca lagi. Lagipun I beli 3 buah novel Agatha Christie plus 1 companion guide dengan harga RM20 je di Big Bad Wolf December lepas. Oh kalau En. Barney baca entri ini, specific lagi perenggan ini confirm Iolls kena bebel. Dah tahu cerita nak beli lagi. 


The Body In The Library
Agatha Christie

Sinopsis The Body In The Library

It's seven in the morning. The Bantrys wake to find the body of young woman in their library. She is wearing an evening dress and heavy makeup, which is now smeared across her cheeks. But who is she? How did she get there? And what is the connection with another dead girl, whose charred remains are later discovered in an abandoned quarry? The respectable Bantrys invite Miss Marple to solve the mystery.. before tongues start to wag.
I suka cerita-cerita begini. Ala-ala TV Series CSI tapi dalam medium bertulis dan bercetak. Macam mana mayat tu boleh berada di situ? Siapa pembunuh dan siapa yang dibunuh. Dan apa kaitan mayat tersebut dengan penemuan satu lagi mayat di kuari tinggal. Adakah pembunuh mereka adalah orang yang sama? Motif pembunuhan? Fuh, banyak betul persoalan kan? Dan persoalan-persoalan tersebut hanya dapat dijawab bila novel The Body in The Library dibaca sehingga ke helaian yang terakhir. 

Ada satu mesej yang disampaikan menerusi novel ini mengingatkan I kepada satu benda. Mulut manusia ni kan, biasalah fungsinya untuk menyampaikan. Tapi bila menyampaikan tu, jangan lah butir-butir kosong tanpa selidik terlebih dahulu. Takut nanti jatuh fitnah pulak. Sama lah macam perkara-perkara yang disampaikan melalui blog dan laman sosial lain. Sebelum share perlu fikir banyak kali, betul tak? Jangan ikut sedap jari klik share, jangan ikut sedap jari terus forward. Macam dalam novel ini lah, perkara sebenarnya mayat yang dijumpai di dalam library keluarga Bantrys memakai evening dress dengan heavy make up pulak. Disebabkan keluarga tersebut merupakan keluarga elit yang dikenali ramai, orang ramai mula lah bercakap-cakap. Dari satu mulut ke satu mulut, cerita berubah sikit demi sikit dan pengakhiran rantai cerita, mulut orang menyampaikan yang mayat perempuan tersebut ditemui di dalam rumah tanpa seutas benang sekali pun. Ha, kan dah berlainan dah ceritanya di situ. 

Peringatan untuk diri sendiri. Penggunaan perkataan, "Dia kata begini, dia bagitau begitu," dan sewaktu dengannya itu, seboleh-bolehnya elak lah. Jangan dibiasakan dengan mulut. Kerana mulut badan binasa. Ingatlah.

p/s : Novel nombor #7 tertinggal dalam kereta En. Barney. Tunggu jumpa dia baru boleh ambik. Terpaksa skip baca novel nombor #8 dulu. 

22/02/2015

ABC Cornetto di Pantai Merdeka

Kisah Pantai Merdeka Part II (Part I boleh baca di SINI)

Kelewatan pulak untuk menyambung semula kisah di Pantai Merdeka. Seperti yang dijanjikan di dalam entri lepas, I nak story-story tentang 'sesuatu'. Ada yang tertunggu-tunggu ke kisah 'sesuatu' itu? Er, mungkin tidak.

By the way bagi yang bertanya di mana letaknya Pantai Merdeka ni, Pantai Merdeka letaknya di Kedah. Lebih tepat, Kota Kuala Muda. Er, ini hasil google lah. Kalau salah tu betulkan lah ye.  Tak official lagi ada kampung kat Kedah so I is kurang tahu.  Tapi kan, hasil usaha mengoogle ni boleh jadi satu hari nanti I akan lebih tahu daripada En. Barney. Oh terima kasih teknologi, terima kasih pakcik google. 

Kesinambungan dari entri yang sebelum ini, weolls tiba di Pantai Merdeka dengan perut yang kosong. Iye lah sebelum ni memuaskan tekak dengan Laicikang Buah. Tapi  sampai-sampai tu tak cari makanan terus, puaskan mata tengok view cecantik dulu baru cari makanan. 

Dah puas cuci mata dengan angin laut, ke medan selera lah tujunya. Terima kasih lah En. Barney kerana sanggup berlapar setengah hari melayan ragam dan perangai Iolls. Jalan-jalan dari satu gerai makan dan ke gerai makan yang seterusnya, I dan En. Barney perasan something yang weolls tak pernah jumpa di tempat lain sebelum ni, ABC Cornetto!


Rata-rata gerai makan di Medan Selera sini jual benda yang sama which is ABC Cornetto cuma presentation je berbeza antara satu gerai dengan gerai yang lain. I dan En. Barney pilih satu gerai ni I memang teringin nak makan something, something tu I cerita di lain entri. Sekarang fokus pada ABC Cornetto dulu. 

Bukan main tinggi lagi ABC Cornetto di sini tau. Mula-mula pelayan tu hantar, En. Barney dah pening nak makan macam mana ni? Tak melimpah ruah ke nanti? 


Nasib baik order satu je. Itu pun dua orang yang kelaparan tak mampu nak habiskan. Kalau order dua lagi bermaharajalela lah pembaziran di situ. 

By the way, cakap pasal aiskrim cornetto ni kan. Kalau tak kerana aiskrim cornetto, orang tu mungkin takkan jadi tunang Iolls sekarang. Aiskrim cornetto punya pasal. Hiks. 

Oh, tak habis lagi tau cerita makan-makan di Pantai Merdeka. I sambung next entri. Gara-gara hujung minggu yang penuh dengan makanan ni lah habis diet Iolls. Turun 2 kg dalam masa 2 minggu kemudian sekelip mata naik 1 kg dalam masa hujung minggu. Ayam golek sungguh. 

p/s : Area KL / Selangor ni ada ke ABC Cornetto?

21/02/2015

Wish List #1 - Checked!

Hidup ini sebenarnya perlu kita gula-gulakan dengan angan-angan. Tapi bukan angan-angan mat jenin ye, tapi biar lah angan-angan yang mungkin akan jadi kenyataan satu hari nanti. Jangan pulak uolls berangan nak jadi macam Princess Elsa dalam movie Frozen. Memang sampai ke sudah tak akan jadi kenyataan. 

Angan-angan, wish list dan target. Lebih kurang je semua tu. Tapi I prefer perkataan target berbanding wish list. Berusaha untuk capai apa yang diidamkan dengan hasil titik peluh sendiri. So bagi I perkataan target adalah lebih sesuai. Er, bila baca balik ayat serupa skema jawapan pun ada jugak .

I pernah sentuh tentang Target Jangka Pendek Vs Target Jangka Panjang and ada lah beberapa target jangka pendek yang I cuba untuk capai dalam masa setahun ni. Dan satu dah pun tercapai. 


I follow news tentang Xperia Z3 ni before it was announced lagi. Since khabar-khabar angin mengenai Xperia Z3 mula kedengaran. Tak ingat lah enzyme apa yang memangkinkan rasa ingin memiliki tu. Tapi tiap hari google pasal Xperia Z3 dan start kumpul duit sebab nak beli lah satu. 

So kelmarin, I dan En. Barney ke Sony Centre untuk pancing sebijik. Tapi bukan Xperia Z3 lah. I beli Xperia Z3 Compact je. Z3 dengan Z3 Compact ni lain tau. Z3 Compact lagi kecik, dan harga pun lagi kecik jugak. Ehem, dah nama pun compact kan?

Kenapa I pilih Xperia Z3 Compact, bukan Xperia Z3? I sebenarnya survey phone yang specification sama atau better dari Xperia Ion yang I guna. Iyelah, takkan nak downgrade pulak kan? Disebabkan Iolls adalah pengguna tegar Sony, so Sony products aje lah yang Iolls survey. Tapi tengok-tengok jugak lah smartphone lain tapi fikir punya fikir, better beli Sony Mobile je lah. By the way, I beli Z3 Compact je sebab bagi I rasa macam tak berbaloi pulak nak bayar mahal-mahal, lebih dari RM2K untuk smartphone semata. Kalau below RM2K tu I boleh terima lagi. Lagipun bagi I, Z3 Compact pun dah lebih dari cukup. Z3 dan Z3 Compact tak banyak beza sangat pun. Setakat RAM dan satu dua benda lagi. So better ambik Z3 Compact je kan. 


Ada empat warna sebenarnya iaitu Hitam, Putih, Hijau dan Oren. Kali ini I keluar dari kepompong warna merah. Sebabnya Z3 Compact tak ada warna merah! Oren ada lah tapi rasa macam terlampau striking. Fikir-fikir juga sama ada nak ambik warna putih, tapi warna putih kalau sekali tengok dah macam ipong pulak kan so last last hitam juga menjadi pilihan. 


Price bagi Xperia Z3 Compact adalah RM1,799 dan masa I beli tu macam biasalah free gift screen protecter dan casing berserta dengan 16GB memory card. Kalau tak silap ada promotion kalau uolls beli smartphone dari 3rd until 17th February tapi sayang pulak Iolls dah terlepas kan. Oh buat yang tertanya-tanya harga Xperia Z3, harganya dalam RM2,199.

sumber : Sony Mobile

Yang tertanya-tanya spesifikasi Xperia Z3 compact boleh rujuk gambar di atas. Tapi itu yang ringkasnya lah. Nak tahu lebih lanjut boleh klik link yang tertera tu. 

Bagi yang tengah survey smartphone and tak decide lagi nak beli yang mana, apa kata uolls try baca-baca dulu review mengenai Xperia Z3 compact di SINI. Tapi kalau ada budget lebih tu, apa salahnya kalau angkat Xperia Z3 terus. 

p/s : Tapi kan, ada dengar-dengar khabar angin mengatakan yang Sony akan announce Xperia Z4 dalam masa suku tahun pertama ni. Mungkin dalam masa terdekat. Dijangkakan bakal dipasarkan pada suku kedua. Iolls tak tunggu dah Z4, dah dapat Z3c cukup lah. Hiks. 

20/02/2015

Pizza Pastry Crown yang baru di Pizza Hut!

Ini semua gara-gara iklan! Masa on the way pergi balik kebelakangan ini balik-balik iklan pizza Pastry Crown aje yang kedengaran. Sikit-sikit Pizza Pastry Crown, tak lama kemudian iklan Pizza Pastry Crown lagi. Sampaikan pada satu tahap, I sakit hati dengan iklan Pastry Crown, terus ajak En. Barney try kononnya pizza baru itu. Eching je sakit hati padahal memang tergoda dengan iklan pun. Itu baru iklan radio. Belum lagi iklan TV. Kalau iklan TV mahunya I sarung tudung dan pecut serbu Pizza Hut terus. Fuhhh, nasib baik bukan jenis yang tengok TV. Kalau tak mahu pening kepala En. Barney agaknya. Terus minta dia jadi Pak Supir bawakan Iolls pergi melantak pizza biarpun reti je drive sendiri. Dan terpaksa lah Pak Supir Iolls dari Gombak ke Shah Alam semata-mata nak bawa I makan pizza. 

So isnin lepas setelah beberapa hari dipujuk rayu oleh iklan Pastry Crown di Hot FM, I dan En. Barney cepat-cepat terjah Pizza Hut di area rumah Iolls ni lepas balik kerja. Tak fikir panjang dah, Pizza Pastry Crown jadi pilihan hati. 


I dan En. Barney kalau pergi pizza hut ni sure punya akan pilih stuffed crust. Ini semua kerana cheeseeee! So bila dengar iklan ada mention cheese stuffed crust, apa lagi makin membuak-buak lah rasa nak mencuba. 


Kalau perasan, bahagian tepi tu macam lain sikit kan? Bukan lain sikit sebenarnya tapi lain banyak. Sebab rasa macam butter cookies! 


Masa order tu kan, waiter ada tanya sama ada weolls nak tukar topping lain. Tapi nak cuba jugak yang ini. So stick dengan topping yang asal. Meatloaf, onions, pineapple, red capsicum dengan sos barbecue. Yummy!

Iolls ni kan tak suka makan bawang. Bukan main lagi asing bawang letak tepi pinggan. Macam biasa adalah yang tukang makan. Oh tetiba teringat pulak BFF I sound Iolls dekat whatsapp begini, 

"Ne sik tunang kau makin gemok, kau suruh nya jadi dustbin"
Padan lah tunang kau makin gemuk, kau suruh dia jadi dustbin.

Mak hayam punya kawan. sesuka hati dia je kan. Tapi kelakar pulak. Nak buat macam mana, dah perut memang kecik. Makan dua slice pizza pun dah kenyang. Yang tak habis tak kan nak biar membazir pulak kan, so kita offer lah pada yang sudi. En. Barney bab makan ni memang tak akan menolak. Ehem

Okay berbalik pada cerita pizza tadi, imagine makan butter cookies sambil cicah cheese yang mencair. Lama-kelamaan jadi muak. Sedap memang sedap. Tapi bagi I, rasa cepat kenyang. Rasa tak puas sebab tak boleh nak makan banyak-banyak. En. Barney ada bagitau I, memang sedap cuma dia tak berapa suka sangat makanan basah dan kering bercampur begitu. Oh mula-mula I tak faham juga apa yang dia cuba sampaikan. Bila dia explain, macam contoh yang I bagi tadi lah. butter cookies dan cheese sauce. Butter cookies, adalah makanan kering dan cheese sauce pulak makanan basah. Lebih kurang begitu lah. 

Tapi sedap lah. Manis berlemak gitu. Om nom nom.

p/s: tetiba rasa macam er banyak nya entri pending ni. 

19/02/2015

[English Novel] Coco's Secret : Niamh Greene

Tinggalkan sebentar kisah Pantai Merdeka, selang selikan dengan novel pulak. Nanti sambung balik cerita Pantai Merdeka dan makanan. Dah hampir dua minggu sebenarnya I berjaya habiskan novel ni. Dan I ambik masa kurang dua hari untuk baca dari muka surat pertama sehingga muka surat terakhir. Dengan total 339 muka surat. Masa tu kan stress dengan complaint. Stress dengan Si Merah yang tetiba buat hal. So isnin minggu lepas I ambik emergency leave. Settle kan Si Merah dan kemudian ikut En. Barney outstation ke Kuantan. Release tension katanya. Tunggu En. Barney 4-5 jam dan hasilnya tamat lah novel tersebut. 


Semakin hampir untuk capai target baca 8 novel untuk suku tahun pertama. Coco's Secret adalah novel yang ke lima dan buat masa sekarang ni I baru je mula baca novel yang ke tujuh. Lebih sebulan untuk habiskan dua novel. InsyaAllah boleh! 



Coco's Secret
Niamh Greene

Sinopsis Coco's Secret

Coco Swan has always been embarassed by her name..

With a name lika Coco, people expect you to be as exotic and glamorous as the famous designer, not an ordinary-looking small-town antiques dealer who could win an award for living cautiously.

But when a vintage Chanel handbag turns up in a box of worthless bric-a-brac, Coco's quiet world is suddenly turned upside down. Where did it came from? And is it just coincidence that it's the same bag Coco's late mother always wanted for her.

When Coco discovers a mysterious, decades old letter hidden in the bag's lining she sets off on a quest to piece together the story behind it, stumbling across secrets that span three generations as she goes. 

Could the beautiful Chanel bag be about to teach Coco more than she wants to learn? Or will it show her just where her heart can take her if she lets it lead the way?

Novel ni mengingatkan I dengan movie Letters to Juliet, lakonan Amanda Seyfried. Sebab kisahnya lebih kurang. So tendency untuk compare novel Coco's Secret dengan Letters to Juliet sangat tinggi. Dan I rasa character watak utama kedua-dua cerita ni sama. Cuma tukar itu ini sikit je pada jalan cerita. 

By the way, jalan cerita simple je tapi tak boleh nak berhenti selak next page. Since Coco jumpa surat dalam sebuah beg Chanel lama, I dah curious nak tahu sama ada Coco berjaya atau tidak bertemu dengan pemilik surat tersebut. Dan apa sebenarnya kisah di sebalik surat tu? Iye lah tulis surat tapi tak pos pun. Mesti ada sebab bukan.

Bagi I, jalan cerita Coco's Secret ni biasa-biasa je. Cuma boleh menarik perhatian pembaca untuk meneruskan pembacaan. Misi Coco untuk membongkar kisah disebalik surat lama tersebut sedikit sebanyak membawa perubahan kepada hidupnya. Kehilangan ibu seawal 13 tahun, dia merasakan seolah-olah ibunya cuba untuk menyampai mesej melalui beg vintage tersebut.

Kalau uolls tanya best atau tak, bagi I so-so je cuma novel ni ada X-factor yang menyebabkan kita tak boleh nak berhenti membaca. Amboi bukan main X-factor bagai pulak kan.

p/s : sikit lagi nak habiskan 8 buah novel tu. Yeay!

18/02/2015

Jalan-jalan Makan Angin @ Pantai Merdeka

Kalau tak kerana En. Barney selalu nyanyi lagu Cinta Pantai Merdeka, I mungkin tak akan kenal tempat ni. Sebab I ni kalau lagu-lagu rock kapak memang kureng, kalau bagi lagu-lagu Bon Jovi dan sezaman tu I tahu lah. Dan masa dengar lagu Cinta Pantai Merdeka dalam kereta, En. Barney bagitau I yang Pantai Merdeka dengan kampung dia dekat je. Dalam hati, ada harapan lah one fine day nanti dia bawa jalan-jalan ke sini. 

Lepas alas perut dengan Laicikang Buah, I dan En. Barney ke destinasi seterusnya. Pantai Merdeka. Sebenarnya En. Barney pun tak pernah lagi sampai sini. So awal-awal lagi dia pesan, dia tak tau apa yang ada di Pantai Merdeka. Kalau tak best dan tak ada apa-apa, mohon senyap.

Nak kata jauh tak adalah jauh mana pun tapi tak adalah dekat sangat pun. Dalam setengah jam jugak drive baru sampai. Nasib baik lah ada GPS, kalau tak ada GPS memang tak ada makna nak sampai dalam masa setengah jam. 

Sampai-sampai tu memang ramai orang. Hari sabtu, hari bawa family keluar beriadah dan berkelah. Dah macam pasar malam tepi pantai pun ada I tengok. Alah lebih kurang Teluk Chempedak jugak. Orang jual-jual baju, tudung, beg - you name it. Sempat jugak pusing-pusing tengok kot-kot lah ada something yang boleh dibeli. Oh time ni nak snap-snap gambar sebenarnya tapi tahan tangan dari angkat kamera phone. Nampak sangat tourist kaedahnya. Jakun datang tempat baru. And I is malu. 


Biarpun tak boleh nak pijak pasir pantai, tak boleh nak bermain di gigi air, puas hati bila tengok view yang cantik. Rasa macam nak terjun terus dalam air laut tu pun ada jugak.


Cuma I tak faham kenapa buat tembok eh? Bila tanya En. Barney, jawabnya tak tahu jugak. Maka terbiarlah persoalan itu tanpa jawapan. 

By the way, bot-bot dalam gambar di atas tu menuju ke Tanjung Dawai. Ada siapa-siapa boleh story-story ada apa di Tanjung Dawai tu sebenarnya? I nak pergi tengok sendiri mungkin harus tunggu bertahun lagi lah agaknya. 


Baru lepas bertekak laut di hadapan weolls tu laut apa. Bila I jawab Selat Melaka, dia bangkang. Katanya Lautan Hindi. Terus buka google maps nak tengok jawapan siapa yang betul. Tapi kan, like seriously mana awak dapat jawapan Lautan Hindi?


Sebenarnya kan, kita nak ambik gambar balloon buih yang besar-besar tu tapi tak nampak lah pulak. Tak apalah, janji boleh captured suasananya. Simpan dalam rasa hati.


Memang terbaik lah kalau bawa family berkelah tepi pantai di petang hujung minggu. Tempat makan ada, surau pun besar. Siap ada resort lagi di sebelah. Nanti bila dah ada family sendiri, boleh bawa anak-anak datang sini pulak. Okay, berangan. 

Kisah jalan-jalan di Pantai Merdeka ni tak habis lagi sebenarnya. Dah puas makan angin, kita makan untuk isi perut yang lapar pulak. Yang itu next entry lah ye. Ada something lagi yang I nak share. Sesuatu yang I tak pernah lagi jumpa kat tempat lain. Tak sure lah sama ada I yang ketinggalan ataupun 'sesuatu' itu memang ada kat sini je. Eh. dalam entry lain je lah I story-story lagi tentang 'sesuatu' itu. Jari perlu segera dihentikan daripada menaip. Kalau tak nanti melarat dan akhirnya tercerita jugak tentang 'sesuatu' tu.

p/s :En. Barney, bila nak bawa saya balik kampung lagi?

17/02/2015

Laicikang Buah yang sarat dengan buah @ Taman Jubli Perak, Sungai Petani

En. Barney panggil tempat ni seingat I, Taman Jubli. Tapi google punya google nama penuh Taman Jubli Perak. Eh entah betul entah tak, perempuan ni main petik je nama ikut suka dia. Kalau salah ada lah tu nanti orang bagi explaination panjang lebar. First time rasa Laicikang Buah di sini tiga tahun lepas kot. I tak ingat tahun bila I ikut En. Barney balik kampung buat kali pertamanya, tapi rasa-rasa tiga tahun lepas. Dan sepanjang tiga tahun ni jugak lah En. Barney asyik psiko I. Tiap kali balik kampung dia acah nak pergi makan laicikang. Saja bikin panas punya orang. I suruh pos ke Sarawak dia jugak yang menggelupur. So kali ini kita psiko dia balik, ada masa atau tak laicikang tetap laicikang. 

Bertolak dari Shah Alam dalam pukul 8 pagi dan dalam pukul 2 petang baru sampai di hospital. Biar En. Barney settle dulu kerja dia dan I macam biasa tunggu di ruangan menunggu. Selalunya I akan tunggu di lobi hospital tapi kali ini di ruangan menunggu depan dewan bedah terus. Alang-alang menunggu depan dewan bedah, dah buat part time tolong staff hospital cari saudara mara pesakit. Balik-balik tanya I, "Dik, ada nampak kakak free hair tadi?". Sekejap lagi tanya balik, "Dik, kakak baju biru tadi pergi mana?". Mengganggu konsentrasi Iolls nak 'menyiasat' bersama-sama Agatha Christie

Tunggu En. Barney dalam 2-3 jam, dari hospital terus ke Taman Jubli. Berlaicikang di petang yang panas memang cukup nikmat. Lagi-lagi Laicikang Buah yang ada macam-maca di dalamnya. 


Destinasi pertama untuk sesi jalan-jalan makan angin. Kesian En. Barney. Berlapar pulak dia semata-mata nak melayan perangai buah hati nan satu ni. Belum lunch apa-apa terus serbu laicikang dulu. 


Laici itu sudah semestinya ada lah kan. Ada tembikai, kacang, nata de coco dan segala macam buah lagi. Tapi yang paling best dan paling I suka sebab ada buah nipah. Dulu masa kecik-kecik bila balik kampung je dapat merasa buah nipah ni. Kalau uolls perasan, ada buah yang berwarna putih jernih di sebalik kekacang tu. 

RM3.50 semangkuk bagi I memang berbaloi-baloi lah. Untuk perut Iolls yang kecik ni memang cukup untuk menampung keperluan makan pada hari tersebut. Breakfast sandwich pagi tu, Singgah sebentar di R&R Sg Perak beli pau sedap dua biji dan sampai lah melantak Laicikang petang tu. Kira cukup untuk bertahan sampai makan malam. Tapi untuk perut yang sama species perut En. Barney, makan Laicikang Buah dua tiga mangkuk pun tangan menggeletar lagi. Tak cukup makan. 

Oh ini baru cerita laicikang, nanti lain kali I story. Alkisah En. Barney yang kelaparan sampai makan dua pinggan sambil bertemankan angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa.

p/s : Lama gila tak guna perkataan sepoi-sepoi bahasa tu. Zaman tulis esei beratus-ratus patah je bijak sikit guna perkataan-perkataan bombastik begitu. Anak cikgu BM katakan. Sekarang? Kelaut. 

16/02/2015

Alang-alang dah outstation, mari lah balik kampung sekali..

I is sebenarnya tak boleh nak fikir how to summarize tajuk di atas untuk jadi lebih ringkas lagi. Last last give up, nasib baik tajuk entri tak sampai dua perenggan. Sabtu lepas, I ikut En. Barney pergi outstation. Lagi. Kalau zaman dah tua bangka ni masih ada lagi tulis buku biodata macam zaman-zaman sekolah dulu gerenti dalam tu hobi I, ikut cik abang pergi outstation. 

I pernah cerita kat SINI kenapa Iolls suka ikut En. Barney pergi outstation tapi yang balik hari je lah. Kalau sampai bermalam, tunggu lepas kahwin je lah. Boleh ikut suami outstation sampai ke Sabah. Ehem. Oh I memang jenis yang tak reti nak duduk diam. Ada je tempat yang nak dituju. Soalan paling common yang En. Barney dengar, "Bila awak nak bawa saya pergi sini? Bila awak nak bawa saya pergi situ?". Nasib baik lah dapat buah hati jenis yang lebih suka duduk rumah. Kalau dapat dua-dua yang jenis suka mengembara kononnya, adventure gitu jawapannya satu, botak kepala dan botak poket. 

By the way, sambung balik cerita asal. Selalunya akan balik hari je kalau En. Barney outstation ke mana-mana. Tapi kali ini bermalam pulak. Sebabnya dah alang-alang En. Barney ada kerja di Sungai Petani. Ambik peluang untuk balik kampung sekali. Itu yang dia ajak Iolls sekali. 


Balik jumpa nenek. Dan kot-kot lah berpeluang jumpa tiga orang anak saudara baru yang masing-masing berumur lima, empat dan tiga bulan. Semua boboboy pulak tu. Tak boleh imagine lagi 3-4 years, mahu pusing kepala mak masing-masing melayan agaknya.


Ini ketua kepada panglima tiga sekawan. Umur, lima bulan. Langkah kanan pulak kali ini. Dapat jumpa tiga-tiga anak saudara baru En. Barney. I ni sebenarnya kan, kalau baby umur 2-3 bulan tu memang tak lah nak pegang. Tak berani sebab rasa macam baby tu fragile sangat. Selalu kalau En. Barney hulur baby baru 2-3 bulan suruh pegang memang I akan geleng kepala cakap tak berani. Dan muncul lah soalan wajib dia, "Nanti kalau ada anak sendiri macam mana?". Anak sendiri lain cerita lah. Ini anak orang dan I ni boleh tahan kasar jugak. Takut lah jadi apa-apa kat anak orang kan. 

Lokasi jalan-jalan. Siapa nak teka ini dimana?

Balik Sungai Petani kali ini En. Barney sempat bawa Iolls jalan-jalan pergi satu dua tempat. Masa ikut En. Barney balik dalam tiga tahun lepas memang tak menyempat langsung nak jalan-jalan. Ada lah menyinggah uptown sebentar. Oh untuk trip kali ni nanti next entry I story-story alkisah jalan-jalan dan makan-makan. Yang penting I is puas hati biarpun mata punya berat, badan gila letih. 

p/s : Banyak betul tempat nak pergi ni. Nak ke sana dan ke situ. Cuma part menculik masa tu yang tricky. Bak kata orang, duit boleh cari tapi yang penting pengalaman dan memori. 

15/02/2015

[English Novel] The Chance by Karen Kingsbury

Novel ni I baca time Iolls tengah stress. Hasilnya I baca dalam masa dua hari je dan ini menjadikan novel The Chance novel number empat untuk tahun ini. Dah half way untuk capai 8 buah novel dalam masa 3 bulan pertama tahun 2015. 


Memandangkan sekarang I tengah baca novel yang number 6 so sebelum I lupa story yang ada dalam novel ni dan sebelum I confused dengan jalan cerita lain, baik Iolls buat entri cepat-cepat. En. Barney, ini bahan bukti Iolls giat membaca. Bukan beli novel banyak-banyak buat jeruk dalam kotak. 


The Chance
Karen Kingsbury

Sinopsis The Chance

The day before a teenage Ellie moved from Georgia to California, she and her best friend Nolan sat beneath the Spanish moss of an ancient oak tree where they wrote letters to each other and buried them in a rusty old metal box. The plan was to return eleven years later, dig the letters up and read them. But now, as that date approaches, much has changed. Ellie has abandoned the faith she grew up with, her days consumed with loving her little girl and to make ends meet. Sometimes she watches TV to catch a glimpse of her friend Nolan, now an NBA star, whose faith is known by the entire nation. But few knoe that Nolan's own personal tragedies have fueles both faith and athletic frive. Despite his success, Nolan is isolated and lonely, plagued by a void in his heart that has remained since that night beneath the old oak tree with Ellie. For both Ellie and Nolan, the coming date is more that a childhood promise. It's the chance to find out if it's ever too late to find love again. 
First time baca karya Karen Kingsbury. Novel ni boleh lah I nak classified as novel santai. Yela, normally genre yang I baca adalah thriller / crime and yang sewaktu dengannya. Tak ada ups and downs sangat pun novel ni. Dari Ellie berpindah sampai lah tarikh yang dijanjikan 11 tahun kemudian. Smooth aje jalan ceritanya. So agak-agak apa lah ending Ellie dan Nolan selepas 11 tahun ye? Bertemu semula? Atau tidak?

Bagi I novel ni nak kata best tak jugak, tak best pun tak jugak. Biasa-biasa je lah. Cuma I tak tahu lah kenapa. I baca novel ni teringat movie High School Musical pulak. Mungkin sebab Nolan tu pemain basketball macam Troy dan ayah mereka kedua-duanya coach basketball memasing? Entah.

p/s : Sekarang tengah baca novel klasik tau. Biarpun dah tahu ceritanya. Hiks

14/02/2015

[Korean Drama] Hyde, Jekyll, Me

Dah lama nak buat entri yang ini sebenarnya tapi asyik terbantut pulak hasrat kan. Dalam dua tiga minggu ni, drama ini termasuk dalam senarai drama untuk di'koreanthon'kan pada hari ahad. Iolls kalau hari ahad memang kebiasaannya duduk rumah balas dendam tengok drama korea. Itu kalau tak ada plan apa-apa lah, pergi kenduri dan bla bla bla. 

Drama yang I nak story-story kali ni nak kata baru ditayangkan pun boleh lah. Setakat yang I tengok ni tak sampai episod 10 lagi pun. Tapi tak sure lah kalau En. Barney tak downloadkan episod baru untuk I.



Sinopsis Hyde, Jekyll, Me

Goo Seo Jin (Hyun Bin) merupakan seorang yang berstatus Pengarah di sebuah Taman Tema dikenali sebagai Wonderland. Di sebalik paras rupa, kekayaan dan kedudukan yang dimiliki,  Seo Jin sebenarnya penghidap dissociative indentity disorder (DID) yang mempunyai dua personality berbeza. Goo Seo Jin dan juga Robin.

Jang Ha Na (Han Ji Min), bekerja di taman tema tersebut sebagai ketua kumpulan Wonder Circus. Apabila Seo Jin ingin menamatkan kontrak kumpulan circus terbabit bersama Wonderland, Jang Ha Na terpaksa melakukan apa saja yang termampu untuk mempertahankan Wonder Circus.

Agaknya sekarang memang trend drama korea isunya pesakit DID. Tapi satu yang best kalau sentuh bab trend drama korea, trend tu sentiasa berubah-berubah. Tak adalah balik-balik drama kahwin paksa 30-40 tahun. 

By the way kalau baca komen mengenai drama Hyde, Jekyll, Me ini rata-rata komen macam kurang memberangsangkan sedikit lah. Yang mana I pun agak setuju jugak sebab I rasa agak slow pulak jalan ceritanya. 

Jang Ha Na & Goo Seo Jin

Sebenarnya kan Iolls suka tengok Han Ji Min since tengok dia jadi guest Running Man. Kalau tak silap episod di Jeju Island, Han Ji Min menang duit percutian something. Hyun Bin ni pulak, I tak boleh nak buang identity sweater kilat-kilat dalam drama Secret Garden tu. Asyik imagine dia pakai sweater biru lip lap lip lap tu je. Padahal itu drama kurun lalu kot. 

Robin

So far I rasa drama ni agak boring sikit jalan ceritanya. Tapi ada jugak komen yang I baca kalau tengok episod 8, dah start rasa thrill dan keseronokan tu. Energy makin meningkat kononnya. Tapi tak tahu lah sebab I is tak tengok lagi episod 8.

Actually kan tak adalah bosan mana pun cuma bagi I drama ni kekurangan wow impact pun yang menjadikan drama ni lagi outstanding dari drama lain. Tapi kalau dah kipas susah mati Hyun Bin tak boleh nak cakap apa lah. Best tak best tu belakang kira. Betul tak?

Download Hyde, Jekyll, Me

Tonton Online Hyde, Jekyll, Me

p/s : Lepas ni trend drama korea ala-ala cerita vampire pulak ke? 

13/02/2015

Awak ni tak faham bahasa ke??

Salam hari jumaat sekalian alam. Yang bekerja dari Isnin hingga Jumaat, hari ini sememangnya dinanti-nanti. Mengharapkan hari ini berjalan lancar dan baik-baik sahaja tanpa sebarang gangguan mental. Oh ini memang ditujukan untuk diri sendiri. Biar smooth saja melayan friday blues I tanpa kekangan dan halangan. 

Macam biasa, mukadimah selalu lari jauh dari apa yang cuba untuk disampaikan. Oh by the way, ini bukan entri berbaur negatif so sila simpan semua aura negatif anda kunci balik dalam diri. Eh, buang jauh-jauh lah lagi bagus. Kalau simpan, lebih memudaratkan. Kejap, kemerepekan apakah ini sebenarnya. Point utama tak tersentuh pun lagi.

Tak faham bahasa. Ini bukan entri tunjuk jari kaki tangan kat orang lain tapi tunjuk diri sendiri. Ada lah few cases tak faham bahasa ni sebenarnya. Bukan orang lain, terjadi kat diri sendiri jugak lah.

sumber : google

Kes tak faham bahasa #1. En. Barney pernah sekali bawa I balik kampung jumpa nenek. Berkurun dulu dah. Alang-alang jadi pengapit masa member kahwin. Oh kampung di utara ya, nak spesifik lagi Sungai Petani. I kalau menyembang dengan nenek En. Barney memang cukup failed lah. Sebab I tak faham. Nak kata I is tak faham loghat utara, I paham je kalau En. Barney cakap utara dengan member-member atau ayah dia. Mungkin sebab orang tua ni biasa lah kan loghat dia jauh lagi pekat. Yang I buat, senyum je sambil jeling-jeling En. Barney kat sebelah buat isyarat mata minta tolong translate. Sadis gila rasa! 

Kes tak faham bahasa #2. Awal tahun ni En. Barney ada bawa pergi kenduri rumah saudara belah emak dia di Perak. First time kaedahnya bawa Iolls jumpa saudara mara. Bertubi-tubi kena soal. Eh, ini propa. Tak adalah over sangat pun jumlah soalan yang diutarakan. Cuma bila orang tua soal, I ambik masa lama sikit untuk digest, apa maksud soalan ni sebenarnya? Kenapa lagi susah dari soalan Add Math masa SPM? Okay, tipu. Yang paling kurang garam kurang asam boi nya, En. Barney boleh pulak bantai menyembang dengan sepupu dia dan biar I terkontang-kanting mencerna soalan orang tua. Bila ayah En. Barney tanya faham tak apa yang orang tua cakap, terus I geleng cakap tak faham sambil sengih macam kerang busuk.

Kes tak faham bahasa #3. Okay ini paling latest. Last week time lunch hour I teman officemate pergi beli hadiah kahwin kawan satu office di Giant Seksyen 13, Shah Alam. Dah beli hadiah, haruslah beli kertas pembalut hadiah sekali kan. I yang pergi bayar memandangkan tangan member sebelah dah sarat dengan kotak besar steam iron yang dijadikan hadiah kahwin. Sekali cashier tu tanya, "Nak sampul sini terus ke?". Masa tu I tercengang tak faham apa yang cashier tu cakap. Er, sampul apakah? Kad raya tahun baru cina? Dia ulang 4-5 kali soalan yang sama dan nasib baik lah member I terdengar time tu, terus bagitau, "Cashier tu tanya nak balut kat sini terus tak?. Rasa loser sekejap beberapa saat.


Tetiba rasa musykil sekejap. I ni memang jenis orang yang tak faham bahasa ke? Mother tongue bukan bahasa minion kot. Bahasa melayu macam orang lain jugak, lebih tepat bahasa melayu sarawak la. Kalau English tu standard lah, broken english terabur sana-sini itu perkara biasa. Tapi bila sentuh part loghat I dah mula surrender. 

Tapi, nak kata I ni jenis yang memang liat nak paham bahasa lain tak jugak. Simptom umur semakin meningkat agaknya.

p/s : Esok ada orang tu ajak kita balik kampung. Tapi tujuan asal dia sebab outstation. Alang-alang dah weekend, harus lah ikut sekali.

12/02/2015

Spontaneous Thursday : Dah boleh balik raya oi!

Semalam. beli tiket flight balik raya.
Sebelum harga naik berganda-ganda

Cuti raya?
Approved tak approved semua belakang kira.
Janji tiket dah beli, lega.


p/s : Puasa ganti dah settle. Tiket raya pun dah settle. Cuti raya? Alah, nanti-nanti lah fikir.

11/02/2015

Wordless Wednesday : Pasir Pantai dan Laut China Selatan



p/s : Oh dan jejari gemuk

10/02/2015

[English Novel] Cujo - Stephen King

Sebelum I bebel panjang-panjang pasal novel, first and foremost nak ucap terima kasih banyak-banyak buat kedua-dua parents Iolls merangkap 'Cikgu Peribadi' di rumah dan juga cikgu di sekolah. Dari kecik lagi dah 'suap' I dengan buku-buku cerita. Tak main lah baca komik Old Master Q, komik Naruto mahupun komik Detective Conan, pokoknya asalkan komik. Yang parents I beli semua buku-buku Enid Blyton, Siri Salma, Siri Hadi dan segala macam siri lagi . Alhamdulillah didikan awal supaya rajin membaca sejak kecil kekal menjadi rutin harian sampai sekarang. Sebab itu jugak lah I kalau stress novel yang I cari. Nanti bila ada anak sendiri nak terap awal-awal sikap suka membaca tu dari kecik, InsyaAllah. Oh please jangan ikut En. Barney, dengar perkataan buku pun dia dah menguap panjang. Okay ini propa yang over. 

Settle dengan mukadimah panjang yang lebih kepada bebelan. Untuk tahun ni, I tetapkan target berapa banyak novel yang I harus baca. Macam sekarang, target I untuk habiskan 8 buah novel untuk suku tahun pertama, Januari hingga March. Bukan apa, malas nak dengar En. Barney bebel-bebel banyak lagi novel yang belum dibaca. So salah satu caranya buat begini. 


Novel yang I nak story kali ini adalah novel yang ketiga karya Stephen King. Oh favourite jugak ni sebenarnya. 


Cujo
Stephen King
Sinopsis Cujo

Once upon a time, not so long ago, a monster came to the small town of Castle Rock, Maine. He was not a werewolf, vampire, ghoul or unnameable creature from the enchanted forest or snow wastes; he was only a cop..

Cujo is a huge Saint Bernard dog, the best friend of Brett Camber has ever had. Then one day Cujo chases a rabbit into a bolt hole. Except it isn't a rabbit warren any more. It is a cave inhabited by rabid bats. 

And Cujo falls sick. Very sick. And the gentle giant who once protected the family becomes a vortex of horror inexorable drawing in all the people around him.

Actually I ambik masa yang lama untuk analyze front cover novel ni. Monster apa sebenarnya ni. Tapi bila start baca and digest betul-betul sinopsis di belakang buku baru lah terfikir, oh anjing rupanya. 

Cujo, mula-mula I ingat macam Godzilla or Kaju dalam cerita Pacific Rim. Baca punya baca, rupanya nama seekor anjing yang sangat besar!

Mesej utama yang cuba disampaikan Stephen King dalam novel ni sangat jelas. Berhati-hati dengan penyakit anjing gila atau saintifiknya lebih dikenali sebagai rabies. Sebab itu lah bukan animal sahaja yang perlu rabies vaccination untuk mengurangkan risiko rabies tapi manusia juga. 

Dalam novel ini, Cujo tidak pernah mendapat vaccination. Daripada seekor anjing yang baik, berubah menjadi ganas dan akhirnya keganasan Cujo telah. mengorbankan nyawa beberapa orang manusia. Part di penghujung cerita macam sedih pulak. Cujo mati, yang ini terkorban, yang itu terkorban. Mangsa paling muda, Tad yang beusia dalam lingkungan 4 tahun manakala Ibu Tad pula menjadi seorang mangsa tunggal yang terselamat daripada kejadian itu biarpun bertarung beberapa minggu melawan penyakit rabies setelah digigit oleh Cujo. 

Simple je novel ni tapi bagi yang tak suka cerita yang begini mungkin akan rasa bosan sedikit kot. Tapi bukan lah pasal anjing semata-mata. Ada juga tentang Father-son relationship, affair dan few lagi. 

p/s : Sekarang dah masuk novel keenam. So ada dua lagi novel yang I belum buat entri lagi. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...